Follow my blog with Bloglovin

Sabtu, 17 November 2012

5 nutrisi penting untuk anak

salam sejahtera semua,

hari aku baca majalah masa tengah pam susu untuk husna, ada banyak info yang dikongsikan dengan korang yang mana memang mencari info-info berguna tentang kesihatan anak dan bayi..

pagi ni aku nak kongsikan pasal nutrisi untuk anak...

ada 5 nutrisi yang penting untuk anak:

1. Kalsium
Sangat baik untuk tubuh kerana berfungsi menguatkan otot, mengekalkan penghasilan tenaga dan menguatkan jantung. selain itu, kalsium juga dapat menguatkan tulang dan mengelakkan anak daripada risiko tekanan darah tinggi. kalsium boleh didapati daripada susu, produk tenusu, buah-buahan dan sayur-sayuran.

2. Magnesium
Pengambilan kalsium boleh memperbaiki kemampuan jantung, mengekalkan sistem imunisasi tubuh, meningkatkan penghasilan tenaga dan membina tulang yang sihat. Sumber magnesium yang mencukupi boleh didapati daripada sayuran hijau, kekacang dan gandum.

3. Serat
Makanan yang banyak serat baik untuk sistem penghadaman anak. Malah serat dapat membantu mengelakkan anak daripada serangan penyakit jantung, masalah kolesterol, tekanan darah tinggi dan memastikan berat badan anak berada dalam lingkungan yang sepatutnya. Makanan yang mengandungi tinggi kandungan serat adalah bijiran sarapan pagi, sayur-sayuran dan buah-buahan.

4. Vitamin D
Vitamin D sangat baik untuk sistem imunisasi anak agar tidak mudah dijangkiti penyakit. vitamin ini juga membantu meningkatkan pertumbuhan dan kekuatan tulang anak. Vitamin ini boleh didapati daripada susu dan ikan.

5. Vitamin E
Vitamin E ini perlu untuk mengelakkan daripada serangan radikal bebas. Vitamin ini juga membantu membina sistem imunisasi badan dan mengekalkan metabolisme. Vitamin E ini terdapat dalam makanan hijau seperti bayam.

info ni dari majalah Pa&Ma

p/s kami nak bersiap ni...kalau jadi ke raub...kalau tak pun gi muzium pekan dan balik kampung je la....

Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: