Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 31 Julai 2012

lain tak saya?

salam sejahtera semua,

apa khabar korang semua hari ni? aku agak kurang sihat pasal mengantuk sikit....

kami sampai dari johor pukul 1.30 pagi tadi.... letihnya badan... kaki kebas-kebas sebab kena pangku husna yang dah makin semangat.... (bila la nak tukar keta beso... eh?)

lepas tu bangun semula untuk masak sahur jam 4.15 pagi... sahur dan terus siapkan anak-anak nak ke taska.... sempat lepak jap sebelum subuh susukan adik husna.... letihnya badan tok sah cakap la... tapi lagi letih orang yang memandu....

tapi bukan cerita letih nak cerita kat sini... tapi cerita masa balik johor baru ni....

hari pertama, sabtu tu kami ke tangkak, muar.... gi jenguk kejap adik bongsu kami yang ada kat sana nuuu haa... saje je nak jumpakan dengan anak-anak lepas dah lebih sebulan tak jumpa....

pastu  gi la jalan-jalan kat tangkak jap... cadang nak beli baju tapi kensel... last-last kami beli kasut anak-anak je.... percaya tak aku kata kasut yang aku beli untuk hakimi kat sini kami dapat rm27.90 tapi kat baazar ramadhan kluang dijual dengan harga rm60 (belum tawar lagi).... ngeri kan dengar...?

balik tu kami sampai jam 6 petang terus kelam kabut mak dengan abah masak... hehe.. bukan aku pun...
kami makan mee sup petang tu... best!

esoknya... kami pergi bandar pulak gi beli makanan kura-kura... ngade kan? makanan kura-kura pun nak beli kat kluang... sebenarnya kami dah cari keliling kuantan takde yang tak keruhkan air macam yang kami beli ni... bebila nanti aku cerita ok...

pastu sebab nak tunggu semua bangun tidur maka dah pukul 4 lebih baru nak bergerak dari rumah... sudahnya dah kena berbuka tepi jalan...  tapi balik rumah je mak dah ready roti jala cicah kari daging...

semalam pulak makan nasi dengan ikan patin masak asam pedas... fuh...sampai menjilat periuk...

sebenarnya bukan nak cerita menu berbuka sangat pun cuma nak cerita misi kami ke bandar itu adalah......

ni haaaa..... pasal anak teruna aku ni haa....


nampak rambut dia yang tersangat panjang tu kan? sampai ada orang dah confuse perempuan ke lelaki ni? bila nak gunting je ada drama-drama....

tapi setelah berdrama-drama dengan jayanya sambil sempat berhenti kejap ambik gula-gula pada tukang gunting India tu inilah hasilnya....... tarrra....



lain tak saya?


p/s walaupun rambut sudah kurang tapi tetap comel kan? hehehe...

Jumaat, 27 Julai 2012

Menu berbuka ramadhan yang simple

salam sejahtera semua,

hari dah masuk 7 ramadhan kan.. sangat cepat sedar-sedar je dah seminggu berpuasa... semoga kita erus bertahan sampai ke hujung bulan..insyallah... terutamanya kepada orang yang sedang mengandung dan menyusukan anak masing-masing...

menu berbuka kami sejak akhir-akhir ni sangatlah simple...

seperti yang dah aku cerita sebelum ni... hari keempat tu kami berbuka dengan lontong dan sambal tumis... gambar takde sorry... tak sempat dah nak ambik-ambik gambar pun... masa suntuk sangat... dah kalah orang marathon olimpik dah aku bila nak sampai waktu berbuka...

hari kelima kami berbuka dengan lauk semalam.. (sila baca macam P. Ramlee cakap kopi semalam)... shah cakap jangan membazir... so aku panaskan je kuah lodeh tu... makan dengan nasi... selamat... bagus dapat suami tak cerewet ni...

hari keenam... takkan nak ulang lauk kelmarin pulak kan? hehe... aku masak la pulak hari ni... tapi hari semalam hari western kitorang.... western express je pun... aku masak hotdog dan goreng kentang goreng juga nugget ayam tempura... kira masak rilek-rilek la jugak... pukul 6.30 petang dah siap semua... yang penting anak-anak kenyang je...

hari ketujuh pulak? hari ni la tu... kami balik johor hari ni... barang dah siap-siap kat rumah... balik keja kang ambik anak-anak... solat... angkat barang-barang terus balik johor... moga dipermudahkan urusan kami hendaknya.... amin...
jadinya berbuka apa hari ni? tak ready apa-apa pun... dapur pun dah siap cuci... maka beli je la apa-apa yang ada di jalanan kang... cuma bawak kurma dan air je la untuk spare dalam kereta...

p/s pecah rekod pertama kali nak membeli di bulan puasa ni... alhamdulillah setelah seminggu bertahan...

Masalah ini apa penyelesaiannya?

salam jumaat semua,

korang sihat hari ni? alhamdulillah aku masih dikurniakan kesihatan yang baik begitu juga aku doakan orang disekeliling aku supaya dikurniakan kesihatan yang baik untuk kita sentiasa beramal... amin...

hari ni aku dan bincangkan masalah yang agak serius berlaku di kalangan masyarakat kita... aku tau di bulan ramadhan di elok berdiam dari berkata-kata yang tak perlu.... tapi aku rasa perkara ni memang patut kita bincangkan sampai ke peringkat teratas sekalipun jika perlu...

dua tiga hari ni aku asyik mengikuti berita di surat khabar tempatan dan juga berita di televisyen...

satu berita yang agak mengejutkan ialah berita kebakaran rumah pekerja binaan di pulau pinang baru-baru ni ... aku tengah rasa agak pelik... ramai betul pekerja kat situ kan? ada 120 orang semuanya... dah macam kampung kecil dah... taman yang aku duduk (area baru) cuma ada 5 lorong, 1 lorong ada 25 buah rumah... kalau kat dalam rumah purata ada 5 orang macam aku, jumlahnya akan ada 625 orang... itu pun kalau ada semua rumah yang berpenghuni... masalahnya ada banyak rumah yang masih kosong kat area rumah aku tu... dan aku rasa jumlah penduduk tak sampai pun 300 orang.... ini termasuk anak-anak kecil sekali...

bila kirakan semula populasi ni adalah mendekati 20% dari populasi taman aku sekarang ni? bayangkan kalau populasi 120 tu berkembang tanpa pemantauan mana-mana pihak.. bukankah akan menjurus kepada keadaan yang berlaku di myanmar sekarang ni?

aku amat-amat risau... entry ini ditulis bukan untuk membuat provokasi mana-mana pihak pun... cuma nak bagi kesedaran sesama kita tentang apa yang berlaku dalam negara kita ketika ini...

dan malam semalam semasa kami anak beranak melawat rumah akak ipar aku... aku dikejutkan satu berita yang agak pelik... ada jiran yang bertanyakan macam ni...

jiran: ada tak orang yang nak ambik anak angkat?
kami: kenapa pulak? anak siapa?
jiran: anak orang kg t.....
kami: bape tahun? lelaki ke perempuan?
jiran: 3 tahun, lelaki
kami: kenapa nak bagi pada orang pulak? dah besar tu..
jiran: mak dia lari... ayah nak kawin lain...(alahai sedih aku dengar ni..sangat tak bertanggungjawab)
kami: kawin je la kenapa nak bagi pada orang?
jiran: mak budak ni orang indonesia... anak pulak takde surat beranak... dia ada 2 beradik... kakak dia
orang lain dah ambik.. (zalim kan orang ni memisahkan adik beradik ni.. akan jadi kawin semahram jika didaftarkan ke nama lain budak-budak ni)
kami: budak dah besar tu bela je la... kesian budak tu dah kenal mak bapak dia... mesti susah orang lain nak jaga lepas ni...

cerita di atas habis di situ.... tapi nasib budak ini masih belum habis lagi.... juga nasib anak-anak yang seangkatan dengannya....

ini juga yang dilaporkan di TV3 baru-baru ni... isteri warga asing tinggalkan suami warga tempatan...

p/s mood masih sedih... sedih membayangkan apa nasib anak kecil tu...najmi yang baru 2 tahun tu pun susah kalau nak tinggalkan dengan orang lain walaupun cuma nak hantar ke taska...

Khamis, 26 Julai 2012

Susu ibu dan khasiatnya tapi cabarannya?

salam sejahtera semua,

pagi tadi sempat terbaca blog BEN ASHAARI ... semenjak dah jadi Mr. Mama ni ben selalu cerita berkisar tentang anak... dan gadjet susu ibu dan juga pasal penyusuan susu ibu serta penjagaan bayi... ianya kadang-kadang amat berguna untuk orang lain yang kadang-kadang langsung tak tau apa-apa...

terbaru pagi ni cerita pasal Kenapa sibuk sangat nak kasi susu ibu ...

walaupun ben dah terangkan secara agak terperinci kelebihan susu ibu, sejujurnya aku  tak pernah tau dan nak ambil tau sangat semua kelebihan tu cuma apa yang aku perlu tau anak aku perlu dapat susu ibu dengan seikhlasnya... sebab tu jugak aku teruskan usaha mengepam walaupun kadang-kadang jumlah susu yang dapat cuma 2 auns je...

aku juga rasa masyarakat sekarang lebih terbuka dengan  penyusuan susu ibu ni.. kalau dulu ramai yang menghadapi masalah macam-macam dengan ibu bapa sendiri tapi sekarang ibu bapa ramai yang dah faham keperluan tu....

sebagai contoh mak aku sendiri mulanya agak tak percaya bila aku nak susukan abg ngah setelah gagal masa abg long dulu... bila abg ngah ada masalah lagi la macam-macam cadangan supaya aku tambah susu atau makanan lain sebagai pelengkap walaupun usia abg ngah masa tu belum 6 bulan... belum lagi cadangan kena kerap bagi air masak pada anak...

tapi masa aku menyusukan adik husna ni, mak lebih terbuka... terbukti pada satu majlis kenduri saudara yang kami pergi baru-baru ni...bila ada orang bertanyakan macam ni..

(masa ni aku tengah susukan adik husna direct)
sedara: angah keja kan?
aku: ye..
sedara: anak siapa jaga? masa kerja minum susu apa?
mak: angah masih bagi susu dia... dia pam dan simpan dalam peti.. banyak simpanan dia buat.. siap dah beku-beku...(hehe...mak yang jawab dulu)

di situasi lain...
(masa abah tengah berbual dengan mak pulak)
abah: angah tak bagi anak minum air masak ke?
aku: (baru aku nak jawab bagi gak sikit-sikit)... tapi...
mak: tak payah la bah... kami dengar kat tv baru ni kata tak payah bagi air masak sebab susu ibu tu dah ada 80 peratus air dah... (hehe... sekali lagi mak yang jawab)

di situasi lain lagi...
(aku tengah susukan adik husna dan berbual dengan mak)
mak: senang orang menyusu badan kan? tak payah susah-susah nak bawak termos semua...kalau gi klinik pun senang kan?
aku: ye mak senang sangat.. kalau dulu masa abg long bila tanya susu formula je nak tau bape auns sekali minum semua... payah la nak ingat bape kali pulak sehari menyusu.. ini cakap je bagi susu badan terus tak tanya lagi dah...
mak: tu la masa angah untung dah ada orang jual mesin pam semua... walaupun mahal jugak tapi berbaloi bila beli... masa mak dulu susah nak jumpa tu yang adik cuma menyusu sampai 3 bulan je pastu terus taknak dah menyusu..(terkilan sungguh suara mak masa ni)

bukan apa sangat yang aku nak kongsikan cuma cerita biasa yang mungkin terjadi kat orang lain... yang macam situasi kat yang pertama tu....

selalu ada orang akan jawab: ala... campur je susu lain... susah la nak kerja..

tapi aku akui menyusukan anak ni menyebabkan aku terbatas nak keluar kerja untuk masa yang agak lama atau memerlukan aku untuk bermalam... tapi buat masa ni kalau ada keperluan untuk ke Putrajaya untuk meeting atau seminar aku terpaksa gerak dari rumah awal-awal pagi seawal 4 pagi untuk sampai sebelum acara bermula...semua aku cuba gagahkan demi kasih sayang pada anak-anak...

aku tabik spring pada Irin Putri Azmi pasal dia berjaya susukan anak dia lebih 2 tahun walaupun kerjanya sentiasa memerlukan berkerja di luar kawasan...bila mood aku agak malas nak mengepam aku mula fikirkan orang-orang bersemangat macam ni untuk menaikkan semangat semula...

semoga Allah terus bagi semangat dan kemudahan bagi aku dan semua orang yang sedang menyusukan anak-anak mereka ketika ini.. amin..

p/s setiap pengalaman orang berbeza dan jangan salahkan diri anda jika anda tidak mampu memberi susu ibu pada bayi anda... jangan jadikan ianya punca masalah sehingga boleh mengancam jiwa anda dan bayi...
ramai juga yang menghadapi masalah macam ni.. sebagai contoh orang di sebelah katil saya semasa melahirkan husna dulu.. dia terpaksa bagi botol sebab puting susu dia terus tak ada.. flat...kesian dia...ada jugak masalah lain kat SINI ..

Bonus Setengah Bulan bagi Kakitangan Awam

salam sejahtera semua,

alhamdulillah, malam tadi ada terdengar pengumuman baik untuk semua yang bekerja dengan kerajaan... tanpa diduga kerajaan mengeluarkan belanja dianggar mencecah RM2.2 billion untuk memberi bonus 2012 pada semua kakitangan awam di seluruh negara... dengarnya semua mendapat setengah bulan gaji dan RM500 bagi yang kakitangan yang sudah berpencen...

terima kasih la pada CUEPACS sebab mengutarakan cadangan ni pada PM sebelum ni...

difahamkan bonus akan dibayar pada 9 Ogos 2012 ... semoga ianya dapat meringankan beban semua kakitangan awam serta dapat memanfaatkan sumbangan bonus ni untuk keperluan masing-masing...



p/s ke buat tambah modal bawak keluar kereta baru sebelum raya? hehehe....


sumber : CUEPACS

Rabu, 25 Julai 2012

Punca utama penceraian dan punca-punca lain

salam sejahtera semua,


sebelum puasa hari tu aku ada pegi kursus kewangan anjuran Puspanita Pahang.. sangat bagus kursus ni dan penganjuran yang sangat lancar jugak... 


cuma satu je yang tak bape nak best.. tandas kat dewan SUK tu je.. amat mengecewakan.. tapi masih ada alternative lain ke tandas masjid negeri yang berdekatan tapi tak berapa nak dekat... hehe.. tapi bukan pasal tandas tu aku nak cerita pasal intipati kursus tu sebenarnya... 


kursus kewangan ni ada 2 slot.. slot pagi oleh AKPK - Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit dan slot petang ceramah pengurusan kewangan dalam islam oleh Ustaz Mahmud bin Mat...


selepas balik dari kursus ni banyak kesedaran aku dapat... dan bertanya pada diri sendiri kenapa kursus macam ni tak diperkenalkan awal pada umum... terutama golongan yang akan jadi suami dan bapa...


satu laporan analisis yang dipaparkan dalam kursus ni ialah sebab utama penceraian adalah masalah kewangan.... aku salin petikan kat bawah ni...




KUALA LUMPUR: Masalah kewangan dan kos sara hidup yang tinggi dikenal pasti sebagai punca utama kes perceraian pasangan muda di ibu kota. 


Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali, berkata kebanyakan pasangan muda yang berusia 30 tahun ke bawah bercerai kerana kurang persediaan dalam memikul tanggungjawab berumah tangga terutama membabitkan soal kewangan.


Biasanya pasangan terbabit adalah mereka yang berhijrah ke Kuala Lumpur untuk memulakan hidup baru. Mereka khususnya suami tidak bersedia dalam aspek kewangan, lebih-lebih lagi sara hidup yang tinggi di ibu kota berbanding pendapatan yang mereka peroleh. 
Selain pendapatan yang agak rendah, ada juga kes pasangan tidak mempunyai gaji sekali gus tidak berupaya menyusun perbelanjaan keluarga yang meliputi kos tempat tinggal, belanja harian selain kehendak lain, katanya kepada Sentral di sini. 


Che Mat berkata, kebiasaannya pihak suami yang menghadapi masalah kewangan berikutan kira-kira 75 peratus isteri masih mengharapkan pasangan masing-masing membiaya sebahagian besar keperluan keluarga. 


Lebih memburukkan keadaan apabila pasangan muda ini menyelesaikan masalah mereka bersendirian tanpa merujuk kepada mereka yang berpengalaman, katanya, 


Selain faktor kewangan, katanya, perceraian juga 


berlaku akibat asas pendidikan agama yang longgar 


seperti tidak bersolat, tiada pegangan agama yang 


dan kurang pengetahuan dalam membentuk 


keluarga berasaskan ajaran Islam. 


Mereka hanya bergantung kepada kursus praperkahwinan selama dua hari yang diwajibkan ke atas mereka. 


Kursus itu sebenarnya belum cukup untuk menyediakan mereka untuk mengharungi kehidupan sebenar berumah tangga, katanya. 


Sehubungan itu, katanya, mereka disaran mengukuhkan lagi pengetahuan dengan mengikuti pelbagai kursus lanjutan lain seperti kursus keibubapaan dan kursus berkaitan rumah tangga. 


aku copy sikit je... nak lanjut baca kat Berita Harian 25 Ogos 2010


p/s  aku bukan nak fokus tang kewangan tu je tapi yang aku gelapkan tu haaa.... jadi agama sangat penting dalam membentuk keluarga tau... bukan aku kata tapi orang JAWI kata...

Selasa, 24 Julai 2012

The First Year bottle bagi masalah tersedak susu dan keliru puting

salam semua,

lagi entry pasal botol susu ni...

sebenarnya entry aku nak tulis selepas terbaca lagi satu berita bayi tersedak susu hujung bulan lepas... tapi tak sempat je nak karang entry...

jadi aku luangkan masa kejap waktu rehat ni untuk menulis... dulu aku pernah tulis kat SINI pasal botol ni jugak tapi tak tulis pasal detail dia la...

tetiba bulan lepas aku terpromosi kat kawan opis yang tengah mengandung pasal botol ni... terus cerita dengan dia macamana botol ni berfungsi.. sekali aku pun ambik gambar la jugak.... meh kita layan gambar pulak ye...

botol dia aku beli dalam pek yang starter punya tu... lebih jimat dari beli botol satu-satu.. tapi ikut la sebenarnya tak perlu pun.. adik husna dah 8 bulan satu botol je pun guna sekarang ni... ingat lepas raya ni aku tukar botol baru la...macam dah uzur je aku tengok botol dia yang dia guna sekarang ni...

eh ok kita cerita balik pasal botol The First Year ni....



botol ni ada 2 lapis puting macam gambar di bawah ni...



pastu ini gambar bila 2 puting digabungkan sekali....




puting yang luar tu sangat lembut..

ini pulak gambar apabila air dimasukkan dalam botol dan tengok hasilnya...


memang la gambar ni still tapi memang kenyataannya air tak keluar kalau tak diusik puting tu...tengok air yang bertakung kat hujung puting tu...

lepas tu aku cuba tekan sikit kat pangkal puting tu....


haa... tengok air keluar kan?

insyallah... air yang keluar tak laju dan bayi tak mudah tersedak susu... aku beli pun dulu bukan sebab tersedak susu ni sangat tapi sebab anak keliru puting jadi ini juga salah satu pilihan bagi anak yang menghadapi masalah keliru puting....insyallah kita mampu berusaha dan merancang tapi sekurang-kurangnya kita boleh cuba bagi yang terbaik untuk anak-anak...

korang boleh basuh dan rendam botol dan puting dia hari-hari dalam air panas macam aku buat.. aku buat camni pasal meragukan kebersihan botol susu anak di taska... selalu aku rendam air panas dalam 10 minit dan lepas tu aku keringkan air dan lap sampai kering...

p/s tapi bergantung jugak pada pengasuh... macam pengasuh adik husna... pagi ni dah 3 kali aku tegur dia pasang puting tu tak betul...tak berkesan jugak kalau masuk puting tak betul.. air keluar laju je...

pesanan penaja: sila abaikan latarbelakang dan jari jemari yang tak berapa nak ayu tu ye....

Menu Berbuka Bulan Ramadhan

salam semua,

alhamdulillah dah masuk 4 ramadhan kan hari ni.... cepat betul masa berlalu... tapi aku perasan satu benda la tahun ni aku lupa nak letak entry pasal makanan berbuka kami.... sekali dengan gambar bagai kan... macam dah jadi kemestian la pulak....

aku rasa tahun ni aku tak letak la kot pasal bukan aku ada kongsi resepi sekali pun... kesian kat korang asyik tengok gambar je kan? hehe... sebenarnya alasan je tu... aku terlupa ambik gambar setiap kali lepas masak.... terkejar-kejar dengan masa...

kalau 2 hari awal tu cuti... aku rilek je santai-santai nak masak kat rumah.... tak santai mana pun sebab hari pertama tu aku dah start masak pukul 3 lagi.... melampau kan? hahaha... mujur JAIP tak serbu rumah aku...
sebenarnya hari pertama kami berbuka kat rumah mak shah... jadi aku kena masak awal... dalam pukul 6 kami bertolak ke rumah mak shah... aku masak simple je pun... aku masak nasi kismis dengan ayam masak sambal je... untuk bebudak aku goreng ayam je... sampai kat rumah mak mertua aku banyak dah hidangan adik ipar aku masak... dengan kari dagingnya..kacang goreng dengan udang... murtabak lagi diorang beli... terkedu jugak tengok.. besar selera orang puasa hari pertama ni... hehe...

hari kedua pulak shah kena ot malam... maka kami berbuka di rumah je... aku masak start pukul 3 jugak... hahaha... melampau lagi sekali kan? bukan apa.... aku ada anak kecik.. kang kalau lambat-lambat masak dia merengek nak nyusu masa aku sibuk nak memasak kang camne?... mau tak berbuka orang lain kang nanti...ceh... alasan...tak ingat punya kan....hehe... tapi hari kedua ni memang santai... pukul 4.30 aku dah siap rilek-rilek guling-guling dengan adik depan tv...

untuk hari kedua tu aku masak roti jala dengan kari daging.... banyak wooo aku buat sampai 1/2 kilo tepung... tapi itu je pun kami makan sampai la sahur... belum kira yang bebudak 2 orang tak puasa tu makan lagi... shah yang biasa makan nasi waktu berbuka pun dah terikut tabiat isteri dia yang tak bape suka makan nasi...

untuk hari ketiga pulak... semalam kan?... ye la  macam la lama sangat... aku masak lagi simple.... pasal aku ada masak nasi untuk sahur tapi tak berusik pun... balik tu aku terus plan masak nasi goreng sardin... aku ada dengar-dengar orang buat dulu... tapi tak tau pun resepi dia... aku godeh-godeh sendiri je.... senang je... aku kisar bawang merah, bawang putih, cili kering dan udang kering (option je taknak letak pun takpe.. aku suka letak)... pastu tumis sampai naik bau (jangan hidu lelebih pulak kang batal puasa tu)... pastu aku letak sardin yang aku dah hancurkan2... sekali dengan sos tomato dia.. biar kejap atas api.. pastu... letak lak sayur yang kiub-kiub campur (jagung, kacang peas dan lobak(kekadang diorang isi betik kan?))... pastu biar dia agak kering sikit pastu aku campakkan garam... pak aji... bagi rasa ok la... termasuk letak kicap manis sikit.... pastu aku letak semua nasi yang ada... gaul bagi rata dan biar dia sampai agak garing sikit... siap...

pukul 6.45 petang aku dah boleh mandi dan rilek-rilek...

untuk ramadhan keempat hari ni... cadangnya aku nak masak lotong... pagi tadi dah siap masak nasi impit... jadi balik kang tinggal masak kuah je la... kalau sempat aku masak sambal tumis sekali... aku jarang makan dengan sambal kacang pasal lambat sikit nak buat... kalau sambal tumis ni kejap je boleh siap... mesti korang pelik kan... pepagi dha plan nak berbuka apa.. orang berkerja ni kena pandai bagi masa dan plan baru boleh nak memasak untuk keluarga... kami berazam tahun ni tak payah mengunjungi baazar ramadhan dah...moga dipermudahkan urusan hari ini dan hari-hari seterusnya hendaknya.. amin...

insyallah kalau aku ingat hari ni aku ambik gambar eh...

p/s korang pulak berbuka apa hari ni...eh.. pepagi dah tanya orang berbuka apa...hehehe...

Isnin, 23 Julai 2012

tolonglah prihatin sikit

salam ramadhan semua,

alhamdulillah dah sampai 3 ramadhan pun hari ni... kejap je kan? masa nak tunggu bulan ramadhan rasa macam lama sangat... bila sampai kejap je nak abis dah...

aku sebenarnya nak meluahkan rasa... rasa yang terpendam sejak ramadhan tahun lepas....

aku faham dan sedia maklum di bulan puasa ni semua orang sibuk cari makanan lauk kampung... segala lauk kampung cukup laku di bulan puasa ni... terutama la sambal jering, sambal petai dan seangkatan dengannya termasuk ikan bakar petai..... fuh... sanggup beratur orang yang membeli...

beli pulak bukan sikit-sikit kan.... pasal memang kegemaran... kang beli sikit takut tak cukup pulak... kalau beli banyak pun apa la susah boleh bawak untuk lauk bersahur pulak... membuka selera tu...

aku tak kisah la sebab memang feberet korang kan.... tapi sila la prihatin sikit dengan orang sekeliling.... bila dah makan benda ada bau-bauan camtu... tolonglah sensitif sikit dengan orang sekeliling terutama mereka yang tak makan ulam-ulam yang berbau macam aku ni haa....

tak tahan oiii bila ada bau semacam je kat keliling... itu belum ko bukak mulut lagi... kalau dah bukak mulut agaknya bau dia camne ek?

sekurang-kurangnya nak makan ulam-ulam camtu pastikan anda gosok gigi selepas bersahur ye... untuk memastikan mulut anda sentiasa segar dan wangi...

saje je buat tambah dosa aku kan pepagi membebel panjang ni.... gi tadarus lagi bagus la ita woiii...

p/s aku tau mulut orang berpuasa ni berbau harum kasturi kalau kat syurga nanti... tapi kalau yang bau petai @ jering ni camne ek?

Jumaat, 20 Julai 2012

Selamat Datang Bulan Yang Mulia... Salam Ramadhan buat semua

salam semua,

malam tadi dah sah diumumkan yang umat islam akan menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadhan bermula dari hari sabtu ni 21julai 2012...

maka sempena menyambut ramadhan ni aku nak minta maaf dengan semua yang mengenali... jikalau ada silap dan salah harap lah kiranya sudi dimaafi...



semoga kita semua diberi kesihatan yang baik bagi merebut peluang yang mungkin merupakan ramadhan terakhir bagi kita ini... amin..

p/s nak latih abg long berpuasa.... tadi je bila acah-acah tanya abg long boleh tak makan dan minum siang hari...? tau apa dia jawab... eh... mana saya tahan nanti...

Pameran Lat dan Aza di Muzium Seni Kuantan

salam semua,

semua sihat hari ni? alhamdulillah Allah panjangkan lagi umur kita untuk bertemu semula hari ni...

cerita hari ni sebenarnya perkara yang berlaku hari ahad yang lepas...

kami nak habiskan masa dengan anak-anak... tapi masih lagi cari tempat yang tak memerlukan banyak belanja... jadi kami pun buat keputusan nak berjalan ke muzium seni kuantan ... ada pameran kartun Datuk Lat dan Aza kat situ...

petang tu kami keluar dalam pukul 4 lebih... sampai kat area muzium tu sedang elok je azan asar... masa kami sampai ada pulak perlawanan bola untuk SUKMA baru nak mula di padang MPK.. anak-anak mula sibuk nak tengok orang main bola pulak... puas kami pujuk baru diorang nak ikut masuk ke muzium...



nampak tak? kalau tak nampak pun cakap je la nampak...


ni kat belah depan muzium seni..



ni dah masuk dalam..








layankan je la gambar2 kartun ni semua...

pastu layankan gambar kami pulak...






bagi yang duduk kat area kuantan dan kawasan sekitar bolehlah berkunjung ke sini... masuk percuma je pun bukan kena bayar...

menarik pameran dia cuma agak membosankan untuk budak-budak kecik...

p/s abg long ingat tempat ni ada hantu pasal dia ingat pameran yang dulu kat entry SINI ..
psstttt...entry ni byk gambar betul kan?

Rabu, 18 Julai 2012

Pada Zaman Dahulu...

salam semua,

ada tak korang layan cerita kartun pada zaman dahulu? aku takde astro jadi aku layan cerita ni kat TV Al-Hijrah.

bagus untuk anak-anak... dulu kita pun dibesarkan dengan cerita-cerita macam ni... mana ada zaman aku dulu cerita kartun yang ganas-ganas macam sekarang ni... habis ganas pun kartun thundercat yang tak bape nak menjadi ganas dia pun.... lagi lebih ganas pun cerita kesatria baja hitam dan gaban... itu pun nak bertukar siap kena cakap... "gaban akan bertukar dalam masa 0.001 saat"... ceh.... nampak noo la kan dia punya gerakan tu lambat...hahaha....

cerita ganas-ganas ni tak bagus untuk perkembangan anak-anak... maka mari lah kita layan Pada Zaman Dahulu.... jom....


semua tekun je dengar sang kancil menipu.... huh tak baik tu....


p/s sebenarnya dengan ummi dia sekali tekun... yang ambik gambar pun ayah ni... hehe...



Selasa, 17 Julai 2012

yang pat tv tu pat situ ke ummi?

salam semua,

nak cerita dengan korang kejadian malam tadi..... alkisahnya aku berangan nooo la sangat nak pegi ke acara penutupan rasmi SUKMA malam tadi di Stadium Darul Makmur... best kalau dapat pergi kot kan? tapi shah pulak kena keja malam tadi... maka kami berkorban tak pergi.... ada hikmah tu di sebalik... mana kita tau....

ceh berangan.... dengan anak keciknya ko ita ada hati nak pegi tempat-tempat camtu... hehe... lambat ooo nak tunggu SUKMA lagi....

walau apa pun aku layan gak tengok kat tv.... masa awal-awal tu anak-anak teruja jugak la... sampai kat part ucapan tu masing-masing dah mula macam nak buat ucapan sendiri dah.... adik husna lak? dah lama lena dah.... tinggal abang-abang dia je la....

masa dia buat cabutan tu... ada la jugak rasa macam... ala ruginya aku tak pergi... ceh macam la aku boleh dapat cabutan bertuah tu kan?....hehe...

part yang paling best untuk anak-anak ialah masa diorang boleh tengok semua maskot tu menari-nari terutamanya singa tu... wah suka betul singa tu menari kan? abg ngah yang paling teruja....

dan yang terpaling best ialah part tengok bunga api.... al-maklum la kan bebudak zaman sekarang ni ala-ala jakun bila tengok bunga api ni pasal masa diorang membesar benda ni dah diharamkan.... bila mula je bunga api ni dimainkan aku mula la heret bebudak hero ni gi pintu belakang.... kita tengok versi live ikut pintu belakang rumah je la nak.... live la jugak.... korang ada? hehehe....

sekali bila abg long tengok, boleh dia kata..." eh.. yang pat tv tu pat situ ke ummi?"

hehehe... dia baru tau daaa.... aku jawab.."ye nak...kita tengok kat rumah je ye...ayah kena keja"

abg long cakap lagi..."ye la ayah mesti tak tengok kan ummi?"

aku jawab.." ye la ayah kena keja"
dalam hati.... ye ke bang? bukan kat hospital tu lagi nampak clear ke? hehehe....

p/s aku paling suka ucapan dato' adnan semalam.... dia tak lupa orang yang susun kerusi semua... saya suka dato'! dan aku paling tak suka nape semua penyanyi miming je ek? yang tak best kantoi lak tu... alahai...

bantuan baru dah sampai..

salam semua,

hari ni dah boleh senyum sampai telinga sebab bantuan baru dah sampai...

aku beli barang terpakai je pun... murah sikit....

beli ni pun sebab dah mula gaduh-gaduh pasal nak sumbat bahan-bahan mentah dalam peti beku dah tak boleh... pasalnya susu adik dah memenuhi separuh ruangan... bukan banyak sangat pun susu adik tu cuma aku tak bape suka letak susu dia sekali dengan benda-benda yang berbau ni... kesian dengan susu adik tu nanti ada bau-bauan yang tak best....

harapnya bantuan ni akan meringankan beban peti comel kami tu nanti....



p/s senyum la sementara bil elektrik tak sampai lagi...tapi kalau bil melambung disebabkan peti ni harus kena hantar memana lepas ni.....

link yang sangat bagus ya sahabat..!

salam semua,

apa khabar semua hari ni? aku masih sihat alhamdulillah... dan masih boleh marah-marah anak lagi semalam... alahai nape anak-anak ummi suka bagi ujian kat ummi...

korang ingat tak entry aku yang ni ..... apa korang buat bila jadi camni?

bila aku tanya apa korang akan buat ada satu komen yang aku paling suka...

yang lain tu aku suka jugak cuma aku paling suka yang ni...



"Ita..aku tak tahu la ko dah follow lum blog ni..ni link dia

http://khairulaniza.blogspot.com

cer ko g tengok cara yg cikgu tu guna & cer try, mana tahu ko leh dapat sesuatu & praktik kan pastu kongsikan hasilnya..

tapi jgn tnya aku cemana hehhe"

serius kawan.... kau bagi aku kesedaran yang paling baik....
atas kesedaran itu juga aku nak kongsikan dengan kawan-kawan yang lain....

mari kita pakat ramai-ramai serang blog cikgu ni....

Khairulaniza Khairuddin

Isnin, 16 Julai 2012

Misteri Asap Hitam

salam semua,

ceh... tajuk dah macam nak bukak buku siri penyiasatan Nancy Drew dengan Harry Brothers je kan? err... ada sesiapa yang suka baca buku-buku ni dulu?
peberet aku dulu tu... kekonon berangan nak jadi detektif... tapi tak kesampaian...

tapi yang aku nak cerita ni bukan pasal siri penyiasatan tu cuma asap hitam yang aku nampak hari khamis lepas...

al kisah ceritanya aku balik ke rumah sekejap tengahari khamis minggu lepas sebab nak ambik buku tabung haji yang tertinggal kat rumah...

shah park kat tepi jalan je dan dia yang jalan balik ke rumah.... aku yang tertinggal kat dalam keta ni melilau tengok keliling.....

hasilnya aku nampak ni....



dan aku snap lagi sekali.... tak puas hati punya pasal....


dalam hati berkata jugak... ada ke kilang kat area situ? ke ada kawasan memana yang terbakar....

sekali keesokkannya aku nampak ni kat Kosmo Online ..



4 kedai papan musnah dalam kebakaran

05/07/2012 6:33pm

KUANTAN — Empat buah kedai di Jalan Bukit Setongkol dekat sini, musnah dalam kebakaran pada pukul 1.30 petang tadi.
Empat buah kedai yang diperbuat daripada papan terbabit iaitu kedai motosikal, membaiki kusyen, servis penghawa dingin serta gunting rambut, musnah dalam kebakaran yang masih belum dikenal pasti puncanya.
Pegawai Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Bukit Ubi, Burhan Husin berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 1.34 petang dan seramai 20 anggota dengan dua jentera dikejarkan ke tempat kejadian.
"Bomba berjaya mengawal kebakaran daripada terus merebak kira-kira 10 minit kemudian,” katanya di sini hari ini.— BERNAMA

p/s ada gaya paparazi tak? hehehe... sayang tak zoom pakai DSLR masa ni...


apa korang buat bila jadi camni?

salam semua,

aku nak tanya sikit dengan korang yang ada anak... tak kira la anak sendiri ke...anak angkat ke... anak buah ke....

apa yang korang buat kalau anak korang buat camni ....

1) memula makan dengan baiknya....

2) pastu dia mula main-main sikit....



3) pastu dia dah mula terlungkupkan pinggan dia...



4) pastu dia mula putar pinggan tu atas lantai...


5) pastu aku yang menangis sambil kena lap lantai.... waaaa... korang lak buat camne wei?

gambar ni diambil ketika kejadian sebenar masa bulan 3 lepas...

p/s selalu tarik nafas panjang2... dan angkat anak pergi basuh dia dulu... pastu kemas dan lap pulak lantai... tapi itu dulu masa adik husna tak boleh merayap lagi... sekarang ni.... waaaa... ummi harap ummi boleh mintak doraemon duplicate ummi macam nobita ramai2....

Sabtu, 14 Julai 2012

Moh Santai di Kempadang

salam semua,

selamat pagi.... pagi ni bersemangat nak menjengah lagi ke karnival Moh Santai kat Pantai Kempadang dengan harapan dapat masukkan abg long dalam acara mewarna........ kesian dia asyik tanya2 je bila jengah sekejap kat situ semalam...

korang nak join jugak ke?

meh la sini...sambil2 singgah umah kami sekali...

tarikh dia dari 13/7 sampai 15/7 ni dari pukul 9 pagi sampai 10 malam...

p/s doakan abg long dapat join ye....mengharap noo dia tu...

tilawah Al-Quran Antarabangsa dah selesai..

salam semua,

korang dah tidur.... aku tak boleh tidur pulak mlm ni...

tadi dah selamat sesi penyampaian hadiah semua peserta dan pemenang bagi tilawah kali ni... disulami dengan macam-macam adegan yang mencuit hati penonton termasuk kami di rumah ni....

ada yang peluk cium Agong la.... ada yang hampir jatuh pentas la....

apa pun terjadi tahniah diucapkan pada qari dari Malaysia yang berjaya menyandang juara membawa pulang RM40k dan trofi... tak lupa qariah dari Malaysia juga berjaya mendapat tempat ketiga dan membawa pulang RM15k... rezeki orang pandai baca al-quran...alhamdulillah..

p/s syukur dah potong astro...kalau tak tentu susah nak tengok tilawah ni macam tahun yg lepas-lepas...
semangat bulan ramadhan pun makin terasa...

Khamis, 12 Julai 2012

SUKMA 2012...

salam semua,

eh bukan aku kata nak berehat sekejap ke? hehehe... langgar pantang la pulak...

cuma nak update kat korang je jadual terbaru sukma ni je...

korang boleh tengok kat SINI ye...

berangannya nak pergi dengan anak-anak... malangnya sukan yang best semua masa kerja je pun...

p/s orang dah mula ramai di sana sini... kuantan mula jammed....

Rabu, 11 Julai 2012

Berehat sebentar..

salam semua,

apa khabar semua hari ni?

aku alhamdulillah masih sihat.... anak-anak pun sihat jugak cuma adik husna ada sikit selsema lagi....

nak update pasal anak-anak kejap la...

abg long:
alhamdulillah dia dah kenal huruf sikit-sikit... dah boleh tulis simple word... tapi dengan syarat aku tunjuk satu-satu huruf yang kena tulis... ok la tu dia rajin nak belajar...

kalau nombor dia dah boleh kira sampai 30 dah... itu pun ummi dia kena guide jugak...
tulis nombor pun dah ok jugak.... tapi still kena guide jugak...

cakap dia masih pelat... tapi makin banyak soalan keluar dari mulut dia... letih nak menjawab...

abg ngah:
makin pandai cakap.... dan kuat gak melawan ni... setiap apa kita buat mesti dia tanya "apa tu"...

kuat cari gaduh dengan abg long dia.... kadang-kadang sampai abg long menangis dibuatnya....kesian abg long... tapi susah gak nak marah... budak-budak kan... aku kena tenangkan abg long dia dulu pastu dia nangis pulak kena la tenangkan dia pulak pastu...

dah pandai memilih makanan pulak...banyak dah benda dia tak nak makan....dah besar agaknya...dah pandai berlakon merajuk-rajuk... tapi sangat pandai main dengan adik husna...

adik husna:
makin besar dan bulat.... dah semangat makan biskut lembik dan nestum....dan masih menyusui susu ibu sepenuhnya... harap-harp adik boleh cukup 2 tahun kalau takde aral melintang...

dan yang paling penting adik husna dah tumbuh gigi... gigi depan belah bawah... yang belah kiri dah keluar sikit...belah kanan tu baru putih-putih... sakit betul puting aku bila dia main asah-asah gigi dia...

dia dah start mula angkat-angkat punggung sikit dah... ada 2 kali dah dia angkat dan goyang-goyang...

itu je kot update pasal anak-anak yang sempat sekarang ni... aku nak berhenti solat dan pam susu jap...

p/s blog akan berhenti rehat hari ni dan lusa bagi memberi peluang tuan blog melancarkan proses audit ISO di makmal kami ni... doakan kami berjaya ye...


Sabtu, 7 Julai 2012

Cari 3 perkataan yang mengambarkan anda

salam semua,

nak kongsikan benda sikit ni... semalam aku ternampak gambar ni pada post seorang sahabat kat facebook.... menarik untuk dikongsikan bersama....macam game gak ni....


caranya....
sila anda cari 3 perkataan pertama yang anda jumpa yang akan mengambarkan anda...

sila...sila....

p/s aku dapat apa tau... amazing, honest dan cheerful... korang dapat apa pulak?

Jumaat, 6 Julai 2012

Ramadhan sale yang buat orang Islam marah!

salam semua,

pepagi tadi aku tertengok gambar kat facebook...



memang marah la bila ada gambar camni keluar.... sangat tak sensitif dengan agama la kan?

tapi petang ni dah sejuk sikit... sikit je pun... bila tengok gambar ni pulak...



p/s sepatutnya benda-benda camni kena la peka sikit kan...masalah kalau selalu sangat buat salah..maaf... buat salah...maaf... sesama la kita fikirkan...

SUKMA Pahang 2012

salam semua,

mulai minggu lepas aku tengok kuantan mula penuh dengan kenderaan kontijen-kontijen sukan malaysia ni....

kuantan pun dah meriah semacam dah aku tengok... kat sana sinun ada pesta jualan... mungkin memanfaatkan kebanjiran orang yang datang ke kuantan sekarang ni...

sukan malaysia tahun ni yang diadakan di pahang bertempat di 3 daerah iaitu Pekan, Kuantan dan Temerloh..

kalau ikutkan berlangsung dari 7hb sampai 16hb julai ni tapi aku tengok dah banyak yang dapat pingat pun... sekarang ni Selangor mendahului di tempat teratas....

aku minat jugak nak jengah-jengah tempat sukan ni kalau takde anak kecik... ni ada anak-anak kecik ni semua aktiviti macam ni kena dihentikan buat sementara waktu... aktiviti menjenguk ke pesta jualan tu boleh la... hehehe... baik punya alasan kan?

ala satu venue ada dekat je dengan rumah pun...nak jeling-jeling gak bila sukan equestrian main... bawak anak-anak tengok kuda ok gak kan?

p/s ramai betul kontijen memenuhi laluan kami balik ke rumah hari-hari untuk menjamu ikan bakar tanjung lumpur...





Doa dan petua untuk tambah susu ibu...

salam semua,

singgah sekejap sini untuk buka cerita baru.... sudah tentu secara langsung dari cerita ita....hehe... macam iklan la pulak....

kat sini aku nak tampalkan doa untuk amalan ibu-ibu di luar sana yang masih gigih menyusukan si jantung hati anda sehingga berumur 2 tahun....

aku dapat dari facebook pagi tadi.... dan mari kita kongsikan benda yang baik-baik ni bersama-sama ye...



Cara Amalkan:
1) Mulakan dengan kalimah Basmallah
2) Selawat ke atas Nabi SAW
3) Baca ayat di atas dan hembuskan pada air dan minum.

aku jugak nak kongsi petua untuk banyakkan air susu terutama bagi ibu-ibu baru yang belum pernah menyusukan anak-anak... juga tak lupa untuk ibu-ibu lama yang baru memulakan langkah pertama untuk menyusukan anak-anak....

Petua untuk menambah susu ibu:
1. makan pil yang terdapat di pasaran - kalau tanya aku personally.... aku tak rekemen sangat sebab banyak pil yang ada semuanya berdasarkan pil hormon atau pun pil yang berasaskan herba iaitu "halba".... ala yang selalu orang isi dalam nasi lemak atau nasi-nasi lain untuk menyedapkan masakan tu... kalau ikut pengalaman aku aku tak suka sangat sebab badan akan berbau halba ni... bau kalau best takpe... kalau en suami sampai tak suka tu elok letak jejauh la... anak ni kena rapatkan hubungan suami isteri bukan makin menjauhkan....

2. minum teh berasaskan halba - sama je la macam pendapat kat atas tu.... badan ada bau wooo... tak sedap pulak tu...hahaha... mana nak sedap kalau dah nama dia ubat kan? kalau nak sangat makan halba isi je dalam naik lemak... pastu makan nasi lemak selalu...(badan pun naik selalu... hehe)

3. minum soya - bagus ni.... bukan setakat menambah kandungan air dalam badan... soya pun bagus untuk kesihatan... tapi soya fresh la.... yang dah ada treatment macam dah dikeringkan jadi serbuk atau pengawet tu no komen la... tapi lebih elok minum dari tak minum langsung kan?

4. makan makanan harian - yang ni termasuk la makan makanan macam lobak putih, buah longan, jantung pisang dan berasaskan jagung macam pop corn... aku tak leh komen banyak yang ni pasal kat aku takde hasil sangat...takde beza sangat pun....

5. makan makanan kering - buah longan kering dan kurma merah dimasak dengan gula merah/gula melaka... yang ni aku pernah cuba tapi kalau tanya aku hasilnya ada la sikit tapi buat tak buat pun kesan tak banyak... tapi kalau nak buat pun bagus... hari-hari dapat minum air sedap...best apa....manjakan diri sikit...langan tu bukan murah pun...kedai sensei banyak jual...siap dah paket sekilo-sekilo dah... ada pun jual paket 100gram je...dia tau kot si ibu-ibu ni sibuk cari...

6. minum air masak banyak-banyak - yang ni sangat-sangat berkesan.... aku amalkan ini sekarang... alhamdulillah berjaya tambahkan susu dengan jayanya.... ye la badan sendiri tak cukup air mana pulak nak hasilkan air kat orang lain kan? pastikan minum air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari... susah? tak susah mana pun... memula memang susah tapi bila dah buat ok je... cara nak sukat ambik botol mineral yang 1.5 liter tu buat 2 botol... sehari mesti habis 2 botol... lebih pun takpe... kalau korang tak boleh...displinkan diri... inyaallah boleh punya....

7. makan suplement - macam minum susu atau minum vitamin... pada aku benda-benda camni bukan untuk tambahkan susu tapi lebih pada tambahkan zat pada susu yang kita hasilkan.... kalau kita sibuk beli makanan nak tengok berapa kadar karbohidrat, tenaga, kalsium semua apa salahnya kita pastikan susu yang kita hasilkan mengandungi semua zat yang anak kita perlukan kan? jadi takpe je kalau nak minum cuma pastikan jangan berlebihan... sebab vitamin kalau berlebihan akan menyebabkan vitamin lain yang perlu dibuang begitu sahaja... tak serap pun dalam badan...membazir...

apa lagi ye.....hmmm....

8. satu je lagi... kena rajin pam la..... kalau susu banyak kalau malas pam tak akan jadi banyak pun.... pengalaman aku masa najmi dulu aku selalu pam lebih dari sekarang ni... sekarang ni kalau malam aku langsung tak pam... harap adik hisap je... (tu yang selalu kena kejut adik tu) tapi alhamdulillah susu tetap ada... kat opis pun aku pam cuma 2 kali je yang sempat pun... tapi aku rasa sebab aku mulakan pengumpulan dan sesi pengepaman masa dalam pantang lagi.... masa najmi dulu dan lepas 14 hari baru aku buat... ni masa adik husna aku dah start dari hari ke 3 lagi dah... mungkin cara tu boleh rangsang tubuh kita hasilkan susu lebih banyak rasanya....

9. ada satu lagi yang aku tertinggal... kena amalkan makan kurma...makan banyak-banyak pun takpe...ini memang sangat berkesan buat aku.. alhamdulillah bukan la banyak sangat susu dapat tapi masih boleh kekal kuantiti yang ada.. (aku tambah pada 24/7/2012)

last sekali apa pun yang kita buat mestilah disertai dengan doa dan tawakal....

aku ingat dulu motto masa aku tingkatan 3.... usaha, doa dan tawakkal.... pasti kejayaan tergenggam jua....wah...budak ex 3 fatimah yang "mengelitis macam ikan keli" ingat lagi tak? hahaha...

p/s ni aku nak gi tunaikan tanggungjawab sebagai ibu menyusu jap ni...doakan aku dapat kumpul susu bebanyak untuk adik ye....

Khamis, 5 Julai 2012

Maafkan daku..

salam semua,

dan salam nisfu syaban bagi yang beragama islam...

pagi ni aku nak minta maaf dengan semua orang yang aku pernah buat salah...

mana-mana orang yang aku pernah berhutang tu insyallah kalau Allah panjangkan umur dan murahkan rezeki aku akan bayar...tak kira la hutang apa pun.... cuma hutang budi aku belum tentu lagi boleh bayar balik... doakan rezeki aku sentiasa murah ok....

p/s semoga kita akan jadi lebih baik dari semalam  dan sentiasa berada dalam redhaNya...amin

Rabu, 4 Julai 2012

Terima kasih semua

salam semua,

apa khabar semua? korang sihat? aku, alhamdulillah masih sihat...

aku nak ucapkan terima kasih pada semua yang sudi doakan mak mertua aku ye..aku doakan juga semoga semua yang mendoakan sejahtera sentiasa hidupnya...amin..

alhamdulillah hari ni mak dah boleh keluar wad dah hari ni.... lega aku dengar berita ni tadi...

rawatan susulan kena sambung kat rumah pulak....

p/s sampai sekarang ni aku agak musykil... rawatan kat hospital ni memang kena tunggu waris tanya ke apa masalah? kalau tak tanya doktor tak boleh bagitau ke? dah tu camana nak tanya kalau setiap kali doktor check waris kena keluar?
This entry was posted in

Isnin, 2 Julai 2012

tolong doakan mak mertua aku ye...

salam semua,

2-3 hari ni aku macam sebuk bebenor walaupun tak sebenarnya...

hari jumaat lepas kami plan nak gi kl tapi last-last tak jadi pun.... memula memang macam antara jadi dengan tak jadi sebab anak-anak sakit tapi last-last memang tak jadi sebabnya mak mertua aku demam kuat sampai kena masuk wad...

sebenarnya dah seminggu dia demam, sabtu lepas dia dah gi klinik tapi hari selasa tu makin teruk tapi adik ipar aku tak call... kami call pulak selalu tak berjawab..

last-last dapat call hari jumaat tu suruh ambik mak hantar ke hospital.. shah hantar dan mak masuk wad sejak jumaat lepas..

doktor htaa tu suspect denggi.... tapi setelah keputusan ujian darah sampai tadi macam menjurus pada viral hepatitis je.... aku nak tanya pakcik google jap ni... aku bukan tau sangat pun penyakit orang ni...

aku nak mintak tolong korang satu je ni... tolong doakan mak mertua aku ye...jasa korang aku memang tak dapat nak balas dengan apa-apa pun... semoga Allah membalas dengan lebih baik pada korang semua..

p/s kesian dengan shah kena ulang alik banyak kali...letih betul dia... sabar la bang.... berbaktilah pada orang tua kita selagi ada...
This entry was posted in