Khamis, 9 Ogos 2012

Blueberry Cheesecake? Menyampah...

salam sejahtera semua,

aku nak cerita ni, hari ahad lepas aku ada buat majlis berbuka puasa atau potluck dengan adik beradik shah kat rumah kami...

memang meriah la sambutan tu... berbuka ramai-ramai kan?

tapi kami lupa pulak nak ambik gambar... tambah pulak masa tu tengah ada final badminton olimpik... terusss lupa...

tapi bukan pasal tu aku nak cerita..... pasal kek ni haa.....



mengancam kan? aku pinjam gambar dari kawan aku Faiz .. dia memang rajin buat kek dan jual...

aku pun dengan rajinnya la nak mengodeh cheesecake pulak untuk acara makan-makan ni...

tapi sila bayangkan kejadian yang berlaku ok..... pejam mata dan bayangkan....

baru je aku panaskan susu dan cairkan cream cheese pastu butter.... mula dah drama... adik beradik berdua tu dah mula bergaduh... shah keja time aku buat ni...kena berkejaran pulak aku jadi pengadil tak rasmi... kalau pengadil olimpik tu takpe gak dapat gak elaun... ini pengadil perlawanan gusti yang takde lesen... gedebuk muka pengadil pulak kena.. aiseh....

pastu aman sekejap.... aku pun mula pecahkan telur dan asingkan putih dan kuning...pastu adik husna nak susu pulak.. aku susukan dia... mula risau pasal telur aku dah tinggal ni... pastu adik husna selamat dah tidur...

mula pulak aku tepuk gula dengan telur putih.... haaaa... sampai pulak hero no 2 aku, abg ngah....dia ni kalau aku buat kek suka sangat colet-colet tepung yang belum masak... sedap dia kata... jadi bila aku pegang je mixer dia dah start ngendeng-ngendeng la...letih... mula aku jadi tak keharuan...

pastu aku tepuk punya tepuk.... apasal lambat nooo nak naik ek? ke sebab aku dah tinggal sekejap masa susukan husna tadi? aku tepuk dah dekat sejam baru dapat texture meringue yang macam orang cakap-cakap.. (ala bila kita pusingkan mangkuk tu dia tak jatuh)... itu pun puas aku godeh mixer tu kejap laju..kejap slow... pastu aku goyang mixer macam pakai hand mixer dah, baru dia nak naik... (masa ni abg ngah dah fed up dah tunggu)....ke teknik aku tak betul? ada sesiapa boleh tolong aku?

pastu bila dah siap je aku buat la macam step kat sini... HaSue cuma masa aku tepuk telur kuning tu dah kering sikit pasal aku tunggu husna abis susu tadi dan nak tepuk telur putih yang agak lama... ada kesan ke benda ni?

selesai semua....aku masak guna keadah Bain-Marie macam kat Citarasawan  ...
aku guna yang last tu letak air kat rak bawah dan loyang letak kat atas dia pasal oven aku kecik... silap tak ambik gambar... tapi aku pakai loyang yang boleh tanggal bawah tu...

sudahnya apa dah jadi tau.... masa memasak tu ada adunan keluar ikut bawah dan menitik ke dalam air loyang bawah tu....aku tengok cheesecake tu ok lagi masa ni... oppsss lupa aku masak 160 degree selama 45 minit.... aku berharap la jadi....

tapi bila dah masak aku tak sempat bawak keluar terus dan lupa sampai dia sejuk dalam oven pulak tu... sekali aku bawak keluar je dah keras kejung cik cheesecake aku tu..... adehhh... bantat kek aku.... tapi pasal nak buat lawa aku calit jugak blueberry atas dia... alahai... sedih betul....

aku macam dah malas nak buat dah rasanya lainkali lepas semua yang ku lalui... huhuhu.... sedih wooo percubaan pertama tak jadi... berangan dah nak buat untuk hari lahir mak aku 1 hari raya nanti... kalau camni kensel je la jawabnya...

p/s adakah untuk ibu yang beranak kecik cam aku dan takde siapa boleh tolong jaga anak-anak hero tu memang berangannnnn je la nak buat kek camni? Cerita menarik lain

9 Luahan Ikhlas:

:: Mrs.Eady :: berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

terliuuuurr...

Faiz berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sedap tak?

jangan putus asa ita, satu kaedah tak menjadi, cuba kaedah lain..buat la lagi, mana tahu nanti mak ko suka, kan best tuh..

Telur putih, kalau aku, pukul telur putih sampai berbuih2, masukkan gula & pukul dengan kelajuan tinggi, dalam 7-10 minit dah dapat result yg memuaskan insyaallah

ita, ko tahu aku buat cemana?..oven datang ngan loyang kan?..aku letak air (panas) kat loyang tu, pastu aku letak loyang adunan terendam dalam air tu kahkahkah aku tak main2. baru2 ni je sejak ada loyang kecil dan besar baru aku guna cara yg org lain guna hehhe

jangan putus asa. boleh guna idea sendiri..

yg pasal anak kecik tu, gi tanya kakak aku. anak dia 6 kecik2

Faiz berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

lupa plak...aku balut dulu loyang adunan ngan aluminium foil, 2-3 lapis..nanti masuk air, menangis koo

Lizan berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

alah frustnya la kan kek tak jadi.... sy pun kalo nak bake apa2 kena tunggu suami ada kat rumah tolong tengok2kan anak..kalau tidak rasa macam menempah bala jer semua kerja tergendala macam awak kena ni lahhh.. hehe

Alin Marlini berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

takper...nnt cuba lagik

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

lambat lagi la nak cuba alin..

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

semua keja yg mcm ni mmg kena ada org jaga anak2 kan?

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

aku mula nak buat camtu tp mcm tak yakin tu yg aku guna cara ni..

kalau tepuk telur guna cara ko tu cepat eh? nak tunggu sampai buih2 tu bape lama pulak.. lagi satu kuning tu dah dekat2 kering takde effect ke faiz?

rasa dia? ada la rasa cheese tapi sebab bantat mana sedap..hehe..

waaa..aku mcm kena gi kelas kan? tapi bila la aku ada masa nak gi kelas...?

Faiz berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

haha..try la pulak cara yg tu..

pukul sampai berbuih tuh lebih kurang 1minit atau kurang la ita

yg kuning telur tu, aku tak berapa pasti sbb tak pernah alami lagi..cuma yang pasti masa kaup balik tu untuk permulaan ni aku cadangkan memang kena slow2 guna senduk. masukkan separuh dulu meringue tuh, kaup balik sampai rata, baru masukkan lagi separuh then kaup balik sampai rata (kaedah kaup balik separuh dulu ni lagi mudah nak ratakan adunan)..

air dlm loyang tu mesti panas tau..

kalau nak cepat, kena la gi kelas,nnti dapat la tips & bole tengok sendiri caranya bagaimana. tapi kalau ko jenis yg slow n steady, buat sendiri je..pun ok..sebab pergi kelas ke tak g ke pada aku pengalaman cheesecake tak jadi ni rasanya ramai yang dah kena, experience tu..

hehhe panjangnyeee