Selasa, 20 September 2011

nak pegi mana tu?

salam semua,

aku nak cerita kisah pagi tadi ni...

ada kisah kelakar pagi tadi...

malam tadi shah dah kata dengan aku awal2 kereta kami tu meragam lagi... dia dah call bengkel tanya.. tokey bengkel tu suruh dia hantar balik... semalam nak hantar hujan lebat la pulak petang tu sampai ke malam baru berhenti... pastu dia kata la kita hantar pagi ni kereta tu... shah suruh aku bawak kereta dan dia bawak motor... sampai bengkel kang dia ambik aku terus....

maka pagi tadi perjalanan seperti yang dirancangkanlah.... aku pun bawak kereta tu ke taska anak dengan abg long kat sebelah... abg ngah cam biasa la bila ayah dia bawak motor dia mesti sekali dengan ayah.....

sampai kat taska aku turunkan semua barang2 cam biasa la kan.. shah tolong jugak... hantar abg long dgn abg ngah... pastu dah siap semua aku sambil lambai2 kat anak2 terus je tuju ke kereta... cepat2 aku masuk kereta pasal dah lambat kan... sekali ko shah tegur aku.... "nak pegi mana?"

aku lak bila tengok dia tegur aku bila dia duduk atas motor baru aku perasan.... laaa... aku masuk kat belah tempat duduk penumpang tu.... hahaha.... shah gelak gegila kat aku masa tu.... aku pun sama daa... camne leh lupa aku yang drive pagi tadi.... itu la selalu duduk kat sebelah je jadi co-pilot kan... sekali kena bawak dah haru... kekekeke.....

bila ingat balik... malu pun ada... hahaha... Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: