April 2011 - Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2011

aku orang susah.... Part 3

salam semua, sambungan dari Part 2 , sekolah selepas 3 tahun kelahiran uda, rezeki mak dan abah bertambah lagi... mak melahirkan anak keempat.. andak...dan alhamdulillah keluarga kami dah makin besar...tambah lagi tanggungjawab abah... pada masa yang sama jugak aku dah mula bersekolah tadika... mak dan abah tak pernah meletakkan apa-apa harapan pada anak-anak... jauh sekali nak bagi tekanan supaya tekun belajar... cuma satu nasihat abah.. kalau boleh abah nak anak-anak abah berjaya dapat ilmu setinggi mungkin supaya tak jadi macam abah yang tak ada pelajaran... nasib aku agak baik... aku dah kenal huruf sebelum aku masuk tadika lagi... itu hasil penat lelah mak mengajar di rumah... jadi bila aku melangkah kaki ke tadika aku tak ada sebarang masalah untuk terus belajar membaca dan menulis... tapi budak yang kenal huruf tak semestinya bagus... ada kenangan di sekolah tadika yang aku masih ingat dan sentiasa menjadi bahan cerita dalam keluarga kami sampai la sekarang ni... pernah a

penyata cukai pendapatan..

salam semua, tengah leka2 buat kerja tadi tetiba ada orang tanya aku.... dah buat penyata cukai pendapatan untuk thn lepas? alamak... aku lupa da.... rebut2 buka web LHDN... nak buat e filing.... bila aku dah bukak... tercengang2 pulak depan komputer... alamak apa kata laluan... aiseh buat setahun sekali kan... aku try 2 kali tak leh.... tutup dulu... tarik nafas... ingat semula.... pastu aku cuba login balik... tak leh jugak... aku keluar lagi... dah call shah dah... janji dengan dia petang ni nak gi LHDN kejap... nak settle... tetiba aku try bukak balik dan login....alhamdulillah kali ni buat slow2 boleh pulak... dah isi semua, sekali terlupa pulak berapa bil hospital adik aritu.... pastu abis aku godeh bil card credit kat opis yang jumpa cuma bil bulan 1.. bln 12 takde... aiseh... aku try godek2 kat sini lak... alhamdulillah aku ada tulis dalam entry ni Rezeki .. memang betul rezeki buat aku.... dah isi semua.... lega... untuk tahun 2010 ni aku tak perlu bayar cukai pendapatan...

cerita gempak...

salam, ehehe... tajuk cam gempak kan? saje je bagi tajuk gempak petang2 ni korang mesti dah ngantuk punya kan? tadi aku dapat surat ni.... memula pagi tadi aku sangka hujan je sampai petang... tak yah nak jenguk2 bukan hujan kat luar tu hujan dalam hati aku ni la.... rupanya dah sampai petang ni terpanas la pulak... adeh... pasal apa...pssssttttt..... aku dapat surat ni tadi.... yahoooooo.... akhirnya.... kami dapat duduk umah sendiri... ni tangan tengah bajet2 ni.... ada sapa nak tolong hulur sesikit tak?.... tangan kanan aku cam gatal je ni.... hehe.... apa  segan? ala takpe korang email nanti aku bagi no akaun k...hehe...

1st Contest Dari Roroi Yang Ensem

salam, aku nak luangkan masa jawap contest budak kecik ni... macam best je hadiah dia... aku penah kumpul setem gak dulu woo... tp hangat2 taik ayam je... tapi yang setem ni memang menarik... akak dah follow ko lama dah dik... ko suruh tag aku tag 2 orang ni yang rajin tag aku kalau ada contest aku je selalu tak nyempat nak join... kak ariana's dan  fitri senin soklan2 ko tu senang je dik.. soklan 1: dawai kokot kan? ala kalau bahasa glamer dia ubat stapler kan? ko dah lipat dia terbalik kat belakang dan ko cantum 2 kan? jangan ko nak cakap salah lak...mesti betul la jawapan akak punya.... soklan 2 : Roroi yang memang perasan ensem ok tak nak join jugak klik kat sign dia tu k...

gigil aku baca..

salam semua, mengigil aku bila baca berita kat metro tadi.... kesian mak budak ni... tak terbayang aku kalau aku berada di tempatnya... nauzubillahi minzalik... IPOH: Tidak sampai empat jam selepas mengadakan sidang akhbar berhubung kehilangan bayi lelakinya yang diculik, semalam, seorang ibu hampir pitam sejurus mengetahui anaknya mati dan mayatnya ditemui dibuang di tepi lebuh raya, Sabtu lalu. Dalam kejadian 5.45 petang itu, mayat bayi lelaki lengkap berpakaian dan berstokin kaki itu ditemui disumbat dalam bag kanvas sebelum dicampak berhampiran plaza tol Bandar Baharu, Kedah. Ketika ditemui mayat kanak-kanak malang yang dibuang tidak sampai 12 jam itu dalam keadaan lebam di kepala, selain hidung berair. Mangsa sebelum itu dikatakan dilarikan seorang lelaki yang juga kenalan rapat ibu mangsa pada Jumaat lalu selepas ia diserahkan untuk jagaan sementara. Difahamkan, wanita berkenaan, M Kavitha, 36, mengecam wajah bayi berusia sembilan bulan itu sejurus dipanggil polis

SANTAI BEN ASHAARI :KENAPA AKU SEORANG BLOGGER

salam semua, alhamdulillah aku dah berjaya tenangkan diri dan kali ni nak santaikan pemikiran nak join segmen ben ni kejap... tajuk kat atas tu pun dah jelas dan nyata suruh cerita kenapa aku akhirnya jadi seorang blogger kan? jadi aku kena la jawab dengan ikhlas.... ikhlas ni ben takde tipu2 punya... sejak dari aku sekolah dulu aku selalu berangan nak jadi penulis... aku suka baca novel dan cerpen... konon2 nak cari idea... sampai sekarang ni masih lagi berangan nak tulis buku... tapi aku tau bakat aku tak sampai ke mana pun... kalau tulis buku belum tentu orang nak baca... korang nak tau buku apa yang aku nak tulis... aku berangan sangat nak tulis buku pengalaman hidup abah aku... walaupun abah aku bukan artis popular tapi aku rasa sebagai anak yang mengenang jasa aku patut jadikan abah aku sebagai ikon popular... jadi aku start dengan berblog....sebelum aku boleh tulis benda yang serius jadi aku cuba tulis cerita-cerita sempoi macam cerita hidup kami hari2... tengok market dulu

aku orang susah.... Part 2

salam semua, sambungan dari Part 1 , nota mula: kalau ada yang kata aku bercerita untuk menunjuk2 ketahui la aku sekadar ingin berkongsi pengalaman dengan pembaca... jadi bermula la perjuangan abah sebagai peneroka felda.... bertemankan motor suzuki abah yang belum habis bayar... abah bawak kedua-dua anak kecik dia pindah bersama mak... masa ni umur aku baru 3 bulan, along pulak 2 tahun lebih.. orang lain semua pindah pakai lori ... abah cuma naik motor je... maklumlah tak ada banyak barang yang nak dibawak... abah cuma bawak yang penting--penting saja dulu...yang abah bawak masa tu cuma dapur, 1 kuali dan satu periuk... beberapa pinggan tepen (atau pinggan ayan) yang confirm tak pecah... dan beberapa biji gelas... jadi la untuk kami sekeluarga.... ada satu ayah abah yang aku takboleh lupa... masa tu abah sangat baru dengan daerah kluang... maklumlah abah membesar di kota tinggi dan kemudian bekerja di singapura semasa bujang... abah abadikan hidupnya untuk adik-beradik jadi abah ta

cerita best Part 3

salam semua, tengah ada cerita2 sedih aku bagi selingan sikit untuk sambungan cerita best aku hari tu..... tapi untuk kali ni cukup sekadar keratan gambar ini menemani... hehehe... bagi korang suspen sikit... tau apa dia? ce teka...ce teka?

aku orang susah.... Part 1

salam semua, ni hari entry sedia sedunia tau.... hanya entry sedih sahaja dibenarkan... hehe...gurau je... hari ni saja aku nak jiwang-jiwang tulis kenangan masa aku kecik-kecik.. korang nak baca ke? layankan je la ye... masa kecik masa kecik dulu.... mak cerita aku lahir kat felda pasak, kota tinggi.. kat umah arwah atuk ayah aku... al fatihah untuk atuk... masa tu lepas kawin mak tinggal rumah mertua sampai la aku lahir.....mak kawin umur mak 15 tahun, muda lagi... lepas tu mak kena buli dengan kakak-kakak abah... diorang tak kawin lagi masa tu... kesian mak aku... dah la kawin muda kena buli lak lagi... dapat long masa umur mak 17 tahun.... pastu aku lak lahir masa umur mak 19 tahun.... mak kata semua benda mak tak tau buat.... abah yang ajar... dari memasak..jaga anak...semua-semua la... sebab tu mak kena buli.... lepas tu abah tak sampai hati tengok mak kena buli, abah ajak mak pindah ke estate... kat area lukut... mak kata bermula la hidup sendiri... susah sangat masa ni...

kenapa jadi macam tu...

salam semua, hari ni macam sunyi sikit... pepagi tadi segerombolan kawan2 kerja ni dah pergi ke lanchang. ada kes di sana.. aku ditinggalkan sebab kena menjalankan tugas sebagai pegawai bertugas minggu ni... ceh sebenarnya kalau diajak pun aku malas...hehe... bila dah sunyi2 ni macam2 fikiran ada datang menganggu.... tetiba teringatkan dengan peribadi orang2 terdekat yang mula beralih arah.... aku tak yah nak kena cerita la siapa... cukup sekadar aku cakap yang sipolan ni amat ramat dengan kami sekeluarga... sejak akhir2 ni sipolan amat berubah sekali.... jauh berubah dari yang aku kenal dulu.... semua ni jadikan hati kami tertanya2 dan cukup sedih.... dia buat kami rasa jauh darinya dan buat kami sangat jauh hati.... seolah2 segala pengorbanan kami selama ni sia2.... kami tak pernah harapkan apa2 pun balasan tapi cukuplah  sekadar tidak menyebut berulangkali kebaikan orang lain di hadapan kami.... seolah2 takde sekelumit pun jasa kami padanya... hati kami jadi tawar setiap

kesian pencinta nasi lemak...

salam semua, semalam aku ada baca paper online... ada 15 jenis makanan yang diharamkan di kantin sekolah... jatuh haram tu... BAHAYA... tapi kalau fikir-fikir la kan... boleh berjaya ke kempen ni? mesti ada orang cakap belum buat orang dah kata itu ini... mana nak berjaya... bukan la maksud aku nak kondem kempen seumpama ini... tapi pada aku banyak faktor yang menyumbang kepada obesiti kat budak-budak sekolah ni... bukan hanya makanan kerana makanan adalah salah satu faktor je.. yang lelain tu lagi banyak.... ada kajian aku penah baca dulu... banyak tengok tv pun boleh mengakibatkan obesiti... banyak lagi sebabnya... ni apa yang aku dapat dari pembacaan... GENETIK Kegemukan boleh diturunkan dari generasi sebelumnya kepada generasi berikutnya di dalam sesebuah keluarga. Itulah sebabnya kita seringkali menemui ibu bapa yang gemuk cenderung memiliki anak-anak yang gemuk juga. Dalam hal ini nampaknya faktor genetik telah ikut campur dalam menentukan jumlah unsur sel lemak di

akhirnya menjawab persoalan...

salam semua, korang ingat tak entry aku semalam? ala entry ni letih . .. kalau tak ingat klik situ dan baca ok.... dan hari ni setelah aku membaca berita di harian metro akhirnya terjawab la persoalan kenapa jammed gila jalan dan tidak bergerak2 walau seinci pun hari tu.... korang leh baca ni... MERSING: “Abang berhenti makan di Endau, mungkin lambat balik kerana perjalanan masih jauh,” itu kata-kata terakhir pemandu treler, Saliman Sakip, 52, kepada isterinya, Laila Abd Kadir, 42, sejam sebelum dia maut dalam kemalangan di Jambatan Sungai Triang Besar, Kilometer 13, Endau, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, Saliman memandu lori membawa muatan besi dari Kuantan, Pahang untuk dihantar ke Batu Pahat sebelum terbabas dan merempuh penghadang jambatan. Menurut Laila, dia tidak menyangka panggilan telefon itu perbualan terakhir dengan suami. “Setiap kali berhenti rehat, suami menghubungi dan memaklumkan lokasi berkenaan. Saya tidak sangka kata-kata lambat balik

Tips siang siput buat masak lemak cili api

Tips siang siput buat masak lemak cili api salam semua, hari ni singgah blog CMG sekali dia buat masak siput daaa.... meleleh air liur dah ni..... cisss... ni nak bagi tips sikit pada orang yang suka sangat makan siput ni tapi species cam aku yang malas nak siang dan malas nak keja susah.... huhu... dulu-dulu kami pakat hentak pakai anak batu lesung je.... tu anak batu lesung dulu2 yang keras tau... sekarang punya batu lesung gerenti batu yang pecah... lepas tu kami kerat2 pakai pisau sembelih yang besar punya tu... sudahnya tangan sakit dan dah malas dah... sekarang ni ada tips baru yang tak payah susah payah cuma anda kena keluarkan duit sikit dalam bawah rm5 untuk beli plier.... plier yang boleh guna untuk repair keta tau.... kalau boleh lagi pinjam je plier suami anda untuk jimat... hehe... macam aku selalu buat ni.... lepas tu masukkan belakang siput tu kat celah plier tu....dan kepit.... mudah kan? macam gambar kat bawah ni ye.... kalau tak faham jugak sebarang

serius aku tak kenal...

salam semua, korang kenal sangat ke dengan semua artis... sejak aku aktif berblog ni... bukan nak kata dulu tak aktif cuma dulu aku suka baca cerita kawan2 dekat dan cerita pasal apa yang berlaku antara family je... sejak dua menjak je ni semakin meluas liputan...  tapi aku memang tak bape suka cerita pasal artis.... baru ni aku terbukak blog blogger popular... dia ada buat vlog... aku pun masih tak tau apa tu vlog sebenarnya.... dari blog ni aku kenal heliza... artis ni selalu orang sebut tapi serius aku tak kenal dia... kalau korang pakat nak gelakkan aku.. sila kan.... aku ni memang katak bawah tempurung.... mana tak nya... surat khabar jarang sekali aku baca, berita tv pun tengok kadang2... melodi ke apa ke semua aku tak follow... sejak dah ada anak dua ni minat kat tv dah merundum jauh dah... rasa dah malas nak tengok tv... lagi la bila tengok tv banyak nooo cerita hantu... tetiba je aku tau yg heliza ni artis AF... jadi tak pelik kalau aku tak kenal... aku ni memang tak per

apa dah jadi ni...kesian kan...

salam, sebelum aku nak mulakan tugas petang ni, aku nak curi masa nak luahkan perasaan hati sikit.... masa aku kat kampung dari jumaat sampai ahad lepas aku terlihat iklan kat tv.... konsert sempena pemergian 2 artis popular tanahair kita... 1 : saloma dan 2: loloq kedua2 acara ini disambut dengan mengadakan konsert mengenang kedua2 artis ni.... terus aku terfikir.... inikah yang dibangga-banggakan oleh semua orang yang nak menjadi, akan menjadi dan dah menjadi artis... dikenang2 sepanjang zaman? aku rasa semua orang nak dikenang sepanjang zaman tapi nak ke kita dikenang dengan cara yang macam ni? kenapa kita sebagai orang islam tak kenang diorang ni macam kita kenang arwah mak dan ayah kita serta saudara mara kita yang telah meninggal dunia.... kalau aku tanya korang macamana korang kenang arwah? mesti korang akan jawab korang bacakan al-fatihah dan yassin serta buat kenduri berserta bacaan tahlil untuk arwah kan? jadi kenapa kita tak buat benda yang sama untuk mengenang a

terima kasih...

salam semua, petang ni saja nak kongsi cara keibubapaan... eh betul ke apa aku tulis ni ye...? kalau salah abaikan je la ye... kepala pusing ni... aku sebenarnya nak kongsi tips ajar anak... kalau ada yang kata anak aku belum tentu jadi apa lagi tapi dah sibuk nak ajar orang ajar ni.... mintak maaf bebanyak ye... ilmu aku tak banyak tapi itu la yang aku akan cuba kongsikan... senario pertama: apa korang rasa kalau tengah2 jalan tetiba korang jumpa budak kecil dalam 3-4 tahun yang baru pandai bercakap... tetiba lak masa tu korang rasa terlebih rezeki dan rasa nak belanja budak kecik tu aiskrim.... bila korang bagi je kat budak tu dia terus senyum dan lari tanpa mengucapkan terima kasih.... mak bapak budak tu pun marah2 anak dia pulak pasal cakap dengan orang tak dikenali dan tarik tangan anak dia terus blah dari situ? senario kedua: sama adegan seperti di atas tapi budak tu dengan senyum terus mengucapkan terima kasih... mana senario yang korang nak berada? aku rasa semua

penat.....

salam semua, hari yang agak penat untuk aku hari ni.... penat berkejar2 ke sana sini.... sudahnya report berlambak2 kat atas meja ni...menunggu untuk disudahkan... letihnya.... mana nak layan selsema yang makin teruk ni lagi... mana nak layan kes.... mana nak layan kerenah pelanggan lagi.... apa pun yang berlaku... aku cuma boleh senyum je.... kalau tak nanti semua orang akan cakap perkhidmatan kerajaan tak bagus kan? kami juga yang kena..... selsema pulak nampak makin teruk... semalam dah ambik ubat tapi aku makan malam je... siang2 ni takut tak boleh nak buat kerja lak nanti... tadi shah dah hantar makanan... belum sempat nak tengok pun lagi.... bersyukur betul dapat suami macam ni... terima kasih ye bang.... sekarang ni boleh kata semua kerja shah tolong bereskan... kalau pepagi selalunya, shah yang tolong sidai baju, kemas baju anak2.... sementara aku terbaring malas .... hehe... bukan la susukan najmi... kalau ada lauk aku masak pun dia akan panaskan dan bubuh dalam bekal

muntah...

salam semua, hari ni nak cerita pasal anak bujang aku yang dah pandai cakap sikit2 tu... bising je mulut dia sekarang ni... baru ni abg long ada makan2 kat dapur.... biasalah dia kan kalau sibuk nak makan sambil fikiran dia asyik fikir nak main je.... makan pun dia berebut2... habis semua makanan dia nak telan sekali gus.... bila dah tak mampu nak telan tu...mula la nak termuntah... aku terajin lak mulut terus warning dia.... abg long kalau nak muntah masuk bilik air tau.... setiap kali aku cakap macam tu dia angguk je.... hari khamis yang indah ..... aku ni jenis kalau nak berjalan memana mesti akan tunjuk simptom2 macam nak muntah je...dari dulu tau kalau aku plan baik punya nak jalan mesti camtu..... tu yang aku jadi malas nak berkemas sakan kalau nak jalan memana tu... dan alkisahnya la... hari khamis lepas aku pun menunjukkan simptom biasa aku tu.... jadi bila si abg long ni tengok aku tah terlahak2 kat sinki la...kat bilik la... sedap je mulut dia cakap balik.... korang

abg long.... cakap..cakap...cakap..

salam, nak cerita pasal abg long lagi ni.... abg long memang dah makin pandai cakap.... masa hari sabtu lepas aku bawak mak dan adik azah gi bandar nak carik langsir....  mak berangan nak tukar langsir dia... bila dah dapat langsir tu kami ingat nak singgah beli big apple donut.... bila pusing2 nak cari jalan nak ke kluang mall tu... ada la kami lalu kat kedai beskal... ada pulak tu kereta yang macam kami belikan kat abg long dulu... dia yang tegur dulu... sama la dengan kereta abg long tu... aku pun tak perasan dia boleh perasan pulak... maka terjadi la perbualan antara tok wan dengan cucu dia... tok wan: cantik la kereta abg long camtu... abg long: cantik... tok wan: tok wan nak pinjam boleh? abg long: tak boleh... jauh... kat rumah saya la... tok wan: boleh la...tok wan ambik kat rumah abg long ye... abg long: tak boleh... tok wan besar lagi... saya kecik lagi... tok wan tak boleh naik.. tak muat... tetiba lak ada sesorang menyampuk... mak usu azah: maksu boleh na

letih...

salam semua, dah bape hari tak update blog ni kan? hari ni pun tak bape sihat....rasa macam nak tumbang je... semalam kami tiba dari kampung pukul 1 lebih...pagi tau... letih... aku lak rasa macam malas dah nak gi keja hari ni... nak buat camana kan kena gak gagahkan diri... nak berdiri pun rasa tak larat je ni... banyak pulak kes kena tengok hari ni.... nak dijadikan cerita kenapa kami lambat sampai malam tadi alkisahnya... biasa la kan kalau balik kampung... tetiap kali balik mesti kena ada sesi babai... sesi ni je dah dekat setengah jam... maka bertolak la kami jam 9.30 malam dari rumah mak... sesampai je kat atas sikit dari simpang ke teluk penyabung mersing kami terstop.... pelik gak dari jauh nampak lampu kelip2... polis la tu... ingatkan jpj atau polis buat block... kami cool lagi dan terus tunggu... lebih kurang dah 15 minit tunggu... banyak kereta buat u turn dan terus masuk ke simpang teluk penyabung tu.... kami dah pelik..kalau block takkan tak bergerak2... lama gak tu

lempeng...

salam semua, ni auto entry bagi memeriahkan blog aku ni sewaktu aku cuti ye.... line berukband kat umah mak aku ni sangat teruk... apa pun korang layan je la ye... aku nak cite pasal semalam.. aku dengan gigihnya masak sambal hiris campur terung malam khamis tu....dah siap semua aku cadang nak buat lempeng pepagi esoknya la...hari khamis semalam la... dengan gigihnya lagi aku bangun pepagi.... tetiba budak kecik najmi tu pun sama gak bangun sambil nyondol2 kepala dia kat aku... nak cari susu la tu... pastu dia tidur balik...aku dengan senang lenang bangun nak buat lempeng... tengah2 kacau tepung tu.... dia boleh bangun balik lak...gi susukan dia balik.... dah tu dia leka memain lak... aku sambung buat lempeng lagi.... lepas tu aku baru je nak goreng dia merengek2 lak nak ikut... terpaksa la aku dokong dia.... masa tu dah ada 2 keping yang aku dah goreng.... adik tengok je lempeng tu tak kelip2 mata dia ko.... last2 aku cubit sikit... tiup2 sikit... suap ke mulut dia... cep

Michael Learn to Rock buat konsert kat kuantan?

salam semua, jangan tak caya korang.... nak tengok MLTR live? meh datang kuantan pasal dia buat kat 3 negeri ni je tau... Pulau Pinang, KL dan Pahang.. sepanjang jalan aku tengok banner iklan diorang ni.... tapi tak sempat nak snap la...shah bawak laju sangat... kat kuantan ni diorang buat kat Stadium Sukpa....30 April 2011 ni... tiket boleh beli kat Berjaya Megamall kalau kat kuantan ni.... harga? RM323 untuk VIP,  RM223 untuk PS1, RM163 untuk PS2 dan RM103 untuk PS3.... huhu... standard la kan untuk artis luar... aku... confirm tak pegi... mahal nooo tiket tu.... yang puluh2 belum tentu aku nak nyumbang.. ni kan pulak ratus2.. tapi kalau korang minat leh la gi...

cerita best Part 2

salam semua, cerita best bersambung semula.....suspen ke? kalau malas baca sila tutup ye...hehe... cukuplah buat kali ni aku bagi klu je....cerita best ni buat hari aku ceria....rasa nak senyum je.... tak henti2 tau.... hati berbunga2.... alhamdulillah Allah masih limpahkan rezeki berlipat kali ganda untuk kami sekeluarga.... semoga rezekiNya tidak setakat ini saja.... ceita best kan? sambung lagi sampai korang jemu...hehehe....

kerusi...

salam semua, tadi rehat aku balik rumah jap.... tengah2 dalam keta sebelum sampai lampu trafik kat jln teluk sisek tu ada la kedai jual prabut glamer... tiap2 hari lalu sini mesti kepala aku mesti sampai senget2 nak tengok perabut kat dalam tu... huh... shah buat tak tau je tau... bukan nak offer aku gi situ satu hari ke apa ke... takut sangat kalau aku nak beli perabut mahal tu kan... bukan nak beli pun sesaja je tengok2... hari ni mata aku tak lepas pun tengok set kerusi makan yang ada diorang display kat tingkat bawah tu.... aku jeling2 la kan... pastu terkeluar la soklan maut aku kat shah yang sedang tekun bawak  keta.... aku: "abang, nanti kita nak beli set kerusi makan yang macamana ye?" (dengan muka sangat manis ok) shah: "kita pakai kerusi plastik je..... senang nak susun... meja pun meja lipat je..." (dengan muka sangat selamba ok) aku: tak yah cakap lah apa aku buat...malas dah.... takde mood... sakit hati tak kena macam aku ni?

cerita best Part 1

salam semua,  baru je sempat menghadap blog ni haa.....banyak no keja hari ni...maklumlah hari jumaat kami nak cuti...balik kampung....yeeeeehaaa..... lama tak balik ni... dekat sebulan dah ni... rindu dgn mak abah... hari tu pun masa jumaat lepas ada ustaz tu sebut sekali dalam tazkirah dia... dalam dunia ni sangat mudah nak dapat pahala... ada 3 perkara yang kalau kita tengok je tentu dapat pahala... belum buat apa2 tau cuma tengok je... pertama: tengok al-Quran... tengok je dah dapat pahala belum pun baca lagi... kedua: tengok Kaabah.... jadi kalau dapat peluang gi tanah suci jangan lepaskan peluang tengok Kaabah lama2.. ketiga: ni paling senang.... insyallah... korang teka la apa? mesti ramai jawab isteri atau suami kan? tettttt..... salah! jawapan dia..... anak? bukan jugak la.... nanti dulu...jangan teka lagi la... aku dah nak jawab ni.... jawapan dia.... emak dgn ayah kita.... betul kan aku kata senang....? selagi ayah dan mak kita masih hidup insyallah senang

berangan-angan...

salam semua, aku berangan2 nak buat Give away macam orang lain... tengok orang buat aku pun macam nak buat tapi kan bila pikir hadiah pulak... nanti2 la ye.... memula aku cadang nak buat start hari lahir abg long 17hb lepas tapi bila pikir tak sempat nak gi beli hadiah maka kensel la dulu... eh bukan kensel tapi tangguh dulu la... mesti ada orang kata ada apa dengan hadiah kan? penting apa... aku sebenarnya selalu merasa kesian.... kalau orang jual buku2 kat tepi jalan aku tak beli kesian.... kalau orang mintak derma aku tak bagi kesian... even kalau orang jual2 kuih tepi jalan pun kalau aku tak beli aku rasa kesian tau... tu pasal kadang2 kalau balik johor leh sampai dalam 3 jam lebih je leh jadi sampai 6 jam....hehehe kesian punya pasal la ni... jadi untuk bagi hadiah ni pun aku kesian kalau ada orang yang tak dapat tau.... ceh cam ramai je nak join kan...? apa pun aku akan bagi yang terbaik kat korang... insyallah kalau aku sempat aku akan buat dalam masa terdekat ni ye...

AKU VS BEN ASHAARI : ROUND 1

salam semua, nak joinkan diri untuk segmen ben kejap...kali ni akak pasti betul dik... meh tengok jawapan kat atas nu....

selamat hari lahir sayang...

salam semua, sebenarnya nak tulis entry ni semalam... tapi disebabkan keuzuran badan yang tak dapat dielakkan... maka ianya bertangguh sehingga hari ni... aku nak ucapkan selamat hari lahir yang ke 4 untuk anakku yang tersayang.... Ahmad Haziq Hakimi.... semoga abg long terus membesar menjadi anak yang soleh ye sayang...amin..

selsema..

salam semua, 2 hari lepas aku pengsan kat rumah.... bukan pengsan nape pun.... cuma gara2 dapat jangkitan selsema dari adik najmi la ni... hari jumaat dia kena, hari sabtu jangkit kat ummi dia...hari ahad pulak menjangkit kat ayah dia.... nasib baik abg long dah kena awal2 kalau tak mesti satu rumah pengsan... lagi best bila ummi dgn ayah tertidur sebab selsema, anak2 pulak busy... busy menyepahkan rumah... sekali kami bangun tidur...laaa rumah...apa sudah jadi...? siap ada sesi gaduh2 rebut mainan lagi tu.... ini la jadinya bila ummi sakit... kesian kat anak2... bukak je mata.. terus abg long mengadu... ummi.. saya lapar... nak makan nasi...  terpaksa jugak kerahkan badan bangun masak lauk untuk anak2... tengok2 peti ada brokoli, kentang dan lobak...kerat2 semua aku masak rebus2 je... untuk adik lenyek2 sekali dengan bubur nasi dia... untuk abg long hidang sekali dgn nasi.. laju je dia makan... kesian dia lama dah dia tunggu nak nasi agaknya... ni pun masih berat je kepala ras

baru ada 2...

salam, nak cerita pasal anak2 pulak ni.... abg long, makin tinggi dia... tapi aku tak ukur lg lak bape...tapi sekarang dia dah leh ambik gelas sendiri kalau nak minum air dalam peti... dah pandai tuang sendiri... senang tak banyak nak susahkan aku... aku ada beli kerusi tangga khas kat dia untuk dia panjat sinki... alhamdulillah jugak banyak mudahkan keja aku...kalau tak selalu aku je kena angkat dia bila nak basuh tangan...kalau tak pun tong beras aku jadi mangsa... ni kerusinya... aku beli kat parkson... murah je tak sampai pun rm25 bercakap pulak? masih macam dulu... masih pelat... kena ulang banyak2 kali baru leh faham.... kalau dia cakap tranformers... dia akan cakap eka teteomers... maksud dia kereta tranformers la tu... kesian abg long... kalau kami puji adik pandai...mesti dia jawab pulak...aya pandai juga...... hehe... jadi jangan abaikan anak anda yang sulung ok? berat dia makin ok selepas dia pandai makan ni...sampai kul 10 mlm pun mintak aku goreng nugget la

Bangku Kosong - Saya Seorang Blogger Wanita

salam, saja suka2  nak join segmen lagi sebelum gi menunaikan tanggungjawab pada adik najmi lak ni....huhu apa lagi kan... pam susu la tu... kali ni segmen dia macam best sebab dia khas untuk kaum hawa je.... en hasrul suruh cerita apa kelebihan jadi blogger wanita ni... huhu... mesti kena jawab ke HH? banyak sebab wooo... pertama selalu perempuan ni memang banyak isu... selalu kalau tak buat blog pun memang banyak isu kan...hehe... kedua...rata2 yang singgah sini pun ramai blogger perempuan... jadi kalau nak tau kelebihan leh klik satu2 link tu ye...hehe... ketiga...takyah nak cakap la... fikir sendiri la....boleh jawab camtu? hehe... apa yang blogger perempuan suka cerita? ini lagi senang.... nampak kat atas tu....? eh gi mana pulak...tengok kat header la... nampak...? korang nampak apa? kalau nampak gambar family ok...tapi kalau nampak yang lain2...balik kang baca Yassin byk2 ok...hehe..gurau je... biasa perempuan suka tulis kalau dah kawin...pasal anak..pasal suami...pasal k

Panduan ke Taska/Pusat Asuhan.. Apa yang perlu?

salam semua, salam jumaat...sekejap je dah jumaat kan? sempena nak ambil berkat jumaat ni aku nak kongsi sikit pasal pengetahuan yang aku rasa patut kita kongsi bersama.... rasa terpanggil nak berkongsi dengan semua kawan2 sejak aku tulis Entry ni : Al Fatihah buat baby Adelia apa yang kita sediakan sebagai ibu bapa kepada anak2 kita? mesti ramai yang jawab...makanan yang cukup, pakaian  yang selesa, tempat tinggal yang juga selesa, juga pendidikan dan permainan yang baik untuk anak2...ada juga benda2 lain yang pastinya kita sediakan untuk anak2 kita...dan pastinya semua itu adalah yang TERBAIK kan? tapi pernah tak bagi korang yang hantar taska atau pusat asuhan macam aku ni...terfikir apa yang aku fikir...? aku tak kata aku pandai tapi aku juga belajar dari kesilapan orang lain yang ditunjukkan di sekeliling aku... kita sebagai orang tua kata kita sayang anak2 kita tapi setiap langkah yang kita tunjukkan menunjukkan yang kadang2 kita abaikan anak2 kita... seterusnya mel

tazkirah jumaat kejap leh?

salam semua... hari ni banyak yang aku dengar tentang nombor... pepagi tadi lepas majlis bacaan Yassin dah ada tazkirah ustaz sikit pasal nombor.... ustaz sebut pasal ganjaran pahala jika berbuat baik untuk ummat Nabi Muhammad s.a.w...jarang kita nak ingat tentang nabi kita kan...mari sama2 sedekahkan al fatihah untuk baginda serta selawat sekali ye.... tadi juga ustaz tu menyedarkan aku... dia kata kita tak perlu nak specifikkan setiap bacaan quran kepada org tua kita...kerana secara automatiknya setiap amalan anak yang soleh dan solehah akan sampai kepada kedua orang tuanya...insyallah... yang penting cuma kita kena didik diri kita serta anak2 kita supaya menjadi anak yang soleh dan solehah... ok cukuplah aku memanjangkan tazkirah oleh ustaz tadi.... semoga dapat manfaat pada kita semua...amin...

111 lagi..

salam, korang perasan tak... tarikh hari ni dalam islam? aku pun baru je perasan... tu pun bila aku nak print screen tadi... dulu aku pernah buat entry 111 ni... tapi masa tu kat blog orang... dan akhirnya aku boleh buat entry ni untuk blog aku jugak akhirnya... alhamdulillah.. terima kasih untuk yang sudi singgah....terutama pada hari2 yang aku tak sempat nak update juga...dan juga untuk yang sudi memfollow..... jom layan gambar no 111 ni....

korang ingat tak?

salam semua, korang ingat tak aku penah tulis entry ni PESANAN dulu? kalau sesapa yg rasa2 tak ingat tu leh buat2 ingat sambil klik kat link entry tu ye...hehe... dulu aku merajuk nak letak tapi aku letak la jugak pasal kesian kat kawan aku yg xleh nak komen kat entry blog ni... tapi aku tengok tadi kan aku dah remove masa 25/2/2011 lagi tau...camne leh ada lak pesanan yg masuk masa lepas dari tu ye? ada pakar leh explain kat aku tak?

BEN ASHAARI GEGAR LAGI

salam semua, minggu yang agak bz..... letih.... sampai tak sempat nak update blog... ni nak join segmen ben sekejap... senang je sebab tu leh join...meh join reramai...

TORTURA Kuantan 2011

salam semua, lama dah tak update blog...tak sempat...waduh...esok kena organize kursus lak... dah settle semua ni curik masa kejap... tapi belum makan tengahari lagi ni... naya betul la.... tadi sempat pergi 2 ladang kambing kejap... aku nak makan jap lagi... lepas tu nak pam susu jap...sebelum tu nak cerita kat korang dulu pasal TORTURA... korang penah dengar tak? ayat tu muncul dari ayat torture sebenarnya... ada pameran TORTURA kat kuantan sekarang ni... tengah berlangsung pun... dari 1 mac 2011 hingga 31 mei 2011.... sempat la kalau korang yang teringin nak pegi lagi tu... aku tak plan pun nak pegi masa hari sabtu baru ni... balik dari cherating tu kami terus ingat nak balik sekali teringat yang pameran ni kami belum pergi lagi... terus pusing balik ke muzium seni kuantan... sampai2 je dah kul 6 petang tapi sempat lagi pasal dia tutup pukul 7 mlm... bila sampai tu ingat free je tiket tapi aiseh kena bayar sorang rm6 la...tu harga dewasa.. kanak2 lak.. cuma rm3 je...

kemalangan ngeri di sungai ular..

salam semua, baru je ada masa nak jengah ke blog ni.. ni pun sebab waktu rehat... hari sabtu lepas kami mengisi masa berjalan2 ke cherating.... lagi sekali. .. kali ni pegi tengok penyu lagi...sampai orang yang jaga pun dah kenal... dekat kan... boleh la gi selalu... harap jangan bosan ye... lepas balik tu kami gi chendor..gi beli keropok lekor... masa nak balik tu lebih kurang pukul 4.45 ptg la...nampak kereta terbalik dengan keempat2 tayar menghala ke atas...orang dia..wallahualam bi shawab... aku tak tau cuma yang kami nampak banyak ambulan berkeliaran dan ada 2 ambulan dari pertahanan awam dipandu laju ke arah kemaman.. ada 2 bijik motor bomba di tempat kejadian... cuma yang agak pasti tiada kenderaan lain terlibat... lepas dari tempat tu kami sangkut pulak di sungai ular... ingatkan jalan jem pasal hari minggu... rupanya satu lagi kemalangan berlaku kat sini... yang ni kemalangan maut...memang sah dah keluar paper pun... shah pergi tengok dekat2.. tapi tak leh buat apa pa

Filling strawberry masak

salam, tajuk kat atas tu nampak macam pelik kan? kalau agak2 lepas korang baca entry ni macam tak kena je nanti korang buat tak tau je la ye... sebenarnya aku tak tau nak letak nama apa dah... taram je la... sebenarnya ni projek yang aku buat hujung minggu lepas.. aku beli strawberry yang dari CH kat Giant...sekali dia masam daaa... taknak membazir... pasal abg long taknak makan... maka aku bercadang la nak buat filling dalam kek coklat velvet aku... konon2 ala2 Secret Recipe la kan... ecece... pastu sekali aku nak letak je...dia jatuh daa... terus tak jadi... terus aku tepek je belah atas kek tu... pastu ada lagi belen kat dalam peti tu... aku gi pulak beli cheese kek yang kosong kat Giant... potong belah atas...letak filling ni atas tu... sehari je kek separa bulat tu abis...hahaha.... sedap la maknanya tu kan? jangan nak kata aku perasan pulak ye... pasal selalu kek tu aku je manjang kena abiskan... tu pun dah simpan keluar..simpan keluar peti tah bape kali tah....

suka majalah ni...

salam, saje je nak celik kan mata petang2 ni.... aku nak cerita pasal satu majalah ni... Positive Parenting...aku suka intro yang dia guna untuk majalah ni: Positive Parenting Guide is especially for young parents seeking reliable advice on how to care for themselves and their children......bla..bla..bla... aku malas nak tulis semua .. aku baru je kenal majalah ni...itu pun selepas jadi ahli kelab ABBOTT ... dioarng hantar aku complimentary copy... ada banyak sebab aku suka majalah ni : 1. sebab dia bagi aku free untuk vol 1/2011 2. sebab majalah ni ada dwibahasa... sangat bagus untuk yang tak bape fasih bahasa inggeris... walaupun usop wilcha menekankan english education ... kebanyakan rujukan mengenai benda2 mcm ni dalam bahasa inggeris.. 3. sebab dia ada gambar yang banyak dan colourful.... aku sangat suka... 4. sebab ditulis oleh pakar2 dari persatuan pediatrik malaysia... ini yang sangat bagus sekali.. 5. sebab dia agak murah.. rm 20 untuk 1 tahun... rm40 untuk 2

aku ada di situ...

salam, hari ni bukak dashboard..ada entry baru dari BANGKU KOSONG .. . dia buat penghargaan khas untuk blogger yg join bloglist dia... bagus kan...? ni semua blogger yang join segmen dia macam kat SINI . . dia pernah jugak review blog aku dulu masa aku join segmen kat SINI. . dan akhirnya aku sedar aku dah ada di SITU. ..

pukul 3 pagi...

salam, semalam aku terkejut kerana dikejutkan oleh shah...tepat jam 3 pagi... tetiba je dia duduk kat hujung kaki aku terus keluar ayat... ummi bangun anak berak ni...abis semua basah.... laaa... cuma pelik sikit... sellau aku yang sador dulu tetiba pagi ni dia lak kejut aku... cam ajaib je kan? tak sempat uruskan anak pun dah keluar ayat aku... camne abg leh sador pulak? dia kata pasal kaki abg long kena kat dia tu yang dia terbangun tu...sador2 je bau semacam je... tengok2 adik dah basah kuyup dengan taik... aiseh... terpaksa la kami pepagi buta tu buat operasi pembersihan besar2an... kesian adik merengek2 dia.... sebenarnya dari hari selasa lepas dia kena cirit birit masa pagi sebelum ke taska.... kami pelik jugak sebelum tu dia ok je... tanya2 kat cikgu taska dia kata memang ada budak tadika sebelah yang dah kena masa hari sabtu lagi tapi mak diorang still hantar ke taska jugak... jadi semalam pegi klinik kejap pagi tu... dr bagi ubat dan susu lactose free... bila aku tanya

100 dah...alhamdulillah...

salam, alhamdulillah dah cecah angka keramat tu...dah ratus...walaupun belum ratus2... terima kasih semua...nanti aku gi jengah blog korang lak ye....bz amat ni...kena jadi penyelaras kursus lak minggu depan...haru tul... eh...korang yang tau camne nak printscreen yg leh nampak nama2 tu ye? aduh...tak reti betul la aku benda2 ni...

lelaki vs perempuan

salam, saje la kan nak buat entry lepas gi kursus pengurusan stress jap tadi... tapi aku serius jadi stress balik bila balik2 je baca entry ni kat blog ben ni.... NAPE PEREMPUAN SEMUA BOLEH? ko saje je bakor akak kan? kenapa la ko asyik tak puas hati je dengan perempuan ni.... akak nak bagitau satu je ni... ni petikan penceramah tadi tau (penceramah ni lelaki tau) : dia kata lelaki minta dengan tuhan (Allah) supaya diadakan/diciptakan perempuan.... so kenapa masih taknak menghargainya? jadi tuan-puan...kita fikirkan la bersama2 ok... ? peace no war!

BEN ASHAARI KASI GEGAR 1000 BLOG ( 4 ) !

jawapan cam biasa klik kat gambar ye... aku ada seminar ni tau.....