Follow my blog with Bloglovin

Ahad, 30 September 2012

Jadi lah!

Salam sejahtera semua,

Akhirnya blueberry buttercake aku menjadi! Yeay!

Jom layan gambar....bertingkat tu pasal aku tingkatkan baki yang terlekat kat loyang tadi...hahaha...ada gak silap kan...hehe...1st timer kan?
Adat la tu....

p/s yang penting family suka...dah tinggal separuh je dah tu...leh buat selalu ni... ;)



rendang vs blueberry buttercake

salam sejahtera semua,

hari kita layan menu raya di hari minggu...jemput makan semua...



aku tengah berdebar tunggu kek tengah masak ni...jadi tak kek aku ni agaknya ye?

p/s faiz.....aku memang tak leh berhenti membaking laaa.....hahaha...sudah sebati dalam jiwa daaaa...

Sabtu, 29 September 2012

Bubur Cha-cha ke Pengat Keledek Ni?

Salam sejahtera semua,

Korang tengah buat apa tu...? Aku tengah bersantai dengan anak-anak ni...senyap bebudak ni tengok cerita sayang ika kat tv1...

Eh bukan tu yang aku nak cerita...tapi pasal makanan yang aku buat pagi ni...
Untuk sarapan tadi aku masak mee goreng basah je..janji perut kenyang kan..

pastu semalam aku ada beli keledek, berangan nak buat pengat...
Jadi masa buat sarapan tadi lagi aku dah sibuk rebus keledek..sagu...pastu sambil siapkan pengat ni...beria sangat nak makan tapi sibuk dengan anak-anak tadi tahan dulu niat nak makan...

Buat pengetahuan korang...ni pertama kali aku buat pengat ni...tapi hasilnya...hehe...not bad...puji diri sendiri la pulak...

Untuk korang meh layan gambar je la ye...hehe...



p/s berangan nak buat blueberry buttercake...agak-agak jadi tak?

Jumaat, 28 September 2012

PEMBENTANGAN BAJET 2013

salam sejahtera semua,

pembentangan bajet 2013 akan dibentangkan sebentar saja lagi....

ada debaran untuk kakitangan awam?

jom dengar.... kot-kot yang kontrak tu boleh serap terus dah....

leh pergi sini...


dan boleh jugak dengar live kat sini....



lepas tu boleh jugak dapatkan salinan teks ucapan PM nanti pada 28 September 2012 jam 5.30 petang di Lobi, Blok Tengah, Kementerian Kewangan, Persint 2, Putrajaya.


Menu Kaya Zat Best

salam sejahtera semua,

hari ni dapat satu artikel yang best untuk menu anak-anak...

lepas ni aku kena lebih rajin memasak.... boleh ke???


Secara umumnya, kanak-kanak perlu makan sekurang-kurangnya dua atau lebih hidangan yang kaya dengan zat besi setiap hari untuk memastikan bekalan zat besi dalam tubuhnya mencukupi. Akan tetapi, ramai ibu bapa masih samar tentang apakah makanan yang kaya zat besi.

Bayi yang baru lahir biasanya mendapatkan zat besi sepenuhnya daripada susu ibu. Namun, setelah berusia di antara empat hingga enam bulan, bayi perlukan lebih banyak zat besi. Oleh itu, mereka perlu dapatkannya daripada makanan pejal yang diambil setiap hari.  Jadi, adalah menjadi tanggung jawab ibu bapa memberi anak-anak mereka makanan yang kaya dengan zat besi secukupnya.

Antara makanan kaya zat besi ialah:

Hati
Daging merah tanpa lemak
Makanan laut seperti tiram, salmon, udang dan tuna.
Kekacang
Sayuran hijau seperti bayam dan brokoli
Tauhu
Ayam
Kuning telur
Buah-buahan kering seperti kismis, prun, kurma dan aprikot
Tahukah anda:

Selain berfungsi membentuk sel darah merah yang normal, zat besi memainkan dua lagi  peranan penting dalam tubuh manusia iaitu membawa oksigen masuk ke dalam darah dan membawa oksigen ke dalam sel-sel tubuh. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia. Anemia boleh menyebabkan keletihan, kegagalan fungsi jantung dan menjejaskan fungsi otak. Kanak-kanak anemia juga kurang fokus dan kurang berminat untuk melakukan aktiviti yang memerlukan dia menggunakan mindanya. sumber dari SINI..

p/s kalau abg long tu udang jeee dia makan.... letih...

Khamis, 27 September 2012

Jadilah insan yang lebih memahami...

salam sejahtera semua,

tadi aku ada baca entry dari blog ni ... betul-betul buat aku yang makin jauh dari rutin mengepam untuk adik husna ni tersedar... terima kasih kawan...sangat tabik dengan korang yang masih berusaha sekuatnya...

lepas ni kena rajin-rajinkan diri lebih lagi untuk adik husna... walaupun banyak dugaan yang mendatang...

selalu bila susu ibu berkurangan.... orang akan mencadangkan macam-macam booster untuk si ibu makan dan minum... tak kurang juga petua-petua dan doa... aku sendiri pernah tulis entry macamni... tapi kita kena faham... walau sebalang atau bertan-tan... atau segantang booster tu dimakan tapi kalau individu itu sendiri sedang mengalami stress yang amat hebat dalam dirinya sendiri....satu pun tak guna tau....

si ibu akan terus panik! selalu jadi macam tu kan? dan si suami lagi la bertambah panik.... atau biasa-biasa aje?

ada 2 situasi akan terjadi....

bila suami sama panik.... biasa isteri akan lebih stress... yang mana akan mengurangkan produktiviti susunya...

kedua pulak bila suami buat biasa dan tak kisah sangat... si isteri akan lebih stress ok... yang mana si isteri akan rasa suami langsung tak ambil kisah tentang perkembangan anaknya... juga akan menyumbang pada pengurangan produktivitinya.....

jadi apa suami perlu buat???

haaa... ini dia penyelesaiannya... suami kena ambik berat tapi jangan terlampau panik dan cuba untuk tenangkan isteri anda ok... lebih baik lagi belanja isteri bercuti tempat best-best dan bagi dia sikit ketenangan supaya boleh balik semula mood untuk mengepam dan menghasilkan susu yang banyak untuk anak anda...

itu juga apa yang saya selalu buat... bila susu agak merundum.... saya ambik cuti dan luangkan masa dengan anak.. ini akan jadikan saya lebih tenang... ;)

bila bekalan susu masih tak mencukupi dan kerja anda tak mengizinkan anda untuk kerap bercuti.... takpe... sekali lagi jangan panik ok!

cuba cari mana-mana penyelesaian yang lain.... dan ketahuilah tak semua ibu yang menyusukan anak mereka sehingga 2 tahun penuh tanpa ada satu masalah yang melanda pun.... semua ni dugaan Allah nak menguji sejauh mana iman kita dalam menghadapi masalah untuk membesarkan anak-anak kita...

apa penyelesaian yang mungkin?

haaa... yang ni best nak jawab....

1) anda boleh cuba alternatif ini... cuba cari ibu susuan yang boleh sumbangkan susu untuk anak anda sekurang-kurangnya sehingga anda boleh cover semula penghasilan susu anda dan penyimpanan stok susu anda....ini sangat bagus sebab anda masih boleh bagi susu manusia pada anak anda...boleh cuba rujuk Kump. Ibu Menyusukan ini jika nakkan info... ramai yang sudi menolong ;)

2) anda juga boleh cuba bagi susu formula pada anak anda... yang ni sangat mudah.. boleh dapat di mana-mana.. tapi awas... ada bayi yang akan menunjukkan tanda allergik pada susu lembu... (terjadi pada anak saya yang kedua)... jadi hati-hati dalam memilih susu sesuai dengan kondisi anak anda... jangan hanya terpedaya dengan iklan ok.. kerana susu yang mahal tak semestinya bagus ok! dan juga susu yang bagus untuk anak orang lain tidak semestinya bagus untuk anak anda...
ini juga boleh sebagai alternatif sementara anda mengembalikan stok susu anda semula... tapi jangan pulak bagi 100% susu formula... campurkan rutin susu anda dengan susu formula...
jika mula dengan susu anda pada waktu pagi sesi kedua pula boleh bagi susu formula... selepas itu ulang dengan susu ibu... dan seterusnya...

yang penting jangan stress jika tak dapat menghasilkan susu secukupnya untuk anak anda... (nasihat dari orang yang pernah menangis kerana hal ini)....setiap rezeki untuk anak itu ada... dan telah ditentukan sebaiknya...dan kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan.... walau sebagus mana pun peralatan yang anda gunakan ianya tidak akan banyak membantu jika mentality kita sendiri tidak membantu....

p/s eh... nape pulak aku formal sangat petang-petang hari ni woi... wahai ibu-ibu jom mengepam!

Rabu, 26 September 2012

Makin besar...

Salam sejahtera semua,

Meh tengok perkembangan cendawan hari ni....

p/s abg long sama tak sabar jugak ni...hari-hari tanya "dah jadi ke cendawan ummi tu" =]


Selasa, 25 September 2012

Dah mula berhasil!

Salam sejahtera semua,

Tanaman cendawan dah mula berhasil....hehe...

Ingat tak hari tu aku kata kena tunggu sampai 10 hari baru leh bukak tutup dia?

Tapi disebabkan rasa tak sabar maka aku bukak tadi...

Yang lawaknya sebab aku geli geleman tengok tunas cendawan tu aku tutup balik dan suruh shah bukak pulak...hehe.. gila ko meremang bulu roma aku ni tau!

P/s tapi sempat lak snap gambar nak tunjuk kat korang ;)



Doa untuk anak yang nakal

salam sejahtera semua,





DOA Untuk Anak Nakal dan Hyper

by LayarMinda on Tuesday, 23 November 2010 at 23:57 ·
Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga. Ini memang tidak dapat dinafikan, selain usaha-usaha yang perlu kita ambil. Segala kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

1. Amalkan membaca baca 'Ya Latif' sebanyak 7 kali dan dihembuskan kekepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.

2. Kita perlu banyak bersabar dalam usaha-usaha kita menangani anak-anak zaman sekarang yang begitu aktif. Kita perlu pujuk bukan marah.

3. Baca al-Fatihah, Baca surah Taha ayat 1- 5.

Kemudian baca doa NABi DAUD sebanyak 3 kali -

"YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA) SEBAGAIMANA ENGKAU  LEMBUTKAN NABI DAUD AKAN BESI"  dan hembuskan pada makanan atau minumannya.

4. Untuk suri rumah yang sedang memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

5. Ini diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini Insya-Allah adalah doa pelembut hati.


Tambahan INFO:

Jangan galakkan anak pakai baju warna oren. Dari psikologi warna, warna oren boleh merangsang secara aktifnya tindak-tanduk anak dan akan menjadi hyperaktif.

 Sumber : ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA 

http://www.facebook.com/note.php?note_id=163452530356884&id=119355758077436

p/s kena perhatikan juga sumber rezeki yang diberikan pada anak-anak...

Isnin, 24 September 2012

Pelik kan?

Salam sejahtera semua,

Korang tengok buah ni pelik tak?

Anak-anak takut nak makan...hehe..rezeki ummi dia la kan...

P/s org tua kata kalau makan buah kembar nanti leh dapat baby kembar..eh...nak baby lagi ke? ;)



Ahad, 23 September 2012

Kuih bakar lagi...

Salam sejahtera semua,

Hujan-hujan ni best buat makanan kan? Ke best makan-makan....? Eh? ;)

Kali ni aku buat kuih bakar lagi...tapi kali ni aku try tukar santan segar pada santan kotak...dah itu je pun yang ada kat umah ni...

Biasalah la kan kalau tak cuba-cuba bukan ita namanya...

Tapi pendapat aku la...mungkin ini kuih kampung maka tak sesuai langsung la letak santan kotak ok...sangat tak sedap rasanya...takde rasa lemak langsung...untk cubaan lain kali mesti pakai santan segar ok..

Jom layan gambar...

P/s baru bangun tido ni...konon tidokan anak..dengan ummi dia sekali tertido..carik nasi lak lapo...



Sakitnya hati...

Salam sejahtera semua,

Korang tengok berita tak?

Aku tengah hadap tv7 ni...ada lagi orang buang janin...

Hangin betul...

P/s bila bulan 9 je...ade je buang anak...macam tu gak kalau bulan 4@5...memula tu anak thn baru..satu lg anak merdeka konon....apa la nak jadi diorang ni!!!!!


Sabtu, 22 September 2012

Jom jalan!

Kami nak berjalan-jalan ke pekan....jom join...

Kami nak gi tinjau muzium yang ada kat pekan tu...macam best je tengok masa lalu aritu....

P/s perut dah kenyang...leh jalan-jalan...


Jumaat, 21 September 2012

Puding raja pekan

Salam sejahtera semua,

Saje nak menayang gambar ni kat korang?

Korang ada?

Hehe....layan gambar je la ye....
Gambar ni pun aku ambik masa jamuan raya baru ni....

Kalau sesiapa teringin leh dapatkan kat pasar tani kuantan setiap hari ahad...rm8 je sebekas...

P/s aku? Makan free je la mampu...


adik dah besar...

salam sejahtera semua,

dah gi solat? belum? gi solat dulu... pastu singgah sini balik ye?

nak cerita pasal adik husna pulak hari ni...

adik dah makin besar dan pandai macam-macam...

2-3 hari ni kesihatan tak menentu je... dia asyik dedar-dedar je badan dia... nak tumbuh gigi dan selsema sekali....

gigi taring kot nak tumbuh....nampak merah dah kat gusi dia tu....

sekarang ni adik husna dah pandai nak memapah...memana tempat dia nak try... letih kita mengawalnya...



dah pandai duduk juga...



comel kan?

p/s abg long kata bila adik dah boleh jalan kita kena panggil dia kakak pasal dia dah besar.... adakah itu tandanya dia nak adik lagi? kwang...kwang..kwang.....

dah elok dah... tak perlu tukar

salam sejahtera semua,

akhirnya tv kami yang rosak tu dah elok dah pun... melayang RM180 sekali dengan upah ambik dan hantar....

mujur sikit je kan...ye la kalau nak dibandingkan dengan beli tv baru....

lega sikit..... kalau tak budak kaki tv (abg long) sangap dah takde tv ni...

belum lagi asyik berperang je adik beradik...

p/s nak tengok cerita faveret (sirrun) pun dah boleh dah...hahaha...

Khamis, 20 September 2012

Belajar tanam ke belajar membeli ni?

salam sejahtera semua,

janji nak cerita pasal tanaman kat korang kan?

dengan sedihnya aku nak cerita gambar aksi-aksi yang menarik menanam semalam telah terpadam la pulak... sedih woo... gigih aku ambik gambar semalam... alih-alih terdelete... aduhai...

ini je gambar yang tinggal....

abis je sesi pertama pasal tanaman herba semalam ada sesi demo dan jual anak pokok... tapi aku tengok rata-rata dah tak minat nak tengok demo tu pun... semua dah sibuk memilih nak beli pokok mana.....

aku pun sama...hik..hik...

ini yang aku dapat sambar masa sesi pertama....




pokok kari, jarum bilah, daum kesum (ni pun nak?...orang bandor)....pokok kaduk dan pokok sabung nyawa... semua ni baru RM13 je...

pastu sesi kedua pulak ada belajar cara tanam cendawan... menarik ni... langsung semua benda tak tau....

last-last berjaya jugak aku belajar mengisi media dalam plastik... susah tu... aku nak siap 1 je dekat 5 minit...akak yang demo tu tak sampai seminit...pro tu...

nak tau apa aku berjaya sambar pulak kali ni.... hahaha.... ni dia....


psssttt...akak tu bagi preee je kat i yang ni tau... dia kata tak jual pasal yang ni demo punya tapi aku yang sibuk-sibuk nak.... adeeeehhh...

dan yang ni pulak....


menarik kan? yang ni kami nak tunggu lepas 10 hari untuk buka tutup muncung dia yang hitam tu... lepas 3 hari boleh tuai hasil.... so... ada sesiapa nak makan sup cendawan freee? meh datang rumah dalam hari Selasa atau Rabu (2 dan 3 oktober ni) insyallah kami tuai hasil...ceh mengharap....

pssssttt lupa nak bagitau... aku drive sendiri gi kursus ni... (setelah sekian lama...last bila eh aku bawak keta jauh2 camni?) 2-3 kali shah tanya boleh ke sayang bawak ni... hehehe... dia tak tau minah rempit bini dia ni...

p/s harapnya semua pokok ni hidup dengan jayanya la kat rumah aku ni....

edisi khas.. pasal Restoren Belangkas Mahkota lagi..

salam sejahtera semua,

dah selamat makan tengahari?

jadi boleh aku cerita pasal makanan kan?

di entry ni dulu aku ada cerita pasal makan-makan kat Restoren Belangkas Mahkota di Kota Tinggi (daerah kelahiranku)...

ada ramai yang email dan tanya kat mana sebenarnya lokasi kedai ni....

ok kat sini aku nak cerita detail sikit ye....

kalau korang sampai kat Kota Tinggi tu mesti korang lalu area bandar dia kan? tak kira la dari johor bahru ke dari kluang ke... cuma kalau korang dari mersing arah dia ni terbalik sikit....gambar-gambar ni aku ambik masa aku balik beraya ke kota tinggi bulan lepas...

ini aku bagi dari arah bandar Kota Tinggi ok... dari menara jam Kota Tinggi kat depan Maybank tu...

lepas je menara jam tu korang akan jumpa stesen minyak Shell yang besar... lepas dari stesen minyak tu korang jumpa jambatan...perhatian ok ini jambatan pertama dari bandar... kalau korang dah jumpa jambatan kedua...sila patah balik pasal dah terlepas dah tu....

lepas jambatan pertama yang ni....


ni aku intai restoren dia dari lepas jambatan.... haaa... nampak tak kat celah tu...? amboi kalau celah laju je tengok...


korang akan jumpa pulak stesen minyak yang ni....



masuk terus ke simpang tu... maknanya sebelum nampak jambatan tu bawak slow la sikit... lepas je sikit jambatan terus masuk ke simpang stesen minyak belah kiri.... dan lepas tu korang masuk je simpang kiri yang pertama pulak... yang ada orang park keta tu...terusssss.... masuk parking restoren ni... senang kan? ok sila la pergi ya... tapi harap maklum... sila datang sebelum pukul 2 petang sebab kalau lepas jam tu aku tak jamin makanan atau tuan kedainya ada lagi tak di kedai tu ye.... sangat laris ni woooo...

p/s teringin nak makan belangkas... petang kang gi cari tepi sungai jom.. kot-kot la ada... kat sini diorang jual cuma RM2 je seekor...berbaloi-baloi...

Ubi rebus pulak!

salam sejahtera semua,

semalam aku dah tayang cendawan masak bening kan?

ada yang semalam terus pegi beli cendawan atau aim nak masak bila balik keja ni.... hahaha....

ada belen lagi kat rumah semalam dan aku tapau buat makan tengahari ni kat tempat kerja... jimat....

malam semalam pulak dengan gigihnya aku merebus ubi... tapi disebabkan adik husna sibuk dan nak tidur maka tak sempat nak makan....

pagi ni adik husna meragam sikit... badan dia ada suam-suam kuku sikit... gusi dah merah-merah... maka aku tak boleh nak bergerak ke mana-mana pun... shah siapkan semuanya...(eh alasan... bukan memang selama ni camtu pun ke?...eh..eh...)

pastu bila aku ke dapur tanya shah..

aku : abang nak bawak bekal?

shah: dah siap pun ubi dengan sambal abang isi atas meja....

dalam hati aku, berbunga-bunga tau suami suka bawak bekal apa yang isteri masak...mekasih bang....ini yang buat rajin nak gi belek buku kak liza ni....hahaha....


ni haaa bekal aku... sekali tinggal sikit daaaa baru ingat nak ambik gambar.... best wooo hujan-hujan ni....

p/s malam ni kita buat steamboat tomyam nak bang? petang ni kita singgah kat kedai MO Frozen kat jalan wong ah jang tu...

aku hampir tak percaya...

salam sejahtera semua,

tengok tajuk tu...  nampak....?

aku nak cerita pasal ni....


nampak siapa yang komen tu.....?

kat entry SINI tau..... bila kak liza komen je hati berbunga-bunga dan rasa jam-jam ni jugak nak balik bukak buku resepi tu tengok apa yang boleh dimasak hari ni... hahaha....

itu pun kalau anak-anak tak buat ragam la kan....

sejak aku beli buku ni.... memanjang je buku ni ada kat rak tingkat atas tu... elok je dia kat situ... pasal belum ada masa nak belek-belek resepi yang boleh buat pun...

ditambah pulak dengan rumah aku ni yang dapurnya ala-ala tukang masak bidan terjun... korang nak apa je bahan... sebut je la.... pendek kata semua takde.... hahaha... itu tandanya aku masak main campak dan taram je tau....

kalau korang yang jenis makan nak semua rasa ada dan cukup, sila jangan datang rumah aku.... hihi... gurau je tu... ayat sebenar.... sila bawak makanan siap dimakan sendiri-sendiri ye....

Perhatian...kami dah tukar!

salam sejahtera semua,

untuk pengetahuan kawan-kawan serta keluarga yang dekat dan jauh semua...

kami sekarang ni dah selamat bertukar dari menjadi pengguna "TEGAR" CELCOM selama lebih 12 tahun yang lepas....

sekarang ni untuk pengetahuan semua kami dah bertukar kepada MAXIS ye.....



ini semua kerana....bayaran pelan yang aku rasakan agak kurang berpatutan... (aku masih dengan plan yang lama-lama dulu) dan juga khidmat iklan yang "agak berlebihan" di talian celcom... aku dah jadi hilang sabar....

memula dulu aku ada buat report ke celcom center... pastu apa diorang kata... mana message yang aku nak buat report tu? dari nombor mana? bila aku cakap iklan selalu datang dari no 6**** tapi diorang nak bukti gak... bukti aku dah delete pasal taknak memenuhkan ruang kat hp aku yang ciput ni...

pastu dia cakap pulak kalau dapat message lagi simpan message dari nombor tu untuk rujukan nanti...huk alah... banyak tu... kalau seminggu aku dapat dalam 5 sms tak ke penuh memory phone aku ni wei... dah la micro SD aku tu kecik je... belum lagi gambar anak-anak yang banyak nak kena simpan dalam tu kan....eh..eh...

pastu memula aku simpan la jugak... tapi bila nak ke center je pun sekian masalah... bila call pun masih takde tindakan.. akhirnya aku pasrah... CELCOM memang tak nak aku jadi pelanggan dia dah....agaknya la kan? ke korang pelanggan CELCOM memang dapat sms sama cam aku gak?

pastu bila aku nak shift ke MAXIS dia offer lak rebat RM10 setiap bulan sampai 6 bulan... maka aku yang mata duitan ni pun langsung setuju... hahaha... jangan marah ye adik azah......

p/s pengumuman ini penting untuk kawan-kawan yang sentiasa menghadkan kredit limit mereka untuk sms dan call... (ye la dari telco yang sama murah sikit kan?...)

Rabu, 19 September 2012

Sedapnya...

Salam sejahtera semua,

Bila dah gi kursus tanam cendawan kan....haruslah balik pun kena makan cendawan gak...

Alhamdulillah ada rezeki tadi...dapat la sikit bawak balik buat masak air...

Pasal cendawan sikit kena tambah segala macam yg ada...kentang..tauhu kering...sohoon je yang takde...
Nak bagi kick sikit aku tambah sambal tumis....

P/s kang nak rebus ubi pulak...makan ubi dengan sambal tumis pulak....ada yang terliur?


Selasa, 18 September 2012

Bahaya betul

Salam sejahtera semua,

Ada kemalangan kat lampu isyarat kat yayasan pahang tadi...

Motor langgar motor....yang sebiji ex5  tu betul dah keluar simpang jalan dia tetiba pulak ada ego keluar dari jalan lurus dan langgar lampu merah terus langgar budak ex5 tu...teruk ex5 tu...tertanggal tayar...

p/s cuba la bawak bersabar


cuba teka...

salam sejahtera semua.

apa yang tak kena dengan gambar ni?

meh teka meh...

p/s kesian anak aku... kena gigih ajar dia lagi ni...



hari inovasi di kuantan

salam sejahtera semua,

lama tak menulis.... haaa... ambik ko... berderet post....

kali ni aku nak cerita pasal hari inovasi yang berlangsung minggu lepas di kuantan....

sebenarnya niat di hati nak bawak anak-anak beriadah je sebenarnya... selepas rutin kami melawat ke sini...


mana lagi kalau bukan ZOO Teruntum..

pastu kami pun... pusing-pusing... ronda-ronda ke MegaMall Kuantan... ada hari inovasi dengarnya...

bila sampai situ tengok macam takde sambutan sangat pun....

tapi ada banyak barang yang menarik sebenarnya...

macam ni....


dan ni....


tengok pulak bakal jurutera ni (insyallah)... sibuk jugak dia nak menerai....



pastu tau apa yang aku bawak balik....?

ni ha........


benih cili bangi....

harap-harap kali ni boleh panjang umur... tak macam pokok yang sudah-sudah yang akhirnya jadi baja je....

p/s beriadah bersama keluarga ni tak semestinya kena jalan jauh-jauh dan abiskan duit banyak-banyak...


aktiviti minggu lepas

salam sejahtera semua,

nak cerita aktiviti minggu lepas ni....selain dari makan free kat rumah terbuka je kerjanya ada cerita menarik gak ni....

dijadikan cerita aku ada perlawanan bowling hari sabtu lepas... ( huhu cam terrer je main kan...)

main tak pandai pun... asyik ke longkang je... puas la jurulatih ngajor.... "aim the arrow, not the pin" tapi  aku  manjang je "aim the longkang" alahai... camne tu?

pastu konon-konon nak belajar la kan.. maka jadilah aktiviti berlatih main bowling bagi ummi yang dah cuti dari sejak melahirkan abg ngah lagi ni ha.... lama tu tak main bowling ni....



sudahnya... nak pilih bola sesuai je pun dan makan hari tu... setengah game dah tapi asyik nooo tukar bola je sudahnya.... letih kan? shah lagi letih tau melayan aku....

tu belum lagi masuk anak-anak buat perangai... aku main kat premium lane kuantan... kat situ pulak ada satu lane bebudak punya (ala bowling game bebudak yg kecik cenonet tu je)... mula la bebudak 2 orang tu sibuk nak ajak main kat situ...



bising-bising kata bola besar tu berat... tu belum lagi dia gi angkat bola bowling yang  berat tu sendiri (takde keja orang lain ni..abg long punya keja)...



belum cerita lagi bila nak baling bola...diorang pakat-pakat duduk belakang reramai... aduhai... letih.... nak ngelak anak lagi... mana la ummi ko ni nak terrer main nak oiii... ceh..salahkan anak pulak kan?...

haaa... aku lum cerita pulak bila adik husna tak nak duduk dalam stroller lagi kan? lagi gamat woo... lepas aku baling kang..dukung husna... pastu shah baling lak... pastu bila turn aku kang shah pulak dukung... ada ke pemain profesional buat gini? cer cerita sikit?... hahaha... kompom balik letih gila... toksah cakap la...



lastnya.... aku main gak hari sabtu lepas... nak tau apa resultnya... hehe... nanti aku update gambar ek...
x nampak kan? aku saje je bg x nampak... hahaha...

cerita best ni....

walaupun belum keluar result... aku dah cabut dulu pasal nak ambik anak kat taska pukul 1 lebih tu...tapi aku leh dapat rasa dah...kami JUARA tu... tapi dari bawah la... hahaha....

mana taknya.. main bertiga.. game 1 dapat la seratus lebih....game 2 dapat gak dua ratus lebih... game 3 baru nak merangkak 307... sedih kan? lambat warm up...

apa pun..azam baru ni... ingat nak ajak shah main 2 kali sebulan ke..asah bakat... mana tau leh lawan shalin esok-esok kan....hehehe...harap....

p/s eleh... aku tengok org yg bawak bola sendiri pun abis 1 game tak sampai pun seratus dapat...kira sama level cam aku yg baru belajar ni kan...kan...kan...?

Rabu, 12 September 2012

Putu Bambu Sedap di Kluang

salam sejahtera semua,

korang semua sihat hari ni? aku alhamdulillah sihat di samping jamuan raya yang ada hari-hari di sini... jauh lebih sihat tentunya kan? hehe...

hari ni aku nak cerita pasal Putu Bambu.... ada yang tak kenal putu bambu tu apa?

ok putu bambu ni adik beradik dengan putu piring jugak la... juga sedap macam putu halba yang hanya boleh dapat kat kelantan...

kalau dulu memang shah kena redha je dengan kegemaran aku yang suka sangat makan adik-beradik putu ni.... tapi hanya putu dibuat di johor jadi kegemaran aku..... pasal yang ada di kuantan ni tak menepati citarasa sangat.... kenapa? orang yang biasa makan putu dia tau kenapa...

kalau kat johor putu bambu dia siap-siap dah golek dengan kelapa parut tapi kalau di kuantan ni di letak kat tepi je dan ada pulak gula pasir sejemput kat situ sekali... itu yang paling aku tak berkenan tu....

masa baru-baru kawin dulu kalau kami balik johor ada sorang mamat yang jual putu bambu kat simpang keluar dari mersing nak ke nitar... putu dia memang marveles la... tak sah kalau tak singgah beli... sekarang mamat tu dah takde.. taktau kat mana dia berjual dah sekarang ni...

tapi sekarang ni kalau aku balik kluang ada tempat dah nak beli putu bambu sedap ni... pertama kat sini...
Putu Bambu Taman Intan...

memang sedap betul dia buat... sekejap je anak-anak abiskan sebekas rm2 tu... rm2 ada 6 biji... sesiapa yang terlanjur lalu kat taman intan kluang tu leh la singgah... gerai diorang ni dekat dengan kawasan lapang belakang giant taman intan tu...

tempat kedua kalau takde kat taman intan tu boleh singgah kat sini pulak... alamak gambar takde la pulak...
kat batu 4 kluang... taman apa ye tempat tu yang ada stesen esso sekali dengan marrybrown tu... aduhai nama taman lupa pulak... tua dah aku ni... gerai ni kat area parking depan deret kedai runcit... masuk je simpang lepas caltex tu dia dorang je jual putu bambu...

tapi kalau korang sampai kluang atau air hitam.... tak payah singgah sini pun tak pe la...

pasal aku rasa tak berbaloi.... ini pendapat aku dan family aje tau... kualiti dia tak sebagus yang diwar-warkan... dah la harga dia mahal... pada aku tak special mana pun.... tapi kalau dah nama pencinta putu bambu kan... tak sedap pun abis gak....hahaha....


p/s kalau ada sedara mara keja kat situ jangan bagitau diorang ye.. karang kata aku tutup rezeki orang pulak kang....