Follow my blog with Bloglovin

Rabu, 10 Ogos 2011

Yahoooo.... alhamdulillah....

salam semua,

agak ceria pagi ni kurasakan.... hehe...mendalam tu....

nak tau nape...? semalam selamat berakhir 2 hari penyeksaan audit ISO 17025 kat tempat kerja kami kat kuantan ni... seksa tau (penyeksaan mental sebenarnya).... lagi pulak bila terpaksa handle semua ni sebagai pengurus quality merangkap ketua seksyen bagi 2 bahagian dari 3 bahagian yang terlibat.... macam orang bengong sikit 2 hari ni rasa....

letih? toksah cakap la.... anak dalam perut ni dah buat macam2 gerakan nak bagitau ummi dia yang dia pun dah letih tau.... ummi dia terpaksa tak boleh duduk diam... kejap gi bilik meeting kejap kena kejar ke admin kejap ke seksyen bakte.. kejap ke sekyen viro.... naik cramp kaki ni rasa naik turun tangga.... waaa.... azab betul tau.... nasiblah dalam perut ni baru 5 1/2 bulan, kalau tak sure aku bersalin awal macam masa najmi dulu....

masa najmi dulu pun kena audit jugak... cuma masa tu baru pre-assessment audit... audit hujung bulan 4... last2 najmi keluar 10 hari awal dari tarikh yang dijangkakan pada 31 Mei 2010....

tapi alhamdulillah rasa berbaloi jugak bila tengok non-compliance(NC) yang diterima masih dapat diterima akal... ok la bagi kami yang beginner ni... (beginner tau... pasal QM ni pun tak pernah gi mana2 kursus dokumen asas... kira ok la tu kan...?)

dari kesimpulan masa closing meeting semalam kami dapat 2 NCs dari kategori 2, 8 NCs dari kategori 3 dan 8 observation..... bersyukur aku dengar... kurang sikit beban kami lepas ni... terima kasih pada kawan2 yang sudi mendoakan.... Tuhan je yang boleh membalasnya...

lepas ni kami diberi masa untuk menjawab semua NCs ni dalam masa 3 bulan pada Jabatan Standard Malaysia... dan kalau takde aral melintang kami boleh dapat pengikhtirafan sijil ISO17025 tu...

terima kasih yang terhingga juga pada semua staff makmal yang terlibat.... aku sayang korang semua tau! serius ni..! pssstt.... jgn bgtau kat shah...hehe....errr... penghargaan lain aku carry forward lepas raya leh?
Cerita menarik lain