Socialize

Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 20 September 2011

macam mana nanti....?

salam semua,

petang2 ni sambil tunggu shah datang jemput aku tergerak nak buat entry kejap.....

tinggal sorang2 kat opis ni buat hati syahdu pulak la.... tambah pulak bila hari hujan camni...

aku tetiba terkenang pulak camne kalau tetiba aku dihantar posting ke tempat lain ye? macam2 masalah timbul kat fikiran aku ni...

1. bulan ni bulan pertama gaji aku dipotong untuk bayar rumah kami duduk tu...gaji dah tinggal separuh... camne kalau kena duduk jauh2... alamat tak selalu jumpa la kami nanti...

2. anak2 nanti camne? nak tinggal dengan shah dia selalu kena ot malam... kalau aku bawak pulak bila masa aku nak bersalin bulan 12 nanti mana aku nak hantar anak2? nak tinggal dengan mak...? nak ke anak2 aku tu...? aku pun mesti gundah gulana... tak nampak sehari dua pun resah dah...

3. kereta kami cuma ada satu je... sekarang ni banyak pulak masalahnya... camne kalau aku bawak keta dan kena masalah tu sorang2 dengan anak2?

4. aku pulak dah lama x bawak keta, dah macam kekok jugak... susah juga la nak bawak kalau najmi duduk sebelah.. mesti dia nak duduk kat riba aku cam selalu... camne ek?

5. rumah kami ni baru je duduk nak sampai 2 bulan... lepas tu kalau kami kena duduk asing2?.... huhu sedihnya..... anak2 hilang sekejap je ayah dia dah tanya mana pegi.. kalau kena pilih duduk dengan ayah ke ummi.. apa diorang fikir?

6. najmi masih kena rutin check up setiap 3 bulan... camne aku nak hadapi sorang2 tanpa shah di sisi? selalu shah yang pegang anak masa nak ambik darah.. aku tak sanggup dengar dia nangis kesakitan...

p/s aku harap sangat semoga Allah permudahkan urusan kami dan semoga kami sentiasa bersama2... amin... Cerita menarik lain
This entry was posted in

0 Luahan Ikhlas: