Socialize

Follow my blog with Bloglovin

Khamis, 13 Disember 2012

Keputusan Perlawanan Bola Piala AFF Suzuki : Malaysia vs Thailand

assalamualaikum semua,

aku jangkakan semua penyokong Harimau Malaya hari ni amat kecewa...

aku yang tengok dari tv ni pun amat kecewa....walaupun aku bukan seorang peminat bola sepak...tapi apa kan daya....rasanya semua pemain negara kita dah bermain bermati-matian...lebih kecewa lagi bila seorang pemain pertahanan Malaysia menerima kad merah...jangan tanya aku siapa....aku memang tak pernah hafal nama artis atau pemain bola...kecuali ada gosip yang terlalu hangat diorang buat sampai berbulan cerita tu asyik keluar kat tv....

seluruh tanahair akhirnya menyaksikan keputusan perlawanan memihak pada Thailand dengan 2 gol berbalas 0.....kesian pemain kita yang terpaksa beraksi dalam padang yang amat teruk kualitinya....walaupun aku tak pandai main bola tapi aku tau padang yang teruk boleh merosakkan prestasi pemain jugak....penjaga gol Thailand sendiri terpeleot bila nak buat sepakan gol.....inikan pulak pemain Malaysia....

apapun aku puji semangat pemain terutama yang kena apit dengan 3 pemain Thailand tadi...macam budak tadika pulak aku tengok diorang main masa tu...dah siap berguling budak Malaysia tu dibuatnya....

walaupun negara kita tak dapat pertahankan kejuaraan kerana tak berjaya di peringkat akhir...aku tetap puji diorang kerana pada pendapat aku Harimau Malaya adalah pemain paling bersih di Piala AFF Suzuki ni....tabik la kat korang....

jadi Thailand akan jumpa Singapura untuk perlawanan akhir nanti...yang mana memang aku tak tengok kot...Dua-dua ni suka main kotor aku rasa la...ini pendapat peribadi dari orang yang tak minat bola ok.....nyampah la tengok permainan camtu....orang main bola je la...bukan nak bergusti pun...

p/s aku memang nyampah pengadil korea tu....TAK ADIL!

Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: