Follow my blog with Bloglovin

Rabu, 9 November 2011

penyakit Tangan, kaki dan mulut menyerang?

salam semua,

jumaat lepas aku kena 'dicutikan' secara paksa oleh doktor...  begini ceritanya... al kisah khamis lepas shah ambik anak2 balik dari taska terus ke tempat kerja aku... masa ambik anak2 tu baru la ada pengasuh dia yang bagi tau sebelum ni ada anak yang dihantar ke taska disyakki terkena penyakit tangan, kaki dan mulut tapi katanya tak ada tindakan diambil... dan budak tu terus dihantar ke taska... aku takde maklumat lanjut pasal budak ni sebab yang terima maklumat ni shah....

errr kalau orang lelaki dapat maklumat memang tak suka tanya lanjut kan? ke shah sorang je yang selalu macam tu? selalu camtu tau.. kalau ada sedara masuk hospital dia tak tanya pun apa masalah atau bila masuk kalau orang yang bagitau tu tak cerita lanjut... payah pulak kena telefon sekali lagi bertanya... ke memang sifat lelaki camtu ek?

sambung kisah anak balik ye... lepas tu kami yang memang perasan ada cam ruam2 timbul kat tengkok dan badan abg ngah mula rasa risau... ada jugak yang timbul kat tapak kaki dan tangan dia... bila kami nak sentuh dia tak bagi... ruam tu timbul macam tanda2 campak la...

ni gambar yang aku ambik...










tapi kat sekitar mulut dia takde la pulak...

petang tu kami nak bawak dia ke klinik tapi tak sempat jadi lepas maghrib kami pun bawak dia ke klinik Al Amin kat masjid untuk check semula... doktor pelik jugak sebab baru je bawak dia semalam tengahari... tapi bila kami tunjuk semua tanda kat tangan dan kaki tu doktor terus syak kena penyakit tangan, kaki dan mulut tu... kami pun cuak semacam gak... memang sebelum ni dia demam panas kan... lepas tu dah ok sakit dalam mulut pulak.... pastu timbul pulak tanda2 kat kaki tangan ni...

pastu doktor tanya taska mana kami hantar... last2 doktor suruh aku cuti supaya takde orang kena jangkitan pulak...aku bagitau la yang aku memang tak leh nak cuti... shah lagilah pulak... last2 doktor tu kata dia leh bagi mc pada aku supaya aku tetap boleh cuti hari jumaat tu... dan akhirnya aku ambik jugak mc tu...doktor bagi ubat sapu untuk sapu kat badan abg ngah...

cuma masa nak balik kampung hari tu hati macam berbelah bagi je... ye la .. kat rumah mak aku berkumpul sepupu2 abg ngah yang kecik2 lagi... ada 2 orang yang lebih muda dari dia... aku risau jangkit kat diorang je...last2 aku telefon mak aku tanya pendapat orang tua... mak aku kata tak pe balik aje... insyallah tak akan jadi apa2...

jumaat lepas la baru abg ngah boleh menyusu... aku cuba bagi botol susu pagi tu... tapi aku kurangkan ke 6 auns je susu dia.. tapi alhamdulillah dia minum abis... susu pertama dia minum sejak hari selasa lepas... 2 jam lepas tu aku bagi lagi 6 auns lagi... pun abis... lega hati aku tak tau nak luahkan macamana... dia pun dah boleh senyum dan aktif semula...

hari ni sebelum aku hantar ke taska dia kena batuk2 pulak... kami tinggalkan ubat batuk  kat taska... tanda ruam kat badan dia dah semakin kering dan dah jadi kuping2 dah...gatal pun dah hilang...
semoga abg ngah terus sihat....amin...

p/s korang yang nak tau pasal penyakit ni leh tengok kat SINI.. Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: