Follow my blog with Bloglovin

Ahad, 25 November 2012

Cendawan kukur masak lemak cili padi

salam sejahtera semua,

pagi ni aku nak tulis resepi pulak...apa nak buat blog campur-campur kan....

hari ni aku masak cendawan kukur atau ada orang panggil jugak dengan nama cendawan sisir...biasa orang jual cendawan ni dalam keadaan kering, jadi bila nak masak kita kena rendam dulu dalam air bersih untuk bagi dia kembang dulu dan boleh bersihkan kotoran yang melekat terutamanya habuk kayu sebab dia tumbuh atas kayu....kalau aku buat ni aku cuci sampai bersih dan tapis sampai 3 kali untuk pastikan dia betul-betul bersih... tapi kalau malas sekali pun boleh je...tapi kalau jumpa kayu-kayu masa makan jangan nak salahkan aku pulak...hihi...

ok kita tulis resepi penuh dia....

Cendawan Kukur Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahan
1 tin besar susu cendawan kukur kering (kat pasar benta jual rm5)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
5 biji cili padi (nak pedas lagi boleh lebihkan)
setengah genggam ikan bilis
2 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh perasa(ajinomoto)
2 cawan santan pekat
1 cawan air
minyak untuk menumis

Cara-cara
1. Kisar bawang besar, bawang putih, kunyit, cili padi dan ikan bilis.
2. Sediakan minyak dalam periuk dan panaskan untuk menumis.
3. Tumiskan semua bahan yang dikisar sehingga naik bau.
4. Kecilkan api dan masukkan santan pekat dan kacau rata.
5. Seterusnya masukkan cendawan dan air. Biarkan hingga mendidih, sambil tu kacau sekejap-sekejap supaya santan tak pecah minyak.
6. Masukkan garam dan ajinomoto dan biar seketika dan matikan api.

Cendawan kukur ni payah nak cari kalau ada beli je terus...dia boleh simpan lama dalam peti kalau kering..

p/s kalau ada yang tahan pedas boleh je buat masak lemak biasa je tak payah bubuh cili padi...

Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: