Follow my blog with Bloglovin

Khamis, 3 November 2011

bersalahnya aku rasa...

salam semua,

pagi ni aku banyak kerja nak buat tapi aku tetap nak selitkan entry ni jugak.... berkaitan pasal entry semalam...

malam tadi abg ngah masih dalam keadaan yang sama lagi.. masih taknak menyusu... menetek cuma letak puting kat bibir.. gosok2 je... makan pulak alhamdulillah semalam aku masak nasi, ada lauk sawi goreng dengan fishball +tauhu... berselera dia makan...lega sikit hati aku tengok... paling dia suka fishball tu... siap ambik dari pinggang orang lain lagi tu...

tapi bila nak tidur la payah sikit... lengguh dah riba aku dengan shah mengenjut nak bagi tidur... dengan mata aku yang macam kena jahit2 semalam... aduhai baru aku tau betapa susahnya nak jaga anak... tu la masa kecik degil lagi dengan orang tua... kan sekarang baru rasa...

pukul 4 pagi dia terjaga pulak menangis2... mesti sebab perut dia lapar... shah buat susu ambik ubat semua... bagi susu dia masih taknak sambil mulut tetap berbunyi "buat... buat" selalu kalau macam tu dia mintak susu tapi bila bagi susu tak nak jugak aku dengan shah dah panik... bagi dia dalam bekas air dengan straw pun masih taknak jugak... last2 kami bagi dia ubat tahan sakit dan antifungal tu.. lepas bagi lagi la dia meraung... aku popok dia sampai la tertidur atas dada... sedih betul hati aku masa tu... rasa nak menangis pun ada... aku doa je biar la sakit tu ditukarkan pada aku saat tu... jangan bagi anak aku tanggung sakit camtu...

pagi ni aku siap bagi nota semua ubat kena makan kat taska... tapi hati aku berat betul nak hantar dia gi taska...kalau ikut hati aku rasa nak cuti je hari ni tapi apa kan daya tugas menunggu kat opis ni... tambah pulak semua pegawai dah start cuti raya hari ni... kalau ada kes yang serius sapa pulak nak kena hadap nanti... siap aku fikir2 lagi kalau aku bawak je abg ngah ke opis ok je kot... tapi bila fikir2 balik camne aku nak buat keja kalau dia asyik merengek nanti... aduhai...

aku siap pesan banyak kali dengan cikgu dia tadi suruh telefon kalau ada apa2... tengahari kang aku dah set nak jenguk dia kejap... tapi serius hati aku tak senang... bersalah je rasa tinggalkan anak yang tengah sakit pada orang lain.. rasa macam tak bertanggungjawab je....

p/s di saat ni hati aku sangat bersyukur kalau aku ditakdirkan bukan ibu yang berkerjaya dan hanya duduk di rumah... Ya Allah kuatkan semangat aku.... Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: