Follow my blog with Bloglovin

Khamis, 20 September 2012

Belajar tanam ke belajar membeli ni?

salam sejahtera semua,

janji nak cerita pasal tanaman kat korang kan?

dengan sedihnya aku nak cerita gambar aksi-aksi yang menarik menanam semalam telah terpadam la pulak... sedih woo... gigih aku ambik gambar semalam... alih-alih terdelete... aduhai...

ini je gambar yang tinggal....

abis je sesi pertama pasal tanaman herba semalam ada sesi demo dan jual anak pokok... tapi aku tengok rata-rata dah tak minat nak tengok demo tu pun... semua dah sibuk memilih nak beli pokok mana.....

aku pun sama...hik..hik...

ini yang aku dapat sambar masa sesi pertama....




pokok kari, jarum bilah, daum kesum (ni pun nak?...orang bandor)....pokok kaduk dan pokok sabung nyawa... semua ni baru RM13 je...

pastu sesi kedua pulak ada belajar cara tanam cendawan... menarik ni... langsung semua benda tak tau....

last-last berjaya jugak aku belajar mengisi media dalam plastik... susah tu... aku nak siap 1 je dekat 5 minit...akak yang demo tu tak sampai seminit...pro tu...

nak tau apa aku berjaya sambar pulak kali ni.... hahaha.... ni dia....


psssttt...akak tu bagi preee je kat i yang ni tau... dia kata tak jual pasal yang ni demo punya tapi aku yang sibuk-sibuk nak.... adeeeehhh...

dan yang ni pulak....


menarik kan? yang ni kami nak tunggu lepas 10 hari untuk buka tutup muncung dia yang hitam tu... lepas 3 hari boleh tuai hasil.... so... ada sesiapa nak makan sup cendawan freee? meh datang rumah dalam hari Selasa atau Rabu (2 dan 3 oktober ni) insyallah kami tuai hasil...ceh mengharap....

pssssttt lupa nak bagitau... aku drive sendiri gi kursus ni... (setelah sekian lama...last bila eh aku bawak keta jauh2 camni?) 2-3 kali shah tanya boleh ke sayang bawak ni... hehehe... dia tak tau minah rempit bini dia ni...

p/s harapnya semua pokok ni hidup dengan jayanya la kat rumah aku ni.... Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: