Socialize

Follow my blog with Bloglovin

Isnin, 12 November 2012

kesian anak-anak kan?

salam sejahtera semua,

pagi tadi masa nak hantar anak ke taska...aku terserempak dengan 2 situasi berbeza...

situasi pertama;

cikgu miza (aku je panggil macam ni pasal nak bagi anak-anak bezakan mana pengasuh dan yang mana mak dia..huhu..cemburunya aku kan..?).. tengah dukung anak..dan ada anak lain yang berumur lebih kurang 3-4 tahun tengah pegang kaki dia..

bila aku sampai dia terpaksa letak anak yang dia tengah dukung tu dan ambik beg susu dari tangan aku..dan anak tu terus menangis..lepas tu akak dia pulak yang mulanya pegang kaki cikgu tu sambil pegang botol susu...sama ikut menangis dan pegang tangan adik dia yang sama-sama berdiri... terbayang muka budak berdua tu...sedih pulak aku tengok...

bila aku tanya ni baru hantar ke? pasal tak pernah tengok muka dia..cikgu dia kata "a'ah..tu yang susah sikit...kak hasni takde pulak hari ni..cuti..." .....ayat yang terus buat aku terfikir...apa la jadi dengan husna pulak hari ni?...harap-harap dia ok dan tak banyak kerenah la hendaknya...

situasi kedua;

masa aku nak bergerak keluar dari jalan taska tu terserempak pulak dengan cikgu su yang baru je balik dari cuti bersalin..

kecik lagi anak dia...baru 2 bulan...macam abg ngah masa aku hantar sini dulu...

masa ni aku terfikir dan bersyukur sangat-sangat dapat cuti 3 bulan masa bersalinkan husna hari tu...

p/s semua situasi di atas jadi disebabkan ibu terpaksa bekerja untuk keluarga...kalau semua ibu duduk rumah camne ye?

Cerita menarik lain
This entry was posted in

0 Luahan Ikhlas: