Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 28 Oktober 2011

playsmart di yayasan pahang...

salam semua,

aku tengah boring sambil menaip report yang berlambak atas meja ni... nak hilangkan rasa boring tulis blog kejap aci tak?

aku nak cerita pasal playsmart kat kuantan ni... kalau kat kuantan bukan ada benda best yang menarik sangat pun nak hiburkan anak2... bukan macam kat kl tu haa... zoo yang ada pun binatang ciput je.. tapi berbaloi la sebab free...

jadinya sebelum kami pergi JB aritu aku survey2 la kat yayasan tu ada lagi tak playsmart kat tapak diorang buat dinosur punya pameran dulu... aku try la email... cepat je diorang balas ko... bagus diorang ni.. diorang kata still ada lagi kat situ... buka setiap hari kecuali cuti umum je...

oleh sebab abg long dah bersemangat nak ajak main2 kat yayasan tu... asal balik rumah je lalu sini mesti nak ajak main2 kat situ... macam2 alasan dah aku bagi.. dah tutup la itu la ini la... last2 sebab tak daya dah kami gi jugak la lepas kami buat ic 2 minggu lepas.... haaa... ic aku dah selamat ambik semalam... huhu... segan aku nak tunjuk sini hasilnya.... takyah la ye... kesimpulan memang kalau ambik gambar kat situ pepaham je la hasilnya camne...

eh sambung lak cerita playsmart ni... petang tu kami pun bawak la buah hati 2 orang ni pegi kat yayasan pahang tu... sampai kat situ... memang ramai orang jugak... bebudak la... permainan ada la banyak la jugak... cuma yang sepadan dengan umur budak 2 orang tu leh kira dengan jari je la...

sudahnya diorang berpusing2 dengan mainan yang sama je la....

tapi ada jugak permainan yang dah tak leh berfungsi dengan baik... aku tau kenapa... aku jeling kiri kanan... ada bebudak yang main ganas gila... leh pulak mak bapak diorang buat tak tau je... sikit pun tak tegur.. pelik betul aku la... sampaikan kolam bola yang dah terang2 tulis umur 5 tahun ke bawah je boleh masuk pun yang umur nak masuk 13 tahun pun nak terjun dalam tu... aiseh ni salah sapa ni?
tak pelik la kalau banyak benda yang rosak kan?

apa yang anak2 aku main kat situ? meh layan gambar....


 tengok je orang main pasal bola takde kat sini dan mesin ni dah tak berfungsi...


 tempat dia luas tapi permainan untuk yang tinggi melebihi pinggang aku je boleh jenguk...


 yg ni pun ntah aku kutip bola mana ntah nak cuba...
pun tinggi jugak kena dukung bebudak nak letak bola tu...


 sudahnya abg ngah main bola besar dan kecik tu je la sebab semua benda tak sampai... hehe...

abg long pulak leka kat sini lama2... pelik agaknya bola tu leh jatuh sampai bawah dengan jayanya...
pun tinggi jugak... nampak kena alas kusi tu...


anak2 dah macam taknak balik lak bila datang sini... tu yang malas nak gi tu... sekarang ni pun kalau keluar memana lalu kat Bangunan Yayasan Pahang tu asyik la tanya... bila kita nak main2 lagi kat sini?

p/s bila la kuantan nak ada kawasan permainan yang best cam kat kl tu ye?
Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: