Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 1 November 2011

"abang nikah hari jumaat.. kenduri hari sabtu..."

salam semua,

aku nak break la rehat ni.... gi tidur kejap... aci tak?

tak tahan dah mata aku ni.. tapi kalau aku tidur sure tak cukup sejam rehat kang....

ni aku nak cerita kisah 2 malam lepas.... malam tu aku tak leh tidur tau... badan ni haa... angin je semacam... ntah kenapa ntah..mengandung kali ni kena angin pulak dah hujung2 ni... lepas tu perut mula la memulas je sampai la ke hari ni...

pastu malam kelmarin tu aku kena gatal2 pulak seluruh badan...lagi la tak boleh nak tidur pulak... terkeruk2 dah macam apa ntah... tambah pulak malam tu rasa panas semacam... banyak betul kerenah mak buyung ni kan...?

bila dah terjaga memalam tu jadinya kau takleh nak tidur dah.. berpusing2 kiri kanan dan akhirnya aku terlelap... tapi lepas terlelap ni la cerita bermula....

tetiba je aku terdengar suara shah kata camni "abang tak boleh nak balik kampung raya ni... abang kena nikah hari jumaat... kenduri pulak hari sabtu"

ada pulak suara aku menyampuk " abis tu ita balik sendiri la dengan anak2?"

shah jawab lagi "ye la... nanti hari ahad abang balik sana pulak ambik sayang dengan anak2 balik sini semula isnin tu"

lepas tu tetiba aku dengar bunyi... kring....kring...kring.... wah... alarm henset aku dah bunyi la... dah kul 5.30 pagi.... hehe... aku mimpi daaa.....

p/s aku terlupa nak cerita dengan shah... malam tadi baru ingat nak cerita.. boleh dia gelak2... huhu.. siap cakap tu.. aku bagi ke dia nikah...? errrr..... ntah ye....korang rasa...? Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: