Socialize

Follow my blog with Bloglovin

Rabu, 29 Ogos 2012

tempat korang ada?

salam sejahtera semua,

saje aku tampal gambar ni?


eh ternampak pulak sampah yang tak masuk dalam tong sampah tu kan?

dan nak tanya.... tempat korang ada benda alah ni? bagi yang tak nampak sila klik gambar bagi besar ok....

tentu korang cakap takde kan?

pasal kat kuantan je ada LYNAS... hehe...

ke ada yang nak jawab... apa benda tu?

ok... buat pengetahuan korang yang tak tau... benda alah ni adalah alat mengukur kadar radiasi semasa di Kuantan... ketepatan dia aku tak pasti tapi alat dia dah dipasang sejak tahun lepas kalau tak silap aku bersebelahan dengan pintu masuk ke Ibu Pejabat Polis Pahang...

dan dah jadi kebiasaannya aku akan jeling ke skrin ni bila aku dalam perjalanan balik ke rumah....

tapi dah 2 kali bacaan yang tertera kat situ agak menakutkan....time aku lalu la..... tak sempat pulak nak snap buat bukti....

bacaan biasa aku selalu tengok adalah 127 ke 132 errr aku lupa la bacaan dia apa... esok aku update ek...

tapi bacaan yang aku kata menakutkan ni berlaku sebelum puasa... masa Sukma hari tu... bacaan dia 145...
aku agak keadaan ini desebabkan peningkatan kenderaan yang datang ke Kuantan.... dan hujan....

tapi bacaan yang tertera 2 hari lepas lagi menakutkan..... nak tau berapa? 172 tau! waaa... seram aku fikir.... bila fikir balik kenapa ye... mungkin juga kadar kenderaan tinggi di samping penggunaan kenderaan yang besar-besar bagi latihan perarakan sempena Hari Kebangsaan.... tapi semalam pun ada latihan tapi kenapa pulak tak tinggi mana pun...cuma 135 je..... sekali lagi aku fikir hujan mempengaruhi.... hari isnin lepas hujan memang lebat disertai dengan ribut....

ke memang ada pengaruh lain?... ada sesiapa yang pandai pasal hal ni boleh terangkan kat aku? lagi satu aku nak tau berapa eh kadar selamat untuk penduduk? aku try cari cuma dapat INI dan INI je....

kat sini pun ada data lebih lagi pasal pemantauan ni.. Lembaga Perlesenan Tenaga Atom..

kalau nak tau pasal radiasi boleh baca sini juga... dan SINI  jugak...

p/s apa kesan kalau makin tinggi ye? tolong la bagi tau pada yang serius nak tau ni.... tetiba je terlalu dan baca pasal Panduan pengendalian bahan radioaktif dalam pengajian sains sekolah-sekolah menengah... huhu... masa sekolah dulu tak tau pun... Cerita menarik lain

1 Luahan Ikhlas:

:: Mrs.Eady :: berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sini takde pun...ke tak perasan??