Socialize

Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 7 Oktober 2011

eh..ada la bonus...alhamdulillah...

salam semua,

aku buat entry sebelum ni sebelum aku balik tadi... dah tu dalam perjalanan balik tadi sebab lama dalam jem dan sempat dengar radio baru la dengar PM umumkan bonus untuk penjawat awam.. tambahan lagi setengah bulan gaji atau sekurang-kurangnya RM500.. alhamdulillah rezeki... (faiz, ko jangan marah lak aku buat entry ni)...

sekurang2nya lega sikit kami hujung tahun ni... maklumlah gaji aku dah kena potong gaji separuh untuk bayar rumah kami duduk ni... dah sempit sikit hidung rasa nak bernafas... dengar2 pulak yuran taska anak cam nak naik lagi.. belum lagi tambah yang dalam perut ni dak keluar... memang la orang kata setiap anak ada rezeki kan... aku tak pernah sangkal ayat tu.. mak aku pun pesan.. bukan anak je.. setiap orang ada rezeki masing2 yang ditentukan Tuhan... insyallah.. cuma cepat atau lambat je...

dan dengan adanya penambahan gaji lagi tu.. itu lagi satu rezeki... semoga rezeki2 ni tak disekat pulak dengan kenaikan harga barang atau minyak sebelum gaji naik ni... mana la tau kan... dulu2 pun camtu gak.. baru je nak umum penjawat awam dapat bonus atau naik gaji semua benda naik... bila dah umum lagi la semua naik dan tak turun2... kecewa bila fikir pergi balik.. pergi balik tang tu jugak... dah tu bukan kami je penjawat awam yang terasa... semua orang terasa... baik yg kerja sendiri..swasta... semua2 la... sapa yang untung pun aku tak pasti... sebab peniaga pun mengeluh gak kata barang yang diborong memang dah mahal... jadi siapa yang untung ye?

apa pun sama2 la kita berdoa semoga belanjawan 2012 kali ni tak akan menyebabkan segalanya jadi naik... amin...

p/s jangan bilangan anak naik lagi dah la ye? hehe.... Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: