Follow my blog with Bloglovin

Khamis, 6 Oktober 2011

planning untuk Hari Keluarga

salam semua,

entry menyelit lagi petang ni.... sakit pulak kepala ni pasal tadi keluar tengah2 matahari tegak kat atas kepala.... alasannya sebab nak cari tempat untuk buat program Hari Keluarga Kelab kami yang comel ni... kelab tempat kerja kami yang comel je ni... ahli pun bukan ramai tak sampai pun 25 orang... tapi memang setiap tahun kami buat Hari Keluarga merangkap penghargaan untuk semua staff kat sini... bajet pun ciput2 je atas sumbangan ikhlas semua ahli...

cuma tahun ni konon nak buat cam grand sikit la... kami nak tidur kat chalet atau resort dengan perbelanjaan sendiri... jadinya kena la cari yang berada di dalam kemampuan semua orang....

aku pulak bukan la ditugaskan mencari tapi cuma tolong2 je apa yang patut... nasib baik kami duduk area kuantan ni... senang la jugak banyak pilihan resort yang ada... nak mahal.. ke murah ke semua ada...

bila dah buat2 pilihan ni kami dah dapat la 3 tempat...
1) Amansari Resort
2) Balok Seaview Resort
3) Kempville Resort

dalam tiga2 tempat ni cuma sempat singgah 2 je tadi... yang atas 2 tu... tapi yang paling ok dan harga yang berpatutan macam no 1 tu je... tapi itu belum tanya makan semua la... yang penting kami tanya harga bilik dulu pasal kena bayar masing2 ...

eh... cite2 pasal ni aku janji nak tepon manager tu bila sampai opis tadi.. lepas sembahyang semua lupa la pulak.. bebila aku sambung cite planning ni balik ye... lainkali aku siap letak gambar tadi lupa pulak nak snap...

p/s macamana la tak lupa... lepas perkena nasi kandar seri utara... semua ingatan dah sampai utara dah kot... fuh.. penangan kari kaw.... Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: