Saat kelahiran putri kami...cerita basi... - Cerita Ita                                                             Saat kelahiran putri kami...cerita basi... Langkau ke kandungan utama

Saat kelahiran putri kami...cerita basi...

salam semua,

disebabkan aku tak sempat nak cerita pasal kelahiran buah hati kami yang terbaru... aci tak kalau aku cerita selepas 5 bulan kemudian?.... aci kan?

aku cerita sikit2 ye....

9/12/2012
Jumaat
pagi ni aku gi kerja macam biasa... tapi memang dah rasa macam ada contraction yang tak berapa kuat..
pagi sempat lagi pergi makan capati kat kedai... mengidam la konon-kononnya...

ni gambar capati yang best tu...



pastu tengahari pulak kawan opis yang baik hati ni belanja pulak nasi kukus ayam berempah kat beserah... marveles ayam dia...sedap sampai sekarang ni macam terasa...
lupa pulak nak ambik gambar....

petang pulak boleh aku ajak shah gi makan pizza heart corner yang best kat jalan beserah....

 gambar yg ni ada kesan gigit pasal dah gigit baru ingat nak ambik gambar...



10/12/2012
Sabtu
masa pagi tu aku dah start rasa sikit2 contraction yang tak berapa kuat.... tapi aku gigihkan jugak buat kek untuk hero aku yang 2 orang tu....


tengahari tu pulak cadangnya nak gi tunas manja beli barang2 buat masak2 sikit.... boleh pulak abg ipar shah  call suruh tolong dia yang kehabisan minyak lori kat jalan pekan-kuantan... aku terpaksa ikut dengan anak2... nak tinggal shah tak percaya dah takut aku dah nak bersalin sangat kang susah pulak nak patah balik....
maka bersesak la kami kat dalam kereta ditambah dengan kawan abg ipar lagi sorang.... aduhai... boleh pulak diorang mengeluh tengok shah bawak aku dan anak2 sekali....ye la kan... buatnya shah lambat balik dan nak terbersalin lak aku kang camne? sapa nak jawab wei?

pelik betul aku tengok diorang ni... pengalaman bawak lori bertahun dah boleh pulak mati tengah jalan pasal abis minyak... dah tu satu tong spare pun tak bawak... huh... payah nak bebel bebanyak org lelaki ni... kang dikatanya orang perempuan ni kepoh pulak....

sempat lagi tu layankan nak jumpa azie, member lama yang lama tak jumpa... alamak takde pulak ambik gambar... sekali lagi lupa.... aku masak2 dan ajak azie datang rumah... masak simple je pun....masa layan azie makan tu memang dah rasa makin kuat tapi aku tenangkan diri lagi... masih dapat bertahan ni...

lepas azie balik, aku susukan abg ngah kat depan tv... malam ni kami semua tidur kat luar je sebab shah kata senang nak angkut anak2 kalau aku dah sakit kuat....
betul pulak cakap dia... elok je anak2 tidur... abg ngah yang masa ni masih menyusu badan lagi pun dah selamat tidur.... aku pulak rasa contraction makin kuat.... aku ajak shah ke hospital.... dalam pukul 11 lebih camtu.... masa ni hujan tengah turun mencurah2 kat bandar kuantan....

aku terus ke low risk HTAA... sampai kat situ hujan masih lebat... tapi contraction makin kurang.... bila doktor check dia kata cuma baru bukak dalam 3cm tapi dia tetap nasihat aku suruh stay kat wad sebab ini dah kelahiran ke 3 dan takut kami terperangkap dalam hujan je nanti... atas nasihat doktor aku duduk la kat wad...

shah pulak terpaksa hantar anak ke rumah akak ipar aku di taman tas ria... sampai je kat jalan tanah putih... elok je ada banjir atas sikit dari jambatan lepas giant... lepas tu sampai je kat rumah akak ipar aku... satu dugaan lagi jadi... air dah naik kat jalan depan rumah akak ipar aku... dah sampai kat garaj dia dah... jadinya shah terpaksa dukung sorang demi sorang anak2 dengan berpayung terus ke rumah.... jauh jugak dari kereta yang dia parking ada la dalam 50 meter camtu....

dah selamat bab anak.... shah pusing balik rumah mandi tukar baju dan ambil apa2 lagi kelengkapan yang tertinggal macam barang2 untuk aku makan... hehehe... penting tu tau...

abis cerita shah.... aku pulak yang ditinggalkan kat wad ni dah senyap sakit sorang2... dah la malam tu cuma aku sorang je kat wad tu... katil semua kosong... ada sorang je yang baru bersalin dalam pukul 12 lebih... lepas tu terus sunyi... takde langsung orang lain selain nurse yang tumpang tidur kat katil hujung... aku pulak?
pasal seram tengok kantin belakang yang sunyi dan bilik bersalin yang lebih lagi sunyinya tu aku pun tekad.... ambik air sembahyang... baca yassin ulang2.... rasa takut pun ada nak bersalin kali ni... sakit dia macam lain macam je....

dalam pukul 2 lebih sakit makin kuat aku dah tak lalu tidur... tak lalu macam2 dah.... shah datang kejap tadi hantar barang2 pastu dia gi tidur kat dalam kereta....

jam dah pukul 3 lebih aku terus bagi tau nurse contraction dah makin kuat.... dalam 5 minit dah 2 kali sakit.... masa ni dah asyik ulang2 gi bilik air je dah ni... lendir dah mula keluar berketul2.... sampai aku naik risau dah....lendir je tau darah takde langsung....

jam 4 lebih aku dipanggil masuk bilik bersalin tu.... haaa korang nak tau apa cerita best tak? kebetulan yang sangat kebetulan berlaku.... orang takde kan aku kata tadi... tapi aku dipanggil masuk bilik no. 3.... dan kebetulannya adalah masa abg long dulu aku bersalin kat sini jugak dan aku masuk bilik no. 1.... masa abg ngah pun aku bersalin kat sini dan diberi bilik no. 2.... ni masa bersalin no. 3 boleh pulak diorang bagi bilik no.3.... macam dirancang2 je kan? tapi serius ni tau aku takde hulur duit tepi.... tak ingat apa dah masa ni... ingat nak keluarkan anak dalam perut ni cepat2 je....

dalam jam 5 doktor pecahkan air mentuban.... wah masa ni la aku rasa kalau semua ibu yang nak bersalin rasa sakit yang macam nak tercabut nyawa kan? tak dapat nak gambarkan sakit dia macamana kan....?
aku cuba bertahan... masa ni dan sejak jam 4 tadi shah dah setia duduk tunggu kat sebelah aku je tau.... bila doktor dah pecahkan air mentuban sakit makin kuat dan kerap...

tapi serius aku kata dalam 3 kelahiran... inilah kelahiran yang paling sakit aku rasa... sampai aku rasa serik sekejap nak beranak lagi... (sampai sekarang tau).... masa tahan sakit masa kelahiran yang lain tak la rasa sampai macam kali ni... sampai menitis air mata aku kali ni... betul2 aku tak tahan sakitnya.... Ya Allah... aku kuatkan je semangat.... tarik nafas... lepas nafas.... selawat banyak2.... baca ayat kursi banyak2.... mintak shah doa banyak2 semoga dipermudahkan....

dalam pukul 7 tu nurse datang tanya ada tak rasa sakit yang kuat... nak je hati jawab... huhu lama dah nurse dari tadi dah rasa.... dah tu dia suruh aku angkat kaki nak tengok jalan dah bukak luas mana... sekali aku angkat kaki je dia panik... haaa... kepala anak dah nak keluar dah ni.... ambik... dengan aku tak ready lagi... dengan nurse pun tak sempat nak sedia apa2 lagi... tetiba je dia nak keluar....

nurse tu siap suruh pulak aku angkat kaki tegak2 dan teran bagi baby keluar... aku siap boleh cakap lagi kat nurse tu... "kejap2... bagi saya pegang kaki dulu"  ;) ...dan aku tarik nafas dalam2... teran.... payah jugak la....dalam 4 kali teran jugak baru dia keluar.... masalahnya contraction dia datang sangat jarang2... jadi nak teran tu macam tak kompiden je rasa.... ngam2 pukul 7.17 pagi selamat lahir bayi perempuan seberat 2.5 kg ke dunia... alhamdulillah....

ada cerita lawak masa ni... masa nurse tunjukkan kat aku dan suruh aku confirmkan bayi lelaki ke perempuan.... aku tergamam ko!.... mana aku sangka anak aku perempuan... serius masa aku scan umur 7 bulan hari tu memang jelas sesangat lelaki..... Subhanallah.... kuasa Allah kan? siap nurse tu tanya 2 kali kat aku.... aku sebut pun teragak2..." pe....rem....puan...." serius ini...ini kisah benar....lepas tu tak henti2 mulut aku sebut alhamdulillah...sambil aku terfikir..."ala nak... ummi tak beli 1 pun baju perempuan".... ni la muka si comel tu bila keluar.....


kain bedung tu pun pakai abg ngah punya....kalau aku tau perempuan aku dah beli warna pink tau...hehe...

p/s nasib baik keluar ngam2  2.5kg ... tak perlu tahan wad lama2... dan yang paling best ummi tak perlu jahit2....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat