September 2011 - Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2011

Hari Keluarga Kelab Veterinar Pahang Part 2

salam semua, kali ni aku nak letak gambar je aci tak... malas lak rasa nak bebel2 petang ni.. mood ke mana ntah... kita sambung gambar masa hari keluarga yang meriah tu ye... ni gambar semua dari kamera olympus pulak.. yg nikon aku sambung part 3 pulak.. tak sempat lagi nak transfer..  ni gambar kami sekeluarga..hijau.. aku ingat dpt rumah biru ke merah pasal 2 kaler tudung tu je yg aku bawak.. last2 hijau.. ambik ko tudung merah dgn baju hijau... hahaha...  lepas penat di padang... main air pulak...  sibuk si kecik ni nak jalan sendiri...  dan tengok... akhirnya...  abg long dah di luar kawalan dah tu... nak jugak selit gambar... hehe... p/s bukan ni je gambar tp ni je gambar yg selamat selepas ditapis...al maklum yang pegang kamera ni abg long...hehe...

singgah kejap..

salam semua, sihat korang hari ni... aku macam letih sikit... 2 hari ni terpaksa bercuti berblog... kelmarin ada kerja seharian di makmal... semalam pulak kena wakil boss gi meeting kat Bera.. sekali dengan jamuan hari raya diorang.. alhamdulillah kenyang lagi makan free.. hehe.... petang ni ingat nak jalan2 la dengan anak2... nak ajak diorang pegi pesta konvo UMP... tapi tengok dulu la kalau sempat... kalau tak pun cuma nak pegi ECM je beli barang2... korang berjalan2 jugak ke?

Hari Keluarga Kelab Veterinar Pahang Part 1

salam semua, aku dah beritahu nak pegi Bukit Gambang Resort City hari tu kan... alhamdulillah hari sabtu lepas kami bertolak lepas menghadiri rumah terbuka cikgu abg long tengahari tu... ingat nak singgah rumah terbuka Pasdec pulak tapi perut dah penuh... malas la pulak... kami sampai kat BGRC dah pukul 4 petang... daftar dan tengok bilik... layan je gambar yang ada ni ye...  kalau tanya aku best tak? jawapannya kureng.. kami alih katil ke tepi dinding sikit... mak ko.. tengok sampai kat bawah tu... diorang sapu2 ke bawah katil ke apa ni? pastu bantal extra pun nak kena request...? lepas tu kena layan pulak abg long main game yang ada kat bawah blok ni...lainkali aku nak request jangan bagi kat block N1 ni... bahaya betul... buat perabis duit je... semua ada kat bawah blok tu... fun fair.. kedai cenderamata... game... malam tu kami bertolak ke dewan untuk sesi makan malam naik tram dia... makan malam sampai pukul 12 lebih... makanan? banyak pilihan tapi biasa2 je kot sedap

waaa.. kami kena tinggal...

salam semua, pelik aku bersiaran di malam hari ni....? jangan pelik ok... abg ngah najmi dah selamat tidur pukul 8 tadi... abg long hakimi pulak tengah leka tengok cerita G-Force kat tv tu haa.... dia selalu tak kacau pun kalau aku hadap laptop ni haa... shah pulak? ni la nak cerita ni... dia tengah bergembira kat MS Garden sekarang ni kot.... diorang ada jamuan hari raya cum annual dinner kat sana tu... lepas maghrib tadi shah dah sibuk bersiap... siap baju melayu dengan samping segala... bila dia pakai baju melayu je anak2 dah mula sibuk... abg long dah mula tanya ayah nak pegi mana... abg ngah dah mula mengekor ayah pegi mana2... hehe... kelakar pulak aku tengok... yang paling best bila masa aku tolong shah pakai samping, boleh pulak abg long cakap camni.. "ummi, saya nak kawin jugak"... hahaha.... apa punya ayat daaa... layan gambar jejaka idaman hatiku selalu ni la ye... shah pakai baju masa kami nikah dulu tau... dia masih muat... aku je yang makin tambah sa

lumrah hidup manusia agaknya kan?

salam semua, tadi terbaca entry best kat blog sahabat aku ni haa... menarik apa yang ditulisnya... teringat pulak satu masa dulu... aku pernah terbuka siaran RTM1 ... masa tu time berita petang pukul 6 tu... dan teringat petikan kata2 seorang pemimpin terkemuka dan berumur dah... "saya tak pernah puas dengan apa yang saya dapat... kalau boleh saya nak lebih lagi..." mungkin niat dia cuma nak jadikan motivasi pada yang mendengar kan pada hakikatnya macam sama je dengan orang tua yang dalam petikan ini... p/s tak semua org akan faham dan menghayati apa yang mereka dengar... ;)

kami akan pegi sini Sabtu ni....

salam semua, entry hari jumaat dah ni... sekejap je dah jumaat kan... sunyi je bila sampai hari jumaat... mana ntah umat-umat semua pergi... aku lepak-lepak kat opis je la rehat ni... malas nak berjalan... nak balik rumah pun malas... baju shah dah sidaikan pagi tadi sebelum gi keja... kain baju pun aku dah siap lipat sebelum gi keja tadi.. balik rumah pun bukan ada keja nak buat... baik lepak kat opis.. jap lagi leh tidur.. hehe.. tu je la kejanya... ni aku nak cite sikit pasal plan kami minggu ni... selalu kalau hujung bulan kalau shah cuti kami akan balik kampung... tapi kali ni plan berubah pulak... kami nak sertai hari keluarga kelab sabtu dan ahad ni... cam meriah je kan... memang meriah pun... plan asal ada lebih kurang 200 keluarga yang sertai... best tu... dalam 800 orang ahli keluarga semuanya... memang meriah... dan tahun ni hari keluarga kelab ni akan diadakan di sini..... tak kenal lagi kan tempat ni? tempat ini la... aku walaupun nama je duduk

opis terbuka lagi...

salam semua, mood dah ok....(sebab baby gerak molek je kat dalam ni)... sekali berderet ko entry aku... hehe... layan je la ye... tadi pagi aku gi opis terbuka kat jiran kami ni... bahagian industri jpv state pahang ni... meriah ko.. siap karaoke bagai.... suka la aku tengok.... aku tepek gambar je la ye... makanan....? huhu... memacam ada... sampai tak yah makan tengahari aku tau.... kenyang... berbaloi2 makan pree kan...hehe.... menu yang ada nasi beriani rusa, rendang ayam, nasi impit, kari itik, kuah dalca, ayam panggang ( ni yang spesel ni, takde kat tempat lain.. diorang bakar sendiri), karipap, laksa pahang kuah merah... ada satu lagi yang spesel ni... roti kari... best oooo... dia cam roti sira dengan kuah kari.. ada pulak tu kentang2 kat dalam dia...  ok korang layan gambar lak ye.... tengok la ayam bakar tu haa... licin.... hehe... diorang tengah bakar lagi kat belakang tu haa... nasi beriani tu masa aku ambik gambar dah top up kali kedua... marveles... ni pu

smurf punya pasal...

salam semua, tadi aku cerita pasal entry ni kan? ni semua pasal benda alah ni la.... adoi... ummi dia yang beria sangat kan... abis nak buat camne... anak tu beria2 sangat hari2 tunjuk benda alah ni kat tv... tv tu pulak saje je hari2 nak buat iklan...  nasib baik dapat 2 ekor ni haa.... tapi kan tadi aku terpikir gak... dan tercakap kat shah tadi... "bang, ita ni kempunan sundae coklat kot bang"... tau apa dia jawab... ? "entah"... cehhh... malas nak layan selera bini dia la tu...

risaunya aku....

salam semua, ni aku tengah risau ni... kawan2 opis ni suruh gi klinik check  je... aku rasa nak tunggu jap2 lagi la... tengok dulu macamana... ceritanya camni... disebabkan hari tu aku tak dapat nak tunaikan impian abg long  dalam entry ni. .. maka hari selasa lepas aku pun call la semua McD yang ada di kuantan ni... bukan banyak pun cuma ada 2 je... satu kat Teluk Cempedak dan satu kat Megamall... yang kat TC tu aku call tak berjawab2... tapi kat Megamall tu kata hari Khamis baru sampai stock baru... aku pun pergi la ajak shah tadi ke McD TC tu.. sesampai kat situ ... laaa... McD tengah renovate la... TUTUP.... jadi kami pun tukar ke Megamall... dah la menjelajah cari parking... ramai orang sebab orang baru dpat gaji hari ni kot... jauh gak la kami berjalan dari tempat parking kat luar dekat dengan MS Garden... sampai kat McD ramainya orang.. semua yang lepas beli bawak set happy meal... sama kot tujuan dengan aku ni... sampai giliran kami aku order 2 set happy meal dan 1 set bi

alhamdulillah.... Allah mendengar doa hambamu ini...

salam semua, hari ni hati aku lega-selega-leganya.... hilang beban yang menghantui sejak 2 minggu lepas..... kalau sebelum ni aku tidur tak lena.... akan sedar setiap malam termenung sambil tengok muka anak2 kesayangan juga suami tersayang setiap satu.... kadang2 rasa nak menangis pun ada.... kalau sebelum ni pun aku makan tak lalu sampai ada satu hari tu aku cuma jamah beberapa keping roti untuk sekadar alas perut cuma.... hati rasa tak tenteram dan tekak pun rasa tak lalu nak menelan apa pun.... kalau sebelum ni aku selalu memikirkan yang sebarang kemungkinan akan berlaku.... apa yang perlu kami lakukan.... sehingga ada masa akal ini memikirkan yang tidak2..... kalau sebelum ini kandungan ini sepertinya ku abaikan kerana keresahan hati.... alhamdulillah setelah semua usaha dilakukan.... doa dan tawakal ku serahkan pada Yang Esa.... dan hari ini aku tau keputusannya.... alhamdulillah... syukur ku panjatkan padaNya.... terasa tiba2 diri aku ni begitu kerdil dan selalu melu

macam mana nanti....?

salam semua, petang2 ni sambil tunggu shah datang jemput aku tergerak nak buat entry kejap..... tinggal sorang2 kat opis ni buat hati syahdu pulak la.... tambah pulak bila hari hujan camni... aku tetiba terkenang pulak camne kalau tetiba aku dihantar posting ke tempat lain ye? macam2 masalah timbul kat fikiran aku ni... 1. bulan ni bulan pertama gaji aku dipotong untuk bayar rumah kami duduk tu...gaji dah tinggal separuh... camne kalau kena duduk jauh2... alamat tak selalu jumpa la kami nanti... 2. anak2 nanti camne? nak tinggal dengan shah dia selalu kena ot malam... kalau aku bawak pulak bila masa aku nak bersalin bulan 12 nanti mana aku nak hantar anak2? nak tinggal dengan mak...? nak ke anak2 aku tu...? aku pun mesti gundah gulana... tak nampak sehari dua pun resah dah... 3. kereta kami cuma ada satu je... sekarang ni banyak pulak masalahnya... camne kalau aku bawak keta dan kena masalah tu sorang2 dengan anak2? 4. aku pulak dah lama x bawak keta, dah macam kekok juga

nak pegi mana tu?

salam semua, aku nak cerita kisah pagi tadi ni... ada kisah kelakar pagi tadi... malam tadi shah dah kata dengan aku awal2 kereta kami tu meragam lagi... dia dah call bengkel tanya.. tokey bengkel tu suruh dia hantar balik... semalam nak hantar hujan lebat la pulak petang tu sampai ke malam baru berhenti... pastu dia kata la kita hantar pagi ni kereta tu... shah suruh aku bawak kereta dan dia bawak motor... sampai bengkel kang dia ambik aku terus.... maka pagi tadi perjalanan seperti yang dirancangkanlah.... aku pun bawak kereta tu ke taska anak dengan abg long kat sebelah... abg ngah cam biasa la bila ayah dia bawak motor dia mesti sekali dengan ayah..... sampai kat taska aku turunkan semua barang2 cam biasa la kan.. shah tolong jugak... hantar abg long dgn abg ngah... pastu dah siap semua aku sambil lambai2 kat anak2 terus je tuju ke kereta... cepat2 aku masuk kereta pasal dah lambat kan... sekali ko shah tegur aku.... "nak pegi mana?" aku lak bila tengok dia te

apa yang kami dapat?

salam semua, aku baru je balik dari jamuan hari raya Puspanita Pahang.... nak tau apa yang kami dapat? kami dapat makan + DOSA (sebab mengumpat dan mengutuk).... ni pun balik cepat2 macam takde mood dah nak makan... aku menulis macam nada orang tengah marah kan? memang tengah marah ni! serius.. kalau korang jadi aku pun mesti la marah... cerita dia camni.... dalam surat yang kami dapat hari tu dia kata majlis akan dibuat kat Dewan Jubli Perak... jadi kami dengan yakinnya pergi la ke dewan tu tadi... sampai2 je kat situ 10 minit lagi pukul 10 pagi.... lenggang je kawasan tu kami tengok.... macam takde majlis apa2 pun.... tak lama lepas kami sampai ada la pegawai dari pejabat bentong sampai... pun tercenggang2 macam kami jugak... tak jadi ke majlis ni....? lepas tu tanya pulak dengan orang yang tengah kemas2 dewan tu... semalam ada majlis konvo kipsas jadi diorang tengah kemaskan la tempat tu... diorang tak tau menahu pun pasal majlis Puspanita... puas kami call semua kenalan..

jamuan raya lagi...

salam semua, ni dah masuk 22 Syawal dah.. tapi aura raya ni makin kuat lak aku tengok... jamuan raya silih berganti di mana2... hari ni pulak kami ada jamuan raya Puspanita Pahang kat Dewan Jubli Perak..... jamuan mula pukul 10 pagi tapi kami yang bersemangat ni nak pergi pukul 9.30 pagi... bersemangat betul kan? walaupun perjalanan tak sampai pun 10 minit dari opis ni haa..... sebab nak pergi cepat ni bukan apa pun cuma kami naik kereta sendiri jadinya kena la awal kalau tak kang ada yang menapak jauh la dari dewan tu haa.... jenuh ko... abis la lemak yang aku kumpul masa makan nanti kan? hehe... kalau parking dekat2 je boleh jimat2 sikit lemak tu.... simpan untuk masa kecemasan... alasan baik punya nak keluar awal kan... hahaha.. sebenarnya kalau orang ajak makan free memang No 1... ni pun aku cuma sarapan horlick je buat alas perut... buatnya la diorang hidang ala kadar je kang... huh... keciwa gila aku jawabnya.... nanti kalau aku free dan hp aku tak meragam ni aku ambik ga

sekitar opis terbuka...

salam semua, ni gambar2 sekitar opis terbuka kami tadi.... korang layan je la ye... aku lupa bawak kamera la... jadi cuma gambar pakai C5 ni je la.... ni gambar kami staff2 yang ada kat sini.... itu pun ada gak yang takde...  diorang belum datang lagi...  aku je yang awal tu... hehe... majlis makan kan... cepat je ko.... kami tuanrumah kena makan dulu... kang nak layan tetamu lak kan.... makanan yang ada hari ni... laksa pahang, nasi minyak gulai kawah, lontong, mee bandung, lemang, ketupat palas, rendang, pulut kuning..... meriah kan?... belum abis lagi tu.... yang tu menu berat2... pastu ada pulak pencuci mulut macam... rojak buah, kek coklat, kek marble, bahulu, puding raja, agar2 santan, puding karamel dan kuih sarang semut....oppss lupa pulak.. tapai pulut... alhamdulillah majlis berjalan lancar dan banyak juga kami tapau bawak balik... rezeki.... korang nak? hehe... layan gambar je la ye.... p/s faiz ko leh berbuka kat rumah aku... nak? sempat lagi ni kalau

office terbuka...

salam semua, macam best je dengar tajuk kat atas tu kan? hehe... hari2 opis memang dah terbuka.... sempat gak aku buat entry sebelum bergerak gi opis ni... hari ni kat opis kami buat jamuan hari raya.... dan kami buat pot luck untuk memenuhi hidangan di atas meja di samping hidangan utama.... untuk korang aku jamu gambar hidangan yang akan aku bawak ni je la ye.... nak buat camne... jemputan terhad... kalau tak nanti takut makanan tak cukup lak.... meh layan gambar meh..... tu dia... aku buat mee bandung.... sesiapa yang dijemput tu meh la memeriahkan suasana ye....

pakcik tu tokey kot...

salam semua, aku baru je bukak laptop ni... sekali dgn budak kecik ni nak tekan keyboard... letih... kami dah balik tadi dari rumah open house... alhamdulillah dah kenyang... tuan rumah hidang nasi minyak, ketupat palas, mee hoon goreng dan keropok lekor... sedap.. dan free... jimat belanja dapur lagi... sayur masak tomyam aku semalam pun tak abis lagi gara2 makan free ni... dah balik tadi singgah jap kat mcD... abg long request dari semalam lagi nak mainan smurf yang sibuk iklan kat tv... tapi bila kami pegi memang semata2 beratur kat drive tru tu sebab nak beli hepi meal... tetiba tau apa mainan yang kami dapat? mc digital je... la... tau tak yah beli je tadi... keciwa muka anak bujang aku tu haaa.....aku pun lupa nak tanya dulu bila order tu... dah abis kot mainan smurf tu... sebenarnya tajuk aku kat atas tu nak cerita pasal jiran kami ni... aku siap bisik2 dengan shah semalam... rasanya pakcik tu tokey bot la... sebab dia selalu keluar lepas subuh dan balik rumah awal kan.

open house je ni...

salam semua, aku curi update blog kejap ni.. anak2 tengah sibuk mandi kolam tu.. hehe.. ummi dia ngular.... shah ada jap tu tengok diorang... jap lagi kami nak gi open house kat indera sempurna lak... rumah kawan opis... dia buat sekali dengan jamuan naik rumah... alhamdulillah dapat duduk rumah baru.... korang sibuk gi open house macam aku tak? aku malam tadi je ada 3 jemputan campur rumah jiran aku untie sorang ni... dia tak buat untuk raya la tapi pasal dia baru je masuk rumah baru... aku tak sempat gi rumah dia... semalam terus gi rumah akak ipar aku.... lepas tu pegi rumah kawan opis jugak... balik2 je rumah dah dekat pukul 11 malam dah... gila ko.. senak perut aku makan macam2... dah la dah seminggu ni selera tak tentu... tetiba pulak makan macam2.. meragam terus perut aku.... pedih je rasa mencucuk2... pagi ni nak gi pulak lagi satu... petang kang nak gi rumah akak ipar aku lak... hari ni diorang buat lemang pulak... wah diorang ni best betul kenduri 2 hari 2 malam tau...

.......

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh....amin

aku try yang lain... ok tak camni?

salam semua, aku rasa semua maklum kan yang aku punya comment kat bawah post tu aku pakai intense debate...? sebab sebelum ni aku rasa cam senang... tapi bila aku tengok ramai komen ruang komen tu takde aku dah panik gak.... jadi aku try uninstall intense debate tu tapi last2 dia jadi makin tak keharuan pulak... terus hilang tempat nak komen tu... ... lagi haru... hari ni aku try tukar yang lain pulak ... nampak macam lagi senang... aku pakai disqus... dia keluar camni kalau kat blog tu.... nampak macam ok je kan.... korang try la komen kat situ ek.... kalau tak ok jugak dan susah jugak aku kena la letak intense debate balik la jawabnya...

doakan kami sentiasa bersama....

salam semua, dua tiga malam ni memang rasa tak lena tidur ... makan pun tak bape nak lalu je.... semalam langsung aku tak sentuh nasi... takde selera je rasa... pagi makan mihun goreng dengan donat terus sampai balik rumah tak makan... malam tu makan telur goreng je... hari ni beli donat jugak... shah hantar nasi tadi tapi dah ada orang bagi nasi goreng lebihan orang2 yang berlatih berbaris untuk 16 September ni... rezeki melimpah ruah... alhamdulillah... tapi  apa nak buat selera entah hilang ke mana ntah... tapi bila memikirkan anak kat dalam perut ni kuatkan juga nak makan sesuap dua....buat alas perut...kesian anak ummi lapar nanti kan.... hati masih tak sedap memikirkan keputusan hari esok.... apakah kami akan dipisahkan oleh jarak dan waktu kerana berlandaskan tanggungjawab? entahlah.... keputusannya hanya akan terjawab esok.... berdebar je hati ni menunggu keputusan.... buat kawan2... aku amat mengharapkan doa dari kalian.... doakan semoga keluarga kami terus bersatu dan

alhamdulillah... selesai sudah..

salam semua, sihat korang hari ni? aku macam tak berapa sihat... suara hampir hilang dah  ni...kaki pun ada rasa sakit2 lagi... tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar hari sabtu lepas walaupun ada juga masalah yang tak diduga... biasalah manusia hanya merancang tapi Allah yang menentukan apa yang akan berlaku... harapnya yang hadir pada hari sabtu lepas tak serik nak datang lagi kalau kami ada rezeki nak buat lagi tahun depan hendaknya... mak, abah dan adik beradik aku kecuali adik aku, acik sampai dari johor cepat 10 minit dari tuan rumahnya yang sampai dari putrajaya dah dekat pukul 10 malam... diikuti pulak along aku sampai pukul 2 pagi dari kuala lumpur...dan last sekali andak aku sampai dah pukul 6 keesokkan harinya... majlis kami berlangsung dari jam 12.30 tengahari (terlewat sikit dari yang dirancang) dan berakhir dah pukul 7 malam... yang lepas pukul 3 petang ni pun saudara mara dan kawan2 yang  tiba selepas beritahu mereka sampai lambat sikit... hari tu agak mendu

Selamat Hari Lahir Yang ke 29

salam semua, hari yang amat meletihkan.... tadi tengahari sempat balik rumah kemas apa yang patut pasal entry ni tadi ... pastu berkejar ke opis balik sebab ada meeting petang tadi.... pagi esok pulak kena bertolak pepagi ke Putrajaya... cuti yang dah apply esok aku tarik balik... berjuang dengan hari yang amat sibuk menyebabkan aku hampir lupa untuk mengucapkan sesuatu yang amat penting.... Selamat Hari Lahir yang ke 29 buat abang yang tersayang.. . ita tak lupa ok... cuma maaf takde persiapan besar-besaran untuk sambutan hari lahir abang... nak buat kek pun tak sempat... maaf ye bang.... semoga sempena hari lahir abang ni... abang akan terus dianugerahkan kesihatan yang baik, panjang umur dan rezeki yang melimpah ruah untuk kami sekeluarga... insyallah... amin....

tolong lah.. ku tak keharuan ni...

salam semua, harap korang semua sihat la hari ni hendaknya.... aku? alhamdulillah badan tetap dikurniakan kesihatan yang masih di tahap baik... yang kat dalam ni pun alhamdulillah sihat jugak... semalam kami pergi scan... dah tau jantina pun... tapi tunggu la ye... insyallah kalau takde aral melintang akan keluar dalam tengah bulan 12 atau pun hujung bulan 12 ni... semoga semuanya dipermudahkan hendaknya... amin... yang intro kat atas tu semua tak berkenaan dengan tajuk pun... maaf ye.. dah namanya pun intro kan... yang ni sebenarnya menyebabkan aku tak keharuan ni.... semalam aku dapat email dari bahagian pengurusan sumber.... alhamdulillah JPA dah luluskan nama untuk pemangkuan jawatan G44... aku bersyukur sangat pasal 6hb September baru ni genap 5 tahun aku kat jabatan ni... tapi... ada tapi di situ... esok ada perbincangan mengenai penempatan untuk kekosongan jawatan yang ada dan aku dikehendaki datang pada pukul 3 petang esok di Putrajaya... ni yang jadi masalahnya ni... e

update check up 9/2011

salam semua, tadi dah siap taip tetiba dia tak keluar la pulak... letih kena menaip balik... hilang mood... tadi pagi aku gi check up bulanan kat klinik yang sepatutnya dijadualkan semalam... last2 pasal kereta rosak kena la tangguh hari ni... keputusan check up alhamdulillah makin ok.. usia kandungan: dah masuk 25 minggu 5 hari.. berat badan: 66.7 kg cuma naik 600 gram dari bulan lepas... blood pressure: 110/80 hb: naik sikit 12.3 dari 11.8 bulan lepas jantung anak: 135 beat tadi aku dah taip tapi kena la taip lagi.... ada cerita masa kat klinik tadi..ada sorang adik ni tanya aku...soklan dia...... dia tanya, " akak datang ni baru nak buat kad ke?" aku jawab, " tak la check up biasa" dia tanya lagi, " ye ke?" aku tak jawab dan senyum sambil tanya dia, " bila due?" dia jawab, " awal bulan 1, akak bila?" aku jawab, "insyallah tengah bulan 12" sambil buat muka terkejut dia kata, " ye ke? tak nampak pe

jemputlah ke rumah terbuka kami..

salam semua, kami akan balik malam ni ke kuantan kalau takde aral melintang... insyallah.. sebenarnya kalau nak ikutkan kami balik malam tadi tapi disebabkan ada masalah teknikal kat kereta perjalanan tu ditangguhkan malam ni pulak... bila kami nak bergerak petang semalam shah periksa kereta motor kipas tak bergerak pulak... tu pun dia tengah bertungkus lumus repair kereta tu... harap2 takde la masalah malam ni.. kalau perancangan menjadi seperti yang telah kami rancangkan kami akan adakan jamuan rumah terbuka merangkap jamuan untuk kami naik rumah baru ni... dengan ini aku secara rasminya nak menjemput semua keluarga dan kawan2 yang dekat atau jauh untuk datang ke rumah kami pada hari sabtu ni 10/9/2011 dari jam 12 tengahari hingga jam 3 petang... semoga perjalanan majlis kami dipermudahkan hendaknya...amin...

Selamat Hari Raya Aidilfitri

salam semua, lama dah tak jengah kat blog ni... dah nak bersawang dah... tuan bercuti lama blog pun ikut bercuti.... sebelum terlambat aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang sudi baca blog ni... semoga kita semua dapat merayakan dengan gembira.... raya tahun ni giliran kami beraya di kampung shah dulu.... raya ketiga baru kami bertolak balik ke johor... jadi raya tahun ni tak la semeriah mana.... aku cuma masak nasi impit dengan kari daging untuk dibawak balik ke rumah mak shah... sampai kat rumah mak shah dia dah siap masak rendang ayam... itu je la hidangan raya kami... takde yang istimewa sangat pun... malam kami bertolak balik ke johor keluarga di johor masak barbeque ayam dan daging... balik kami dah tinggal makan je pun pasal sampai dah pukul 12 tengah malam... hampir tak sampai kami malam tu... masih berdebar hati ni bila mengingatkan yang kami hampir2 melanggar orang di malam raya! kami tengah melalui jalan di rompin masa tu... dekat dengan kam