Logo KBBA

Jumaat, 30 Mac 2012

Gempa bumi di Malaysia?

salam semua,

korang perasan tak pasal berita gempar ni?

aku baca pasal tagline berita ni kat tv1 malam tadi... kat tagline tu tulis gempa bumi lemah berukuran 3.2 skala Richter dirasai di Mersing, Johor pada jam 9.43 malam tadi...

Ya Allah.... tak tau nak kata apa dah.... line selamat pun dah tak selamat dah sekarang ni...

cerita penuh kat SINI

p/s aku belum sempat call mak aku lagi kat kluang ni.... mak rasa tak ye?

Rabu, 28 Mac 2012

ini la baru anak perempuan ummi...

salam semua,

baru ni kami balik johor... lepas tu hari ahad tu kami berjalan ke kenduri sepupu kat felda adela...

disebabkan nak berjalan ke rumah kenduri maka kami kena la cari baju lain kat adik husna.... sepasang je pun.... selama ni pakai baju abang je kan.... kesian adik... ada baju baru pun bukan mengambarkan identiti perempuan dia....

last-last kami beli baju kaler pink.... ada gak family yang boleh pakai pink... pink kaler kan? akhirnya....

ok layan gambar adik di sepanjang hari tu....

dengan atuk abah (abg ngah panggil babah) sebelum bergerak...

dalam kereta...tidur lena....

haaa.....buat apa tu? hehe....

p/s eh gambar masa kenduri takde ek? tak perasan la pulak...

Medela Swing Breastpump for sale (SOLD)

salam semua,

sebelum melangkah keluar menjalankan tugas ni nak mengiklan kejap.... aku nak jual set medela ni... sebab nak jual adalah kerana jarang sangat guna dan dah terpikat dengan pam yang lain....hehe...

satu lagi sebab... sebab berangan nak beli pam baru sempena anak baru ni tapi tak cukup duit.... hahaha... ni sebab yang paling kuat ni....

ni gambar set ni....


set ni mengandungi barang-barang berikut:

- 1 set pam (used)
- 1 set adaptor (used)
- 1 set soft breastshield (used)
- 1 set bottle medela dengan penutup (used)
- 1 set bottle stand (new)
- 1 set puting susu dan penutup (new dalam plastik)

semua benda ni dalam kotak asal medela swing tu lagi.... swing ni aku beli tahun 2010 dengan harga RM664... aku nak let go dengan harga RM350 sekali dengan kos pos... pam ni amat jarang aku guna... aku guna cuma bila nak travel ke mana-mana je... itu pun kadang-kadang selesa guna medela harmony tu lagi pasal tak pakai bateri....

ada sesiapa yang berminat? boleh email kat sini ye.... rozitaabdrahman@yahoo.com

Khamis, 22 Mac 2012

Tahniah Adik! Keputusan SPM 2011...

salam semua,


dah lama aku tak online kan? kat opis line problem, kabel kena curi.... kat rumah pulak pepaham je la anak ramai....

hari ni aku nak ucapkan tahniah kat adik bongsu kami atas kejayaan dalam keputusan SPM semalam....
dia dapat keputusan yang cemerlang bagi aku.... 5A 2B 2C... alhamdulillah.... adik, ini memang kejayaan yang membanggakan untuk keluarga kita... teruskan mencapai kejayaan di masa akan datang ok! Angah akan support dengan duit 20 sen sehari ok? hehe....

lagi satu nak promo sikit budak "kecik" ni... dia pun ada blog gak...klik kat nama dia tu....

p/s adik nak hadiah apa? errr ucapan je aci tak?aku panggil dia kecik bukan pasal dia kecik tapi pasal dia paling muda dalam keluarga kami walaupun dia paling besor....hahaha....

Selasa, 20 Mac 2012

Roti oooo... roti....

salam semua,

ni nak tayang sikit hasil aku buat roti baru-baru ni....

pertama kali aku buat hasil dia camni...


 huhu... siap ada model lagi u...

pastu bila dah pandai godeh-godeh resepi sikit hasil dia jadi camni.....



lumayan kan? hehe.... jadi la buat isi perut suami dan anak-anak.....

resepi dia senang je.... korang cari resepi donat kat my resepi.... aku ubahsuai je... cuma dia guna gula halus aku guna gula kasar jadi lebih manis sikit.... pastu dia pakai susu segar aku tukar susu tepung... itu je yang ada kat umah aku...

p/s kalau korang nak buat comel2 pun boleh aku je malasssss.....

Ahad, 18 Mac 2012

pengalak bagi ibu menyusukan anak..

salam semua,

topik serius pulak cuti-cuti ni kan? sekarang kat tv2 ada rancangan What Say You.... tengah cerita pasal penyusuan susu ibu... bagus topik camni... boleh bagi pengetahuan bagi yang tak tau.... terutama golongan yang tak bape faham kenapa perlu diteruskan penyusuan walaupun bila ibu dah naik kerja...

lepas ni mungkin rancangan Apa Kata Wanita, Nona dan Wanita Hari Ini pun boleh mengupas topik yang sama... maaf la kalau topik ni dah dibincangkan dan aku terlepas pandang...

banyak lagi yang boleh diberi perhatian, sebagai contoh bagi yang pernah membeli barang-barang bagi penyusuan ni mungkin sedia maklum yang harga barang-barang untuk penyusuan ini mahal... terutama pam susu... mungkin selepas ni kerajaan perlu bagi sokongan dengan memberi perlepasan cukai bagi barangan yang dibeli untuk penyusuan sehingga RM1000 bagi setiap 3 tahun ke.... bagus kan untuk mengalakkan ibu berkerjaya lebih bersemangat untuk menyusukan anak-anak mereka... apa kata korang?

p/s pagi ni cuma sempat goreng nasi je buat sarapan.... jap lagi nak buat soto... tengah rebus nasi impit tu....

Khamis, 15 Mac 2012

dulu Nur..... sekarang Husna...

salam semua,




comel tak saya?

nak cerita pasal adik Nur petang ni.... dulu kami memang panggil dia Nur.... pastu bila semua orang dah tukar sebutan jadi Nor... terus rasa tak best la pulak.... last-last kami bagi panggilan baru pulak.... kami panggil adik Husna la pulak sekarang ni... semoga dia seelok namanya... amin...

p/s cerita kelahiran dia aku cite esok ek... mood belum mari...

Rabu, 14 Mac 2012

gi klinik..

salam semua,

pagi tadi kami anak beranak gi ke klinik untuk hantar adik Nur cucuk untuk 3 bulan....

abg long dah siap mandi kat rumah, dia sendiri yang mintak nak mandi kat rumah.... aku tau nape sebab kat taska dia kena mandi air sejuk... hehe... kat rumah special sikit leh mandi air panas...

abg ngah cuma sempat basuh muka je... angkat dalam kereta pun masih tidur lagi...

adik Nur cam biasa aku dah mandikan awal-awal lagi...

sampai kat klinik, tak ramai orang pun... dah siap ambik nombor tak sampai 10 minit diorang dah panggil... timbang dan ukur semua.... berat dia naik sikit je... alhamdulillah... naik ke 4.2kg dah... berat kat pipi je kot.... tinggi dari 53 dah ke 56cm... makin tinggi adik ni... cuma lilit kepala masih sama dengan bulan lepas...

siap semua tu gi cucuk pulak... menjerit budak kecik tu... alahai kesian lak tengok... lepas tu aku bagi upah senyap sekejap... hantar ke taska menangis semula... kan best kalau kita boleh terus balik rumah kan dik....leh bergayut dengan ummi lama-lama....

abg long dan abg ngah pun aku sempat gak timbang tadi... abg long masih 14kg... abg ngah dah naik 11kg dari sejak dia demam hari tu...kita kena pegi balik bulan depan ye anak-anak...

p/s semoga anak2 ummi sentiasa membesar dengan sihat....amin...

Selasa, 13 Mac 2012

baru aku perasan...Istilah babi dalam makanan

salam semua,

hari ni aku terbaca satu post kawan di facebook....

artikel ni...  "

Add caption



Tolong sebarkan ini kepada Saudara kita yang lainnya agar berhati hati dalam memilih makanan,



Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi..



Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahwa label label yang bertulis 'This product contain substance from porcine.Sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi' 

Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi: 

1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan. 

2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi. 

3. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg. 

4. Boar : Babi liar. 

5. Lard : Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.

6. Bacon : Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.

7. Ham : Daging pada bahagian paha babi.

8. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).

9. Sow Milk : Susu babi.

10. Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg. 

11. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi. 

Sebarkan kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati..Moga Allah S.W.T akan membalas jasa baik anda dan semoga Allah memelihara kita di dunia dan di akhirat.     "



membacanya membuat aku terfikir..... semua benda kat atas tu aku sedia maklum sebab aku bekerja dalam bidang veterinar.... tapi bagaimana dengan orang awam? mereka tak tau kalau mereka tak diberitahu....lepas baca post ni memang sungguh-sungguh buat aku terkedu...kenapa aku tak ambil berat sebelum ni? pasal aku ingat semua orang dah tau... tapi bila terbaca artikel ni baru aku perasan bukan semua orang yang tau....maafkan aku ye kawan-kawan pasal terlepas pandang benda-benda camni....

p/s moralnya kongsikan je la apa yang korang tau walaupun kadangkala korang rasa benda tu macam remeh je... tentu ada je orang yang akan dapat manfaatnya...

hari pertama yang kelam kabut...waaa..

salam semua,

korang sihat hari ni? aku alhamdulillah masih boleh meneruskan hari dengan baik....

pagi tadi macam biasa pukul 5 pagi aku dah kena bangun untuk sediakan semua kelengkapan untuk anak-anak dan bekal kami semua... kalau biasa time tak keja dulu boleh bangun pukul 6 pagi tapi bila dah start keja ni kena la awal lagi dari biasa...

sementara anak-anak tidur aku mulakan rutin pagi ke bilik air untuk uruskan apa yang patut, sambil tu jerang air untuk mandikan adik nur nanti, lepas tu aku masak sarapan untuk anak-anak... semalam berjaya buat jemput-jemput kentang... hari ni aku buat jemput-jemput pisang lak... esok menu apa pun tak tau dah... lepas tu basuh botol-botol air dan botol susu untuk anak-anak bawak ke taska... buat air sirap buat bekal hero berdua tu... masak nasi, masak lauk bekal tengahari dan sekali dengan makan malam kami (balik tinggal panaskan je)...kemudian lepas siap susun semua susu adik nur dalam beg... kejut dia bangun mandi... akhir sekali aku duduk susukan dia dulu sebelum hantar semua anak-anak ke taska...

kalau macam ni rutin aku hari-hari tentu boleh kurus sampai slim melim kan aku nanti... ceh... berharap...

cuma nak ceritakan kejadian semalam yang agak kelam kabut... dah la semalam hari pertama aku naik keja... tak sempat pulak nak masak lauk... aku cuma sempat masak nasi je sebab aku bangun dah pukul 5.30 pagi... pulak tu untuk menjadikan kejadian lebih mengerikan shah kena ot malam pulak... dah pukul 7 lebih dah pegi keja... adik nur pulak tak nak berenggang langsung... letak je nangis... panik sekejap aku semalam... abg-abg dia pulak sibuk mengadap buah pisang yang kami singgah beli petang tu...macam lapar sangat aku tengok....aku macam risau je diorang tak makan nasi kat taska...

bila aku tanya abg long... dia kata tak makan nasi pun sebab cikgu tak masak... cuma makan ayam goreng je... aik? pelik gak... ye ke? petang nanti aku ingat nak tanya la...last-last aku tinggal adik nur terjerit-jerit untuk goreng telur dadar kat budak berdua tu... lawan dengan kicap je la yang sempat... kesian pulak aku tengok dua beradik tu makan...sedih pun ada... ye la dah 3 bulan sedap duduk rumah makan macam-macam...bila aku tengok dalam beg, bekal diorang semua habis....lagi la sayu hati aku... rasa macam nak duduk rumah je terus...sedih wooo...

adik nur pulak... masa aku ambik dia semalam... dia tenung je muka aku...tak kelip-kelip... bila aku susukan dia cuma kemam je puting tapi tak menghisap pun...saje je nak hilang rindu kot...bergenang air mata aku cite kat korang ni... aduhai... duhai hati kuat la dikau....

p/s korang baca tak cite pasal budak yang hilang tu? kesian kan kena bakar... aduh.. aku tak leh bayangkan kalau anak aku tu... tapi kan... betul ke mak budak tu leka dengan fb ye sampai suruh anak gi kedai beli maggi sendiri...? abg long yang 5 tahun tu nak main luar pagar pun aku tak bagi...tapi yang ni......alahai...
This entry was posted in

Isnin, 12 Mac 2012

semangat baru... ye ke?

salam semua,

aku bersiaran dari opis hari ni.... semangat baru gi opis hari ni....tapi ye ke?

tadi aku hantar anak2... abg long ok je... abg ngah.... hmmmm dia la yang berat sikit ni... dah memang aku jangka dah pun ada drama... lama kan dah duduk rumah dah 3 bulan... best agaknya berkepit dengan ummi je... tadi memula dah nangis... pastu berhenti... pastu nangis balik... ala... sayu pulak hati aku tengok... aku bagi makanan pun taknak dah.. merajuk pulak dia... dah la susu botol dia tak minum lagi dah camne lak agaknya nak tidur kang...risau pulak aku pikirkan..

adik nur, alhamdulillah ok je tadi... siap bagi senyuman manis sebelum aku gi... yang penting ummi dah bekal susu banyak-banyak untuk adik ok...

semoga anak-anak ummi semua ok ye nak.... alamak syahdu lak rasanya....
This entry was posted in

Khamis, 8 Mac 2012

nak naik keja dah...

salam semua,

korang sihat hari ni? aku dan family alhamdulillah sihat... cuma abg ngah je la semalam kami perasan bawah dagu di belah kanan tu bengkak lak... terus malam tadi bawak jumpa doktor, pastu doktor kata tunggu sampai seminggu kalau tak surut lagi dia suruh bawak lagi...harap-harap boleh surut dalam masa terdekat ni...tapi makan minum dia ok so aku tak risau la...

cuma susu memang dia taknak langsung dah... aku pujuk-pujuk pun buat loya tekak dia je..dia pun dah tak mintak dah pun...aku risau gak pasal awal sangat dia nak berhenti susu maka aku pun bagi susu coklat abg long dia... laju je minum dengan abg dia abis segelas... alhamdulillah... malam kang aku nak bagi lagi... dapat 2 kali sehari pun ok gak...

adik nur 2-3 hari ni aku dah try bagi botol... memula bagi dulu dia jilat-jilat je puting botol tu...bila tekan sikit puting tu baru dia nak hisap... kalau pagi abis 2 oz lebih sikit... petang-petang cuma 2 oz je... jadi aku kena bekal 3 oz dan 2 oz sebotol la kalau nak keja nanti... cuma masalah dia sekejap je tak sampai 2 jam dan nak susu lagi... sebab dia minum sikit je sekali minum tu... aku dah kira tadi kena ada 14 oz sehari... wah kena rajin la ummi awak ni dik... dah la bangun mengepam memalam malas... kelat betul mata nak bukak...hehe... alasan...

minggu depan secara rasmi aku hantar bebudak ni kat taska ... aku malas la nak try-try.. sebab orang yang jaga tu orang lama yang jaga abg ngah dulu jadi dia dah tau pasal susu ni semua...adik nur pun macam ok je bila dengan orang... harap-harap takde masalah la... cuma yang aku risau abg ngah tu haa... memang dari dulu pun dia yang masalah sikit bila kena tinggal... lagi la sekarang ni dia dah jadi kuat makan... nak sentiasa ada makanan depan mata... lagi la bila dah tak menyusu ni...lapar je keja dia...tu yang aku sejak jadi surirumah ni memacam eksperimen aku buat...tadi aku try buat apam gula hangus... nasib baik jadi... tapi kan aku malu nak ambik gambar... mengerutu lak kat atas dia tu... nape ek jadi camtu? tapi yang penting rasa ia sedap... betul ni aku tak tipu...hehe...

pasal keja aku malas nak cerita la...minggu depan kita tengok camne... lama betul dah tinggal opis ni...mana satu la nak dibuat dulu ni...doakan aku berjaya ye kawan-kawan...

p/s lepas ni kalau aku dah keja waktu camni mesti aku sibuk kat dapur...kesian anak2 mesti semua kelaparan...

Selasa, 6 Mac 2012

sarapan apa pagi ni?

salam semua,

sempat menjengah sini sebelum memulakan aktiviti harian... sebenarnya anak dara tu belum bangun leh la aku nyinggah kejap...

pagi ni aku sibuk nak buat nasi minyak tapi tengok-tengok resepi ada minyak sapi la pulak... bukak peti nampak butter terus godeh-godeh gak jadi la nasi butter... hehehe... separuh orang putih dah ni...

jap lagi nak masak rendang ayam lak... tengah cairkan ayam beku tu jap...

harap-harapnya anak bujang sulung tu nak la makan nasi dah 2 hari dia tak makan sangat... lauk tak bape kena dengan dia la tu.... ok kalau jadi kang aku snap2 ye....

Isnin, 5 Mac 2012

abg ngah dah boleh cakap!

salam semua,

alhamdulillah... abg ngah dah boleh bercakap macam biasa hari ni... maknanya betul keputusan kami tak hantar hospital baru ni... menitis air mata aku bila dengar dia bercakap dan bergaduh cam biasa dengan abg long... cuma dia masih tak nak susu ikut botol...aku risau tak cukup kalsium je...last2 aku bagi alam cawan je... nak la pulak...alhamdulillah...

aku bukan apa tak nak hantar hospital... walau tak bagi ubat apa-apa pun tetap akan ada jarum cucuk kat tangan tu...azab aku tengok... cukup-cukup la kami tengok adik nur kena hari tu...

p/s sekurang2nya lega sikit hati aku nak naik keja minggu depan...

Ahad, 4 Mac 2012

harap-harap betul keputusan kami ni...

salam semua,

aku bersiaran dari rumah lagi ni... kami tak jadi gi klinik dan hospital.... yanti, bukan aku tak sayang anak ok... tapi pagi ni abg ngah bangun dan dah boleh abiskan susu sebotol dan siap tambah setengah botol lagi...darah kat gusi pun dah kurang...masa aku bagi ubat tadi pun dah tak berdarah tragik cam semalam...

aku ada buat sarapan jejemput tepung beras tadi... abis 2 biji dia makan.... ada la darah sikit masa dia kunyah tapi dia tak menangis dah... satu petanda baik kan?

jadi kami buat keputusan tak yah gi klinik... abiskan lagi 1 1/2 hari antibiotik.. kalau masih tak ok, baru kami gi...

p/s semoga dipermuahkan...

akhirnya kami dapat petunjuk!

salam semua,

aku tulis entry ni sementara anak2 dan bapak anak dah selamat tidur dah... tadi aku gi klinik al amin yang biasa kami gi tu... doktor tu pun cam seram je nak tengok mulut najmi bila aku kata ada darah2 semua.... last2 aku paksa gak dia tengok dan suggest apa yang kami patut buat... gila ko mau tak risau last dia minum susu pagi semalam je... pastu digasaknya minum air teh je sikit2... tengok makanan dan air cam fobia dah... asal nampak je nak pegang sambil nangis2 sebab tak leh makan atau minum...

pastu doktor suruh admit je wad...pastu kami dah mula risau mana nak hantar? sapa nak jaga? last2 kami gi tepi pantai ambik ilham... baru la teringat ada kad maksak yang setianya bebayar tetiap bulan tu...kalau tak guna membazir je kan... last2 kami buat keputusan esok pagi nak bawak abg ngah gi hospital pakar kuantan pasal dia dah pernah amit situ dan service diorang sangat ok... lagipun dia leh cover sampai 10k gitu... yang dulu pernah gi pun tak sampai pun 5k.. dulu kami ambik bilik single... semua boleh berkampung kat situ...rasanya ok kot... aku try2 survey dengan hospital dulu la camne...

esok pepagi plan nak ambik surat rujukan dulu pastu terus gi spital... doakan kami ye... doakan anak manja aku tu kembali sihat ye... rindu gila nak dengar suara dia...dah la aku cuma ada seminggu je lagi masa lepak2 dengan diorang...

errr... korang mesti kata nape aku tak hantar tadi kan? tadi petang lepas kami balik klinik singgah pasar malam beli tau fu fah...betul ek nama dia? belasah je la... dah tu dia boleh makan abis ko semangkuk... kagum aku... terus dia macam budak sihat je dah... leh memain...cakap2 dah... sempat lagi kami bawak anak2 gi tengok pertunjukan sky-space kat zoo teruntum...balik je tadi bagi air je dia start balik... wah... panik kami dibuatnya.....terus rasa macam dah salah buat keputusan je petang tadi... tu yang pagi esok terus nak gi klinik tu...

semoga dipermudahkan la semuanya... amin...

p/s show kat zoo tu nanti aku update next entry ye....
This entry was posted in

Sabtu, 3 Mac 2012

apa aku patut buat ek?

salam semua,

ada kesempatan sekejap ni.... aku nak tanya korang la... abg ngah tu ari kan kena demam kan... sekarang ni demam dia dah ok tapi ulcer la pulak serata mulut dia... kat lidah dan bibir dah kering... cuma yang aku pelik masa letak ubat kan gusi dia berdarah la celah2 gigi dia tu... aku dah bawak jumpa doktor dan doktor dah bagi antibiotik dan ubat tahan sakit...

aku agak keadaan dia macam makin ok tapi darah tu la buat aku risau...sebab tu jugak ia tak leh nak makan minum... botol susu langsung taknak... minum cuma pakai cawan... tadi je baru leh makan roti sikit...

ingat hari aku ingat nak bawak jumpa doktor lagi la.... korang rasa patut ke tidak ye?

BEN ASHAARI TANYA AKU , KALAULAH AKU DAPAT ULTRABOOK TU…

salam semua,

saje je nak luang masa join segmen en. ben ni... sebenarnya aku nak masak ni tapi sempat lak menyinggah dulu...

no. 1 letak banner dulu...

BEN ASHAARI TANYA AKU , KALAULAH AKU DAPAT ULTRABOOK TU…
biar aku sambung ek... sebenarnya aku baru je tau apa ultrabook tu selepas baca blog ben...lama sangat dah aku terpisah dengan dunia luar ni rasanya...tapi kalau aku dapat aku rasa memang aku takde can la nak guna pasal abg long mesti sibuk suruh godeh-godeh cari game punya... tapi kalau dapat memang best gak tau... nak-nak pulak lepas monitor laptop yang dah dipinjamkan dengan orang setelah sekian lama ni dah patah.... waaa.... tapi kan nak taip entry ni pun payah wooo...


soklan no 4 tu kan.... rasanya jawapan dia tak yah kot... orang jaman sekarang ni payah nak jumpa tengok2 benda pakai cd2 ni semua... semua dah pakat pakai thumbdrive dengan benda alat yang cucuk2 je tu....

Jumaat, 2 Mac 2012

Cool.... le tour de langkawi lalu depan rumah...

salam semua,

bagi tajuk gempak sikit.... hehe.... dah demam LTDL dah aku ni agaknya...

semalam shsh tak keja jadi kami konon2 gi hantar anak gi klinik awal la... tapi last2 keluar kul 11 pagi...sesampai je kat bandar jalan semua tutup... aiseh baru ingat ada LTDL kat kuantan semalam.... last2 kami gi klinik kat sungai isap je la... balik tu gi beli tapai kat jaya gading tapi sebelum gi tu sempat singgah tepi jalan tengok orang kayuh beskal jap.... semangat ko...

gambar? aku cuma ada gambar kat henset je semalam tak kick....

jadi hari ni disebabkan diorang lalu kat jalan tepi umah aku ni aku ambik gambar dengan dslr pulak...huhu.... nenanti la aku edit dulu ek....

bagi besar gambar beskal2 tu..... ala aku pun cuma pakai lens standard tu je pun....ok la aku nak masak jap... sementara bebudak ni semua pakat2 tidur... hujan ni kat sini.....

p/s ke aku join je bebudak ni tidur...amacam?

Khamis, 1 Mac 2012

Hello...korang rindu aku tak?

salam semua,

apa kabar korang semua? aku? alhamdulillah sihat bersama anak2... cuma abg ngah je yang tak bape sihat... demam dari hari sabtu lepas sekarang ni demam dah kebah cuma pecah2 ulcer kat mulut dia je... merengek je dia...tadi gi timbang pun kurang 200 gram dah dari minggu lepas...

jangan la terkejut tengok tajuk aku ni... saje je letak tajuk camtu... al maklum la lama tak jengah sini... sibuk dengan anak2... sebelum ni aku kat umah mak aku line tak bape ok... pastu dah balik sini lak sibuk nak uruskan anak2 sorang2... wah leh jadi superwomen dah aku ni... hujung tahun ni leh kurus kot... hehe...

korang rindu aku tak? kalau tak pun kata ye je la ye... sian aku tau...

nanti pengalaman selama bersalin, berpantang aku cite slow2 la ye... banyak tu nak cite kat korang...
semoga korang setia nak baca la ye...