Follow my blog with Bloglovin

Ahad, 25 Disember 2011

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...

salam semua,

maaf la kalau beberapa hari ni cuma entry marathon yang dah aku taip beberapa hari yang lepas je menemani pembaca blog ni...

aku sibuk menghabiskan jadual berurut yang tinggal lagi 2 hari berakhir semalam... lega dah selesai tapi memang pinggang  dan punggung aku rasa masih sakit2 sebab lama sangat duduk kat hospital hari tu...

patutnya aku kena maklumkan klinik terdekat masa aku balik hospital dan kena check kadar bilirubin adik Nur semalam... tapi kali ni aku nekad.. aku malas dah.. anak aku aku pasti sangat dah cukup sihat... insyallah... cukup2 la adik Nur kena cucuk2 sebelum ni... sampai 2 -3 hari ni pun tak habis lagi mengigau menangis tetiba masa tidur...kesian dia..jadi2 la aku dera  dia selama ni... maafkan ummi ye nak...

aku nak cerita apa terjadi lepas aku dapat tau lampu uv kat hospital tu rosak... aku menangis semahu2nya tau.. tragik gila masa tu... sedih aku kenapa la diorang semua buat kerja sampai anak aku pulak jadi mangsanya? sangat2 zalim...! aku sangat tak boleh terima apa pun alasan diorang... lepas tu diorang repeat test dan result yang keluar cuma12.5 je... so sapa yang salah  ni? aku pun tak tau... kalau diorang yang salah aku harap sangat diorang semua ambik ikhtibar dan belajar dari kesilapan...aku sangat2 berharap jangan la ulang kesilapan ni kat anak orang lain... PLEASE....

nasib la tak jadi apa2 kat adik Nur... kalau tak, sure aku akan buat tindakan seterusnya...sangat tak dapat nak dimaafkan...tapi aku percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya...kalu tak berlaku macam ni diorang takkan sedar mesin tu rosak... dan lampu uv tak berfungsi seperti sepatutnya...

p/s aku tak pasti jugak tindakan aku ni betul ke tak tapi aku dah nekad... Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: