Follow my blog with Bloglovin

Rabu, 15 Ogos 2012

Majlis Berbuka Puasa

salam sejahtera semua,

aku nak cerita pasal berbuka free semalam... best! pasal tak payah masak... hehe...

sebenarnya perancangan berbuka puasa anjuran Jabatan ni dah lama diorang nak buat tapi semalam baru terlaksana...

menu makanan... alhamdulillah best dan sedap-sedap... ada nasi, lauk gulai kawah, ikan masak sambal, ayam goreng, acar dan ikan masin bulu ayam... ada juga kuih tembosa dan kuah bakar yang sedap (adik husna pun boleh makan sekali)....

alhamdulillah semua aturcara teratur dan sangat baik..... selepas makan aku mendaki pulak surau kat atas bukit sebab nak solat kat dewan tak boleh, nak ambik air sembahyang kena tinggal adik husna lak nanti pasal kena ambik air sembahyang kat dalam tandas... kalau surau boleh je dia duduk kat tepi tu kejap...

dah lama tak datang berbuka sama dengan staff kat sini pasal ada kejadian menyebabkan kami merajuk hati dulu... dulu-dulu lagi meriah dari sekarang ni... kalau dulu nak solat pun dah tak cukup ruang dewan  makmur tu... sekarang ni jumlah yang join dah makin kurang sampai meja kami duduk tu pun cuma kami je anak beranak...tapi alhamdulillah pengurusan sekarang lebih teratur jika dibandingkan dengan dulu...

korang layan je la gambar yang  ada ni ye.....


 ummi dengan adik dah bersiap nak pergi..adik pakai tudung raya..

 abg ngah control senyum... songkok raya tu...

pertama kali abg senyum ikhlas masa ita ambik gambar.. belakang tu pengarah tengah berucap...

 senyum manis abg long... mata dah jeling tembosa faberet dia...songkok raya juga..

antara juadah yang ada... alhamdulillah...


p/s boleh datang lagi pada ramadhan tahun hadapan....insyallah... Cerita menarik lain

5 Luahan Ikhlas:

ainnoraini berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

salam ramadhan..
dan selamat menyambut hari raya...

ieda berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

seronok iftar ramai2 nie kan
alor2 comelnya adik tuu bertudung ekeke

salam lebaran juga buat ita
mohon maaf sekiranya ada tersalah kata selama perkenalan kita ;)

aTy _faRed~ berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

abang long dah macam nak beraye dah..:)

selamat hari raye kak..semoge perjalanan pergi dan balik ke kampung selamat dan dipermudahkan..:)

Mooniqueen berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Jeles Nya? Ofis MQ selalunya ade buat berbuka tapi tahun ni takde pulak... Salam ziarah n follow u...

Selamat hari Raya maaf zahir Dan batin..

ANIM berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

selamat hari raya dari saya seisi keluarga. comeiiinya husna bertudung. kampung dah dekat ita...boleh e-mel alamat kg ke e-mel saya : hanim_rahmat@yahoo.com.my. manalah tau tersesat ke sana..