Socialize

Follow my blog with Bloglovin

Rabu, 12 Oktober 2011

kami dah dapat...

salam semua,

baru2 ni ada anak2 sibuk nak bela sesuatu kat rumah... aku pun fikir bagus jugak untuk kita ajar sayang dengan haiwan kan...

memula memang fikir nak ambik kucing.. last lepas jiran aku yang bela kucing tinggal merata je kucing dia bila balik kampung buat kami fikir balik.. kesian dengan jiran sebelah menyebelah...

lepas tu pulak berangan nak bela hamster... tapi bila fikir2 balik payah nak bela gak...

last2 kami buat keputusan nak bela kura-kura....
kebetulan masa shah balik hantar beg anak pepagi naik motor masa kereta kami rosak hari tu dia jumpa kura2 tengah terbalik kat tengah jalan.. dia bawak balik rumah... plan asalnya nak pergi ke kedai haiwan peliharaan petang tu nak beli makanan dia la... last2 bila dah pegi ternampak la pulak kura2 comel kat situ.. akhirnya kami beli 3 ekor siap dengan bekas, makanan dan batu kecik2...




dan kura2 yang shah jumpa tu dia pegi lepaskan balik...

bebudak tu macam pelik je nampak kura2 tu mulanya.. abg ngah la paling teruk.. asyik ketuk2 je bekas tu suruh kura2 tu bergerak2... aku rasa kura2 semua tu memang stress gila la... sekarang ni kami letak diorang tu atas meja makan... dah seminggu dah... nampaknya pagi ni bila aku bagi makan baru la kura2 tu berani makan depan orang.. dah hilang fobia dia kot... hehe... kesian kena buli dengan anak2...

p/s terpikir la kalau kucing/hamster camne la diorang buli agaknya... Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: