Logo KBBA

Sabtu, 14 Januari 2012

bila abg long pegi sekolah...

salam semua,

ni nak tunaikan janji aku letak gambar anak bujang aku bila dia pakai baju sekolah....

bersemangat dia pegi sekolah pagi2... selalu payah nak mandi pagi pun ok je bila pegi sekolah...


Jumaat, 13 Januari 2012

kesihatan adik Nur...


salam semua,

aku tengah risau sekarang ni... walaupun musim cuti sekarang ni tapi susah nak access internet... line kat rumah mak ni slow giler.. kena pulak dengna cuaca yang tak berapa molek sekarang ni... kejap2 hujan.. kejap2 hujan... payah nak jumpa matahari....

tapi bukan sebab tu yang aku risau... yang aku risau sebenarnya pasal adik Nur ni haa... hari rabu baru ni aku gi klinik untuk cucuk vaksin adik yang genap sebulan... dah ambik berat badan dia.. alhamdulillah daik 500 gram ke 3 kg dah.. panjang badan pun dah bertambah dari 47cm ke 50 cm.. lilit kepala pun sama dari 32.5cm ke 35 cm dah... nampak perkembangan adik cam ok kan? tapi tu la dia tak boleh cucuk pulak sebabnya dia kata mata adik Nur nampak cam ada kuning lagi dah tu kulit dia pun nampak kuning sikit... lepas tu diorang suruh balik dan datang semula isnin ni untuk jumpa doktor untuk kepastian...aduhai... masalah lagi...

memula diorang nak cucuk adik untuk test tapi bila aku cerita pasal kes kat hospital tu terus diorang tak jadi dan nak cucuk last2 suruh jumpa doktor...

aku cuma doakan yang terbaik je sekarang ni untuk adik Nur... semoga Allah jauhkan kami dari penyakit2 yang merbahaya....amin..

p/s adik Nur ni jenis payah nak buang air besar... mungkin sebab tu payah nak hilang kuning tu...dia 3 hari sekali baru la boleh buang air besar...

Selasa, 3 Januari 2012

Selamat Ulangtahun Kelahiran Untuk Diri Sendiri..



Salam semua,
ini lagi salah satu sebab untuk lebih ceria pagi ni...aku dah genap 33 tahun...kenapa perlu ceria? Alhamdulillah aku masih dapat peluang bernafas untuk terus melihat dunia dan anak2 membesar dengan sihat..insyallah...
Tahun ni genap usia 33 tahun pada 3 Januari 2012 ..


Banyak dah kenikmatan hidup yang perlu sangat2 disyukuri...antaranya...aku mempunyai suami yang penyayang dan sangat mengambil berat..terima kasih abang atas ucapan hari lahir tu...amat bermakna buat ita...


Aku juga dah ada 3 anak yang perlu disayangi dan dididik..satu tanggungjawab yang amat berat...dan tak lupa masih mempunyai kedua orang tua untuk kami anak2 berbakti...insyallah..
Semoga aku terus diberi kesempatan umur yang panjang, kesihatan yang baik, ketetapan iman dan dimurahkan rezeki untuk teruskan hidup di bawah redhaNya insyallah...amin..


p/s tahun ni tanpa kek la sebab masih berpantang...errr tapi kek tanpa telur ada kan? Kan faiz kan?

Khasiat susu ibu



Salam semua,
wah ceria aku hari ni...aku bukan nak cerita pasal khasiat susu ibu pun dalam entry ni cuma aku harap aku dapat bagi khasiat ni pada semua anak2 aku setelah aku terlepas peluang nak bagi pada abg long hakimi 5 tahun lepas...


pagi ni aku bangun dengan azam baru...azam aku tahun ni nak berusaha susukan adik Nur sampai selama mana yang boleh..insyallah...


Kalau abg ngah najmi dulu aku boleh buat susu badan sepenuhnya sampai 2 bulan dan aku campur susu formula dan susu ibu sampai dia umur dia setahun 5 bulan..pastu dia terus bergantung sampai adik Nur nak lahir..insyallah kali ni aku akan cuba kuatkan semangat supaya boleh bagi susu ibu sepenuhnya untuk adik Nur...doakan aku ye kawan2...


p/s pagi ni aku dah start jadual tetap untuk pam susu..harap2 aku lebih berdisiplin lagi..

Isnin, 2 Januari 2012

selamat tahun baru masihi 2012..

salam semua,

dah hari kedua tahun baru... masih tak terlambat nak ucapkan rasanya kan? seteiap kali sampai tahun baru aku rasa cuak... nak tau nape? aku akan naik umur satu tahun lagi dan akan menjarakkan umur aku dengan shah lagi jauh setahun... hehe... bukan sebab tu la... umur tak jadi hal kan? yang penting kasih dan sayang mewarnai rumahtangga di samping anak2 tercinta kan?

sekarang ni aku tengah praktis menaip sambil memangku anak... adakah ini azam tahun baru? hahaha... tentu la tidak...

pagi tadi dengan bersemangatnya aku kejut abg long bangun untuk gi sekolah... dengan bersemangat jugak la anak aku tu bangun bersiap nak gi sekolah... tak sampai 5 minit motor atuk dia balik semula.... hehe... sekolah bukak esok untuk pendaftaran rupanya.. hari tu cikgu cakap kena pegi 2hb... aiseh kesian anak aku... abah aku kata cuma ada orang yang nak cuci sekolah je tadi... hihi... esok la pulak ye nak.... esok aku snap gambar dia gi sekolah.... plus with abg ngah yang sama sibuk mengendong beg sekolah.... hari ni tak leh.. sibuk dia ngendeng nak main game kat sebelah ni....

p/s terima kasih kat kawan2 yang mengucapkan tahniah dan mendoakan kesihatan kami juga adik Nur....eh mata adik Nur tu ada sikit kuning2 lagi la kat tepi2 dia... biasa je ke tu atau aku patut risau ye?