Jumaat, 18 Mei 2012

merahnya darah bang....darah apa tu?

salam semua,

ni aku nak cerita sikit pengalaman aku hari selasa lepas..... aku lalu kat tepi susur keluar dari taman rumah kami....


sekali aku nampak macam ada tumpahan darah je kat tepi susur tu... aku tanya shah " darah apa tu bang... merah je..." dalam hati dah istighfar je dah....

serius memang merah darah atas jalan tu.... warna di macam merah terang betul...

shah jawab " ala darah kambing kot.... mana tau kambing kena langgar, dah tu orang bawak ke tepi dan sembelih.."

tapi hati aku tak sedap dan terbayang2 sampai ke saat aku menulis ni tumpahan darah tu... dan hati aku pun berkata2 kalau darah haiwan tak macam tu merahnya.... sepanjang pengalaman sebagai doktor haiwan...

sampai kat opis.... aku lupa sekejap....

balik dari opis.....shah mula cerita.."sayang...ingat tak darah pagi tadi tu..?"

aku jawab.."ingat la...nape?"

shah pulak..."abg berhenti kat makcik jual kat quarters jkr tu tadi... kan makcik tu duduk kg derhaka kan?..dia la bagi tau... dia kata ada accident pukul 5 pagi tadi... tempat yang sayang kata ada darah tu la..."

dalam hati aku dah berderau dah....mulut aku tersebut..."Allah"

shah sambung lagi..."teruk...meninggal kat situ jugak.... yang kena tu polis yang duduk kat taman betul2 depan klinik kempadang tu....dia baru balik keja... balik operasi...dengarnya langgar lari...pasal orang tak nampak kereta yang langgar tu... orang dengar bunyi sedar2 dia tinggal sorang2 atas jalan...kesian...tak taulah terlanggar ke atau sengaja langgar..."

shah sambung lagi..."wife dia staff nurse kat hospital" (yg ni takde kait mengait ok..cuma perbualan tambahan suami isteri..)

aku terus jawab.." kalau darah orang nape orang tak tolong simbah?"

shah cuma boleh kata.." entah"....

p/s aku sangat tak tau nak kata apa... terbayang keadaan isteri yang lalu jalan yang sama untuk balik kerja setiap hari..Ya Allah... kau tabahkan hati keluarga mangsa dan semoga roh mangsa sentiasa dicucuri rahmat..amin..Al Fatihah... Cerita menarik lain

6 Luahan Ikhlas:

mama pipie berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kesiannyer.. tapi dah ajal kan.. semoga ditempatkan dikalangan org beriman..

ita, pasal makcik dalam post aku tu kan.. hiks aku mmg kejam kan

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

amin..

sangat kejam.. hehe...biasa lah hati tgh marah kan..

aizamia3 berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

soalan yang tak dapat dijawab.. nape tak siram air kat situ ek..

Alin Marlini berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Allah hai..tu yg tak sanggup nak nengok...

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

mmg x sanggup nak tgk alin..

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

soklan yg sama kami fikirkan... nape org kampung tak tolong siramkan... kami lalu ptg tu hujan dah turun...tapi darah tu dah kering sangat dah...kesian arwah..