Socialize

Follow my blog with Bloglovin

Isnin, 19 Disember 2011

19.12.11


Kami masih di sini...
18.12.11 jam 6.30pagi
salam semua,
hari ni dah masuk hari kelima kami anak beranak di hospital kluang..tak tau dah nak cakap yang aku rasa..sakit2 badan jangan cerita la...aku belum update bacaan adik Nur lagi sejak entry 17.12 lepas..
lepas bacaan naik ke 17.1 tu diambil lagi darah pagi semalam,
keputusannya amat mengejutkan doktor..9.2! Aku pun terkejut jugak..ingat dah boleh balik semalam..tapi disebabkan turun amat mendadak, doktor suruh ambik darah sekali lagi pukul 2 ptg..aku dengan shah dah confirm dah boleh keluar pagi ni..rasa nak kemas2 dah..tapi bila keputusan keluar..bacaan jadi 14.1..alamak..kena stay lagi..
p/s terpaksa shah sambung cuti lagi sehari..kesian ayah, nak.. penat berulang hari2 untuk kita..
Keputusan yang keluar amat mengecewakan.. 14.1 dan masih kena sambung rawatan uv sehingga darah diambil lagi sekali pagi ni..
Kalau ikutkan di rumah mak sekarang dah riuh dengan adik beradik dan anak saudara sebab semuanya balik nak hantar pinangan dan tanda untuk adik kami acik pada hari ni..tapi kami terlepas semua tu sebab kena duduk hospital..
Shah pulak patutnya habis cuti hari ni..kalau masih tak boleh keluar hari ni..tak tau la lagi macamana..ok la nak menyusukan adik Nur pulak ni..
Eh lupa la pulak nak bgtau adik Nur akhirnya berak petang semalam.. Lama dia peram kan? Doktor bagi dia 3 hari..ngam-ngam 3 hari dia keluarkan..harap2 boleh kurangkan lagi bacaan adik Nur hari ni..
p/s harap2 boleh la keluar hari ni..ummi dah rindu dengan abg2 awak adik Nur..



Hujan mencurah-curah...
19.12.11 jam 8.15pagi.
Salam semua,
dari semalam hujan turun mencurah2..semalam pun masa shah balik dia dah kena tempuh banjir kilat kat batu 4..hari ni tak tau la boleh lalu ke tidak..
Kami masih menunggu keputusan darah adik Nur yang kena ambik pukul 5 pagi tadi..adik Nur tengah tenang menyusu kat riba ni..dan alhamdulillah susu banyak untuk dia..rezeki adik Nur.. Owhh..lupa pulak nak bagitau yang kami dah ada nama yang confirm tertulis dalam borang cuma nak tunggu hantar je ni.. Nama yang kami pilih ni insyallah kami harap2 akan bagi kebaikan kepada hidupnya dan seluruh keluarga kami..amin
Nur Syafiah Husna...cahaya penawar yang baik..
Jap ye result adik dah balik ni...alamak..kena stay lagi la..15.4 pulak..kecewa betul ummi nak..sedih hati ummi..sama lebat dengan hujan yang mencurah2 kat luar tu..
p/s adik dah byk berak..byk susu dan memang duduk bwh lampu bila tidur tapi nape masih tak ok ye?


 I'm very very very depressed! 19.12.11 jam 9.15pagi.
Salam semua,
aku sangat2 sedih sekarang ni... Aku tau la kalau kena sakit kuning atau jaundice ni biasa dah boleh baik dengan uv lamp dan susukan anak sebanyak mungkin...
Aku jadi depressed bila doktor bercakap macam nak menyalahkan aku tak cukup bagi lampu dah susu kat adik Nur..melampau la camtu kan...aku jawab gak tadi..doktor kalau tak percaya tanya je la nurse kat sini..sebenarnya aku nak jawab je..dia ingat aku nak anak sakit? Dia ingat aku suka sangat makan makanan free kat hospital ni?
Aku lagi la nak balik tau..tadi pun aku dah mintak balik..shah patut dah balik keja..kena gaduh2 dengan bos dia baru leh cuti.. Aku pun dah rindu sangat dekat anak2...nak menitis dah air mata aku ni..tapi aku kuatkan hati..tak nak la nanti aku meroyan pulak..Ya Allah kuatkan semangat hambamu ini..sesungguhnya Kau tidak akan menurunkan ujianMu jika kami tidak mampu menanggungnya..permudahkanlah urusan kami Ya Allah..sememangnya kami adalah golongan yang menganiaya diri kami sendiri..amin...
p/s hujan yang lebat kat luar, lebat lagi dalam hati aku ni..
Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: