Logo KBBA

Ahad, 25 Disember 2011

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...

salam semua,

maaf la kalau beberapa hari ni cuma entry marathon yang dah aku taip beberapa hari yang lepas je menemani pembaca blog ni...

aku sibuk menghabiskan jadual berurut yang tinggal lagi 2 hari berakhir semalam... lega dah selesai tapi memang pinggang  dan punggung aku rasa masih sakit2 sebab lama sangat duduk kat hospital hari tu...

patutnya aku kena maklumkan klinik terdekat masa aku balik hospital dan kena check kadar bilirubin adik Nur semalam... tapi kali ni aku nekad.. aku malas dah.. anak aku aku pasti sangat dah cukup sihat... insyallah... cukup2 la adik Nur kena cucuk2 sebelum ni... sampai 2 -3 hari ni pun tak habis lagi mengigau menangis tetiba masa tidur...kesian dia..jadi2 la aku dera  dia selama ni... maafkan ummi ye nak...

aku nak cerita apa terjadi lepas aku dapat tau lampu uv kat hospital tu rosak... aku menangis semahu2nya tau.. tragik gila masa tu... sedih aku kenapa la diorang semua buat kerja sampai anak aku pulak jadi mangsanya? sangat2 zalim...! aku sangat tak boleh terima apa pun alasan diorang... lepas tu diorang repeat test dan result yang keluar cuma12.5 je... so sapa yang salah  ni? aku pun tak tau... kalau diorang yang salah aku harap sangat diorang semua ambik ikhtibar dan belajar dari kesilapan...aku sangat2 berharap jangan la ulang kesilapan ni kat anak orang lain... PLEASE....

nasib la tak jadi apa2 kat adik Nur... kalau tak, sure aku akan buat tindakan seterusnya...sangat tak dapat nak dimaafkan...tapi aku percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya...kalu tak berlaku macam ni diorang takkan sedar mesin tu rosak... dan lampu uv tak berfungsi seperti sepatutnya...

p/s aku tak pasti jugak tindakan aku ni betul ke tak tapi aku dah nekad...

20.12.11, 21.12.11 dan 22.12.11

Naik lagi?

20.12.11 jam  9.30 malam
salam semua,
hari ni dah masuk hari keenam, esok genap seminggu kami kat hospital ni...aku dah sampai tahap zombie dah ni rasa ni..duduk pun boleh terlelap dah ni..wah betul punya mengantuk ni tau...

keputusan pagi ni dah keluar.. naik balik la pulak..kali ni 16.8... kalau sampai khamis ni tak ok jugak aku nak mintak transfer HTAA la... kurang2 shah boleh kerja bila kami kat sana..ni dia susah hati je dah ni tinggalkan kami anak beranak kat hospital ni... anak2 lain aku tak risau sangat sebab mak aku yang jaga...abg long je la macam rindu sikit dengan ummi dia...abg ngah macam dah lupa pulak ummi dia..dah ramai yang melayan... sedih pulak bila tengok dia tadi...aku harap sangat boleh keluar esok lusa...sihat la nak... boleh kita tidur lena2 kat rumah...
p/s wad ni dah keluar masuk orang baru, kita je yang tak keluar2 lagi sayang....


Perkembangan positif

21.12.11 jam11.45 malam
salam semua,
semalam aku update pasal bacaan bilirubin adik Nur makin naik kan? malam semalam gak aku tak boleh tidur... adik Nur pun kejap2 jaga nak susu...ada orang baru menangis dia pun sama berjaga... berjaga kalau nak terus duduk bawah lampu takpe la jugak ni tak ;mengempeng' je keja dia... sampai sakit2 puting aku dibuatnya..aduhai...
pagi tadi macam biasa iorang ambik darah pukul 5.. keputusan yang keluar makin turun 15.4... aku rasa makin positif... petang tadi pulak ada ambik darah lagi... makin turun lagi ke 12.8... aku terus je letak adik Nur bawah lampu harap2 makin turun menjelang ambik arah pagi esok...
p/s aku harap sangat boleh balik esok..tak larat dah nak duduk sini lagi.. dah seminggu dah pun...

Aku Betul Rasa Hilang SABAR dah ni...!
22.12.11 jam 10 pagi
salam semua,
korang sihat? aku je yang tak bape sihat dah rasa sekarang ni kot...aku dah sakit emosi dah ni.. stress tau... sebab apa? result adik Nur boleh naik ke 17.5! aku memang rasa hangin.. aku memang tak faham macamana mekanisma rawatan untuk jaundice ni..tapi patut2 la kan kalau nak naik pun..adik baik je duduk bawah lampu lebih baik dari anak orang lain..dia ok je tak nangis2 selama seminggu ni..sangat bekerjasama..
tau apa aku cakap dengan doktor tadi? "takkan boleh jadi macam ni?, ke mesin kat lab tu tak ok?"
pastu boleh dia jawab "mungkin  ada lab error.., kita akan ulang ujian"
aku jawab lagi la " kalau lab error pun takkan sampai nak sakitkan budak?" serius aku sedih tau...

bila pakar datang tadi pulak kata mungkin lampu tak ok... lepas seminggu turun naik baru korang nak kata mungkin lampu tak ok? wei.. kalau anak korang la apa korang rasa hah? dan dah confirm pun sekejap tadi lampu uv ni memang tak ok... standard dia 12 tapi tau bape bacaan yang dapat 5.3!
hah ambik! wei aku rasa sangat sia2 abiskan masa kat hospital ni tau.. seminggu aku tinggalkan anak2 aku cuma nak korbankan darah anak aku yang kecik ni setiap hari dan bogelkan anak aku untuk rawatan yang bukan rawatan sebenarnya... tolong la... aku nekad je nak mintak balik dah ni..esok shah ada aku akan pastikan kami balik! FOR SURE!
P/S AKU MEMANG SANGAT2 EMOSI SEKARANG NI... NAMPAK SANGAT MACAM DIPERBODOHKAN JE KAN...?

Isnin, 19 Disember 2011

19.12.11


Kami masih di sini...
18.12.11 jam 6.30pagi
salam semua,
hari ni dah masuk hari kelima kami anak beranak di hospital kluang..tak tau dah nak cakap yang aku rasa..sakit2 badan jangan cerita la...aku belum update bacaan adik Nur lagi sejak entry 17.12 lepas..
lepas bacaan naik ke 17.1 tu diambil lagi darah pagi semalam,
keputusannya amat mengejutkan doktor..9.2! Aku pun terkejut jugak..ingat dah boleh balik semalam..tapi disebabkan turun amat mendadak, doktor suruh ambik darah sekali lagi pukul 2 ptg..aku dengan shah dah confirm dah boleh keluar pagi ni..rasa nak kemas2 dah..tapi bila keputusan keluar..bacaan jadi 14.1..alamak..kena stay lagi..
p/s terpaksa shah sambung cuti lagi sehari..kesian ayah, nak.. penat berulang hari2 untuk kita..
Keputusan yang keluar amat mengecewakan.. 14.1 dan masih kena sambung rawatan uv sehingga darah diambil lagi sekali pagi ni..
Kalau ikutkan di rumah mak sekarang dah riuh dengan adik beradik dan anak saudara sebab semuanya balik nak hantar pinangan dan tanda untuk adik kami acik pada hari ni..tapi kami terlepas semua tu sebab kena duduk hospital..
Shah pulak patutnya habis cuti hari ni..kalau masih tak boleh keluar hari ni..tak tau la lagi macamana..ok la nak menyusukan adik Nur pulak ni..
Eh lupa la pulak nak bgtau adik Nur akhirnya berak petang semalam.. Lama dia peram kan? Doktor bagi dia 3 hari..ngam-ngam 3 hari dia keluarkan..harap2 boleh kurangkan lagi bacaan adik Nur hari ni..
p/s harap2 boleh la keluar hari ni..ummi dah rindu dengan abg2 awak adik Nur..



Hujan mencurah-curah...
19.12.11 jam 8.15pagi.
Salam semua,
dari semalam hujan turun mencurah2..semalam pun masa shah balik dia dah kena tempuh banjir kilat kat batu 4..hari ni tak tau la boleh lalu ke tidak..
Kami masih menunggu keputusan darah adik Nur yang kena ambik pukul 5 pagi tadi..adik Nur tengah tenang menyusu kat riba ni..dan alhamdulillah susu banyak untuk dia..rezeki adik Nur.. Owhh..lupa pulak nak bagitau yang kami dah ada nama yang confirm tertulis dalam borang cuma nak tunggu hantar je ni.. Nama yang kami pilih ni insyallah kami harap2 akan bagi kebaikan kepada hidupnya dan seluruh keluarga kami..amin
Nur Syafiah Husna...cahaya penawar yang baik..
Jap ye result adik dah balik ni...alamak..kena stay lagi la..15.4 pulak..kecewa betul ummi nak..sedih hati ummi..sama lebat dengan hujan yang mencurah2 kat luar tu..
p/s adik dah byk berak..byk susu dan memang duduk bwh lampu bila tidur tapi nape masih tak ok ye?


 I'm very very very depressed! 19.12.11 jam 9.15pagi.
Salam semua,
aku sangat2 sedih sekarang ni... Aku tau la kalau kena sakit kuning atau jaundice ni biasa dah boleh baik dengan uv lamp dan susukan anak sebanyak mungkin...
Aku jadi depressed bila doktor bercakap macam nak menyalahkan aku tak cukup bagi lampu dah susu kat adik Nur..melampau la camtu kan...aku jawab gak tadi..doktor kalau tak percaya tanya je la nurse kat sini..sebenarnya aku nak jawab je..dia ingat aku nak anak sakit? Dia ingat aku suka sangat makan makanan free kat hospital ni?
Aku lagi la nak balik tau..tadi pun aku dah mintak balik..shah patut dah balik keja..kena gaduh2 dengan bos dia baru leh cuti.. Aku pun dah rindu sangat dekat anak2...nak menitis dah air mata aku ni..tapi aku kuatkan hati..tak nak la nanti aku meroyan pulak..Ya Allah kuatkan semangat hambamu ini..sesungguhnya Kau tidak akan menurunkan ujianMu jika kami tidak mampu menanggungnya..permudahkanlah urusan kami Ya Allah..sememangnya kami adalah golongan yang menganiaya diri kami sendiri..amin...
p/s hujan yang lebat kat luar, lebat lagi dalam hati aku ni..

17.12.11


Masalah lain pulak...
17.12.11 jam 4.30pg
salam semua,
aku baru je lepas susukan adik nur tadi, adik nur dah ditukarkan ke lampu double lagi sekali bila bacaan dia naik semula ke 17.9.. Dan iv drip disambung semula..3.5ml sejam..dah keputusan darah yang terbaru 17.1..dapatlah turun sikit..
Lega sikit aku bila dengar hujan kat luar..dapat badan yang berpeluh2 ni sejuk sikit..aku padam kipas kat atas ni sebab adik Nur taknak duduk dalam cot..tapi memang hujung jari kaki tangan dia sejuk..
Balik pada tajuk..ada masalah lain pulak, adik Nur tak berak2 sejak hari kami datang..ntah apa masalahnya ntah..susu boleh tahan walaupun tak sekuat abg ngah dia..dia kentut je..bau jangan cakap la..kalah bau telur tembelang dah..busuk gila..
Oppss misi datang nak ambik adik Nur cucuk jap..ok nanti2 aku sambung ok..
p/s malam tadi ada kes baru datang, budak dalam 2 tahun camtu..kemalangan dengan babi..mak dia kat icu..kesian pulak aku tengok budak tu..shah terserempak dengan kemalangan tu masa balik dari hospital tadi..tak sangka pulak masuk sini..

15.12.11



Cubalah sensitif sikit...
14.12.11 jam 11.45mlm
salam semua,
adik Nur dah lena dalam cot dia..cuma sekejap2 dia tersentak sebab bunyi2 sekeliling.. Aku masih tak boleh lelap sebab nak menunggu keputusan ujian darah diorg ambik pukul 10 mlm tadi..susah hati dah ni..kalau keputusan makin naik kami kena ke hospital jb..sangat2 susah hati...
Eh lari tajuk pulak.. Tajuk kat atas tu berkisar pasal pelawat yang datang ke wad ni..kat hospital ni dah terang2 tulis waktu melawat pukul berapa tapi ada jugak yang masih berdegil.. Faham2 je la wad yang diorg pegi ni wad baby..ada yang baru je lahir..boleh katakan semua susukan anak dengan susu badan..boleh bayangkan situasi dia macamana kan?
Ni ada pulak waris2 yang sangat2 tak sensitif taknak balik2 walaupun jam dah hampir pukul 12 tengahmalam dan walaupun dah diberi warning byk2 kali! Wei kami ibu2 ni nak berehat..baring2.. Lelapkan mata kami..tapi kalau ada org lelaki ke hulu ke hilir walaupun dengan alasan jaga bini..jadi tak selesa la kami2 ni..pepaham je la..macam ni punya org pun ada ke..kalau leh aku pun nak suruh laki aku jaga tau.. Cubalah sensitif sikit.....

p/s nak pakcik jaga tu tarik bawak keluar ke?



Adik Nur masih berjuang...
15.12.11 jam 4.15 petang
salam semua,
dah petang dah ni, tadi pagi pukul 5pg ada diorang ambik darah adik Nur..keputusan dia makin naik ke 19.2.. Aduh..susah hati dah ummi ni nak..setakat ni keputusan adik naik turun je..dah tu pagi tadi bila doktor buat round dia suruh ambik darah lagi..jadinya pukul 12 tadi satu lagi sesi menyakitkan untuk adik Nur..bila dia keluar ada 3 tampalan kat kaki dan tangan..kesian adik..meleleh air mata dia..
Keputusan ujian masih belum sampai..berdebar rasa tunggu keputusan..
Adik Nur cepat la sihat dik..
p/s sakit2 badan pulak rasa mandi dengan air sejuk..


Doa kami sentiasa untuk adik Nur sayang...
15.12.11 jam 8.08 mlm
salam semua,
adik Nur tengah kena ambik darah kat dalam ni..menjerit2 dengar suara dia..mujur aku pernah ada pengalaman dengan abg ngah dulu kalau tak mesti aku menangis dengar..
Keputusan ujian tengahari tadi 18.8..alhamdulillah dah turun sikit walaupun tak banyak..harap2 dapat turun lagi malam ni..cuma yang agak merisaukan aku, adik Nur ni tak nak berak dari malam tadi..tu yang payah nak turun kot.. Eh jap2..aku nak tengok pakcik jaga halau suami orang sebelah ni...hehe...lega sikit kan..boleh la baring2 sambil bukak tudung..selesa sikit..
Eh adik Nur dah keluar la..aku nak tetekkan dia dulu...bebila aku sambung ek...


p/s bila dengar anak2 nangis kat wad sebelah ni..teringat pulak kat anak2 kat rumah...apa la yang diorang tengah buat agaknya..



Alahai..akhirnya airmataku menitis juga..
15.12.11 jam 10.45mlm
adik Nur punya saluran iv drip dah tersumbat! Bengkak pulak tangan adik..diorang cuba letak yg lain tak jumpa salur darah dia yang elok..semua dah kena cucuk sebab nak ambik darah...
Lebih sejam dia kat dalam tadi..bila keluar misi terangkan apa jadi dan minta maaf banyak2.. Aku akan ingat SN Suriati ni..jarang ada misi camni..aku tak salahkan dia pun dah tugas dia kan..nak buat camne...dan airmata aku menitis bila dengar misi tu minta maaf..sedih pulak rasa hati..sampai pulak sekali dengan adik Nur yang tengah tersedu2..lagi tersentuh hati aku..last2 tadi misi tanya doktor..nak pasang iv drip lagi tak..doktor kata tak perlu sebab tadi bacaan dia dah turun lagi ke 16.4 dan adik kena tukar treatment ke single phototherapy je..alhamdulillah..Ya Allah..rasa kerdil aku saat ni.. Dia masih sudi mendengar doa hambaNya ini...
p/s sesiapa yang sedang hadapi masalah@tengah mengalami sakit termasuk sakit nak bersalin boleh amalkan doa ni:
Ya Allah, Kau permudahkan urusan hambaMu ini..sesungguhnya aku adalah antara orang yang menganiayai diriku sendiri..amin..

14.12.11


Doa untuk adik Nur
14.12.11 jam 8.20mlm
Salam semua,
aku sekarang berada di hospital kluang, adik nur kena tahan wad hari ni. Sebabnya jaundice. Bacaan adik tinggi jugak. 17.5.. Dan tadi doktor kata dah naik 20.6..sekarang ni adik Nur tengah jalani terapi cahaya..atau phototherapy.. Betul ada cahaya kan adik Nur ni? ;)
aku baru je lepas dapat sehari berurut, sah2 sama je cam abg ngah dulu kan? Baru sehari ummi dia berurut, dia demam..sejarah berulang untuk adik Nur pulak..harap2 tak lama la ambik masa untuk adik Nur sembuh..amin..

p/s kami dah ada nama untuk adik Nur cuma tunggu masa nak daftar je..harap2 nama ni bagi banyak penawar dan kebaikan untuk adik Nur...amin..

Isnin, 12 Disember 2011

Welcome our new Family member... Nur....

Salam semua,

alhamdulillah aku masih diberi peluang bernafas di muka bumi setelah berjuang untuk melahirkan satu lagi buah hati pengarang jantung kami.....

Untuk pengetahuan semua, aku selamat melahirkan anak perempuan yang comel pada 11. 12. 11 pada jam 7.17 pagi semalam... cantik tarikh dan masa dia kan? macam dah rancang2 je kan?

setelah melalui proses bersalin paling menyakitkan yang pernah aku rasa sepanjang 3 kali bersalin ni... serius kali ni aku siap menitis air mata menahan sakit... lainkali bila free aku cerita penuh pasal kelahiran ni...

sebenarnya aku sangat terkejut dapat anak perempuan sebab masa kami scan 20 minggu aritu nampak macam lelaki tau... tapi alhamdulillah rezeki kami... berat baby Nur cuma 2.5 kg je... nama kami tak abis fikir lagi (disebabkan ummi ayah dia tak jangka perempuan yang keluar..hehe...) cuma yang pasti nak letak Nur kat depan tu supaya ada cahaya dalam rumah kami... sentiasa...insyallah..

selepas ni aku mungkin akan ada sekejap2 atau bercuti lama... mulai esok kami akan balik ke kluang meneruskan pantang kami kat sana...

terima kasih pada semua yang mendoakan kami.. haya Tuhan je yang boleh balas jasa korang... buat kawan2 yang menunggu masa untuk berjuang, selamat berjaya aku ucapkan ok...

This entry was posted in

Jumaat, 9 Disember 2011

Kontest Gegar Blog #1 HASRULHASSAN.COM


Untuk menjawab dan sertai kontest ini, anda dikehendaki:

 Buat satu entri dengan tajuk: Kontest Gegar Blog #1 HASRULHASSAN.COM
  1. Letakkan badge kontest yang disediakan di atas ke dalam entri anda dan link ke blog ini.
  2. Tuliskan dengan menggunakan 5 perkataan berbahasa Malaysia (slogan) untuk menggambarkan apa yang anda fikirkan tentang blog ini.
  3. Digalakkan untuk LIKE penaja/jadi Follower penaja hadiah.
  4. Dah siap, sila emailkan entri url serta jawapan anda itu kepada saya di sini: hasrulhiteg@gmail.com
  5. Anda hanya perlu tinggalkan entri blog anda yang punyai badge dan slogan di ruangan komen entri ini sebagai bukti anda ambil bahagian. 
  6. Tarikh akhir untuk anda hantar jawapan anda ialah pada 10 Disember 2011 sebelum jam 11 pagi.
Slogan: 
Blog hebat dan informasi padat.

Tarikh Pembayaran Gaji 2012

salam jumaat semua,

sekejap je dah jumaat semula kan? rasa memang masa berlalu dengan cepat sangat sekarang ni... alhamdulillah hari ni masih lagi sihat dan dapat makan dengan penuh semangat lepas sesi bacaan yassin tadi... hehe.. makan selagi boleh... esok2 kalau dah pantang kena duduk diam2...

kalau ikutkan tinggal lagi 4 hari je lagi sebelum due ni... makin dah nak sampai hari makin rasa berat pulak rasa kaki nak melangkah.. peha ni haa yang rasa berat sangat.. eh alasan nak cuti ke tu? hehe tidaklah... masih lagi perlu menyempurnakan tugas sebagai pegawai bertugas sampai 14hb ni... tapi roomate baik hati dah offer untuk ganti minggu depan...alhamdulillah... ringan beban..

cerita pasal kerja mesti ada ganjaran kan?

ok kita cerita mengenai tarikh pembayaran gaji 2012...

walaupun belum diceritakan dengan jelas skim gaji baru tarikh dah gaji dah keluar ye...

ini tarikh gaji untuk tahun 2012...



apa pun kita mesti bersyukur sentiasa atas semua rezeki...


nak tau lanjut leh gi sini... Tarikh Pembayaran Gaji 2012...

p/s belum dapat lagi gaji last 2011, dah sibuk cerita gaji tahun depan kan? manusia... ;)

Khamis, 8 Disember 2011

bila makanan dah abis...

salam semua,

semalam nak update tak sempat lepas meeting pagi... petang tu pulak ada kes datang berlambak2...

ok aku nak cerita pasal kami pegi beli makanan untuk kura-kura kat rumah tu... dulu aku pernah cerita pasal kami bela kura-kura kan? memang dulu kami beli ada 3 ekor tapi akhirnya cuma tinggal 2 ekor je sekarang ni... yang sekor tu dah mati dah...

maka semalam disebabkan stok makanan yanga da kat rumah tu dah abis, kami pun pergilah merayap ke bandar sekejap lepas maghrib tu untuk beli stok baru...

sambil beli makanan kura2 sambil cuci2 mata tengok ikan2 kat akuarium yang ada kat situ... kami memang berangan lama nak beli ikan tapi disebabkan kami selalu takde rumah jadi malas nak menyeksa ikan tu bila kami tinggal lama2 balik kampung nanti... keputusan terakhir tak yah bela... senang kan..?

ok layan je la gambar kami anak beranak kat kedai ikan ni...



beria abg long tengok akuarium yang kosong ni...

Selasa, 6 Disember 2011

hari keluarga KSSM 2011 part last

salam semua,

aku ingat nak update hari keluarga part last ni lepas tengok gambar kat nikon aku tu... sekali memory card tu buat problem la pulak.. asyik keluar ayat suruh format je... ke dia rosak... abis la gambar dalam tu semua...waaa...

ni aku update ikut gambar dari henset ni je la ye...nasib je la...

petang lepas sesi pendaftaran tu, anak beranak ni pegi naik APV... dah ayah dia teringin nak buat camne...
ok2.. layan gambar k...

 sibuk manager tu ajar cara nak guna

 akhirnya... muka abg long tak puas hati pasal dia yang nak bawak..

waaa... ummi sudah kena tinggal!

pastu ni la hasil kami kat situ 2 hari satu malam... berbaloi kan? hahaha... jangan jeles.. yang hamper satu lagi tu baru aku bukak semalam...


yang kipas tu aku dapat dari acara kotak mancis...rezeki anak2...

ni design yang aku buat....


cam biasa ada je yang nak menyebok... hehe.. nasib baik ummi menang lagi nak...



yang ni pulak budak sibuk nak usung hamper ke hulu ke hilir...



p/s malam tu aku memang bertuah tau... hadiah penyanyi takde harapan pun aku leh menang... hahaha...

update check up 12/2011 kali pertama

salam semua,

pagi ni sempat aku pergi buat check up untuk bulan 12 ni... suspens jugak semalam pasal budak dalam perut ni dah start mengeras2 dah ni.... jap2... ni pun rasa gak dia mengeras ni... tapi tak kerap sangat dalam 1 jam sekali gitu kot.... kalau ikut pengalaman masa abg ngah dulu... contraction rasa macam ni hari khamis... jumaat dia dah selamat keluar... apa2 pun doakan kan aku dan anak selamat ye kawan2...tajuk kat atas tu saje je aku buat kali pertama.. mana tau kalau tak keluar lagi sempat kali kedua kan...?

pagi tadi buat check up, misi2 dah senyum dah... diorang ingat dah selamat bersalin dah... ye la abg ngah dulu dah keluar 10 hari awal dari due date kan.... aku senyum gak... dia belum nak keluar baru acah2 je...

semalam masa rasa contraction pun aku gosok2 perut pesan kat baby kalau nak keluar bagi ummi makan kenyang2 dulu... tidur lena2 dulu supaya kalau dia keluar ummi cukup tenaga...... psiko kan? hehe...layan je la...

hasil check up hari ni:
berat badan: dah turun pulak dah... dah 69.9kg je... turun 300 gram...
tekanan darah: 90/60.. masih maintain...darah aku memang rendah ye?
anak memang dah masuk posisi yang betul cuma masih tak masuk pelvik dengan tepat lagi... misi tadi pun cakap budak masih tinggi... aku pun rasa tau perut aku ni masih tinggi... dia tak turun pun... jangan jadi overdue sudah la...
tapi misi tu pun nak sedapkan hati aku... kadang2 orang bersalin ni bukan sama.. ada yang nak bersalin terus perut dia turun jadi tak yah risau la...

ada lagi yang aku rasa pelik, dada aku ni rasa cam berdebar2 la dari semalam... nafas pun rasa macam tak cukup je... ke aku jadi camni sebab risau sangat?

aku bagitau dgn misi tu dan dia cakap kalau aku rasa masalah ni berlanjutan terus gi hospital untuk check, sebab dia takut tu salah satu simptom eclampsia atau dipanggil sawan mengandung... eclampsia ni boleh terjadi dengan kehadiran tekanan darah yang tinggi tapi pernah jugak ada kes tanpa simptom yang jelas... buat aku cuak je kan?
harap2 takde la benda yang serius camtu kan?.... aku berdoa je moga dijauhkan....amin...

eh aku baru teringat aku lupa update keputusan OGTT last aku hari tu kan? ada sesiapa perasan ke... hehe...
alhamdulillah masih free dari diabetic... result sebelum 4.1 dan selepas 5.0...

p/s aku betul rasa cam nak dekat je due ni... serius ni aku rasa macam takut je...

western food @ home.....

salam semua,

sempat lagi nak update pasal makanan kan?

hahaha.... dah naluri suka makan nak buat camne kan?.....korang layan je la....

minggu lepas lepas dengar roomate kat opis ni cerita pasal buat steak sendiri kat rumah... mula la berangan nak buat.... hujung minggu baru ni kami cari daging kat carrefour... bila balik aku siap perap dan letak dalam peti...

petang semalam balik kerja terus bersemangat nak masak...

siap aku masakkan sosej dan kentang goreng untuk anak sekali...

ada pulak satu benda yang lupa... aku nak letak tomato sekali... tapi disebabkan abg ngah dah senyum2 sambil jalan jengket2 nak curi kentang goreng aku tu terus lupa nak letak tomato....

layan gambar je la ye....




ada 3 keping semuanya... tapi anak2 tak makan daging tu jadinya aku panaskan dan tapau gi opis hari ni...

p/s best gak sekali sekala masak sendiri camni kat rumah... jimat belanja... ;)

Isnin, 5 Disember 2011

jalan-jalan hujung minggu..

salam semua,

korang dah makan tengahari... aku dah.. singgah beli nasi kukus tadi kat indera mahkota... takde la best sangat kalau banding yang kat shah putra tu tapi boleh la... yang penting alhamdulillah masih ada makanan dan boleh kenyang....

sabtu dan ahad baru ni shah tak keja jadi kami boleh berjalan2 menghabiskan masa hujung minggu dengan anak2...

kami bukan ke mana sangat pun... petang sabtu tu baru keluar lepas abg ngah bangun tidur... pagi tu mengemas rumah dengan apa yang patut... aku dah siap masak roti jala dah... anak2 makan cicah dengan gula...sekali tengah sedap2 menjala.. gas abis pulak dah... terpaksa tunggu shah beli gas nak menyudahkan tepung yang ada tu....

petang tu memula cadang nak terima tetamu... azie kawan aku masa matrik dulu kata nak datang... tapi last2 kami plan jumpa kat TC je... alamak lupa pulak nak ambik gambar masa tu... dia pun nak due jugak ni... dia punya tarikh 12hb.. awal sehari dari aku... dan dia dah mula bercuti dah... semoga kita berjaya laluinya bersama kan azie... tak puas jumpa ko aritu... tak pe kalau ko bersalin dulu aku gi jenguk ok...

malam tu pulak konon2 nak pegi EC Mall.. tapi last2 mengenangkan hari sabtu kalau shopping plastik kena bayar last2 kami tanggung esok je la....

hari ahad tu kami sambung jalan2 lepas tengahari tu... memula ke EC Mall pastu ke Giant pulak...takde beli apa pun saje je bawak anak2 berjalan...

malam tu pulak shah kena hantar kawan dia gi main futsal... kawan tu tak leh gi sendiri pasal hujan lebat... kalau ikutkan shah nak main gak tapi aku tak bagi.. buatnya masa dia tengah seronok main tu aku nak beranak camne kan? susah hati beb... ada cerita pasal futsal ni.. nanti2 aku cerita ok...
aku pun join shah gi semalam sebab kalau aku tak gi sure kawan2 dia ajak main dan dia akan balik lambat.. huhu... strategi tu... aku bukan pernah ikut pun bila gi memana selama ni...

jadinya ni la gambar anak2 kat padang futsal tu semalam...

 budak yg paling minat bola...

 kurang sikit ...menyebok je lebih...

 minat 2 beranak ni sama je...

 baru aku tau camni rupanya padang futsal.. huhu.. pertama kali ni wei...

 ni la aku... ceh perasan artis kan gambar ni siap kabur2 gitu.. ada lak berjiran sebelah tu setia ko dia teman laki dia main futsal...


tak lama kami kat situ... lepas dalam 10 minit gitu .. kami balik pulak...
bukan apa pun datang... shah sebenarnya jadi pengurus pasukan secara tak rasmi pulak semalam... geng kat tempat keja dia lawan budak2 kampung dia.. jadi dia kenalah kenalkan secara offical semalam.. lepas diorang main kami pun balik... hujan masih lebat masa tu... rupanya dah banjir kilat dah kuantan masa ni... kami je yang tak perasan... hehe... mujur tak sangkut memana kan... perasan gak masa tu dah naik air kat area cenderawasih tapi ingatkan kat situ je...rupanya sampai opis tadi ada kawan opis cakap orang yang pergi belanja kat mega pun sama kena harung air...

p/s sebenarnya org baju belang tu terkilan yg amat tak dapat main tau... dia tak cakap tapi aku tau...

Baby Basket yang sangat berguna...

salam semua,

masih setia nak membaca blog ni... harap2nya masih setia la sementara tuan blog ni masih berpeluang nak update ni kan....

bila tengok2 tarikh due kat bawah tu haa..... haaa ambik ko lagi 8 hari je lagi... macam2 perasan dah rasa sekarang ni.. tak sabar... gembira... risau... cuak... takut... seram... semua ada la...

lagi pulak bila contraction tu dah start rasa sikit2... harap2 anak dalam perut ni bersabar menunggu ummi dia menyudahkan semua kerja2 yang belum sudah ni lagi....

hari sabtu baru ni kami buat persediaan basuh semua peralatan yang masih tinggal saki baki tak basuh lagi... termasuk la tilam dan semua assesori dia... tapi malang sikit tetiba hari tak bape elok.. maka tilam tu masih lagi tersidai di garaj... mujur aku sempat basuh bakul dulu dan sempat kering... dari semalam petang hujan turun tak berhenti2 sampai sekarang ni... hujan tak lebat mana tapi biasa kalau hujan macam ni yang boleh mengundang banjir di mana2... sebab air yang bertakung tak tau bila boleh kering...

eh kita sambung la cerita pasal tilam baby ni....
aku ada terbaca dalam satu blog baru ni... dia nak dapat anak pertama.. dia tanya baby cot tu perlu ke tak... pendapat aku... tak perlu sangat kalau anak pertama.. tak terpulang la...ikut bajet...

aku cuma nak kongsikan bakul yang amat berbaloi aku beli masa dapat abg ngah dulu... sebelum tu puas kami survey macam2 jenis bakul... alasan dia sebab senang nak pindah randah anak dalam kereta... ini untuk baby yang baru lahir la...

aku asyik jumpa yang jenis bakul rotan atau anyam tu... siap salut dengan kain2 renda pelbagai tu... harga dia boleh tahan la..yang paling murah kami jumpa masa tu dalam RM130... tapi kami tak jadi beli... sebab ada masalah sikit pasal peralatan yang takleh nak lipat2 ni... tentu rumah jadi tak muat nanti.... sedangkan baby cot yang kami beli pun jenis yang boleh lipat2 dan simpan bila tak guna... ni kan pulak nak beli bakul ni kan... sangat cerewet ok... mesti apa.. duit bukan senang cari kan?

last2 masa kami jalan2 kat carrefour tahun lepas... masa ni baru bukak kat kuantan... selalu la pegi sini.... tetiba je ada bakul tilam yang diorang buat offer... tinggal tak banyak masa  tu... harga dia RM79.90... dah 2 kali kami pergi baru beli tau... memang dasar kedekut....

meh aku tunjuk gambar ok... cerita kosong cam tak best kan?



masa kami balik rumah aku koyak tanda harga tu... tengok harga dia kat bawah tu pulak RM129.90.... alhamdulillah kira rezeki la kan... dapat beli dengan harga lagi murah....



tapi agak mengecewakan untuk orang baru pasal aku tengok benda ni semalam masa aku jalan carrefour tapi dah takde dah... tempat lain aku tak pasti la pulak....

aku suka benda ni... senang nak lipat dan kemas bila dah tak guna... sennag nak basuh... masuk mesin pun boleh... cuma tanggalkan pelapik papan bawah dia... tu je...

siap ada tangkai sekali untuk bawah anak yang tidur dengan mudah walaupun cuma nak gerak sana sini dengan tujuan nak tengok tv je pun...

lagi satu sebab aku suka... kat belah tepi dia boleh buka2 untuk turunkan jadi macam mat je... aku selalu buka sebelah bila anak nak menyusu... senang je...pastu bila dia dah lelap boleh naikkan balik dan tak kacau anak sikit pun....

yang pasti sangat berbaloi2 aku beli ni tau...

p/s tengah sibuk2 pulak nak cari kekabu buat bantal.. ntah sempat tak ntah... bantal yg ada ni span la... 2 minggu pakai sure leper nanti...

kursus free di DMMC...





salam semua,

apa khabar semua, aku senyap 2-3 hari dah ada yang tanya dah bersalin ke belum? mekasih la korang ambik berat ye.... aku belum bersalin lagi tapi dah start rasa contraction sikit2... walaupun tak bape kerap... tapi semalam dan hari ni dia dah start contraction yang lama2... risau juga kalau aku tak sempat nak update blog ni nanti.... jadi sebelum cuti lagi panjang aku update dulu la ye...

bulan lepas aku ada pergi kursus free kat Darul Makmur Medical Centre (DMMC)..... kursus mengenai pemakanan semasa mengandung...

best kat dapat peluang camni... aku pergi la.. kursus berlangsung 1 jam je... dari kul 10 pagi sampai kul 11 pagi...

kursus ni anjuran susu S26.... diorang sambil nak promosi susu untuk ibu mengandung dan menyusu tu sekali... aku tak kisah diorang nak promosi pun yang penting dapat ilmu dan sesuatu masa pegi kan.. itu yang penting... masa aku pergi ni shah duduk rumah jaga anak2...ala sekejap je kan.. satu jam je...

masa kursus tu ada la dapat cenderahati beg kecik dia dengan sapu tangan...
alhamdulillah rezeki....

lepas kursus pulak ada makan free.. nasi lemak, susu sampel (ramai orang buang dalam tong sebab terlampau pekat, aku minum abis pasal aku memang suka susu pekat2) dan air teh o... alhamdulillah rezeki lagi...

dan selepas kursus tu jugak ada DMMC promosi pasal pakej bersalin kat sini... sehingga bulan 12 ni diorang buat promosi RM1680 untuk sesiapa yang booking... kalau harga biasa dia RM1980... kira ada diskaun RM300 la... aku dengar je la.. tak mungkin nak bersalin kat hospital swasta... aku tak berapa percaya la...hehe... ni pendapat peribadi saja ye...

lepas tu aku gi ronda2 sekitar blok tu... dan aku snap gambar2 lebih2 kurang... meh la layan gambar dulu....



Khamis, 1 Disember 2011

hari keluarga KSSM 2011 part 2

salam semua,

kursus tak start lagi ni... aku sempat la nak update 1 entry ni....

kita sambung cerita hari keluarga ok...

hari tu aku ada cakap kan yang aku kena jaga pendaftaran... kali ni aku nak tunjuk gambar di hari pendaftaran tu la.... ditemani oleh anak2 yang pandai buat hal masing2....

abg ngah ke hulu ke hilir bawak biskut dan macam2 makanan...

abg long pulak.... memula dia mengendeng kat orang tengah karaoke...
lepas tu bila suruh dia nyanyi....  dia kata dia tak pandai.... tapi last2 dia yang tak leh nak lepas mikrofon tu... hahaha... lawak betul.... sebab benda tu takde kat rumah kan...

ok aku nak gerak ke kursus dulu....layan gambar je la ye....

 tak banyak pun bilik kami ambik... kecil-kecilan kan...

 muka petugas yang macam nak makan org...

 ni dewan dia... 

 peneman setia...

senyum...senyum... ummi nak ambik gambar...