Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 20 September 2011

apa yang kami dapat?

salam semua,

aku baru je balik dari jamuan hari raya Puspanita Pahang.... nak tau apa yang kami dapat?

kami dapat makan + DOSA (sebab mengumpat dan mengutuk)....

ni pun balik cepat2 macam takde mood dah nak makan... aku menulis macam nada orang tengah marah kan? memang tengah marah ni! serius.. kalau korang jadi aku pun mesti la marah...

cerita dia camni.... dalam surat yang kami dapat hari tu dia kata majlis akan dibuat kat Dewan Jubli Perak... jadi kami dengan yakinnya pergi la ke dewan tu tadi... sampai2 je kat situ 10 minit lagi pukul 10 pagi.... lenggang je kawasan tu kami tengok.... macam takde majlis apa2 pun.... tak lama lepas kami sampai ada la pegawai dari pejabat bentong sampai... pun tercenggang2 macam kami jugak... tak jadi ke majlis ni....?

lepas tu tanya pulak dengan orang yang tengah kemas2 dewan tu... semalam ada majlis konvo kipsas jadi diorang tengah kemaskan la tempat tu... diorang tak tau menahu pun pasal majlis Puspanita... puas kami call semua kenalan... last2 baru la dapat info tempat dah ditukarkan ke Dewan Jaip... hangin la kami ni... laaa apasal tak diberitahu? takde pun surat yang sampai?... masa kami keluar tadi pun terserempak dengan kereta dari pejabat temerloh... terus kami bagitau tempat dah tukar... diorang pun tak puas hati gak...

bila dah sampai Dewan JAIP tadi dalam pukul 10.30 pagi dah..mood dah tak bape ada dah nak makan2... merundum terus... dah tu cara penyusunan makanan satu hal jugak... ada ke patut makanan tu susun kat tepi macam nak buat majlis untuk 10 orang je makan... helloooooo... kami ni ramai... bukan dah bagi nama ke sapa yang nak datang hari tu... letak la meja kat tengah2 senang orang nak ambil dari kiri dan kanan.... takkan itu pun nak kena ajar... betul buat hilang mood... last2 gambar pun aku malas nak ambil... dah la hidang dalam mangkuk2 cenonit je... aiseh... letih... orang kat atas pentas tu sedap la makan dah berhidang...

nasib aku tak kenal sapa urusetia.... kalau tak mesti dah kena urus dah tadi....

ni apa yang aku nak sampaikan pada urusetia tu...:
1. tolong la tampal notis perubahan tempat tu kat tempat asal yang korang plan sebelum ni.... kesian kat orang tercari... mana boleh main minta2 maaf dalam dewan je... kalau yang diminta maaf tu tak sampai pun kat dewan tu camne?
2. tolong la lainkali letak meja makanan tu kat tengah2 dewan tu.... senang orang nak ambil makanan.... ni dah macam apa ntah....dengan mangkuk serve yang comel2 tu... korang ingat hidang untuk berapa orang punya makan?

sorry la aku terover marah... aku tau orang buat kerja ni takde gaji tapi tolong la sempurna sikit... jangan buat sambil lewa boleh? ada orang kata kat dalam dewan tadi pemberitahuan dibuat melalui telefon je... jauh sangat ke kami kat kemunting ni sampai tak dapat panggilan telefon?

p/s nasib baik aku bawak roti dengan sardin... leh buat makan jap lagi.... bila hati marah makan pun macam tak bape nak lalu... Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: