Follow my blog with Bloglovin

Isnin, 14 November 2011

alhamdulillah.... lega ummi nak...

salam semua,

aku baru je balik dari hospital untuk temujanji abg ngah setiap 3 bulan tu... hari ni doktor review keputusan darah dia yang diambil 3 bulan lepas... takde ambik darah hari ni...

doktor buat aku cemas sikit tadi bila dia kata keputusan ujian darah yang ada pada dia tak lengkap... sebab 3 bulan lepas tu ada ambik darah untuk ujian talasemia dan fungsi hati dan buah pinggang abg ngah....

dia ke kaunter semula untuk cari... balik2 je dia senyum.. keputusan tu ada cuma tak masuk fail je... bila dia tengok cuma ada masalah sikit dengan bacaan iron je... yang lain2 masih ok dan tak membimbangkan... alhamdulillah... doktor nasihatkan tambah makanan yang banyak iron dalam diet dia... ummi dia kena rajin masak la lepas ni...

lepas tu keputusan ujian yang paling melegakan hati ialah... abg ngah bebas Talasemia... alhamdulillah... lega betul aku bila dengar doktor cakap perkara tu... cuma doktor kata dia kena pantau sikit perkembangan berat badan dia lagi 3 bulan... sebab dia kata macam tak capat target lagi... mungkin sebab dia selalu kena sakit sejak akhir2 ni... berat dia tadi 9.7kg dan tinggi dia dah 81cm...

tadi pun masa kami datang abg ngah tengah ada selsema dan batuk lagi... bila doktor check tak pasal2 kena nebuliser pulak... kesian abg ngah... terjerit2 pulak dia... lepas neb doktor kata kalau tak ada perubahan akan kena masuk wad... aku dah cemas dah dengar... risau je kena masuk wad... sebab kalau kat rumah banyak shah yang cover jaga anak2, aku dah tak larat dah nak gerak sangat2...

bila doktor check lepas ambik neb tu paru2 dia ok sikit jadi doktor kata tak perlu masuk... lega aku dengar... cuma doktor bagi antibiotik untuk seminggu je... kalau tak ok jugak dia suruh bawak hospital terus...

p/s aku betul2 bersyukur.... sekurang2nya lega beban kat hati ni.. risau kalau ujian tu positif... risaukan anak dalam perut ni lagi.... Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: