Socialize

Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 23 September 2011

waaa.. kami kena tinggal...

salam semua,

pelik aku bersiaran di malam hari ni....? jangan pelik ok... abg ngah najmi dah selamat tidur pukul 8 tadi... abg long hakimi pulak tengah leka tengok cerita G-Force kat tv tu haa.... dia selalu tak kacau pun kalau aku hadap laptop ni haa...

shah pulak? ni la nak cerita ni... dia tengah bergembira kat MS Garden sekarang ni kot.... diorang ada jamuan hari raya cum annual dinner kat sana tu...

lepas maghrib tadi shah dah sibuk bersiap... siap baju melayu dengan samping segala... bila dia pakai baju melayu je anak2 dah mula sibuk... abg long dah mula tanya ayah nak pegi mana... abg ngah dah mula mengekor ayah pegi mana2... hehe... kelakar pulak aku tengok... yang paling best bila masa aku tolong shah pakai samping, boleh pulak abg long cakap camni.. "ummi, saya nak kawin jugak"... hahaha.... apa punya ayat daaa...

layan gambar jejaka idaman hatiku selalu ni la ye...



shah pakai baju masa kami nikah dulu tau... dia masih muat... aku je yang makin tambah saiz... huhu... ada pulak budak kecik menangis kat tepi dia tu kan... hahaha... semua sibuk nak ikut bila ayah melawa....

p/s harap2 abg dpt bawak balik hadiah cabutan best2 kan malam ni... mana tau tuah abg ada... ceh.. mengharap... Cerita menarik lain
This entry was posted in

0 Luahan Ikhlas: