Ahad, 18 Mac 2012

pengalak bagi ibu menyusukan anak..

salam semua,

topik serius pulak cuti-cuti ni kan? sekarang kat tv2 ada rancangan What Say You.... tengah cerita pasal penyusuan susu ibu... bagus topik camni... boleh bagi pengetahuan bagi yang tak tau.... terutama golongan yang tak bape faham kenapa perlu diteruskan penyusuan walaupun bila ibu dah naik kerja...

lepas ni mungkin rancangan Apa Kata Wanita, Nona dan Wanita Hari Ini pun boleh mengupas topik yang sama... maaf la kalau topik ni dah dibincangkan dan aku terlepas pandang...

banyak lagi yang boleh diberi perhatian, sebagai contoh bagi yang pernah membeli barang-barang bagi penyusuan ni mungkin sedia maklum yang harga barang-barang untuk penyusuan ini mahal... terutama pam susu... mungkin selepas ni kerajaan perlu bagi sokongan dengan memberi perlepasan cukai bagi barangan yang dibeli untuk penyusuan sehingga RM1000 bagi setiap 3 tahun ke.... bagus kan untuk mengalakkan ibu berkerjaya lebih bersemangat untuk menyusukan anak-anak mereka... apa kata korang?

p/s pagi ni cuma sempat goreng nasi je buat sarapan.... jap lagi nak buat soto... tengah rebus nasi impit tu.... Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: