Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 13 Januari 2012

kesihatan adik Nur...


salam semua,

aku tengah risau sekarang ni... walaupun musim cuti sekarang ni tapi susah nak access internet... line kat rumah mak ni slow giler.. kena pulak dengna cuaca yang tak berapa molek sekarang ni... kejap2 hujan.. kejap2 hujan... payah nak jumpa matahari....

tapi bukan sebab tu yang aku risau... yang aku risau sebenarnya pasal adik Nur ni haa... hari rabu baru ni aku gi klinik untuk cucuk vaksin adik yang genap sebulan... dah ambik berat badan dia.. alhamdulillah daik 500 gram ke 3 kg dah.. panjang badan pun dah bertambah dari 47cm ke 50 cm.. lilit kepala pun sama dari 32.5cm ke 35 cm dah... nampak perkembangan adik cam ok kan? tapi tu la dia tak boleh cucuk pulak sebabnya dia kata mata adik Nur nampak cam ada kuning lagi dah tu kulit dia pun nampak kuning sikit... lepas tu diorang suruh balik dan datang semula isnin ni untuk jumpa doktor untuk kepastian...aduhai... masalah lagi...

memula diorang nak cucuk adik untuk test tapi bila aku cerita pasal kes kat hospital tu terus diorang tak jadi dan nak cucuk last2 suruh jumpa doktor...

aku cuma doakan yang terbaik je sekarang ni untuk adik Nur... semoga Allah jauhkan kami dari penyakit2 yang merbahaya....amin..

p/s adik Nur ni jenis payah nak buang air besar... mungkin sebab tu payah nak hilang kuning tu...dia 3 hari sekali baru la boleh buang air besar... Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: