Follow my blog with Bloglovin

Khamis, 25 Oktober 2012

Aku memandu?

salam sejahtera semua,

ececece.... tajuk tak ingat kan? hahaha......

jawapannya YA.... setelah bertahun jadi mem duduk sebelah je dan hari ini aku memandu ke tempat kerja....

tapi boleh la kan pasal hari ni ramai yang cuti... jalan pun lenggang je....

apa pun terjadi aku berjaya hantar anak-anak ke taska yang buka cuma untuk separuh hari... dan akhirnya memandu ke tempat kerja.... dan berhenti isi minyak... boleh pulak minyak nak merah masa ni kan....

mesti korang nak tanya kenapa aku yang drive pulak kan? apa? taknak tanya? ala tanya la... tanya la....

ok disebabkan korang dah tanya.... (aku terdengar suara2 halus kat telinga ni suruh bagitau...hehe..)

maka aku kena cerita la kan?

shah balik kampung hantar motor pasal dia nak berulang kerja sabtu ahad ni dengan motor je... jadi aku kena la bawak kereta sendiri ke tempat kerja hari ni....

perasaan? huhu.... gigil la jugak.... mana taknya... dah bertahun lesen aku tu keja renew je tau.... bawak kereta...haram.... dekat2 ada la... tapi itu tak aci ok...

ok la nak sambung keja ni.... mata aku ni ala-ala kena gam je dah ni.... mengantuk gila! malam tadi kami sampai rumah pukul 12 malam... bukan pasal kami gi tengok pertunjukan bunga api sempena keputeraan Sultan Pahang di Dataran Pekan tu ye... tapi sebab shah pasang lampu rumah mak dia... kesian dia... letih yang amat....

p/s adik husna masih macam ada batuk tak lepas lagi la... selsema dia macam dah kurang sikit... perlu ke bawak jumpa doktor lagi ek? tapi hari ni klinik buka sampai kul 12 je... ala....


Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: