Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 17 Julai 2012

yang pat tv tu pat situ ke ummi?

salam semua,

nak cerita dengan korang kejadian malam tadi..... alkisahnya aku berangan nooo la sangat nak pegi ke acara penutupan rasmi SUKMA malam tadi di Stadium Darul Makmur... best kalau dapat pergi kot kan? tapi shah pulak kena keja malam tadi... maka kami berkorban tak pergi.... ada hikmah tu di sebalik... mana kita tau....

ceh berangan.... dengan anak keciknya ko ita ada hati nak pegi tempat-tempat camtu... hehe... lambat ooo nak tunggu SUKMA lagi....

walau apa pun aku layan gak tengok kat tv.... masa awal-awal tu anak-anak teruja jugak la... sampai kat part ucapan tu masing-masing dah mula macam nak buat ucapan sendiri dah.... adik husna lak? dah lama lena dah.... tinggal abang-abang dia je la....

masa dia buat cabutan tu... ada la jugak rasa macam... ala ruginya aku tak pergi... ceh macam la aku boleh dapat cabutan bertuah tu kan?....hehe...

part yang paling best untuk anak-anak ialah masa diorang boleh tengok semua maskot tu menari-nari terutamanya singa tu... wah suka betul singa tu menari kan? abg ngah yang paling teruja....

dan yang terpaling best ialah part tengok bunga api.... al-maklum la kan bebudak zaman sekarang ni ala-ala jakun bila tengok bunga api ni pasal masa diorang membesar benda ni dah diharamkan.... bila mula je bunga api ni dimainkan aku mula la heret bebudak hero ni gi pintu belakang.... kita tengok versi live ikut pintu belakang rumah je la nak.... live la jugak.... korang ada? hehehe....

sekali bila abg long tengok, boleh dia kata..." eh.. yang pat tv tu pat situ ke ummi?"

hehehe... dia baru tau daaa.... aku jawab.."ye nak...kita tengok kat rumah je ye...ayah kena keja"

abg long cakap lagi..."ye la ayah mesti tak tengok kan ummi?"

aku jawab.." ye la ayah kena keja"
dalam hati.... ye ke bang? bukan kat hospital tu lagi nampak clear ke? hehehe....

p/s aku paling suka ucapan dato' adnan semalam.... dia tak lupa orang yang susun kerusi semua... saya suka dato'! dan aku paling tak suka nape semua penyanyi miming je ek? yang tak best kantoi lak tu... alahai... Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: