Socialize

Follow my blog with Bloglovin

Rabu, 8 Ogos 2012

Kedai Kurma di Kuantan

salam sejahtera semua,

pagi ni korang sihat? nak cerita apa pagi ni ye?

pagi ni ada meeting pukul 9 pagi kang... sementara tu aku tulis entry ni dulu ye...



aku suka kurma, kalau bukan bulan puasa pun aku memang suka makan kurma.... bersyukur sangat zaman sekarang ni tak macam dulu-dulu yang hanya kita jumpa kurma masa bulan puasa aje... sekarang bila-bila pun dah ada jual kurma....

kalau kat kuantan ni ada 2 kedai besar yang jual kurma ni...

satu kat Pasar Kurma kat Jalan Beserah...


bagi yang tak tau lokasi kedai ni cuba cari Pasaraya Tunas Manja Jalan Beserah.... dia sederet dengan Tunas Manja dan Kedai Kereta Mercedes...

satu lagi kedai ialah Hamid Bros kat Jalan Mahkota...




Kedai ni sederet dengan kedai-kedai kain sebelum Jalan Bank...senang je nak cari....

kalau ikut kami sekeluarga suka pergi kedai Hamid Bros lagi dari kedai Pasar Kurma pasal harga dia jauh berbeza...

kalau kat Pasar Kurma ada macam-macam jenis dari yang murah sampai mahal... ada jugak jual rempah-rempah... tapi aku pernah beli sekali kurma bertangkai al-aqsa dia... keras dan dah rasa kurma yang masuk peti ais... tak sedap dah rasa dia...

kalau kat Hamid Bros pulak semua kurma bertangkai berharga RM10.50 tak kira apa brand pun... murah kan? aku rajin borong banyak-banyak... kurma lain harga lagi murah...

meh layan gambar kurma yang sedap sekali ni.....



p/s ini pendapat personal je tau... setiap orang ada pendapat masing-masing.... Cerita menarik lain

9 Luahan Ikhlas:

:: Mrs.Eady :: berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

murah ye kak?kat sini belas belas paling murah..

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

murah... yg bertangkai semua rm10.50, yg yuta cuma rm9 rasanya.. mcm kurma safina cuma rm9.50 je dik.. kami suka sangat makan kurma sekarang ni pasal murah.. ;)

ummu aisyah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Salam Puan Ita,

Terima kasih di atas pandangan Puan, tetapi untuk pengetahuan Puan kurma-kurma yang diimpot tu MESTILAH disimpan di dalam peti ais untuk mengekalkan kesegaran buah tersebut. Sebab itulah kami menyediakan bilik sejuk yg besar dikedai kami untuk mengekalkan kesegaran buah tersebut.

Jangan serik berkunjung ke kedai kami, kami akan memberi diskaun yang menarik untuk Puan.

Taqabalallah hu minkum...

Terima kasih.

Hjh Hasmani Othman
Pengurus
Pasar Kurma, Kuantan

ummu aisyah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Salam Puan Ita,

Terima kasih di atas teguran dan pandangan Puan.
Untuk pengetahuan Puan kurma-kurma yang diimpot tu MESTILAH di simpan didalam peti sejuk untuk mengekalkan kesegaran buah-buah tersebut sebab itulah kami menyediakan bilik sejuk yang besar di kedai kami. Semua stok-stok kami memang segar dijamin kualitinya.

Janganlah serik berkunjung kekedai kami, kami akan memberi diskaun istimewa untuk Puan.

Terima kasih,

Hjh Hasmani Othman
Pengurus Kewangan
Pasar Kurma, Kuantan

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

salam hajah,
terima kasih sudi berkunjung ke sini... maaf atas pendapat saya tentang kurma yang tak berapa sedap dibaca tu kan..
insyallah saya akan ke kedai puan lagi terutama bila terbayangkan rempah beriani arab dan kurma ajwa (kurma nabi) yang terdapat di kedai puan..

salmohiddin berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

salam..
kak rozita..trima kasih atas info akak...saya nak cari kedai yang jual buah kurma...skarang dh x yah nk g servey...trus blh pegi je kedai yg akak syorkn... thanks skali lagi..

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sama-sama... semoga info akak dapat membantu semua orang...

Anis Firdaus berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tq share entry.... sy dkat nk bsalin..susah btl cari kurma...arini balik kerja bleh g cari kurma kt kdai yg puan syorkan ni la..hehe

Tanpa Nama berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Salam Hjh,

Sy nak bertanya jika Pasar Kurma ada menjual Kurma Ajwa dan Za'faran.Jika ada berapa harganya?

Terima Kasih