Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 28 September 2012

Menu Kaya Zat Best

salam sejahtera semua,

hari ni dapat satu artikel yang best untuk menu anak-anak...

lepas ni aku kena lebih rajin memasak.... boleh ke???


Secara umumnya, kanak-kanak perlu makan sekurang-kurangnya dua atau lebih hidangan yang kaya dengan zat besi setiap hari untuk memastikan bekalan zat besi dalam tubuhnya mencukupi. Akan tetapi, ramai ibu bapa masih samar tentang apakah makanan yang kaya zat besi.

Bayi yang baru lahir biasanya mendapatkan zat besi sepenuhnya daripada susu ibu. Namun, setelah berusia di antara empat hingga enam bulan, bayi perlukan lebih banyak zat besi. Oleh itu, mereka perlu dapatkannya daripada makanan pejal yang diambil setiap hari.  Jadi, adalah menjadi tanggung jawab ibu bapa memberi anak-anak mereka makanan yang kaya dengan zat besi secukupnya.

Antara makanan kaya zat besi ialah:

Hati
Daging merah tanpa lemak
Makanan laut seperti tiram, salmon, udang dan tuna.
Kekacang
Sayuran hijau seperti bayam dan brokoli
Tauhu
Ayam
Kuning telur
Buah-buahan kering seperti kismis, prun, kurma dan aprikot
Tahukah anda:

Selain berfungsi membentuk sel darah merah yang normal, zat besi memainkan dua lagi  peranan penting dalam tubuh manusia iaitu membawa oksigen masuk ke dalam darah dan membawa oksigen ke dalam sel-sel tubuh. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia. Anemia boleh menyebabkan keletihan, kegagalan fungsi jantung dan menjejaskan fungsi otak. Kanak-kanak anemia juga kurang fokus dan kurang berminat untuk melakukan aktiviti yang memerlukan dia menggunakan mindanya. sumber dari SINI..

p/s kalau abg long tu udang jeee dia makan.... letih...
Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: