Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 15 November 2011

ada je lagi yg tak cukup....

salam semua,

hari ni aku letih je rasa... mata macam nak tertutup je dah ni... semalam kami balik dari kenduri dah pukul 11.30 malam sampai kat rumah... kemas2 rumah sikit, masuk baju dalam mesin lagi.. semua benda kena buat dah dekat pukul 1 pagi baru boleh tidur.... hari ni hari last berulang untuk kenduri... alhamdulillah lepas ni balik kerja boleh rehat kat rumah je...aku kalau tengah badan sihat tak la berkira sangat tapi ni tengah sarat2 ni... betul2 tak larat je rasa....

kat rumah kenduri pulak kalau tak tolong2 tak patut la pulak kan... lagi pulak perut aku yang tak menampakkan yang aku dah sarat bersalin ni... ini la masalah kalau mengandung perut kecik... semua keutamaan untuk orang mengandung jarang dapat... aku masih boleh pakai baju kurung biasa dan perut pun cuma nampak macam orang mengandung 6 bulan je... bila aku cakap due bulan depan semua orang buat muka tak percaya... hmmm... nak buat macamana kan? nasib badan la...

tadi pagi aku dah siap selongkar baju2 lama abg ngah yang terperap dalam bakul dan plastik... puas godeh2 dapat la baju kecik2 yang molek2 dalam 7 pasang... barut ada 5 je... kain bedung pun ada 5 je.. masa abg ngah dulu tengah musim panas jadi tak kisah sangat bila baju sikit.. basuh jemur je sekejap je kering... kali ni tengah musim hujan jadi lain sikit la...

banyak nak kena tambah ni... bila la ada masa nak cari ni....

p/s balik tengahari ni nak basuh semua sekali... Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: