Follow my blog with Bloglovin

Khamis, 10 November 2011

tak sihat hari ni... terbayang asam pedas baung la pulak....

salam semua,

maaf la dah petang baru ada masa nak menyinggah.... sekarang ni aku tengah sibuk untuk persediaan Hari Keluarga Kelab kami  yang akan dibuat pada 26 dan 27 hb ni... semoga semuanya berjalan lancar....amin...

hari ni aku tak berapa sihat la... perut ni rasa macam memulas2 je... ntah apa yang tak kena agaknya... malam tadi aku makan 3 keping roti disapu planta dengan gula... tapi tetiba je pukul 3 lebih pagi aku bangun sebab perut memulas2... ingatkan nak buang air... tapi lama aku tunggu makin lama makin terasa sakit pulak perut... cuak jugak ingat dah dekat masa ke?

tapi tetiba je tekak rasa macam nak muntah... abis semua yang aku makan malam tadi keluar balik... pagi ni pun cuma sarapan roti canai kosong je tadi... tengahari macam takde selera nak makan pun....

sebelum aku tulis entry ni aku dah teringin sesuatu tau... dah siap call shah pun ajak gi pasar malam kat inderapura.... kami nak cari ikan baung.... rasa dah terbayang ikan baung masak asam pedas... lebih best kalau boleh cicah dengan lempeng kan? perrrggghh.... mabeles....

gambar hiasan - ambik dari google
(lagi best kalau letak belimbing banyak2 kan?)

p/s meleleh dah air liur aku ni haaa....
Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: