Follow my blog with Bloglovin

Isnin, 19 Disember 2011

17.12.11


Masalah lain pulak...
17.12.11 jam 4.30pg
salam semua,
aku baru je lepas susukan adik nur tadi, adik nur dah ditukarkan ke lampu double lagi sekali bila bacaan dia naik semula ke 17.9.. Dan iv drip disambung semula..3.5ml sejam..dah keputusan darah yang terbaru 17.1..dapatlah turun sikit..
Lega sikit aku bila dengar hujan kat luar..dapat badan yang berpeluh2 ni sejuk sikit..aku padam kipas kat atas ni sebab adik Nur taknak duduk dalam cot..tapi memang hujung jari kaki tangan dia sejuk..
Balik pada tajuk..ada masalah lain pulak, adik Nur tak berak2 sejak hari kami datang..ntah apa masalahnya ntah..susu boleh tahan walaupun tak sekuat abg ngah dia..dia kentut je..bau jangan cakap la..kalah bau telur tembelang dah..busuk gila..
Oppss misi datang nak ambik adik Nur cucuk jap..ok nanti2 aku sambung ok..
p/s malam tadi ada kes baru datang, budak dalam 2 tahun camtu..kemalangan dengan babi..mak dia kat icu..kesian pulak aku tengok budak tu..shah terserempak dengan kemalangan tu masa balik dari hospital tadi..tak sangka pulak masuk sini.. Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: