Julai 2012 - Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2012

lain tak saya?

salam sejahtera semua, apa khabar korang semua hari ni? aku agak kurang sihat pasal mengantuk sikit.... kami sampai dari johor pukul 1.30 pagi tadi.... letihnya badan... kaki kebas-kebas sebab kena pangku husna yang dah makin semangat.... (bila la nak tukar keta beso... eh?) lepas tu bangun semula untuk masak sahur jam 4.15 pagi... sahur dan terus siapkan anak-anak nak ke taska.... sempat lepak jap sebelum subuh susukan adik husna.... letihnya badan tok sah cakap la... tapi lagi letih orang yang memandu.... tapi bukan cerita letih nak cerita kat sini... tapi cerita masa balik johor baru ni.... hari pertama, sabtu tu kami ke tangkak, muar.... gi jenguk kejap adik bongsu kami yang ada kat sana nuuu haa... saje je nak jumpakan dengan anak-anak lepas dah lebih sebulan tak jumpa.... pastu  gi la jalan-jalan kat tangkak jap... cadang nak beli baju tapi kensel... last-last kami beli kasut anak-anak je.... percaya tak aku kata kasut yang aku beli untuk hakimi kat sini kami dapat rm

Menu berbuka ramadhan yang simple

salam sejahtera semua, hari dah masuk 7 ramadhan kan.. sangat cepat sedar-sedar je dah seminggu berpuasa... semoga kita erus bertahan sampai ke hujung bulan..insyallah... terutamanya kepada orang yang sedang mengandung dan menyusukan anak masing-masing... menu berbuka kami sejak akhir-akhir ni sangatlah simple... seperti yang dah aku cerita sebelum ni... hari keempat tu kami berbuka dengan lontong dan sambal tumis... gambar takde sorry... tak sempat dah nak ambik-ambik gambar pun... masa suntuk sangat... dah kalah orang marathon olimpik dah aku bila nak sampai waktu berbuka... hari kelima kami berbuka dengan lauk semalam.. (sila baca macam P. Ramlee cakap kopi semalam)... shah cakap jangan membazir... so aku panaskan je kuah lodeh tu... makan dengan nasi... selamat... bagus dapat suami tak cerewet ni... hari keenam... takkan nak ulang lauk kelmarin pulak kan? hehe... aku masak la pulak hari ni... tapi hari semalam hari western kitorang.... western express je pun... aku masak

Masalah ini apa penyelesaiannya?

salam jumaat semua, korang sihat hari ni? alhamdulillah aku masih dikurniakan kesihatan yang baik begitu juga aku doakan orang disekeliling aku supaya dikurniakan kesihatan yang baik untuk kita sentiasa beramal... amin... hari ni aku dan bincangkan masalah yang agak serius berlaku di kalangan masyarakat kita... aku tau di bulan ramadhan di elok berdiam dari berkata-kata yang tak perlu.... tapi aku rasa perkara ni memang patut kita bincangkan sampai ke peringkat teratas sekalipun jika perlu... dua tiga hari ni aku asyik mengikuti berita di surat khabar tempatan dan juga berita di televisyen... satu berita yang agak mengejutkan ialah berita kebakaran rumah pekerja binaan di pulau pinang baru-baru ni ... aku tengah rasa agak pelik... ramai betul pekerja kat situ kan? ada 120 orang semuanya... dah macam kampung kecil dah... taman yang aku duduk (area baru) cuma ada 5 lorong, 1 lorong ada 25 buah rumah... kalau kat dalam rumah purata ada 5 orang macam aku, jumlahnya akan ad

Susu ibu dan khasiatnya tapi cabarannya?

salam sejahtera semua, pagi tadi sempat terbaca blog BEN ASHAARI ... semenjak dah jadi Mr. Mama ni ben selalu cerita berkisar tentang anak... dan gadjet susu ibu dan juga pasal penyusuan susu ibu serta penjagaan bayi... ianya kadang-kadang amat berguna untuk orang lain yang kadang-kadang langsung tak tau apa-apa... terbaru pagi ni cerita pasal Kenapa sibuk sangat nak kasi susu ibu ... walaupun ben dah terangkan secara agak terperinci kelebihan susu ibu, sejujurnya aku  tak pernah tau dan nak ambil tau sangat semua kelebihan tu cuma apa yang aku perlu tau anak aku perlu dapat susu ibu dengan seikhlasnya... sebab tu jugak aku teruskan usaha mengepam walaupun kadang-kadang jumlah susu yang dapat cuma 2 auns je... aku juga rasa masyarakat sekarang lebih terbuka dengan  penyusuan susu ibu ni.. kalau dulu ramai yang menghadapi masalah macam-macam dengan ibu bapa sendiri tapi sekarang ibu bapa ramai yang dah faham keperluan tu.... sebagai contoh mak aku sendiri mulanya agak tak per

Bonus Setengah Bulan bagi Kakitangan Awam

salam sejahtera semua, alhamdulillah, malam tadi ada terdengar pengumuman baik untuk semua yang bekerja dengan kerajaan... tanpa diduga kerajaan mengeluarkan belanja dianggar mencecah RM2.2 billion untuk memberi bonus 2012 pada semua kakitangan awam di seluruh negara... dengarnya semua mendapat setengah bulan gaji dan RM500 bagi yang kakitangan yang sudah berpencen... terima kasih la pada CUEPACS sebab mengutarakan cadangan ni pada PM sebelum ni... difahamkan bonus akan dibayar pada 9 Ogos 2012 ... semoga ianya dapat meringankan beban semua kakitangan awam serta dapat memanfaatkan sumbangan bonus ni untuk keperluan masing-masing... p/s ke buat tambah modal bawak keluar kereta baru sebelum raya? hehehe.... sumber : CUEPACS

Punca utama penceraian dan punca-punca lain

salam sejahtera semua, sebelum puasa hari tu aku ada pegi kursus kewangan anjuran Puspanita Pahang.. sangat bagus kursus ni dan penganjuran yang sangat lancar jugak...  cuma satu je yang tak bape nak best.. tandas kat dewan SUK tu je.. amat mengecewakan.. tapi masih ada alternative lain ke tandas masjid negeri yang berdekatan tapi tak berapa nak dekat... hehe.. tapi bukan pasal tandas tu aku nak cerita pasal intipati kursus tu sebenarnya...  kursus kewangan ni ada 2 slot.. slot pagi oleh AKPK - Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit dan slot petang ceramah pengurusan kewangan dalam islam oleh Ustaz Mahmud bin Mat... selepas balik dari kursus ni banyak kesedaran aku dapat... dan bertanya pada diri sendiri kenapa kursus macam ni tak diperkenalkan awal pada umum... terutama golongan yang akan jadi suami dan bapa... satu laporan analisis yang dipaparkan dalam kursus ni ialah sebab utama penceraian adalah masalah kewangan.... aku salin petikan kat bawah ni... KUALA LUMPUR: Mas

The First Year bottle bagi masalah tersedak susu dan keliru puting

salam semua, lagi entry pasal botol susu ni... sebenarnya entry aku nak tulis selepas terbaca lagi satu berita bayi tersedak susu hujung bulan lepas... tapi tak sempat je nak karang entry... jadi aku luangkan masa kejap waktu rehat ni untuk menulis... dulu aku pernah tulis kat SINI pasal botol ni jugak tapi tak tulis pasal detail dia la... tetiba bulan lepas aku terpromosi kat kawan opis yang tengah mengandung pasal botol ni... terus cerita dengan dia macamana botol ni berfungsi.. sekali aku pun ambik gambar la jugak.... meh kita layan gambar pulak ye... botol dia aku beli dalam pek yang starter punya tu... lebih jimat dari beli botol satu-satu.. tapi ikut la sebenarnya tak perlu pun.. adik husna dah 8 bulan satu botol je pun guna sekarang ni... ingat lepas raya ni aku tukar botol baru la...macam dah uzur je aku tengok botol dia yang dia guna sekarang ni... eh ok kita cerita balik pasal botol The First Year ni.... botol ni ada 2 lapis puting macam gambar di bawah ni.

Menu Berbuka Bulan Ramadhan

salam semua, alhamdulillah dah masuk 4 ramadhan kan hari ni.... cepat betul masa berlalu... tapi aku perasan satu benda la tahun ni aku lupa nak letak entry pasal makanan berbuka kami.... sekali dengan gambar bagai kan... macam dah jadi kemestian la pulak.... aku rasa tahun ni aku tak letak la kot pasal bukan aku ada kongsi resepi sekali pun... kesian kat korang asyik tengok gambar je kan? hehe... sebenarnya alasan je tu... aku terlupa ambik gambar setiap kali lepas masak.... terkejar-kejar dengan masa... kalau 2 hari awal tu cuti... aku rilek je santai-santai nak masak kat rumah.... tak santai mana pun sebab hari pertama tu aku dah start masak pukul 3 lagi.... melampau kan? hahaha... mujur JAIP tak serbu rumah aku... sebenarnya hari pertama kami berbuka kat rumah mak shah... jadi aku kena masak awal... dalam pukul 6 kami bertolak ke rumah mak shah... aku masak simple je pun... aku masak nasi kismis dengan ayam masak sambal je... untuk bebudak aku goreng ayam je... sampai kat ru

tolonglah prihatin sikit

salam ramadhan semua, alhamdulillah dah sampai 3 ramadhan pun hari ni... kejap je kan? masa nak tunggu bulan ramadhan rasa macam lama sangat... bila sampai kejap je nak abis dah... aku sebenarnya nak meluahkan rasa... rasa yang terpendam sejak ramadhan tahun lepas.... aku faham dan sedia maklum di bulan puasa ni semua orang sibuk cari makanan lauk kampung... segala lauk kampung cukup laku di bulan puasa ni... terutama la sambal jering, sambal petai dan seangkatan dengannya termasuk ikan bakar petai..... fuh... sanggup beratur orang yang membeli... beli pulak bukan sikit-sikit kan.... pasal memang kegemaran... kang beli sikit takut tak cukup pulak... kalau beli banyak pun apa la susah boleh bawak untuk lauk bersahur pulak... membuka selera tu... aku tak kisah la sebab memang feberet korang kan.... tapi sila la prihatin sikit dengan orang sekeliling.... bila dah makan benda ada bau-bauan camtu... tolonglah sensitif sikit dengan orang sekeliling terutama mereka yang tak makan ul

Selamat Datang Bulan Yang Mulia... Salam Ramadhan buat semua

salam semua, malam tadi dah sah diumumkan yang umat islam akan menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadhan bermula dari hari sabtu ni 21julai 2012... maka sempena menyambut ramadhan ni aku nak minta maaf dengan semua yang mengenali... jikalau ada silap dan salah harap lah kiranya sudi dimaafi... semoga kita semua diberi kesihatan yang baik bagi merebut peluang yang mungkin merupakan ramadhan terakhir bagi kita ini... amin.. p/s nak latih abg long berpuasa.... tadi je bila acah-acah tanya abg long boleh tak makan dan minum siang hari...? tau apa dia jawab... eh... mana saya tahan nanti...

Pameran Lat dan Aza di Muzium Seni Kuantan

salam semua, semua sihat hari ni? alhamdulillah Allah panjangkan lagi umur kita untuk bertemu semula hari ni... cerita hari ni sebenarnya perkara yang berlaku hari ahad yang lepas... kami nak habiskan masa dengan anak-anak... tapi masih lagi cari tempat yang tak memerlukan banyak belanja... jadi kami pun buat keputusan nak berjalan ke muzium seni kuantan ... ada pameran kartun Datuk Lat dan Aza kat situ... petang tu kami keluar dalam pukul 4 lebih... sampai kat area muzium tu sedang elok je azan asar... masa kami sampai ada pulak perlawanan bola untuk SUKMA baru nak mula di padang MPK.. anak-anak mula sibuk nak tengok orang main bola pulak... puas kami pujuk baru diorang nak ikut masuk ke muzium... nampak tak? kalau tak nampak pun cakap je la nampak... ni kat belah depan muzium seni.. ni dah masuk dalam.. layankan je la gambar2 kartun ni semua... pastu layankan gambar kami pulak... bagi yang duduk kat area kuantan dan ka

Pada Zaman Dahulu...

salam semua, ada tak korang layan cerita kartun pada zaman dahulu? aku takde astro jadi aku layan cerita ni kat TV Al-Hijrah. bagus untuk anak-anak... dulu kita pun dibesarkan dengan cerita-cerita macam ni... mana ada zaman aku dulu cerita kartun yang ganas-ganas macam sekarang ni... habis ganas pun kartun thundercat yang tak bape nak menjadi ganas dia pun.... lagi lebih ganas pun cerita kesatria baja hitam dan gaban... itu pun nak bertukar siap kena cakap... "gaban akan bertukar dalam masa 0.001 saat"... ceh.... nampak noo la kan dia punya gerakan tu lambat...hahaha.... cerita ganas-ganas ni tak bagus untuk perkembangan anak-anak... maka mari lah kita layan Pada Zaman Dahulu.... jom.... semua tekun je dengar sang kancil menipu.... huh tak baik tu.... p/s sebenarnya dengan ummi dia sekali tekun... yang ambik gambar pun ayah ni... hehe...

yang pat tv tu pat situ ke ummi?

salam semua, nak cerita dengan korang kejadian malam tadi..... alkisahnya aku berangan nooo la sangat nak pegi ke acara penutupan rasmi SUKMA malam tadi di Stadium Darul Makmur... best kalau dapat pergi kot kan? tapi shah pulak kena keja malam tadi... maka kami berkorban tak pergi.... ada hikmah tu di sebalik... mana kita tau.... ceh berangan.... dengan anak keciknya ko ita ada hati nak pegi tempat-tempat camtu... hehe... lambat ooo nak tunggu SUKMA lagi.... walau apa pun aku layan gak tengok kat tv.... masa awal-awal tu anak-anak teruja jugak la... sampai kat part ucapan tu masing-masing dah mula macam nak buat ucapan sendiri dah.... adik husna lak? dah lama lena dah.... tinggal abang-abang dia je la.... masa dia buat cabutan tu... ada la jugak rasa macam... ala ruginya aku tak pergi... ceh macam la aku boleh dapat cabutan bertuah tu kan?....hehe... part yang paling best untuk anak-anak ialah masa diorang boleh tengok semua maskot tu menari-nari terutamanya singa tu... wah s

bantuan baru dah sampai..

salam semua, hari ni dah boleh senyum sampai telinga sebab bantuan baru dah sampai... aku beli barang terpakai je pun... murah sikit.... beli ni pun sebab dah mula gaduh-gaduh pasal nak sumbat bahan-bahan mentah dalam peti beku dah tak boleh... pasalnya susu adik dah memenuhi separuh ruangan... bukan banyak sangat pun susu adik tu cuma aku tak bape suka letak susu dia sekali dengan benda-benda yang berbau ni... kesian dengan susu adik tu nanti ada bau-bauan yang tak best.... harapnya bantuan ni akan meringankan beban peti comel kami tu nanti.... p/s senyum la sementara bil elektrik tak sampai lagi...tapi kalau bil melambung disebabkan peti ni harus kena hantar memana lepas ni.....

link yang sangat bagus ya sahabat..!

salam semua, apa khabar semua hari ni? aku masih sihat alhamdulillah... dan masih boleh marah-marah anak lagi semalam... alahai nape anak-anak ummi suka bagi ujian kat ummi... korang ingat tak entry aku yang ni ..... apa korang buat bila jadi camni? bila aku tanya apa korang akan buat ada satu komen yang aku paling suka... yang lain tu aku suka jugak cuma aku paling suka yang ni... "Ita..aku tak tahu la ko dah follow lum blog ni..ni link dia http://khairulaniza.blogspot.com cer ko g tengok cara yg cikgu tu guna & cer try, mana tahu ko leh dapat sesuatu & praktik kan pastu kongsikan hasilnya.. tapi jgn tnya aku cemana hehhe" serius kawan.... kau bagi aku kesedaran yang paling baik.... atas kesedaran itu juga aku nak kongsikan dengan kawan-kawan yang lain.... mari kita pakat ramai-ramai serang blog cikgu ni.... Khairulaniza Khairuddin

Misteri Asap Hitam

salam semua, ceh... tajuk dah macam nak bukak buku siri penyiasatan Nancy Drew dengan Harry Brothers je kan? err... ada sesiapa yang suka baca buku-buku ni dulu? peberet aku dulu tu... kekonon berangan nak jadi detektif... tapi tak kesampaian... tapi yang aku nak cerita ni bukan pasal siri penyiasatan tu cuma asap hitam yang aku nampak hari khamis lepas... al kisah ceritanya aku balik ke rumah sekejap tengahari khamis minggu lepas sebab nak ambik buku tabung haji yang tertinggal kat rumah... shah park kat tepi jalan je dan dia yang jalan balik ke rumah.... aku yang tertinggal kat dalam keta ni melilau tengok keliling..... hasilnya aku nampak ni.... dan aku snap lagi sekali.... tak puas hati punya pasal.... dalam hati berkata jugak... ada ke kilang kat area situ? ke ada kawasan memana yang terbakar.... sekali keesokkannya aku nampak ni kat Kosmo Online .. 4 kedai papan musnah dalam kebakaran 05/07/2012 6:33pm KUANTAN — Empat buah kedai di Jalan Bukit Se

apa korang buat bila jadi camni?

salam semua, aku nak tanya sikit dengan korang yang ada anak... tak kira la anak sendiri ke...anak angkat ke... anak buah ke.... apa yang korang buat kalau anak korang buat camni .... 1) memula makan dengan baiknya.... 2) pastu dia mula main-main sikit.... 3) pastu dia dah mula terlungkupkan pinggan dia... 4) pastu dia mula putar pinggan tu atas lantai... 5) pastu aku yang menangis sambil kena lap lantai.... waaaa... korang lak buat camne wei? gambar ni diambil ketika kejadian sebenar masa bulan 3 lepas... p/s selalu tarik nafas panjang2... dan angkat anak pergi basuh dia dulu... pastu kemas dan lap pulak lantai... tapi itu dulu masa adik husna tak boleh merayap lagi... sekarang ni.... waaaa... ummi harap ummi boleh mintak doraemon duplicate ummi macam nobita ramai2....

Moh Santai di Kempadang

salam semua, selamat pagi.... pagi ni bersemangat nak menjengah lagi ke karnival Moh Santai kat Pantai Kempadang dengan harapan dapat masukkan abg long dalam acara mewarna........ kesian dia asyik tanya2 je bila jengah sekejap kat situ semalam... korang nak join jugak ke? meh la sini...sambil2 singgah umah kami sekali... tarikh dia dari 13/7 sampai 15/7 ni dari pukul 9 pagi sampai 10 malam... p/s doakan abg long dapat join ye....mengharap noo dia tu...

tilawah Al-Quran Antarabangsa dah selesai..

salam semua, korang dah tidur.... aku tak boleh tidur pulak mlm ni... tadi dah selamat sesi penyampaian hadiah semua peserta dan pemenang bagi tilawah kali ni... disulami dengan macam-macam adegan yang mencuit hati penonton termasuk kami di rumah ni.... ada yang peluk cium Agong la.... ada yang hampir jatuh pentas la.... apa pun terjadi tahniah diucapkan pada qari dari Malaysia yang berjaya menyandang juara membawa pulang RM40k dan trofi... tak lupa qariah dari Malaysia juga berjaya mendapat tempat ketiga dan membawa pulang RM15k... rezeki orang pandai baca al-quran...alhamdulillah.. p/s syukur dah potong astro...kalau tak tentu susah nak tengok tilawah ni macam tahun yg lepas-lepas... semangat bulan ramadhan pun makin terasa...

