Logo KBBA

Jumaat, 29 Jun 2012

doa untuk anak

salam semua,

selamat petang jumaat....

dah nak abis seminggu keja dah... minggu ni minggu main kejar-kejar dengan masa... wah... macam cepat sangat masa bergerak kan?

aku nak kongsi satu benda dengan korang ni... benda ni aku ceduk masa aku gi kursus tafsir surah an-nisa' minggu lepas...

ustazah tu tanya apa yang selalu kita doakan untuk anak2 kita?

semua orang diam.... ada jugak yang sebut doa supaya anak jadi soleh dan solehah....

ustazah tu kata selalu orang doakan macam tu dan ditambah lagi kita doa dapat keputusan periksa baik dan kerja yang baik....

dia tambah... kenapa tak kita doakan supaya anak2 kita terdiri dari keturunan alim ulamak? bukankah alim ulamak itu pewaris Nabi?

pastu dia tambah lagi.... kita selalu doakan jodoh yang baik untuk anak2 bila dia dah besar dan dah ada pakwe pun agaknya... kenapa kita tak doakan jodoh yang baik untuk anak2 kita sejak dia belum akil baligh lagi.....

aku pun terpikir.... ye la... kenapa aku tak pernah terpikir macam tu ye?

mari kawan2 kita mula doakan anak2 kita dengan lebih baik mulai hari ini...

p/s lebih malang lagi kalau kita lupa doakan anak kita terus... nauzubillahiminzaliq...

aku jadi GORILLA!!

salam semua,

korang dah rehat ke? Aku baru je abis meeting ni...

ni nak cerita kejadian yang berlaku pada 2 hari yang lepas...

satu petang yang agak damai dalam kereta dan dalam perjalanan pulang ke rumah...

aku dan anak-anak tengah main teka-teka nama.... sekarang abg ngah dah kenal nama betul semua orang tu yang best nak main teka-teka ni...

skrip kami lebih kurang macam ni la....

aku : sapa nama dia ahmad najmi afiq?
abg ngah : aya...apiq....(sambil tepuk-tepuk dada..)
aku : sapa nama dia ahmad haziq hakimi?
abg ngah : along... (abg long la tu..sambil tangan dia tunjuk2 kat abg long)
aku : sapa nur syafiah husna?
abg ngah : atik una.... (sambil senyum2 tunjuk kat adik dia)
aku : sapa nama ayah?
abg ngah : diam...pastu cakap ayah...
abg long : amat sahir (ahmad shahir la tu)..
aku : pandai abg long.. sapa nama ummi?
abg long : hmmmm.... golila...
aku : hah? golila?

pastu aku dah ketawa sampai keluar2 air mata...shah senyum je...

sebenarnya abg long nak sebut rozita tu tapi dia tersilap pulak sebut golila...hehehe.... kesian abg long....

p/s errrr ke memang aku ni ada rupa cam gorilla?

Rabu, 27 Jun 2012

korang makan apa hari ni?

salam semua,

korang makan apa ye hari ni? aku tadi keluar makan dengan suami tersayang... alhamdulillah lauk sedap dan berpatutan jugak la...

total kami makan tadi RM13.80... murah kan?

aku makan... nasi separuh..(faiz, aku cuba diet separuh ni tau...berusaha ko), ikan keli sambal dan sayur bayam masak air...
shah pulak.... nasi putih, asam pedas ikan pari, telur masin, lemak sayur pucuk labu dan sayur campur goreng dan jugak sambal dan ulam....
air kami ambik air sirap 2 gelas...

korang rasa ok tak? tapi memang masakan dia sedap.... lokasi kedai ni kat betul2 sebelah surau kg. lapang apa ntah.... ala surau yang dekat dengan EC Mall tu....kedai tepi sekali pakcik dengan 2 orang perempuan muda...anak dia kot...

gambar aku takde pulak nak tunjuk tapi nak tunjuk gambar  semalam punya lunch..... meh layan...

tarra... triple cheese homemade burger....


kejap ada....


kejap takde....hehe....


p/s ada yg rasa nak gi jengah McDonald???


merajuk lagi..

salam semua,

ni aku nak cerita kejadian petang semalam..

lepas balik keja semalam kami singgah kat MO Frozen kat Jalan Wong Ah Jang.... saje singgah-singah tengok ada apa yang menarik kat situ... tapi memang agak menarik pun... kalau benda-benda macam nugget, kentang dan daging burger sangat murah kat situ berbanding kat pasaraya biasa... siap ada jual ikut borong lagi tu... patut ramai orang meniaga datang sini...

tapi bukan cerita jalan-jalan kat kedai ni yang aku nak cerita....

cerita aku ni berkisar kat pasar malam... lepas balik kedai tu kami singgah la kat pasar malam kg. peramu... malas pulak nak masak maka kami beli je la apa yang patut nak makan...

aku seperti biasa dah aim nak beli ice blend coklat...

lepas kami ronda belah kanan... maka kami pusing belah kiri pulak... aku terus laju-laju cakap kat shah nak beli ice blend..shah pulak singgah beli air... dalam poket ada duit RM7...cukup-cukup la beli 2... aku punya dengan abg long...abg long tentunya nak strawberry la apa lagi...hantu strawberry betul dia tu...

sampai kat depan gerai tu aku tunggu kejap... line macam tak clear nak celah... pastu agak lenggang sikit aku sound kat abg tu nak 2, coklat dan strawberry...

tak lama shah sampai.... masa tu abg tu tengah sibuk bagi kat sorang lelaki ni order beliau... shah tanya dah order.. aku angguk je la sambil aku kata tunggu jap la... pastu tetiba pulak abg tu boleh tanya akak yang datang selepas aku yang berdiri sebelah shah....

pastu shah boleh pulak kata kat aku... "nape tak order? kan dah orang lain cross..."
aku jawab la... "ita dah order, dia tak dengar kot..."
pastu shah cakap lagi.. "lainkali sampai je terus je order jadi orang tak cross camni"
aku terus bengang la... "orang dah cakap la tapi agaknya dia tak dengar, tak payah beli la camni kalau nak marah-marah"
dan aku terus blah dari situ.....sambil dukung adik husna.... sampai kat orang jual buah aku berhenti terus beli buah matakucing 1/2 kg... abis RM4...

betul la aku merajuk.... tapi dalam pada tu aku jeling gak kat gerai tadi...ada tak lagi shah tunggu situ... hehe... merajuk konon....shah memang beli... aku pulak terus tunggu kat pintu pagar masjid...

balik rumah leh pulak dia letak ice blend tu betul depan aku kat atas meja... aku buat-buat tak tau je... last-last aku minum gak... separuh abis... hehe... dah cair kan? laju je la....

shah jengah terus kat cawan tu sambil kata...."aiii kata taknak tapi...." sambil senyum-senyum...
aku jawab balik.. "ala kalau orang tak minum kang membazir je kang... ye la tu ita oiii...

buruk perangai betul kan? hahaha.... shah mesti kata sayang isteri ikutkan je la....

p/s sejak makin ramai anak makin teruk perangai merajuk aku  ni.... errr ke sebab pembawaan budak?

alhamdulillah suka aku dengar...

salam semua,

korang ingat tak entry aku yang INI ? kalau tak ingat pun tak pe pasal aku ada buat link...korang klik je kat situ....

pagi ni aku bukak facebook aku baca komen yang best...

ini komen dari member aku tu ...

"Itaaaa...akhirnya...dia sedut ta...alhamdulillah..mcm nk menjerit aku tgk dia hisap..mula2 aku wat 2 oz jer..bila susu abis dia ngamuk..wat lagi 2oz..habis licin dia hisap...hepi sgt ta...thanks sangat dgn suggestion ko tuh...alhamdulillah...x tau nk ckp mcm mn bila aku tgk dia blh hisap.."


alhamdulillah... lega aku dapat bantu dan kongsi benda-bend bagus dengan kawan-kawan ni....


walaupun kita berjauhan namun kita tetap boleh tolong satu sama lain kan?


aku tak boleh nak tolong dari segi kewangan kerana aku pun kadang-kala terpaksa nak mintak tolong orang lain... tapi insyallah aku akan tolong dari segi yang lain...


p/s mulakan pagi dengan senyuman dan doa...moga hari ini akan jadi lagi abik dari semalam...

Selasa, 26 Jun 2012

saya tak nak sekolah!!!

salam semua,

tetiba rasa nak cerita pasal abg long lak pagi ni....



sebabnya pagi tadi dia buat hal....

dia tak nak pegi sekolah!

letih aku pujuk.... memula bangun mandi siap berpapah.... last-last ayah dia datang terus dia tegak berdiri...hehe... nak gelak pun ada... anak-anak semua takut dengan ayah dia...

nak pakai baju pun buat hal lagi.....

alasan dia sebab nak pakai baju coklat taknak pakai baju lain.... sebenarnya ni dah masuk minggu ke 3 abg long telah aku hantar ke sekolah baru....sekolah baru, persekitaran baru dan suasana pun baru...

jadi di sekolah Tadika Kemas baru ni  semua orang pakai baju seragam pada hari isnin dan rabu, baju senam warna coklat cair pada hari selesa, baju senam warna merah pada hari khamis dan baju melayu warna peach hari jumaat..

abg long cuma dapat baju senam   warna merah je sebab dia masuk dah tengah tahun...warna baju melayu pun lain.. abg long cuma ada stok baju warna gold je... lepas ni memang kena cari jugak baju t-shirt warna coklat muda dan baju melayu warna peach... dekat raya ni banyak jual baju melayu kan? kalau nak harap aku jahit... tahun depan...tahun depan lagi pun belum tentu siap... ;)

alhamdulillah sejak abg long tukar sekolah ni aku tengok perkembangan dia dah makin ok.. dah boleh kenal huruf dan nombor... sebelum ni sangat kesian ok... cuma aku tak push sangat... benda sangat la budak kecik-kecik ni... biar dia banyak main pun takpe...

sebab sebenarnya aku tukar sekolah abg long ni adalah sebab sekolah dia sebelum ni terlalu ramai orang.... ada 45 orang budak termasuk 4, 5 dan 6 tahun... belajar pulak dalam bilik tidur rumah semi D... takde rasa macam suasana sekolah langsung...

bila aku survey tadika ni pulak budak cuma ada 19 orang termasuk 5 dan 6 tahun... cikgu ada 3 orang termasuk sorang tukang masak...cikgu pun berbudi bahasa...

harapan aku bukan tinggi melanggit sampai nak tengok anak aku dalam top 10 kat sekolah cuma cukuplah kalau anak aku boleh mengenal huruf dan membaca sebelum dia naik sekolah... aku tau abg long berada kat tahap mana... mula bercakap bila umur genap 3 tahun 1 bulan...itu pun cakap pelat2... tapi aku tau setiap anak ada kelebihan mereka... yang penting dorongan dan doa ibu bapa tu yang utama... sebab tu bila ada yang mengejek abg long bercakap pelat... aku cuma tersenyum... dalam hati aku berkata... takpe nak teruskan usaha...

untuk abg long, ummi sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak ummi... semoga anak-anak ummi mampu untuk berdikari bila ummi tak ada..

eh syahdu la pulak... nak tepek gambar lukisan abg long kat sini la....


ada pulak matahari boleh ada sekali dengan bulan? bila aku tanya dia kata "yang kita nampak siang dulu bulan kan ummi"...eh...(tapi memang betul pun ada bulan masa tu)..

eh tetiba pulak abg ngah nak tumpang nama....



p/s bila ada anak ramai ni kadang2 secara tak sedar yang besar tu selalu terabai.... sedih pulak tengok dia...

Isnin, 25 Jun 2012

panduan untuk chicken pox

salam semua,

nak kongsikan sesuatu hari ni...

disebabkan aku baru mengalami pengalaman anak kena chicken pox yang agak serius... aku rasa terpanggil nak kongsikan dengan kawan-kawan beberapa perkara...antaranya apa yang patut dibuat bila kena chicken pox...beberapa panduan tradisional yang boleh diguna pakai semasa demam ini diselit bersama..


demam ni disebabkan oleh pembawaan virus. kalau tak salah aku dalam melayu kita panggil jugak demam campak atau cacar air...chicken pox ni biasanya akan tunjuk simptom seperti demam campak biasa iaitu demam panas pada peringkat awal dan bintik-bintik merah kecil seluruh badan dalam masa 2-3 hari dan akan menimbulkan ketidakselesaan pada pesakit.. kalau secara tradisinya digalakkan meminum air kelapa muda bagi mempercepatkan proses.


chicken pox
kesan chicken pox di belakang badan


selepas itu bintik-bintik merah ni akan bertukar atau bercantum dengan satu sama lain menjadi bulatan-bulatan kecil dan membentuk kesan seperti terbakar pada kulit. dari kesan terbakar ini akan keluar cecair dan luka akan  mengelembung dan mengandungi cecair di dalamnya...

pada masa ni pesakit akan rasa panas dan pedih berbisa.

chicken pox pada muka

tanda-tanda
tanda chicken pox pada keseluruhan badan


lama kelamaan gelembung akan pecah dan mengeluarkan air terdapat di dalamnya... dan kulit akan kembali kering... kulit akan kering berkuping dan tanggal dari badan. dinasihatkan supaya pesakit tidak memakai baju dan mandi untuk membolehkan luka kering sepenuhnya.. jika perlu lap dengan kain basah seluruh badan...
pesakit perlu disapu dengan calamine losyen bagi mempercepatkan proses pengeringan bagi luka-luka...

secara tradisi kita boleh menggunakan daun semambu yang digunakan sebagai air mandian dan juga alas tidur bagi pesakit kerana dipercayai boleh mengurangkan rasa gatal. awas bagi kanak-kanak dan orang dewasa yang berisiko boleh menyebabkan komlikasi yang lebih teruk..

untuk abg ngah baru ni aku dapat benda baru bagi menghilangkan rasa gatal masa kudis tu mula mengering...
kami dinasihatkan menggunakan bedak ni untuk disapu seluruh badan...

bedak ular  ~ Snake Brand ~ prickly heat 


bedak ni kami panggil bedak ular...kalau di supermarket biasa harga dia adalah RM2.99 tapi di kedai RM2 cuma RM2 harganya...baunya sedap dan bila disapu di badan akan rasa berangin sedikit..seperti disapu dengan minyak angin..
update 15/8/2012 : di mydin pun ada jual!

diharap semua panduan dapat membantu kawan-kawan semua...sila bawak anak anda ke klinik untuk rawatan walaupun anda sudah sedia maklum ianya adalah chicken pox atau campak... kerana kita tak tau keadaan kesihatan sebenar anak kita..

p/s kenapa la aku rasa macam entry hari terlalu formal?

Jumaat, 22 Jun 2012

mataku hampir terpejam...tapi....

salam semua,

pagi ni rasa nak buka mata bangun pagi tadi pun macam tak larat je....

sebabnya sepanjang malam tidur-tidur ayam je.... letih betul rasanya....

dua anak kecik aku tu kena selsema pulak... buat adik ni kali kedua dia kena... abg ngah ntah dah kali ke berapa ntah...abg ngah memang selalu sakit... mudah benor dia tu kena sakit... baru baik yang ni sakit yang ni pulak...kesian dia...

ni abg ngah kena batuk dan selsema...badan ada dedar-dedar sikit... ingat hari ni nak bawak gi klinik jap...

adik kena selsema je...

maka malam semalam adik meragam je sebab hidung tak selesa... abg ngah pulak meracau...mengigau macam-macam... sudahnya ummi dia yang tak dapat tidur....

macam-macam abg ngah sebut semalam... habis semua nama family dia sebut...

memula dia sebut nama ayah... "ayah....ayah.... alan (jalan)...." ..sah mimpi tengah tunggu traffic light tu....

lama sikit pastu.... dia bunyi lagi..... "ummi....na (angah)....na... ala..." ...ntah apa yang dia mintak kat aku ntah....

lama lagi sikit...... dia bunyi lagi.... "atik (adik)....atik....atik.... atik una (husna)..." ....siap buat bunyi tak..tak pakai lidah tu lagi.....  masa ni aku memang agak musykil betul.... aku siap tengok muka dia dekat-dekat tau..... tapi memang dia tidur masa ni....

lama sikit dari tu dia bunyi lagi.... kali ni.... " abg long....abg long....".....ntah apa ntah dia rebut dari abg long dia tu....

hasilnya.... aku amat mengantuk hari ni.... cabaran betul jadi mak ni kan? aku tengok shah rilek je tidur macam takde apa-apa....

p/s petang ni aku takde opis pulak... ada kursus tafsir surah an nisa' kat masjid sesi kedua.. mungkin takde sampai minggu depan kot... sabtu ahad sibuk nak jahit baju... fuh... hajat... tak ingat-ingat kan...

Khamis, 21 Jun 2012

The First Years Bottle ..entry nak tolong kawan2....

salam semua,

dulu rasanya macam pernah buat entry ni tapi bila cari-cari tadi tak jumpa pulak...

maka dengan niat nak tolong kawan2 yang senasib maka terhasil la entry ni...

dulu aku ada masalah masa nak susukan najmi... memula dia taknak  botol tapi last2 suka sangat dengan botol susu sampai aku bagi direct pun taknak... tu yang orang panggil keliru puting kot...

maka dengan kelam kabut aku cari penyelesaian... surf sana sini... pastu tukar botol dan puting macam-macam... last-last hati terpaut nak try The First Years Bottle ...memula macam tak yakin la kan... dah la harga dia mahal jugak... yg kecik tu je dah RM27++....

bila dah guna alhamdulillah berjaya akhirnya.... abg ngah takde masalah nak bertukar dari botol ke direct dan direct ke botol...

ni la rupa botol yang aku cakapkan tu....



dan tahun lepas belum keluar adik husna lagi aku dah beli awal2 yang satu set punya....hahaha... confirm tak nyesal...insyallah....

aku beli kat SINI .. masa ni dia ada offer...

anda sanggup pukul anak?

salam semua,

terpanggil pulak nak buat entry ni bila terbaca di satu blog tadi pasal dia pukul anak pasal mainan...

korang sanggup ke pukul anak?

kalau tanya aku...aku akan jawab tak sanggup...kesian bila tengok muka anak... tapi bergantung jugak la atas kesalahan anak kan?

secara peribadinya memang aku sangat menentang orang yang suka pukul anak... pada aku itu bukan cara yang baik untuk mendidik.... sedangkan Nabi Muhammad S.A.W pun tak pernah meninggikan suara dengan budak-budak inikan pulak nak memukul.... rujukan ni dari Fattabiouni di TV Al-hijrah....

aku tak nafikan cara org dulu-dulu kebanyakannya memang memukul anak untuk mengajar anak tapi aku rasa cara tu dah tak boleh nak praktikkan sekarang ni dengan banyak sangat pengaruh luar...silap-silap bila kita pukul anak tu makin jadi nakal dan jahat...

dengan tak memukul aku tak kata anak aku akan jadi baik... memang aku selalu doakan macam tu tapi aku belum nampak lagi... anak-anak masih kecik lagi untuk dinilai...

pada aku contoh terbaik untuk mengajar adalah dari perbuatan kita hari-hari...kalau kita tak bagi anak buat tapi kita akhirnya buat juga perkara dilarang tu...adakah anak akan dengar larangan kita?

semuanya berbalik pada contoh....kalau contohnya baik..insyallah ikutannya juga akan jadi baik...

p/s selalu rasa hilang sabar bila anak-anak buat perangai... tapi aku amalkan...banyakkan istighfar dan tarik nafas dalam2...kemudian baru pandang muka orang yang kita nak marah tu...insyallah akan kurang rasa marah dan kita akan aturkan percakapan yang baik...

Rabu, 20 Jun 2012

arrgghh..tuakah aku?

salam semua,

alhamdulillah elektrik dah ok balik dah... cepat TNB buat... belum sempat kami cabut balik elektrik dah ada balik dah...hehe... ingat dapat cuti separuh hari hari ni... kensel.....kena la baca kes histo pulak...

aku nak balik ke tajuk atas tu haa....

al kisahnya, minggu ni kami terima pelajar praktikal dari UIA dan UMP... ramai gak dalam 8 orang...

jadinya diorang ni pun kena la tour nak kenal-kenal dengan semua staf yang ada kat sini... bukan ramai pun cuma 21 org je....

dan dijadikan cerita reramai ni gi kerumun bilik aku pagi tadi.... interview aku dan aku interview diorang....

tengah cerita-cerita asal usul tu tertanya la pulak kat sorang pelajar perempuan dari UMP ni.... cerita la asal mana...bla...bla....

sekali dia jawab asal muar, johor... dengar muar je aku dah sentap dah... mana taknya... tempat aku bermain tu wei.... tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat bermain.....

sekali aku pun tanya sekolah kat mana?..... dia pun jawab "maahad muar"...

terus terkujat aku.... wah.... junior aku la beb....!

aku tanya lagi :  "tahun bape masuk sekolah?"
pelajar : "tahun 2003"
aku jawab dengan excited : "sekolah saya la tu tapi saya keluar tahun 1996"
pelajar : "wah super senior ni" ....kagum dia ko!
terus dia sambung : "sekolah dah cantik kan sekarang?"
aku jawab : "a'ah...jeles betul tengok...siap ada bas cantik lagi besar"
(dlm hati aku...kami dulu naik bas abg kojai je pun)

lepas bebudak tu keluar aku terus terfikir...... tua sangat ke aku ni? budak tu masuk sekolah masa aku dah grad dari UPM lagi.....wah....sedar-sedar la ita.....

p/s sempat lagi tak nak kejar koata anak ni? ... ;)

panas la pulak...

salam semua,

kami kat tempat keja tengah kepanasan ni...



mana nak lari ek?


last2 aku duduk gak ngadap laptop ni ngabiskan bateri yang tinggal sikit.... sanggap dah ni...

panas bukan sebab apa pun...cuma elektrik je kena stop pasal TNB nak pasang kabel... ikut notis dari pukul 12 sampai pukul 3 petang... wah... ngantuk dah mata ni menunggu... lepas ni nak solat...pastu tidur...aci tak...? hehe...

tak la...aku ingat nak lepak2 kat luar je la pasal panas dalam bilik ni... tertutup rapat...

ada cadangan tak nak buat apa dalam takde elektrik ni?

p/s nasib baik aku dah selamat pam susu kul 10 lebih tadi...kalau tak harus lencun baju ni karang menunggu kul 3...
This entry was posted in

Selasa, 19 Jun 2012

manalah kita nak tau kan....

salam semua,

aku tak sempat lagi nak buat entry panjang-panjang.... ni pun tengah sibuk layan facebook sambil tengok-tengok gambar yang along aku upload sepanjang hari keluarga kami yang lepas....

banyak gila gambar... letih dah aku nak kena like dan komen... kalau tak like kang apa pulak kata along aku kan??? hehehe...

ni aku nak cerita sikit kat korang kejadian malam ahad yang lepas...

korang sedia maklum yang aku balik kampung kan? kalau kami balik kampung memang sangat rugi rasanya kalau kami tak mengunjungi pasar malam bukit ayam... meriah gila pasar ni... walau pun aku tak pernah tau kenapa dia dipanggil bukit ayam tapi aku tetap suka pasar bukit ayam ni...

pasar ni ada setiap sabtu malam ahad... biasa kalau kami pegi memang kena sedia duit lebih la sebab macam-macam makanan johor yang best ada kat sini...

dan dijadikan cerita malam ahad lepas kami pegi la pasar malam ni macam selalu.... dan setelah hampir keseluruhan pasar malam kami jajahi maka hasilnya berbondong-bondong la kami anak beranak dengan plastik.... aku pernah bayangkan kalau la kat pasar malam praktikkan setiap penggunaan plastik kena bayar macam kat pasaraya...harus kaya cepat semua penjual pasar malam wooo... huhu... keluar tajuk pulak..

buat pengetahuan korang semua, plastik yang berbondong-bondong meriahnya itu adalah hasil order dari adik beradik dan seisi rumah ye... bukan kami punya je.. sampai je kat mamat jual tau fu fa... kami berhenti lagi untuk melunaskan order terakhir...

pada masa ni shah dah pegang lebih separuh hasil belian... aku pegang 1/3 je pun...shah muka dah tak larat gila sebab kena tambah beban dukung abg ngah lagi... abg ngah langsung taknak turun bawah...

bila nak ambil tau fu fa tu shah nak letak abg ngah kat bawah tapi abg ngah tetap taknak... sekali mamat tau fu fa tu pun bersuara...

mamat tau fu fa : dia dah boleh jalan bang?
shah : dah
mamat tau fu fa : tapi taknak jalan?
shah : a'ah..tu yang letih tu..
mamat tau fu fa : takpe bang masa kecik ni je... lagi 2-3 tahun lagi ok la tu...dah lega sikit....
aku : ye la tu.... 2-3 tahun lagi ada lagi anak kecik....bila nak lega nye?
mamat tau fu fa : aik? senyum sambil geleng kepala...

lepas kejadian ini kami terus balik...tak larat dah...

p/s mana la kita tau kan????

Isnin, 18 Jun 2012

adik husna dah start solid!

salam semua,

korang sihat hari ni? tadi tak sempat tanya la.... aku alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik untuk kutempuh hari-hari mendatang...ceh...ayat...

pagi tadi aku sibuk-sibuk panaskan periuk... ceh dah masak ko ita? ...hehe... cuma nak masak bubur husna je pun...

aku lupa nak bagitau korang husna dah genap 6 bulan pada 11/6/2012 baru ni... dan dah selamat mendapat suntikan vaksin buat 6 bulan.... alhamdulillah tak demam pun... adik kuat kan...?

update dia sempena 6 bulan...

berat adik naik sikit je.... bulan ni dia dah 5.5kg... cuma naik 300gram je... alahai...
tinggi adik dah 64cm...
kepala...eh bape ek? alamak tak perasan la pulak bape tertulis kat buku tu...

kesimpulannya adik sihat dan aktif cuma berat je dah masuk line kuning... takpe la janji adik aktif....

adik husna sekarang dah boleh maju atau menjelor kalau orang kampung panggil... start hari isnin tu la jugak bila umur genap 6 bulan... sekarang ni dah seminggu dan adik dah boleh menjelor laju-laju dah... ummi sangat kagum dengan adik... sebab badan dia ringan kot...

apa lagi yang adik dah pandai?  haaa... adik dah pandai menangis meneran-neran bila ummi siap pakai tudung dan dah sedia macam nak keluar rumah... biar pun ummi cuma nak sidai baju je... wah drama betul tau.. siap menitis-nitis air mata lagi... tapi bila aku hulur je tangan terus nada tangis jadi slow... kalau pun yang pegang tu ayah dia drama tetap ada... ini baru betul anak ummi ni...

adik dah start makan mula pada hari sabtu lepas 17hb... aku start buat bubur tepung beras je pun... alhamdulillah adik makan dengan berselera... nak resepi...? senang je...

aku letak dalam 2 sudu makan tepung beras...dan 1 sudu gula...letak air dalam 2 cawan atau 1 cawan setengah... kacau dulu bagi rata dan letak atas api dan kacau je sampai pekat... jangan tinggal tau nanti dia berketul-ketul..

resepi yang aku prepared ni untuk 2 kali husna makan... tengahari dan malam... termasuk ada mulut kecik abg ngah yang turut sama ngendeng-ngendeng satu atau dua sudu bubur adik....

hari ni aku bawak bekal dia dan tinggalkan sikit dalam periuk untuk malam nanti...

cadangnya lepas 1 minggu atau 2 minggu kang nak try blend bubur nasi pulak bagi dia makan.... slow-slow la ...tengok dulu penerimaan dia macamana...

p/s korang ada resepi baby yang best tak boleh aku try?
This entry was posted in

wahhh....rindu betul kat korang semua!!!

salam semua,

lama gila aku tak online kan? dah nak dekat sebulan dah ni... wah... betul punya rindu nak menaip ni.....

al kisah banyak nooo alasan yang menyebabkan aku tak boleh online ni....

seperti yang korang sedia maklum entry last aku sebelum 'bercuti' baru ni ialah selamat hari lahir buat abg ngah.... dan sepanjang seminggu tu jugak la aku berkorban cuti seminggu penuh nak jaga bujang aku tu.... kesian betul aku tengok dia... sengsara kena campak.... pasal campak ni nanti aku bagi tips dan cerita-cerita penuh kat entry lain ye....itu pun kalau aku sempat....

teringin nak jalan-jalan blog korang tapi satu-satu ok.... aku tengah semput ngadap keja berlambak-lambak ni haa...

ni pun baru balik buat keja kat ladang ulu lepar....

yang jadi tertunda semua entry aku ni disebabkan banyak trip berjalan-jalan sebenarnya... ok..ok aku cite satu-satu ok...bape banyak ok daaa...

lepas kena jaga najmi seminggu.... aku kena meeting kat kuala lipis pulak 30hb... tu pun ada cerita best... nanti aku cite....lain entry punya...

pastu ada pulak hari keluarga aku... encik abd rahman punya hari keluarga dari 2hb sampai 4hb jun baru ni.... pastu pulak minggu lepas... 11hb hantar abg long sekolah baru dan adik husna cucuk 6 bulan..12hb dan 13hb aku ada audit kat jb...14 dan 15 pulak terus aku cuti balik kampung...17hb husna start solid food... dan malam tadi baru je sampai kuantan.... wah ... serabut wooo banyak plan satu masa...

disebabkan semua trip ada cerita best maka aku kena cerita kat satu-satu entry special punya...

apa pun aku memang rindu betul kat blog dan korang semua...selamat kembali ita!

p/s aku je ke rindu korang?....korang tak rindu aku ke? ;p