Socialize

Follow my blog with Bloglovin

Isnin, 5 September 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

salam semua,

lama dah tak jengah kat blog ni... dah nak bersawang dah... tuan bercuti lama blog pun ikut bercuti....

sebelum terlambat aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang sudi baca blog ni...

semoga kita semua dapat merayakan dengan gembira....

raya tahun ni giliran kami beraya di kampung shah dulu.... raya ketiga baru kami bertolak balik ke johor... jadi raya tahun ni tak la semeriah mana.... aku cuma masak nasi impit dengan kari daging untuk dibawak balik ke rumah mak shah... sampai kat rumah mak shah dia dah siap masak rendang ayam... itu je la hidangan raya kami... takde yang istimewa sangat pun...

malam kami bertolak balik ke johor keluarga di johor masak barbeque ayam dan daging... balik kami dah tinggal makan je pun pasal sampai dah pukul 12 tengah malam...

hampir tak sampai kami malam tu... masih berdebar hati ni bila mengingatkan yang kami hampir2 melanggar orang di malam raya! kami tengah melalui jalan di rompin masa tu... dekat dengan kampung yang banyak jual jagung kat tepi jalan area tu kalau hari siang... masa tu kami dah nampak ada beberapa kereta parking kat bahu jalan... kiri kanan ada kereta... tetiba shah slow dan brek.. aku pelik gak... dia kata dia nampak kaki banyak2 kat tengah jalan.... dia agak kerbau atau kambing melintas... masa tu halaju kereta kami cuma dalam 60-70 km/jam je... ada kereta waja kat belakang kami yang sibuk nak memotong... nasib baik bila kami brek buat kali kedua tu kereta waja tu tak memotong kami... rupanya yang kami sangka kerbau tu ialah sekeluarga yang tangah sibuk nak melintas jalan.... kalau tak mesti dah habis satu keluarga yang tengah melintas jalan dalam gelap kena langgar... nauzubillah...aku tak dapat nak bayangkan keadaan tu...

aku nasihatkan buat semua yang masih subuk nak beraya tu berhati2 la kat mana2 pun kita berada.... jaga keselamatan diri dan orang lain jugak...

Cerita menarik lain
This entry was posted in