SUKMA 2012...

salam semua, eh bukan aku kata nak berehat sekejap ke? hehehe... langgar pantang la pulak... cuma nak update kat korang je jadual terbaru sukma ni je... korang boleh tengok kat SINI ye... berangannya nak pergi dengan anak-anak... malangnya sukan yang best semua masa kerja je pun... p/s orang dah mula ramai di sana sini... kuantan mula jammed....

Berehat sebentar..

salam semua, apa khabar semua hari ni? aku alhamdulillah masih sihat.... anak-anak pun sihat jugak cuma adik husna ada sikit selsema lagi.... nak update pasal anak-anak kejap la... abg long: alhamdulillah dia dah kenal huruf sikit-sikit... dah boleh tulis simple word... tapi dengan syarat aku tunjuk satu-satu huruf yang kena tulis... ok la tu dia rajin nak belajar... kalau nombor dia dah boleh kira sampai 30 dah... itu pun ummi dia kena guide jugak... tulis nombor pun dah ok jugak.... tapi still kena guide jugak... cakap dia masih pelat... tapi makin banyak soalan keluar dari mulut dia... letih nak menjawab... abg ngah: makin pandai cakap.... dan kuat gak melawan ni... setiap apa kita buat mesti dia tanya "apa tu"... kuat cari gaduh dengan abg long dia.... kadang-kadang sampai abg long menangis dibuatnya....kesian abg long... tapi susah gak nak marah... budak-budak kan... aku kena tenangkan abg long dia dulu pastu dia nangis pulak kena la tenangkan dia pula

Cari 3 perkataan yang mengambarkan anda

salam semua, nak kongsikan benda sikit ni... semalam aku ternampak gambar ni pada post seorang sahabat kat facebook.... menarik untuk dikongsikan bersama....macam game gak ni.... caranya.... sila anda cari 3 perkataan pertama yang anda jumpa yang akan mengambarkan anda... sila...sila.... p/s aku dapat apa tau... amazing, honest dan cheerful... korang dapat apa pulak?

Ramadhan sale yang buat orang Islam marah!

salam semua, pepagi tadi aku tertengok gambar kat facebook... memang marah la bila ada gambar camni keluar.... sangat tak sensitif dengan agama la kan? tapi petang ni dah sejuk sikit... sikit je pun... bila tengok gambar ni pulak... p/s sepatutnya benda-benda camni kena la peka sikit kan...masalah kalau selalu sangat buat salah..maaf... buat salah...maaf... sesama la kita fikirkan...

SUKMA Pahang 2012

salam semua, mulai minggu lepas aku tengok kuantan mula penuh dengan kenderaan kontijen-kontijen sukan malaysia ni.... kuantan pun dah meriah semacam dah aku tengok... kat sana sinun ada pesta jualan... mungkin memanfaatkan kebanjiran orang yang datang ke kuantan sekarang ni... sukan malaysia tahun ni yang diadakan di pahang bertempat di 3 daerah iaitu Pekan, Kuantan dan Temerloh.. kalau ikutkan berlangsung dari 7hb sampai 16hb julai ni tapi aku tengok dah banyak yang dapat pingat pun... sekarang ni Selangor mendahului di tempat teratas.... aku minat jugak nak jengah-jengah tempat sukan ni kalau takde anak kecik... ni ada anak-anak kecik ni semua aktiviti macam ni kena dihentikan buat sementara waktu... aktiviti menjenguk ke pesta jualan tu boleh la... hehehe... baik punya alasan kan? ala satu venue ada dekat je dengan rumah pun...nak jeling-jeling gak bila sukan equestrian main... bawak anak-anak tengok kuda ok gak kan? p/s ramai betul kontijen memenuhi laluan kami balik

Doa dan petua untuk tambah susu ibu...

salam semua, singgah sekejap sini untuk buka cerita baru.... sudah tentu secara langsung dari cerita ita....hehe... macam iklan la pulak.... kat sini aku nak tampalkan doa untuk amalan ibu-ibu di luar sana yang masih gigih menyusukan si jantung hati anda sehingga berumur 2 tahun.... aku dapat dari facebook pagi tadi.... dan mari kita kongsikan benda yang baik-baik ni bersama-sama ye... Cara Amalkan: 1) Mulakan dengan kalimah Basmallah 2) Selawat ke atas Nabi SAW 3) Baca ayat di atas dan hembuskan pada air dan minum. aku jugak nak kongsi petua untuk banyakkan air susu terutama bagi ibu-ibu baru yang belum pernah menyusukan anak-anak... juga tak lupa untuk ibu-ibu lama yang baru memulakan langkah pertama untuk menyusukan anak-anak.... Petua untuk menambah susu ibu: 1. makan pil yang terdapat di pasaran - kalau tanya aku personally.... aku tak rekemen sangat sebab banyak pil yang ada semuanya berdasarkan pil hormon atau pun pil yang berasaskan herba iaitu "halba&q

Maafkan daku..

salam semua, dan salam nisfu syaban bagi yang beragama islam... pagi ni aku nak minta maaf dengan semua orang yang aku pernah buat salah... mana-mana orang yang aku pernah berhutang tu insyallah kalau Allah panjangkan umur dan murahkan rezeki aku akan bayar...tak kira la hutang apa pun.... cuma hutang budi aku belum tentu lagi boleh bayar balik... doakan rezeki aku sentiasa murah ok.... p/s semoga kita akan jadi lebih baik dari semalam  dan sentiasa berada dalam redhaNya...amin

Terima kasih semua

salam semua, apa khabar semua? korang sihat? aku, alhamdulillah masih sihat... aku nak ucapkan terima kasih pada semua yang sudi doakan mak mertua aku ye..aku doakan juga semoga semua yang mendoakan sejahtera sentiasa hidupnya...amin.. alhamdulillah hari ni mak dah boleh keluar wad dah hari ni.... lega aku dengar berita ni tadi... rawatan susulan kena sambung kat rumah pulak.... p/s sampai sekarang ni aku agak musykil... rawatan kat hospital ni memang kena tunggu waris tanya ke apa masalah? kalau tak tanya doktor tak boleh bagitau ke? dah tu camana nak tanya kalau setiap kali doktor check waris kena keluar?

tolong doakan mak mertua aku ye...

salam semua, 2-3 hari ni aku macam sebuk bebenor walaupun tak sebenarnya... hari jumaat lepas kami plan nak gi kl tapi last-last tak jadi pun.... memula memang macam antara jadi dengan tak jadi sebab anak-anak sakit tapi last-last memang tak jadi sebabnya mak mertua aku demam kuat sampai kena masuk wad... sebenarnya dah seminggu dia demam, sabtu lepas dia dah gi klinik tapi hari selasa tu makin teruk tapi adik ipar aku tak call... kami call pulak selalu tak berjawab.. last-last dapat call hari jumaat tu suruh ambik mak hantar ke hospital.. shah hantar dan mak masuk wad sejak jumaat lepas.. doktor htaa tu suspect denggi.... tapi setelah keputusan ujian darah sampai tadi macam menjurus pada viral hepatitis je.... aku nak tanya pakcik google jap ni... aku bukan tau sangat pun penyakit orang ni... aku nak mintak tolong korang satu je ni... tolong doakan mak mertua aku ye...jasa korang aku memang tak dapat nak balas dengan apa-apa pun... semoga Allah membalas dengan lebih baik p