Follow my blog with Bloglovin

Ahad, 13 November 2011

semoga rohnya dicucuri rahmat....

Salam semua,
ini entry tertangguh.. Aku taip kat dalam hp masa tengah tunggu anak2 dalam kereta.. Kami sekarang ni kat rumah mak shah.. Jam dah pukul 9.40 mlm...
 
abg ngah dah tidur... Letih agaknya... Kami balik dari majlis anugerah abg long dalam pukul 12 tengahari tadi... Penat dia ronda sekeliling kawasan.. Abis semua tempat dia ukur..
Cerita pasal majlis abg long insyallah aku cerita esok...
 
Petang tadi baru aku nak mula gerakan memasak, baru je kupas bawang.. Nak masak maggi je pun.. Shah request.. Tetiba hp shah berbunyi, ada call masuk.. Akak ipar aku call, katanya bapa sedara shah baru meninggal.. Terus shah kensel order dia tadi.. Kata ajak balik kampung..
Aku terus je kemas2 barang semua, lepas maghrib baru kami gerak.. Dari info, arwah nak diuruskan kat rumah mak shah.. Cadangnya nak kebumikan esok sebelum zohor.. Masa kami dalam perjalanan pulak, mak shah call kata elektrik takde sejak petang tadi.. Hujan memang lebat betul petang tadi.. Pokok besar kat tanah orang yang dah jadi hutan kat depan rumah mak shah dah tumbang betul2 atas kabel elektrik depan rumah..
 
Masa aku sampai tadi, baru orang sudah kerat2 dahan.. Tak lama lepas tu datang lori TNB nak betulkan..ini pun diorang tengah bekerja keras lagi ni.. Dah pukul 9.55 malam dah.. Aduh letih la menaip pakai c5 ni.. Alhamdulillah dah ok pun api.. Leh aku pindah anak tidur ni dari dalam kereta ke dalam rumah..
 
Jenazah dah selamat kat dalam rumah mak tu.. Korang doakan juga semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang2 beriman..amin.. Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: