Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 18 November 2011

hasil daging korban...

salam semua,

lupa nak tunjuk kat korang hasil dari daging korban sumbangan tempat kerja aku minggu lepas....

ada la dapat dekat 1/2 kg dagingnya... alhamdulillah rezeki kan...

diorang agih hari isnin lepas tapi aku tak naik keja lagi masa tu... ada wakil yang tolong simpan dalam peti ais kat tempat keja ni.. dapat la merasa...

masa nak bawak balik tu tak plan pun nak buat apa2... memula macam nak rebus je buat kuah mee bandung tapi last2 tak jadi pulak...

aku tukar plan... balik dari keja hari rabu baru ni aku terus tengok2 apa yang ada kat dapur... tengok dalam peti ada santan beku... pastu cuma takde kentang je.. pastu mintak shah belikan kejap kat kedai...

lepas maghrib aku start busy kat dapur ditemani abg ngah yang sama sibuk nak potong bawang... nak main beras... waaa... part ni yg buat aku lemah nak masak ni...

last2 aku siap masak dah dekat pukul 10 dah... makanya kami makan malam pukul 10 lebih... hahaha... kesian shah dengan anak2 tunggu...nasib la kan... isteri bekerja camni la...

nak tau apa aku masak.... sonang je pun...


kari daging...gambar aku dah ambik pagi semalam... aku bawak bekal gi keja...tapi aku tak transfer pulak kat komputer.. tetiba abg long main hp semalam terhilang la pulak... sah dia padam tu... waa....
kari aku dah posing baik punya...

p/s tahun ni kurang dapat daging cuma boleh masak 1 resepi je...korang dapat banyak ke? Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: