Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 13 April 2012

Kuasa Kasih Sayang....

salam semua,

lama nooo dah tak jenguk sini kan? sorry la kawan2... line internet ni tak berapa mengizinkan ditambah pulak kerja2 yang datang bertimbun2.... bersama2 pulak dengan masalah bertambun2....huhu....

kita lupakan la semua tu ye....

aku baca sesuatu di facebook hari ni....

"Saya Bangga Menjadi Surirumah Sepenuh Masa"
Satu perkongsian yang menarik dr Prof Dr Muhaya:

"Saya berkesempatan utk bertemu dgn ibu kepada seorang ilmuwan agama (ustaz) yang tersohor pada masa kini. Melihatkan kpd kebolehan anaknya dalam menyampaikan dakwah, maka saya bertanya kepada ibunya, apakah rahsia beliau dalam mendidik si anak? Jawab si ibu, sewaktu si anak (ustaz) dilahirkan, beliau telah mengambil keputusan utk berhenti kerja ba......gi menumpukan sepenuh perhatian beliau utk menyusukan anaknya selama genap 2 tahun. Selain itu, pada setiap malam, apabila mereka suami isteri dikejutkan si anak utk menyusu, suami beliau akan turut sama bangun. Suaminya akan menyediakan susu kepadanya utk minum sambil beliau menyusukan anaknya itu. Suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil baring. Sebaliknya, suaminya akan menyediakan belakang badannya utk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu. Bayangkan bagaimana emosi si isteri apabli setiap malam dilayan sebegitu oleh si suami"

SUBHANALLAH.... indahnya alam rumah tangga jika bersandarkan amanah dan kasih sayang kerana Allah. Tak mustahil jika mereka dapat melahirkan generasi yang baik akhlaknya.

Persoalannya, siapakah si anak yang dimaksudkan??? Beliau adalah USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID;)

bagus betul kan kalau dapat berada dalam situasi camni.... sangat2 bagus kalau ada suami yang memahami....
dan aku sangat bersyukur dapat suami macam shah.... serius ni bang... abg terlalu baik bagi ita...tak perlu jadi macam ayah ustaz ni, jadi abg sekarang ni dah lebih dari cukup... terima kasih atas segala-galanya...

p/s hari ni shah cuti... mesti aku balik rumah dah siap kemas seluruh rumah dan berkilat2....hehe... mekasih bang... Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: