Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 18 Mei 2012

dah tiba musim luruh...

salam semua,


korang mesti ingat setelah tengok gambar tu dan baca tajuk di atas......memikirkan aku sekarang berada di over the sea kan?

gambar ihsan google


hahaha... sila percaya yang ianya adalah benar kerana memang aku mimpikan tetiap malam nak berada di negeri yang ada 4 musim tu.... huhu... berangan je lebih....

sebenarnya sesaja je nak cerita pasal musim luruh kat dalam rumah aku ni haa...

aku lah yang tengah mengalami musim tu.... buat masa ni adik husna dah mula pandai buat semburan-semburan mulut dengan jayanya... sehinggakan kadang kala terpercik2 ke muka orang yang berada di sekitarnya.... sangat tak menjaga moral kan....aiseh... ikut sapa la tu agaknya.....

maka disebabkan dengan semburan air liur husna tu menyebabkan rambut aku banyak yang luruh... asal sikat je dia gugur.... asal gugur je mesti aku sikat.... ala time tak sikat pun cuma betul2kan dengan tangan pun dia gugur....

walaupun aku masih tak tau apa kaitan antara anak pandai menyembur dengan rambut mak dia gugur tapi aku masih hormat pandangan orang dulu-dulu (sebab aku anak yang baik.... ;) ngeeee....redha je la...)

dulu orang kata ada kaitan dengan menyusu badan... tapi kan time abg long dulu tak menyusu badan pun ada effect camtu gak...apa yang berlaku sebenarnya ye?

p/s dengan masalah ini, diharap sila inform awal jika anda nak menyinggah rumah saya ok... nak bagi clear itu rambut.....hehe... Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: