Follow my blog with Bloglovin

Isnin, 31 Oktober 2011

van milo..yeay!

salam semua,

tadi ada aku dapat sms... dari milo... dia suruh check status penebusan van milo yang aku buat dulu...

lepas check tadi aku... keluar benda ni....



dalam proses tu... alhamdulillah tak sesia aku menjadi pengumpul selama ni.. hehe......

lega sikit...

salam semua,

pagi tadi aku ada mengadu pasal sakit perut memulas2 ni kan? tadi disebabkan aku tak tahan sangat aku pergi ke klinik kesihatan bandar kuantan... tak daya sangat dah menahan rasa memulas2 tu...

aku daftar dalam pukul 11.45 pagi tapi nak tau apa yang pelik? kat nombor giliran tu tulis jam 12.22 tengahari.... pelik kan? aku dapat masuk dalam pukul 12.45 tengahari... dah sejam menunggu... letih menahan rasa sakit perut ni...doktor tak ramai rasanya.. cuma 3 bilik je yang nombornya bergerak laju...

siap ambil ubat semua dalam pukul 1 lebih dah... tapi bila dah ambik ubat aku macam tak sure je nak makan ubat yang dia bagi tu...aku tanya lagi dengan ahli farmasi tu selamat ke untuk aku makan ubat tu... aku tunggu ahli farmasi tu cari info.. duduk kejap.. aku perhatikan dia ...dari jauh... aku tengok dia belek dah 3 buku dah... last2 dia datang kat aku balik... dia kata kalau tak sakit sangat jangan telan la... minum air garam tu dulu... kalau dah tak tahan sangat baru makan... takut ada risiko... alhamdulillah bertanya... dan aku rasa aku putuskan tak payah makan la dulu.. kalau masih boleh tahan lagi aku tahan... dan setakat ni masih boleh bertahan lagi....

tadi aku Google sikit pasal ubat ni... dan ni yg aku jumpa...

Pregnancy and breastfeeding

Certain medicines should not be used during pregnancy or breastfeeding. However, other medicines may be safely used in pregnancy or breastfeeding providing the benefits to the mother outweigh the risks to the unborn baby. Always inform your doctor if you are pregnant or planning a pregnancy, before using any medicine.
  • This medicine should be used with caution during pregnancy, and only if the expected benefit to the mother is greater than the possible risk to the foetus, particularly in the first trimester. Seek medical advice from your doctor.
  • It is not known if this medicine passes into breast milk. It should be used with caution in nursing mothers, and only if the benefits to the mother outweigh any risks to the nursing infant. Discuss this with your doctor.

walaupun dia tulis cuma 1st trimester, elok la ambik langkah berjaga2 dulu kan?
This entry was posted in

banjir... abislah...

salam semua,

sihat hari ni? aku tak bape sihat la.. pepagi tadi bangun perut meragam.. sampai sekarang ni masih lagi meragam.. memulas je rasa... ntah aku makan apa yang boleh jadi camni ntah...

ni pun aku takde mood nak makan apa2 dah... rasa tak sedap perut ni masa menang lagi mengalahkan selera..nak buat kerja pun rasa tak best... bila anak dalam perut buat u turn lagi la rasa tak best tu macam menekan2 je... aduhai... nak buat camne ek?

berbalik pada tajuk...
pagi ni abg long kena paksa mandi pepagi hari dan pakai baju sekolah... hehe.. dia tang mandi tu memang  la payah.. tambah pulak kena pakai baju sekolah... lagi la payah... korang tengok je la gambar dia pakai baju sekolah sebelum ni...


sedih je kan... macam suruh apa ntah...seboleh2 dia mintak tukar baju lain.. aku tak tau la apa salah baju sekolah dia tu yang buat dia menyampah sangat..

sebenarnya anak bujang aku sorang ni kami dah training dia dalam 2 minggu dah tak pakai pampers lagi.. tapi sebelum ni malam mesti pakai sebab ummi ayah dia malas nak kejut2 tidur... dah 3 malam aku try tak pakai pampers masa tidur.. aku bagi alasan pampers dia dah abis... 2 malam yang lepas pass.. tetiba lak malam ni kantol.. pepagi ni aku tengah lipat baju kat sebelah dia bau semacam je... mujur dia tidur atas toto... kalau tilam... wah mau menangis aku dgn shah...

maka pepagi ni ada la edisi kena mandi pagi.... dan basuh toto.. aiseh dah la hari ni tetiba lak hujan....skrg dah teduh tapi mendung tu belum nak berlalu lagi pun.. kalau toto tak kering dia kena tidur atas toto abg ngah la jawabnya.. tak rela nak biarkan dia tidur atas tilam musim2 camni...

apa pun perjuangan untuk tinggalkan pampers masih perlu diteruskan...berusahalah!

p/s... errr... ke pasal baju dia kaler pink?

Jumaat, 28 Oktober 2011

playsmart di yayasan pahang...

salam semua,

aku tengah boring sambil menaip report yang berlambak atas meja ni... nak hilangkan rasa boring tulis blog kejap aci tak?

aku nak cerita pasal playsmart kat kuantan ni... kalau kat kuantan bukan ada benda best yang menarik sangat pun nak hiburkan anak2... bukan macam kat kl tu haa... zoo yang ada pun binatang ciput je.. tapi berbaloi la sebab free...

jadinya sebelum kami pergi JB aritu aku survey2 la kat yayasan tu ada lagi tak playsmart kat tapak diorang buat dinosur punya pameran dulu... aku try la email... cepat je diorang balas ko... bagus diorang ni.. diorang kata still ada lagi kat situ... buka setiap hari kecuali cuti umum je...

oleh sebab abg long dah bersemangat nak ajak main2 kat yayasan tu... asal balik rumah je lalu sini mesti nak ajak main2 kat situ... macam2 alasan dah aku bagi.. dah tutup la itu la ini la... last2 sebab tak daya dah kami gi jugak la lepas kami buat ic 2 minggu lepas.... haaa... ic aku dah selamat ambik semalam... huhu... segan aku nak tunjuk sini hasilnya.... takyah la ye... kesimpulan memang kalau ambik gambar kat situ pepaham je la hasilnya camne...

eh sambung lak cerita playsmart ni... petang tu kami pun bawak la buah hati 2 orang ni pegi kat yayasan pahang tu... sampai kat situ... memang ramai orang jugak... bebudak la... permainan ada la banyak la jugak... cuma yang sepadan dengan umur budak 2 orang tu leh kira dengan jari je la...

sudahnya diorang berpusing2 dengan mainan yang sama je la....

tapi ada jugak permainan yang dah tak leh berfungsi dengan baik... aku tau kenapa... aku jeling kiri kanan... ada bebudak yang main ganas gila... leh pulak mak bapak diorang buat tak tau je... sikit pun tak tegur.. pelik betul aku la... sampaikan kolam bola yang dah terang2 tulis umur 5 tahun ke bawah je boleh masuk pun yang umur nak masuk 13 tahun pun nak terjun dalam tu... aiseh ni salah sapa ni?
tak pelik la kalau banyak benda yang rosak kan?

apa yang anak2 aku main kat situ? meh layan gambar....


 tengok je orang main pasal bola takde kat sini dan mesin ni dah tak berfungsi...


 tempat dia luas tapi permainan untuk yang tinggi melebihi pinggang aku je boleh jenguk...


 yg ni pun ntah aku kutip bola mana ntah nak cuba...
pun tinggi jugak kena dukung bebudak nak letak bola tu...


 sudahnya abg ngah main bola besar dan kecik tu je la sebab semua benda tak sampai... hehe...

abg long pulak leka kat sini lama2... pelik agaknya bola tu leh jatuh sampai bawah dengan jayanya...
pun tinggi jugak... nampak kena alas kusi tu...


anak2 dah macam taknak balik lak bila datang sini... tu yang malas nak gi tu... sekarang ni pun kalau keluar memana lalu kat Bangunan Yayasan Pahang tu asyik la tanya... bila kita nak main2 lagi kat sini?

p/s bila la kuantan nak ada kawasan permainan yang best cam kat kl tu ye?

murah rezeki...

salam semua,

hari jumaat dah hari ni kan...? tak sempat nak update blog... sejak akhir2 ni agak sibuk sikit... Allah anugerahkan rezeki kes yang agak melimpah ruah...

memang selalu kalau masa aku bertugas memang melimpah ruah kes... murah rezeki agaknya... hari ni je pepagi hari dah kena kensel program bacaan yassin.. bukan kensel semua la.. aku je yang tak pergi.. sebabnya pepagi tadi dah ada pulak kes kerbau mati... jadi kena buat post mortem... balik2 je dari lepas pm tu ada pulak 5 kes organ menunggu....

petang ni pulak ada kes dari "regular customer" kami kat sini... hehe... dah ada gelaran lak ye... dapat pulak burung hantu dan buaya tembaga... murah rezeki betul kan? harap2nya rezeki lelain pun murah jugak la hendaknya.... amin...

p/s mana la nak cukup doktor haiwan dalam negeri yang cuma 4-5 orang kalau nak kena cover jugak untuk private sektor yang dah sedia ada doktor tu kan? eh... ni cam luahan rasa lak ek?

Khamis, 27 Oktober 2011

cerita makan lagi...kali ni Restoran Belangkas Mahkota..

salam semua,

ingat tak entry aku yang ni... pasal belangkas...

ni aku nak sambung pulak... disebabkan tak dapat apa yang diidamkan haritu... maka kami buat penjelajahan lagi kali ni... kami pegi ke kota tinggi dengan misi  nak makan belangkas... restoran ni bukak pukul 10.30 pagi... tapi kami gerak dari kluang dalam pukul 11 pagi... aku call dulu suruh diorang simpankan sebelum bertolak... silap pulak cakap kat dia untuk 3-4 orang makan tapi tak suruh bungkuskan sikit...

sampai je kat kota dalam pukul 1 tengahari... sedang elok je azan zohor...

sampai kat kedai dia orang tengah ramai... waktu makan tengahari kan... aku tengok lauk dulu... ada kupang, kerang, lala.... ikan semua... sayur yang ada cuma sayur kacang panjang dan urap je..

bila dah duduk semua anak beranak... oh ya adik bongsu aku ikut sekali... kami gi ambik 4 pinggan nasi... lauk pulak aku pilih yang ni...

belangkas masak sambal (telah diorder 2 jam yang lepas)


 nampak tak telur2 dia atas belangkas tu... dalam tu lagi banyak... tapi pedas gila!

lala masak black pepper...



pijor wooo mulut campur2 lada ni...

sayur kacang...pun pedas... aku kena kesip2 baru leh bagi najmi... dah la dia suka...
dan ikan goreng...

ikan pari bakar... yang ni aku lupa snap pasal ambik kendian...
ada bau sikit la ikan ni... kureng sikit rasa dia...


ni lak gambar ahli rombongan makan belangkas ni...

 alamak gambar adik aku cam kurang sopan sikit kan tengah nganga2.. hehe.. nasib baik masih nampak sopan...

dahi si kecik ni berkerut pasal semua makanan pedas2.. hehe...

ketua rombongan mesti kena snap jugak kan? tengok senyuman lebar dapat belangkas tu.... hehe...

komen menyeluruh aku...: makanan kat sini ok2 je la.. tak la sedap sangat cuma dia ada menu luar biasa je... nasi pulak keras sangat.. sangat susah nak bagi anak2 makan... dan pilihan makanan pulak semua pedas2... aku pun tak tahan lagi pulak budak2... lepas tu kena beli benda lain pulak cover tekak anak2... yang penting ada menu untuk orang mengidam ni... belangkas tu...
kalau korang nak makan leh contact email aku dalam entry lagi satu tu tau... nanti aku bagi no phone.. sebab kalau datang je terus tak sure ada ke tak... masa aku sampai ramai yang tanya tapi diorang cakap dah abis dah belangkas tu...laris ko...

p/s aku makan belangkas ni sambil senyum tau... alhamdulillah rezeki anak... dapat gak merasa setelah berpuluh tahun tak makan... takleh nak kata nikmatnya rasa...
kami jalan2 kat kota lepas tu... pukul 3.30 petang lalu kat kedai tu dah tutup siap susun kerusi semua... senang kerja diorang kan.. sekejap je bukak kedai...

sambungan cerita JB lagi...

salam semua,

korang dah makan? dah kenyang? alhamdulillah...

saje je aku tanya pasal entry aku lepas ni pasal makanan pulak... karang kalau ada yang belum makan dan terasa lapar pasal tengok makanan ni semua salahkan aku pulak kang... senyum je ok...

ni cerita pasal malam last kami kat JB dan sesi makan2 selepasnya...

malam terakhir kami kat JB tu kami keluar cari baju shah paal bawak cuma 2 helai je.. ronda2 la sekali kat JB ni.. kami terus jalan2 kat Danga Bay... sorry takde gambar best pun pasal aku rasa macam takde yang menarik untuk diambil gambar... cuma gambar ni je yang ada...


parking pun teruk semacam je... kami singgah je kat sini...

lepas tu pusing2 kat medan selera gerai steam boat kat taman merdeka... yang ni menarik... banyakkkkk gerai steamboat kat sini.... pasal kami datang tadi dah lepas makan maka kami tak singgah... tapi ramai orang yang makan kat sini... harga pun aku tak pasti la... gambar pun snap dari atas keta je... alamak dalam nikon lagi la...

lepas tu terus kami pergi beli baju... sebelum tu aku nak cerita kami pegi makan kat sini....Season's...



sebab apa? pertama pasal mall ni dekat dengan hotel... kedua pasal dia ada potongan ni... 36% off untuk weekday untuk main course/ pasta...



aku try menu ni... black pepper seafood spagetti....



sedap cuma rasa cendawan dia tu ada bau kerdas sikit... aku dah la tak makan benda berbau camtu... adeh...

shah lak try ni.... fish fillet spagetti... pasal dia nak yang pedas...



fillet dia tu cam jemput2 ikan.. tapi sedap... dan memang pedas jadi shah puashati...

opss lupa lak... air yang kami minum....



puashati.. gelas besar dan air banyak.....huhu....

tapi memang puas hati jugak la... semua kami makan tu siap gov dan servic charge tak lebih RM20 pun tau... untuk 2 orang... dan yang penting saiz hidangan dia besar dan berbaloi... jauh beza dengan hidangan kat Pizza Hut atau Secret Recipe... diorang ada jugak jual kek tapi aku tak try pun... perut dah full...hehe...

p/s sebelum makan ni shah pulak yang ingatkan aku untuk ambik gambar... hehe... dah selalu noo bini dia ambik gambar sebelum makan kan... aku gembira hidangan besar tapi sudahnya shah kena abiskan aku punya... hihihi...

cerita JB yang tertangguh...

salam semua,

kali ni aku nak tulis entry cerita pasal JB yang tertangguh tu....

kami bertolak 18hb dalam pukul 10 pagi... terlebih sikit la.. dah dekat pukul 11 pagi sebenarnya... sampai kat rumah mak dah pukul 5.30 petang...

lepas tu kami tinggal anak2 kat rumah mak untuk beberapa hari tu sebab tak tak mahir jalan kat JB... malam tu lepas maghrib kami bertolak.... sangat pelik sebenarnya... cuma bersalam2 je.. takde sesi babai2 seperti biasa macam kalau nak pegi mana2 tu... sebabnya mengelakkan anak2 menangis nak ikut sama.. abg long ok lagi.. sampai rumah atuk wan dia dah sibuk cari PSP pokde... masa tinggal pun tengah sibuk main game...

abg ngah je la yang paling kami risau.. takut nangis nak ikut....lagi satu abg ngah ada ulcer kat lidah dia... besar punya... dia tak menyusu botol sejak petang balik dari taska sampai la kami sampai rumah mak... balik tu kami singgah pekan cari gel untuk sapu kat lidah dia tu... dapat la gel ni.. ORREGEL.. ada perisa anggur.. memang khas untuk budak2 yang nak tumbuh gigi atau ulcer.. sapu kejap baru dia leh makan dan minum dengan senang.. itu pun masih taknak menyusu botol lagi.. kami belikan air soya kotak je buat bekal sepanjang jalan.. nasib boleh minum..setiap kali tunjuk botol susu dia tunjuk lidah dia.. kesian...

baru je keluar lebuhraya air hitam menghala ke JB aku dah risau... sunyi gile dalam keta tu rasanya.... takde dengar suara bebudak... pelik tau... mula la ada cerita pasal anak keluar dari mulut kami berdua.. kalau ada abg long ni... kalau ada abg ngah ni... sudahnya kami tak singgah memana pun terus direct ke JB.. sampai kat area mana ntah aku call rumah mak tanya khabar anak2... masa tu dalam pukul 9 malam dah... mak kata diorang ok je.. tengah main2.. lega sikit hati aku...

sampai JB kami survey harga hotel dulu... cari mana yang ok.. sebenarnya kalau tengok harga macam nak duduk kat Hotel Citrus.. officemate kata ok... tapi bila tengok parking cam susah je last2 kami pergi ke Hotel New York... rate biasa dia dalam RM210.. government rate dapat la RM170.. ok la tu kena tambah lagi RM10 dari peruntukan... yang penting makan dia sedap... hehe... dan parking pun senang...gambar hotel nanti2 la aku masukkan... dalam nikon la pulak...

audit selamat sampai hari yang kedua... letih nak cari salah orang.. hehe...

hari kedua tu lepas shah check out dan ambik aku kat makmal JB kami balik ikut kota tinggi... cadangnya berangan nak makan belangkas tapi bila sampai kat Restoran Belangkas Mahkota tu... sedihnya dimaklumkan belangkas dah abis... pasal aku mengandung kan.. pekerja tu terus tanya nak jari2 dia tak sebab itu je yang tinggal... aku taknak pasal aku teringin nak makan telur dia yang sedap tu... terus kami balik lepas ambik no telefon tokey kedai tu... sesiapa yang teringin nak makan email kat aku kat rozitaabdrahman@yahoo.com untuk dapatkan no tepon tu ye... korang leh booking dulu sebelum pegi... tak lah terkilan cam aku ni... sudahnya kami makan McD je petang tu...

diorang suruh datang esok.... kami tanya lak hari apa dia tutup... hari ahad dia tutup.. lain2 hari dia bukak.. cuti am aku tak pasti... sebab shah kena balik kerja jumaat tu maka kami buat keputusan nak datang balik sabtu atau isnin...

alamak ada sampel lak... nanti aku sambung ek....

Selasa, 25 Oktober 2011

aku kembali tapi masih mood bercuti..

salam semua,

aku baru je balik opis hari ni... minggu lepas aku jalankan audit di JB pada 19 dan 20hb... lepas tu aku ambik cuti 21hb tu terus sambung ke 24hb semalam sempena cuti umum Keputeraan Sultan Pahang...

kami dalam mood bercuti je dah ni... maklumlah cuti lelama kat kampung kan...

masa aku gi JB baru ni tak bawak anak-anak.. diorang kena tinggal kat rumah tok wan dia sebab shah tak biasa jalan kat JB... karang ada lepas dia hantar aku kang dia tak terus balik bilik hotel.. takut tersesat ke mana2 ntah... jadi kami honey moony la berdua kat JB.... korang ada yang nak tanya best ke tak? hehe... baru je kereta bergerak masuk lebuhraya kami dah rasa sunyi takde suara anak2.... camne tu... best ke?

jalan2 sana sini pun teringat anak2... semua barang2 beli kat diorang je sudahnya... jap lagi aku update cerita kat JB dan kampung ye... aku nak kena jawab report jap ni.. esok cuti balik lak tu...
This entry was posted in ,

Isnin, 17 Oktober 2011

update check up 10/2011 kali ke 2

salam semua,

pagi tadi aku gi check up selepas 2 minggu.. cepat je kan masa berlalu... sekejap je dah nak masuk 32 minggu... serius kali ni memang aku rasa macam terlalu cepat... mungkin sibuk melayan abg ngah yang baru je nak masuk 1 tahun 5 bulan tu buatkan aku rasa masa makin cepat kot...

pagi tadi macam biasa aku check up kat Klinik Desa Kg. Kempadang.. aku suka klinik ni.. staf dia peramah... diorang semua kenal orang yang datang selalu2 cam aku ni.. baru lat setahun dah datang lagi.. hehe... klinik dia pun selesa... bersih.. dan yang paling aku suka cepat je service dia... macam tadi pagi aku masuk dah dekat pukul 8.30 pg... siap semua dalam pukul 8.45 pagi... cepat kan..? tapi salah satu faktor dia hari ni orang tak ramai datang pagi2 kot... ramai pelanggan dia orang kampung sini je... dan suri rumah sepenuh masa.. jadi diorang akan datang klinik bila dah selesai tugas dengan anak2 kat rumah.. jadi peluang untuk orang yang bekerja dilayan dengan cepat kan..

ok mari kita tengok hasil check up aku hari ni:

berat badan: naik jugak sikit walaupun aku tak bape selera sekarang ni.. dari 67.4 kg lepas naik  ke 69 kg... alhamdulillah naik 1.6kg.. memuaskan je sbb patut kena naik 2kg/ 2 minggu..
tekanan darah: 90/60... turun banyak tu...biasa2 pun 100/70 @110/70.. mungkin sbb semalam tak leh tidur lena.. panas noo rasa badan..
Hb: masih takleh nak check sbb kit dah abis..
jantung baby: yg ni sebenarnya dah check start check up yg lepas tapi aku lupa nak update...yg lepas 135beat.. kali dah 142 beat dah.. makin cergas kan..alhamdulillah...
pesanan klinik: teruskan catat gerakan anak.. sangat aktif tau dia ni..

next check up pada 2/11/2011, yang ni kena check sekali dengan OGTT.. harap2 aku lepas la ujian last ni...

p/s tadi masa pegi check ada sorang perempuan ni.. tinggi darah dia.. masa check dah 160/90... kena check setiap selang sehari... kesiannya dia.. harap2 jangan la aku kena camtu...
jugak aku teringat kisah seorang ibu meninggal pasal high blood pressure ni masa aku lahirkan najmi dulu... tinggi betul darah dia masa admit tu dah 220.. al fatihah untuk arwah.. apa khabar anak dia skrg ni kan...?

cerita pasal makan2 lagi... kali ni kat WWWF pulak..

salam semua,

kali ni nak cerita perihal makan2 lagi la.... sejak 2 menjak ni aku dah jadi pemalas nak masak... boleh kira tau bape kali je aku memasak kat rumah... kalau ada pun yang simple2 je... sebabnya aku dah makin rasa tak larat nak berdiri lama2.... cepat lenguh la kaki ni... nafas pun rasa macam tak cukup je...
belum campur lagi faktor ramai nooo yang nak jadi pembantu chef... termasuk tukang baling bawang serata dapur... letih wooo nak mengutip serata dapur terbongkok2 dengan perut camni... azab....... 

dan nasib baik jugak dapat suami yang memahami... mekasih bang... selalu tiap petang akan ada soklan camni... petang ni kita nak makan kat mana?.... best kan?

biasa memang diorang kena ikut tekak mak buyung ni la jawabnya... aku kasi tunjuk dulu gambar mangsa2 keadaan ni....

 macam tenang je kan... walaupun kena paksa...hahaha...


muka aku tetiba je ada kan....
tempat ni nama dia WWWF ataupun Wild Western Food... ekkk.. w lagi satu tu untuk apa ek?

tempat dia ni kalau on the way nak balik rumah aku dari kuantan dia area belah kiri jalan kat tanjung lumpur... senang je nak cari lepas tunas manja sikit je pun...

lama dah berangan nak rasa makanan sini tapi tak berkesempatan.. selalu bila nak gi je hujan.. payah nak turun dari kereta.. tu yang selalu kensel tu...

 tadi ayah dia tengok menu... ni anak dia pulak...

 air yang kami minum... aku air laici tu haa.. shah nak fresh oren.. anak2 air sirap je la...

 sibuk menerai air ayah dia.... mesti ni.. semua air orang dia minum...

 tengah masam mencuka pasal merajuk nak makan roti.... roti takde lak kat sini... terpaksa shah jalan kaki ke 7e beli kejap... sian ayah...

 bila dah dapat... tekun ko makan.. eleh abis satu je pun.. tak berbaloi ayah jalan kaki...


menu aku... mixed grill... semua ada... rasa...? ala kadar je... ayam tu... sorry memang tak sedap...

 shah punya.. chicken chop... ok la pulak.. saje je tau.. 

haa... yg ni aku agak pelik.. kami tak order tp dia ada... yang kami order sup cendawan yang kena cakap balik baru dia hantar.. diorang tertukar ke?...

semua ni kami bayar RM47++ je la.... ok la tu kan... tapi komen dari shah yang selalu berkira pasal duit... ok lagi makan kat Black Canyon... berbaloi2...

makan2 kat Restoran Black Canyon..

salam semua,

ni semua cerita pasal makan minggu lepas la... tekak aku sekarang kan... pelik tau... tak berapa nak makan... tapi bila rasa nak makan je mesti nak makan makanan western.... wah ko.. awal2 dulu nak makan nasi kandar je..  kali ni dia mintak western je dah... hehe... teringat shah tanya "ni anak yang nak makan ke ummi dia ni...." hehe sekali la kan.....

baru ni kami menerai restoran kat East Coast Mall.. lama dah nampak tempat ni... tapi selalu je ramai orang.. menjadikan kami malas rasa nak singgah... selalu bila tengok ramai orang kami terus kornar ke kedai sebelah beli donut big apple je...

tapi kali ni aku taknak mengalah... aku tunggu gak ada meja kosong... shah pakat geleng2 kepala je la... sayang bini punya pasal.. ikut je la... sebelum tu kami tapau donut untuk budak yang lapar gila... (dia kata la)...sapa lagi kalau bukan abg long.. sebenarnya dia memang tak leh nampak donut ni.. sibuk la selagi tak dibelikan...


aku cerita menu terus la ye.... ni yang kami makan...

 shah punya... mesti nak nasi.. nasi goreng dgn bbq stick.. ada 2 stick.. satu dah kat tangan...

 aku punya... beef steak... sedap ko... berbaloi order.. jenuh nak ngabiskan...

 ni pulak.. anak2 punya.. nasi tomato kot.. dalam telur bungkus.. diorang tak suka sbb masam.. shah yang kena abiskan.. nasi dia anak2 abiskan.. hehe...

ni air kami... ais lemon tea.. cappucinno dan ais tea...lupa lak tepi air tu sup ayam free pasal order menu of the day.... sedap tu....(tisu2 berlambak tu pasal buat kesat org yg makan donut tu la)

kesemua ni kami bayar dalam RM73++ ... mahal gila! shah siap tanya sekali lagi tu... hahaha... ala service charges dia tu yang mahal bebenor... sampai 10%... lainkali kami tak gi dah kot pasal mahal.. hehe...

kesian abg ngah.. maafkan ummi ye nak..

salam semua,

aku ni tetiba je muncul dan nak buat cerita sedih kan?....

sebenarnya kejadian ni jadi minggu lepas lagi tapi belum berkesempatan nak cerita kat sini...

alkisahnya hari rabu lepas shah kena ot malam... jadi seperti biasa aku kena handle anak2 sorang2 kat rumah.. shah gi keja dalam pukul 7.30 malam, lepas maghrib...

dipendekkan cerita balik dari kerja tu aku siap dah masak2... lauk sardin semalam yang aku panaskan.. dengan bubur nasi.. untuk anak2 aku dah siapkan sup bebola.. shah gi kerja tu aku tak sempat nak makan lagi... aku pun makan la lepas shah selamat keluar... masa ni abg ngah tengah sibuk2 keluarkan kereta tolak dia... dia tengah sibuk2 main kereta tolak... aku pun rebut2 makan sebelum solat maghrib... makan laju2...

tetiba anak bertuah ni datang dengan kereta dia.. siap cakap lagi... "Nak...nak..." aku pun suap la sikit kat mulut dia bubur nasi... sebenarnya dia dah selamat makan masa ni ok... saje je dia ni memang kalau tengok orang makan dia sibuk...

lepas suapan kedua.. aku terus laju2 suap mulut aku lak...mak pun sama lapor ko... tetiba aku tengok dia dah berdiri atas kereta tolak dia... dah nak bergerak kedepan dah masa ni.. depan tu ada kerusi makan sebab aku makan kat meja makan...

maka aku, dengan sepantas kilatnya.... terus lepas sudu kat tangan dan capai anak bertuah aku tu... tapi sayangnya kuku aku jari tengah tangan belah kiri ntah macamana tah leh tercakar pulak kat muka dia.. dah la shah pun cakap kuku aku kalau tak panjang pun keras ok... tercalar la bawah mata anak aku sorang tu.... nasib tak kena mata... kalau tak aku tak dapat bayangkan apa terjadi tau...

lepas tu terus aku buat susu untuk dia... pujuk bagi dia berhenti menangis... dan aku pun tinggal terus mangkuk bubur tu gi sembahyang... lepas sembahyang aku terus tak cuit dah.. hilang selera...

budak kecik tu pun selalu lepas susu dia datang kacau aku sembahyang tapi kali ni tertidur terus... kesian abg ngah...

korang tengok la penderaan yang ku lakukan.... waaaa....

 tertidur lepas letih menangis...

aku close up bagi korang nampak luka bawah mata dia tu... melecet la sikit... (hantar gi sekolah semua cikgu dia tanya kenapa.. wah... betul2 rasa cam dera anak tau....)

maafkan ummi ye nak... ummi betul2 tak sengaja... ingatkan elak kena kerusi makan rupanya kena pulak kuku ummi...

Rabu, 12 Oktober 2011

kami dah dapat...

salam semua,

baru2 ni ada anak2 sibuk nak bela sesuatu kat rumah... aku pun fikir bagus jugak untuk kita ajar sayang dengan haiwan kan...

memula memang fikir nak ambik kucing.. last lepas jiran aku yang bela kucing tinggal merata je kucing dia bila balik kampung buat kami fikir balik.. kesian dengan jiran sebelah menyebelah...

lepas tu pulak berangan nak bela hamster... tapi bila fikir2 balik payah nak bela gak...

last2 kami buat keputusan nak bela kura-kura....
kebetulan masa shah balik hantar beg anak pepagi naik motor masa kereta kami rosak hari tu dia jumpa kura2 tengah terbalik kat tengah jalan.. dia bawak balik rumah... plan asalnya nak pergi ke kedai haiwan peliharaan petang tu nak beli makanan dia la... last2 bila dah pegi ternampak la pulak kura2 comel kat situ.. akhirnya kami beli 3 ekor siap dengan bekas, makanan dan batu kecik2...




dan kura2 yang shah jumpa tu dia pegi lepaskan balik...

bebudak tu macam pelik je nampak kura2 tu mulanya.. abg ngah la paling teruk.. asyik ketuk2 je bekas tu suruh kura2 tu bergerak2... aku rasa kura2 semua tu memang stress gila la... sekarang ni kami letak diorang tu atas meja makan... dah seminggu dah... nampaknya pagi ni bila aku bagi makan baru la kura2 tu berani makan depan orang.. dah hilang fobia dia kot... hehe... kesian kena buli dengan anak2...

p/s terpikir la kalau kucing/hamster camne la diorang buli agaknya...

Perginya insan yang kuminati.. Al Fatihah...

salam semua,

diharap semua dalam keadaan sihat hendaknya....

bunyi tajuk tu macam jiwang karat je kan...?

sebenarnya aku pun ikut bersedih atas pemergian seniman veteran kita Ahmad Jais...

aku minat sangat dengan dia ni... dulu masa aku belum kahwin dan masih kerja dengan swasta, aku selalu ulang alik dari kuantan - kluang - kota tinggi.... kota tinggi - kluang - kuantan... sepanjang perjalanan aku ditemani oleh Ahmad Jais ni... aku siap beli 2 kaset lagu2 dia untuk pasang sepanjang jalan... tenang je rasa bila dengar suara dia...

Al- Fatihah untuk arwah... semoga rohnya tenang di sana...amin..

p/s untuk maklumat lanjut tentang arwah boleh tengok SINI

Isnin, 10 Oktober 2011

East Coast Buffet Steamboat Kuantan

salam semua,

gambar ni masa kami pegi makan minggu lepas sebenarnya... lambat lak nak tepek kat sini...

aku dapat tau tempat ni dari internet dan kawan kat opis ni yang pergi...teringin nak pegi bulan puasa lepas tapi fikir2 balik cam tak berbaloi je kami nak pergi... ye la bulan puasa kami makan simple2 je... macam membazir pulak kalau bayar benda2 buffet ni... sampai ada kawan opis kata aku berbuka cam orang minum petang je... hehe.. punya la simple...janji perut kenyang kan...?
 tengok tu tekunnya makan....

licin pinggan abg long... dia makan bola2 je...

adik dah kenyang masa ni... leh ronda2... asyik main sudu je..

bayaran untuk tempat ni... RM22 Dewasa dan RM14 Kanak2...

makan pulak semua disediakan dengan buffet... ambik je la apa yang korang nak... dia buka dari 5 petang sampai 11 malam kalau tak silap... siap ada air teh cina free sejug dan aiskrim juga buah dan kek pisang untuk pencuci mulut...

disebabkan anak2 tak suka teh cina termasuk shah sekali diorang gi ambik pulak 2 air tin... yang ni kena bayar lain...

berbaloi la kalau korang suka seafood.. leh makan puas2.. kami jenis tak makan banyak kot.. lagi pun dah petang kalau dia bukak tengah hari aku rasa ok kot.. betul tengah lapar...

kuah sup dan tomyam dia aku rasa cam kurang sikit la... lebih sedap yang johnny punya.. diorang punya kurang kick sikit... tapi sebab melayu aku support lebih! hihi...

kami kena bayar semua dalam RM46++ kot.. aku tak ingat.. tapi abg long masih dapat makan free.. itu yang buat ummi dia tak berkira sangat tu...

p/s kalau datang sini jangan tamak nak ambik semua pasal kalau tak abis kena bayar RM6 setiap 100 gram tau.. ini untuk mengelakkan pembaziran.. bagus..bagus...

ni untuk sapa2 yang teringin nak pegi...LINK DIA DI FACEBOOK

dah selamat dah ic kami...

salam semua,

hari sabtu lepas kami pergi la menjalankan misi membuat ic baru kami kat Jabatan Pendaftaran Negara Kuantan..

kami sampai kat situ lebih kurang pukul 12 tengahari la camtu... itu pun setelah disahkan melalui telefon dulu yang kaunter diorang bukak setiap hari sabtu dan ahad sampai pukul 2 petang...

sampai je aku terus ambik borang dan isi... masa tu anak2 dengan shah.. sibuk diorang ronda semua kawasan...
nampak tak ic kami kat atas tu?... ic shah la paling teruk.. dah siap terkopak2...
ada lagi tu nampak tak bil api tu.. aku siap bawak sekali pasal kak anita kata kena untuk bukti..

borang senang je.. satu muka surat je...selamat part tu aku ambik nombor giliran...dapat 4046.. masa tu nombor yang tengah berada di kaunter tu 4036.. kira dalam sepuluh orang la kan...

pastu kami pun duduk kat sini untuk tunggu....






 tengok la tu... rata ko dia berjalan.. sampai celah kerusi pun dia masuk..

shah bawak abg long ke bilik air masa ni... jadi abg ngah la yang meronda dan mengukur keluasan opis JPN ni...

nombor bergerak sangat cepat ok... lepas ambik semua detail kena pulak tunggu kaunter untuk ambik gambar... kami siap semuanya dalam 1 jam je.. jam 1 lebih kami dah selamat keluar...sangat bagus kan servis dia...kalau bagus aku memang suka puji dan rekemen... cuma satu je aku nak komen... jalan masuk tu... pejabat tu dah la kena naik bukit... jalan dia pulak tu tar semua tu sampai ke bawah... kalau ada tangga aku tak kisah la.. bahaya wooo orang ngandung cam aku ni bila turun bukit tu... kalau tergelincir.. naya... terus masuk hospital kot...

gambar ic baru tu aku rasa aku taknak letak sini la... apasal? hehe... muka aku dah cam orang terperanjat dah... muka shah lak berkerut dengan kolar baju yang tah apa2.. hahaha... kalah pelarian punya gambar dah...