Follow my blog with Bloglovin

Khamis, 8 September 2011

tolong lah.. ku tak keharuan ni...

salam semua,

harap korang semua sihat la hari ni hendaknya.... aku? alhamdulillah badan tetap dikurniakan kesihatan yang masih di tahap baik... yang kat dalam ni pun alhamdulillah sihat jugak... semalam kami pergi scan... dah tau jantina pun... tapi tunggu la ye... insyallah kalau takde aral melintang akan keluar dalam tengah bulan 12 atau pun hujung bulan 12 ni... semoga semuanya dipermudahkan hendaknya... amin...

yang intro kat atas tu semua tak berkenaan dengan tajuk pun... maaf ye.. dah namanya pun intro kan...

yang ni sebenarnya menyebabkan aku tak keharuan ni.... semalam aku dapat email dari bahagian pengurusan sumber.... alhamdulillah JPA dah luluskan nama untuk pemangkuan jawatan G44... aku bersyukur sangat pasal 6hb September baru ni genap 5 tahun aku kat jabatan ni... tapi... ada tapi di situ... esok ada perbincangan mengenai penempatan untuk kekosongan jawatan yang ada dan aku dikehendaki datang pada pukul 3 petang esok di Putrajaya...

ni yang jadi masalahnya ni... esok kalau ikut perancangan aku nak cuti... sebab hari sabtu ni aku nak buat majlis kan... ingatkan sempat la esok kemas2 rumah semua... tapi tetiba pulak jadi macam ni... macamana ek... aku bingung pulak dah ni...mak aku nak bertolak dalam pukul 3 esok dari johor... lepas jumaat la.. adik beradik aku pun nak datang esok gak... wah... nampak gayanya tetamu sambut tuan rumah la ni jawabnya...

perbincangan pukul 3 petang ntah pukul berapa pulak abis kan...? aku dah siap beli barang2 nak masak esok sempena nak sambut tetamu ramai2 ni.. semangat tau... sekali dah jadi camni camne nak buat ek?...

apa pun doakan semoga urusan aku dan majlis kami berjalan lancar la ye kawan2... aku berharp sangat doa dari kalian ni....

p/s cuak ooo... ni dah ngalahkan orang yang nak kahwinkan anak dah ni.... Cerita menarik lain